Sakit Belakang Masa Drive? Ini Cara Elak!

Artikel ini terakhir diperbarui November 18, 2021 by Nadhirah Rashid
Sakit Belakang Masa Drive? Ini Cara Elak!
Bagikan ke Teman:

Sakit belakang masa drive ni kalau dibiarkan boleh memudaratkan. Ramai pemandu mengadu sakit dan lenguh badan ketika memandu. Lagi-lagi masa drive yang jauh dan panjang atau tersangkut dalam traffic jam yang lama. 

Pemanduan yang selesa sedikit sebanyak dapat mengurangkan risiko berlakunya kemalangan di jalan raya. Sebab tulah keselesaan dalam pemanduan kena dititikberatkan. 

Actually, sakit belakang ni memang common lah dalam kalangan pemandu. Tapi, memandu jauh sebenarnya bukanlah penyebab utama. Sebabnya, faktanya adalah kita duduk dalam posisi sama atau tidak betul dalam jangka masa yang lama. 

Tekanan yang dikenakan pada tulang belakang terutamanya semasa memandu ni dikatakan lagi besar jika dibandingkan dengan duduk untuk makan, bekerja atau menonton televisyen. 

Satu lagi fakta menarik, menurut International Archives of Occupational and Environmental Health, pemandu selalunya akan terdedah kepada getaran seluruh badan (whole-body vibration). Dan risiko untuk sakit belakang masa drive ni dua kali ganda lagi tinggi daripada orang lain. 

“Alaa biasalah sakit belakang. Sekejap je tu,” kata Siti Nurhaliza (bukan nama sebenar). 

Sakit belakang masa drive ni korang memang tak nampak impak besar dia sekarang. Tapi, dalam jangka masa panjang, baru korang akan nampak impak dia. Time tu nak buat aktiviti berat sikit pun tak boleh. 

Cara Kurangkan Sakit Belakang Semasa Drive (Sebelum Memandu)

Okay, macam biasalah, memandu ni kalau jalan clear tak ada masalah sangat. Yang perit tu bila tersangkut dalam traffic jam.

Bila traffic jam ni, memang akan buatkan kita sakit belakang. Tapi ada cara untuk kurangkan rasa sakit belakang tu. Ikuti tips-tips ni:

Kedudukan kerusi kereta

sakit belakang? betulkan kedudukan kerusi
Foto Kredit: Aleksey Korchemkin Melalui Shutterstock

Sebelum memandu, korang kena betulkan kedudukan kerusi kereta korang untuk elakkan sakit belakang semasa memandu. Laraskan kedudukan kerusi secara menegak dengan sudut kerusi yang dicadangkan antara 100 hingga 110 darjah.

Bila kerusi kereta dah berada dalam kedudukan yang betul, korang boleh sandarkan bahagian belakang badan korang sepenuhnya pada kerusi kereta. 

Kenapa kena dapatkan kedudukan yang betul?

Bila kedudukan kerusi kereta korang tak betul, mula lah sakit belakang. Kalau sudut kerusi kereta korang lebih condong daripada apa yang dicadangkan, postur kepala dan leher akan jadi tak selesa sekali gus boleh menjejaskan kualiti pemanduan korang. 

Bukan tu je, kedudukan kerusi sama ada ke belakang atau ke depan pun memainkan peranan. Pastikan jarak antara kerusi dengan pedal tidak terlalu dekat dan tidak terlalu jauh. Yang sedang-sedang saja. 

Jarak yang tak betul boleh menyebabkan ketidakselesaan. Jangan lupa untuk pastikan lutut korang sedikit bengkok sekitar 90 darjah ketika menekan klac atau semasa menekan pedal brek. 

Kedudukan Stereng, Penyandar Kepala dan Cermin Sisi

Pastikan kerusi kereta berada pada kedudukan yang selesa dan cukup dekat dengan stereng bagi memastikan postur badan bahagian atas tak membongkok semasa memandu. Korang sepatutnya boleh merehatkan pergelangan tangan korang pada stereng tanpa perlu menggerakkan atau membongkokkan badan korang ke depan.

Kedudukan stereng, rendah atau tinggi ni memang bergantung pada keselesaan korang. 

Untuk penyandar kepala atau headrest pula, laraskan kedudukan sehingga bahagian tengah kusyen berada betul-betul di bahagian tengah belakang kepala korang.

Cermin sisi pun kena dilaraskan mengikut kesesuaian sehingga korang boleh melihat pandangan belakang dengan hanya mengerakkan mata tanpa perlu menggerakan badan korang. Cara ini juga dapat membantu korang amalkan tabiat duduk yang betul dan boleh kurangkan rasa sakit belakang.

Sokongan Lumber atau Lumbar Support

Nak lagi selesa, korang boleh buat pembelian aksesori kerusi kereta tambahan macam kusyen kereta (lumbar support cushion). Kebanyakan kerusi kereta hari ni banyak menampilkan reka bentuk yang tak ergonamik, sokongan lumber yang tak cukup dan tak sesuai dengan bentuk badan. 

Penggunaan aksesori macam ni dapat bantu bagi kelegaan dan boleh kurangkan masalah sakit belakang, especially masa driving yang lama atau perjalanan yang jauh. Korang juga boleh buat diy je sokongan lumber ni, gulungkan baju dan letakkan di bahagian belakang badan korang. 

Kosongkan Poket Belakang

Sebelum duduk tu, pastikan poket belakang korang kosong. Dompet, telefon bimbit, airpods, powerbank atau apa-apa kena dikeluarkan dari poket belakang. Sebabnya, benda-benda ni boleh sebabkan ketidakseimbangan sistem saraf, tulang dan juga otot. Bila adanya barang-barang di poket semasa kita memandu, kedudukan kita jadi tak asimetri semasa duduk sekali gus menyebabkan kerosakan pada saraf-saraf utama di bahagian pinggul.

Benda ni mungkin tak bagi impak yang ketara pada peringkat permulaan, namun ia boleh menjadi lebih buruk dari semasa ke semasa yang boleh menjejaskan kualiti kesihatan tulang belakang kita.

Cara Kurangkan Sakit Belakang Semasa Drive (Semasa Memandu)

Rehat sebentar di RNR

Selalunya, duduk dalam satu posisi yang lama ni boleh menyebabkan kita rasa sakit belakang dan juga kekejangan otot. Kalau korang terpaksa drive jauh, or tersekat dalam kesesakan lalu lintas ke, korang disarankan untuk rancang perjalanan dan singgah ke lokasi-lokasi R&R. Dengan singgah di R&R, atleast korang boleh keluarkan kereta dan buat regangan ringkas. 

Lakukan regangan ringkas macam berdiri, berjalan, bongkok ke hadapan, condong ke belakang untuk kurangkan tekanan pada bahagian tulang belakang badan.

Bila korang buat regangan ringkas, ia boleh membantu merangsangkan peredaran darah yang membekalkan nutrisi  dan oksigen ke bahagian tulang belakang korang.

Hidupkan Pemanas Kerusi

Kalau kerusi kereta korang ada feature advanced macam pemanas kerusi, atau heated seats, memang banyak membantu kalau korang aktifkan feature pemanas kerusi sepanjang perjalanan. Boleh dikatakan feature ni sebenarnya sama seperti pad pemanasan yang ada dekat rumah sesetengah orang. 

Feature ni boleh membantu memastikan aliran darah kita berjalan lancar, mengurangkan tekanan pada sendi dan otot sepanjang pemanduan. Kereta moden hari ini mostly dilengkapi dengan seat kereta yang boleh dipanaskan yang boleh membantu mengurangkan kekejangan otot dan meredakan tekanan di bahagian belakang badan.

Tapi tulah, bukan semua orang ada kereta yang ada feature pemanas kerusi ni. Jangan risau guys, jika perlu, korang boleh bawa heat pack kalau korang kena drive jauh. Balut dengan towel dan letakkan di belakang badan untuk memberikan sedikit kelegaan semasa memandu.

Cara Kurangkan Sakit Belakang Semasa Drive (Selepas Memandu)

Lepas dah penat memandu, confirmlah kita kalau boleh nak terus baringkan? Yelah, dah penat jauh memandu. 

Tapi sebenarnya, kita actually disarankan untuk lakukan regangan ringkas terlebih dahulu untuk kurangkan risiko sakit belakang selepas berjalan jauh. 

 Sebelum rehat, buat stretching dulu!

sakit belakang? lakukan regangan
Foto Kredit: Jacob Lund Melalui Shutterstock

Stretching tak perlu heavy pun. Regangan ringkas seperti brisk walk, side pull, thoracic rotations, roll downs dan sebagainya boleh untuk mengurangkan risiko sakit belakang. Regangan mudah dapat membantu meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan impak sakit belakang. Korang  boleh cuba senaman untuk sakit belakang seperti berikut:

  • Genggam sambil menyilangkan jari antara tapak tangan kiri dan kanan, kemudian luruskan kedua-dua tangan ke atas, kiri, kanan dan ke hadapan. Pastikan korang berada dalam keadaan tegak bagi meredakan tekanan pada tulang belakang. Lakukan regangan ini selama 3 sesi, 10 saat setiap sesi.
  • Tundukkan kepala anda ke bawah, kemudian pusingkan kepala korang dari kanan ke kiri/kiri ke kanan sekurang-kurangnya selama 5 saat sebanyak tiga kali.
  • Naikkan bahu ke atas dan turunkan semula bahu korang  dengan perlahan-lahan. Tarik dan hembus nafas dalam masa yang sama.
  • Pusingkan badan ke kiri dan ke kanan dan tahan selama 10 saat – jika terdengar bunyi ‘krak’ semasa melakukan langkah ini, ia merupakan sebahagian daripada regangan.

Itu sahaja yang dapat Qoala kongsikan. Nak renew insurans dan roadtax? Qoala kan ada!

Bagikan ke Teman:
Nadhirah Rashid
Nadhirah Sofea adalah penulis sepenuh masa sebelum Covid, dan juga selepas Covid. Berpengalaman menulis dalam bidang politik, fesyen, kewangan, dan banyak lagi.
Dapatkan Insurans Kereta Murah Sekarang! 🚗