Jaga-jaga, Ini Tanda-tanda Bateri iPhone Rosak

Artikel ini terakhir diperbarui September 2, 2021 by Nadhirah Rashid
Jaga-jaga, Ini Tanda-tanda Bateri iPhone Rosak
Bagikan ke Teman:

iPhone, sebuah telefon jenama Apple yang cukup popular. Statistik menunjukkan pengguna iPhone telah mencecah satu billion orang di seluruh dunia pada tahun 2020 dan jangka akan meningkat. Walau bagaimanapun, iPhone juga dikenali dengan kelemahan baterinya. Artikel Qoala kali ini akan menerangkan tanda bateri iPhone rosak yang korang perlu tahu. 

Di Malaysia tidak kurang hebatnya juga pengguna iPhone. iPhone 7 Plus merupakan telefon pintar yang dilancar pada tahun 2016. Walaupun sudah berusia, ia masih popular dan merupakan iPhone paling banyak digunakan di Malaysia. Menurut laporan StatCounter, pengguna iPhone semakin meningkat dan pengguna Android pula masih dominan, tapi makin menurun. Walaupun ramai memilih untuk menggunakan iPhone, iPhone sangat sinonim dengan masalah baterinya. 

Adakah iPhone tiba-tiba mati telah menjadi sebahagian hidup korang? Adakah dengan menghidupkan bateri yang tiba-tiba mati telah menajdi rutin hidup korang? Atau adakah korang rindu bila korang boleh tengok YouTube tanpa perlu risau bateri akan turun kepada lima peratus dengan cepat? 

Bukan pengguna iPhone lah jika korang tak pernah mengalami masalah dengan baterinya. Ramai yang meruntun dan mengadu tentang iPhone dengan baterinya yang lemah. Ini kerana kos yang tinggi dikenakan apabila nak tukar bateri. Soalan-soalan yang selalu ditanya:

“iPhone ni dah nak kena tukar bateri ke ni?”

Tanda Bateri iPhone Sudah Rosak

Jangan risau guys, ini beberapa tanda bateri iPhone rosak yang korang boleh semak: 

  • Bateri kembung

Foto Kredit: Orapruek Melalui Shutterstock

Tanda bateri iPhone rosak yang paling terang lagi bersuluh adalah bateri kembung. Bagi yang tak familiar dengan istilah bateri kembung, bateri kembung adalah apabila bateri iPhone mula mengembang sehingga timbul dan boleh dirasa di belakang telefon. Bila bateri dah mula kembung, memang dah sampai masanya untuk korang tukar bateri iPhone korang. 

Bila bateri iPhone tu dah mula kembang, jangan pula cuba ditekan. Sebabnya tindakan itu boleh mengeruhkan lagi keadaan. Penukaran bateri kena dilakukan dengan cepat kerana dibimbangi boleh meletup.

  • iPhone tiba-tiba mati

Ini antara tanda bateri rosak yang korang kena perhatikan. Pernah tak tengah sibuk scroll media sosial tiba-tiba phone mati. Padahal ada 50 peratus lagi. Dan bila dicas semula, ia terus kepada kosong peratus. Ini maknanya bateri korang sedang di ambang kerosakkan dan memerlukan pertukaran bateri dengan segera.

  • Hanya berfungsi ketika di cas

Bayangkan jika kita terpaksa bergantung kepada charger dan terpaksa membawa powerbank ke mana sahaja. Susah, kan? Jika iPhone korang hanya berfungsi ketika pengecasan, itu maknanya bateri iPhone korang sedang mengalami masalah. Masalah ini juga akan menyebabkan iPhone menjadi panas sekaligus mengundang bahaya kepada pengguna. 

  • Peratus bateri cepat jatuh dan cepat naik

Perasan tak kadang-kadang macam baru je telefon kita ni fully charged, tiba terus mendadak turun peratus baterinya. Walhal kita hanya melihat aplikasi seperti WhatsApp dan Facebook sahaja, Bukannya tengok movie atau main game. Lepas tu bila kita cas semula, peratus bateri naik mendadak pula. Bila peratus bateri sudah tak stabil seperti ini, ia adalah tanda-tanda bateri iPhone korang mula nak rosak. 

  • Peratus bateri tak naik-naik 

Walaupun sudah dicas berjam-jam, bateri masih tidak naik. Bila kejadian macam tu, mula lah kita pinjam mak ayah kakak abang punya charger untuk digunakan pada telefon kita. Padahal yang bermasalah adalah bateri iPhone itu sendiri. 

Sebab-sebab bateri iPhone cepat rosak

Eh rasa macam dah cas penuh je pagi tadi, dah kena cas balik? Pernah stress sebab kena cas iPhone sampai tiga ke empat kali sehari? Sabar, jangan dibuang telefon tu. Masalahnya cuma bateri. Apa yang korang kena buat sekarang adalah semak kenapa dan apa punca bateri korang mengalir macam air terjun.Ini adalah enam sebab kenapa bateri korang boleh rosak:

  • Cas sehingga 100%

Kenapa pula tak boleh cas sampai 100 peratus? Bukan ke lagi bagus kalau bateri dicas penuh? Untuk pengetahuan korang, para penyelidik mencadangkan bahawa jangka hayat bateri yang sihat adalah pada tahap di antara 30 hingga 80 peratus sahaja. Bateri jenis lithium-ion tidak perlu dicas sepenuhnya. Ini kerana voltan tinggi akan dipressure masuk ke dalam bateri lalu menyebabkan bateri mudah rosak. 

  • Membiarkan telefon sehingga bateri mati

Ini sering menjadi tabiat ramai orang. Membiarkan telefon sehingga ia mati dan dicas kemudian. Selepas dikaji, bateri jenis Li-on menunjukkan kehilangan kapasiti yang banyak apabila tahap bateri jatuh pada 50 peratus daripada 100 peratus. Ia akan kehilangan lebih banyak kapasiti lagi apabila telefon mati sepenuhnya.  

  • Menggunakan telefon ketika dicas

    Foto Kredit: MooNoi_Amphol Melalui Shutterstock

     

Adakah korang seperti individu dalam gambar di atas? Menggunakan telefon sambil mengecas. Kita selalu dengar menggunakan telefon sewaktu dicas ini boleh mendatangkan pelbagai bahaya. Bahaya pada telefon adalah apabila digunakan ketika dicas, ia sebenarnya sedang menggunakan kuasa elektrik. Bukan sahaja melambatkan proses pengecasan, malah kita juga terdedah dengan risiko letupan. Lebih-lebih lagi bila main game yang lama ketika telefon dicas. Tindakan ini boleh memberikan variasi tekanan yang berlebihan seperti short recharge dan discharge sehingga boleh menyebabkan overheat. 

  • Overcharging

Mengecas telefon semalaman bukan sahaja dapat merosakkan bateri iPhone korang, malah korang pun sekali terdedah dengan bahaya letupan. Mengecas telefon secara berterusan dapat memendekan jangka hayat bateri. Untuk pengetahuan korang, jangka hayat bateri lithium-Ion adalah pada sekitar dua sehingga tiga tahun atau sebanyak 300 sehingga 500 kitaran pengecasan. Overcharging juga boleh menyebabkan iPhone korang jadi panas. 

Kenapa iPhone cepat panas?

Pengguna iPhone, selalu tak iPhone korang cepat panas? Dan apabila iPhone menjadi panas, sekaligus menyebabkan bateri iPhone cepat habis. 

Sama seperti telefon-telefon canggih yang lain, iPhone ada sebuah telefon yang berkonsepkan komputer bersaiz mini. Seperti komputer juga, iPhone turut mengeluarkan haba yang mengakibatkan badan telefon tersebut menjadi panas. Namun, apa yang membezakan telefon dengan komputer ada, komputer mempunyai fungsi kipas untuk menurunkan suhu panas, makakala iPhone, tidak. Ada beberapa punca yang menyebabkan iPhone menjadi panas. Ini antaranya:

  • iPhone overwork

Suhu yang tiba-tiba naik pada iPhone boleh terjadi disebabkan ia digunakan terlalu lama melebihi kemampuan dan kesesuaian pada sesuatu masa. Antara aplikasi-aplikasi yang sering digunakan pada masa yang lama adalah video streaming dalam resolusi HD, gaming, penggunaan GPS atau Waze. Penggunaan-penggunaan yang lama ini menyumbangkan iPhone menjadi panas. 

Tahukah korang, bateri dan cip sistem yang terdapat dalam badan iPhone turut mempunyai fungsi yang sama seperti sebuah komputer? Meskipun sama, ada perbezaannya. Macam diberitahu tadi, iPhone tidak mempunyai kipas atau cooler untuk mengelakkan komponen-komponen ini menjadi panas. Di tambah pula dengan badan iPhone iaitu besi yang menjadi pengalir haba yang terbaik sekaligus memudahkan iPhone untuk menjadi lebih panas.

Apabila peranti iOS perlahan-lahan menjadi panas, haba panas akan senang untuk keluar daripada komponen dalaman iPhone. Cip ARM yang ada dalam peranti berfungsi sebagai pengawal keberhasilan haba. Cip tersebut akan menjadi suam dan meningkat kepada suhu panas apabila digunakan terlalu lama. Suhu suam dan panas membawa dua maksud yang berlainan. Bila suhu suam, kita masih lagi boleh pegang. Tapi bila dah jadi panas, kadang-kadang nak pegang pun boleh jadi bahaya. 

  • Suhu yang tidak sesuai

Untuk pengetahuan korang, peranti iOS yang direka Apple dirangka untuk beroperasi dengan baik dan lancar pada suhu 0 ke 35 darjah celcius. Apabila iPhone tersebut digunakan pada suhu atau cuaca yang tidak sesuai, ia akan menyebabkan iPhone menjadi panas sekaligus mengganggu prestasinya daripada berjalan dengan lancar. Sekirannya iPhone didapati terlalu panas, ia akan mengeluarkan satu mesej mengenai masalah itu pada skin iPhone dan pengguna tidak boleh menggunakannya selagi suhunya tidak turun. 

Antara perkara lain yang menyebabkan iPhone menjadi panas adalah membiarkan iPhone dalam kereta atau pun meletakkan iPhone di tempat yang terdedah dengan cahaya matahari terik. Apa yang pengguna boleh buat untuk menurunkan suhunya adalah tidak menggunakan iPhone untuk beberapa minit dan meletakkan iPhone di tempat redup dan sejuk supaya ia boleh perlahan-lahan kembali kepada suhu yang ideal. 

  • Bateri Ion Lithium

Kadang-kadang, bateri iPhone jenis Ion Lithium yang rosak itu sendiri boleh menyebabkan iPhone sering menjadi panas. Disini, pengguna boleh melihat iPhone menjadi panas dan menyebabkan bateri iPhone cepat habis. Jenama-jenama telefon pintar yang lain, seperti Samsung ada mengatakan bahawa penggunaan bateri jenis Ion Lithium boleh mengundang risiko-risiko seperti bateri rosak sekiranya bateri tersebut sering menjadi panas. Walaupun ianya dianggap masih lagi selamat digunakan, penggunaan  yang ekstrem dapat menyebabkan bateri iPhone mudah jadi panas sekaligus rosak.

  • Pengecas cap ayam

iPhone juga terkenal dengan pengecasnya yang mudah rosak dan juga mahal. Oleh yang demikian, ramai memilih jalan pintas dengan menggunakan pengecas bukan original dan tidak disahkan SIRIM. Untuk pengetahuan korang, hanya pengecas Apple atau pengecas jenis third-party yang disahkan dengan seal Made for iPhone sahaja yang selamat digunakan. Apa jadi kalau guna pengecas tidak original atau cap ayam? Korang akan meletakkan iPhone korang dalam risiko yang bahaya. Tak apalah mahal, janji berbaloi dan selamat digunakan. 

Haba sebenarnya adalah normal bukan sahaja pada iPhone, malah peranti-peranti jenama lain juga. Terutamanya peranti yang menggunakan bateri jenis ion lithium. Semasa digunakan, haba yang keluar daripada iPhone adalah perkara biasa. Yang tidak biasa adalah apabila suhunya tiba-tiba naik mendadak sehingga nak pegang pun tak boleh. 

Punca-punca ini turut menjejaskan battery health iPhone korang. Nak tahu macam mana nak jaga battery health? Teruskan membaca. 

4 Cara Utama Penjagaan Bateri iPhone

  • Elakkan overcharging

Tidak bermakna bila kita cas bateri semalaman ia akan tahan lama. Sebenarnya, tindakan ini hanya mengundang risiko bateri rosak. Proses pengecasan yang normal adalah dalam dua sehingga empat jam sahaja. Overcharging boleh dianggap sebagai pembunuh senyap yang dapat memendekkan jangka hayat bateri. 

  • Gunakan pengecas yang ori dan sah

Pengecas yang original daripada Apple direka dengan aliran arus yang sesuai untuk mengecas bateri iPhone kita. Pengecas cap ayam atau tidak disahkan akan mempengaruhi aliran daya ke bateri dan dalam jangka panjang boleh merosakkannya.

  • Elak mengecas dalam kereta

Apabila kita mengecas iPhone dalam kereta, kita telah menggunakan port pemetik api sebagai sambungan. Untuk pengetahuan korang, voltaj pada kereta adalah tidak stabil. Lebih-lebih lagi apabila kereta sedang bergerak. Akibatnya, komponen bateri akan mudah rosak. 

  • Jangan guna iPhone ketika dicas

Korang mesti dah banyak kali dengar kes-kes telefon meletup gara-gara main ketika sedang dicas. Tapi, aktiviti ini sering dan masih berlaku. Bila digunakan ketika sedang dicas, bateri akan menjadi panas dan boleh menyebabkan kerosakan. Cara yang terbaik adalah berikan waktu rehat untuk iPhone.

Cara Menjaga Bateri Health iPhone dengan betul 

Bateri health iPhone adalah salah satu komponen yang penting dalam peranti iOS. Sudah pasti prestasi bateri health iPhone akan jatuh merundum apabila telefon digunakan pada tahap yang maksimum. Meskipun begitu, tahap penjagaan bateri yang rendah boleh menyebabkan masalah bateri yang berlarutan dan boleh mendatangkan pelbagai lagi masalah yang lebih serius. Ini cara menjaga bateri health iPhone supaya tidak cepat turun

  • Kemaskini IOS terkini

Selalunya, software IOS yang terkini daripada Apple didatangi sekali dengan fungsi teknologi penjimatan tenaga. Bagaimana ia berlaku adalah software IOS yang terbaru akan dilaras mengikut kemampuan sistem operasi sedia ada agar pengguna dapat menikmati penggunaan telefon dengan lancar. 

Ini cara untuk update iOS pada iPhone korang:

  1. Klik Setting > General > Software Update
  2. Klik Customize Automatic Updates (Korang ada pilihan untuk download iOS terkini secara automatik)

Namun, kalau korang nak kemas kini secara manual, korang boleh tutup fungsi Automatic Update pada bahagian Customize Automatic Updates. 

  • Gunakan dark mode

Fungsi dark mode mula dilancar dan diperkenalkan pada orang awam pada tahun 2019. Fungsi ini terbukti lebih berkesan dalam meningkat jangka hayat bateri iPhone korang. Bukan itu sahaja, prestasi ketika menggunakan iPhone bertambah lancar. 

Bagusnya fungsi dark mode ini, ia dapat merehatkan atau mengurangkan kelesuan mata apabila kita melihat paparan iPhone. Ibarat minum air sambil menyelam, kesihatan mata dapat, ketahanan bateri pun dapat. 

Ini caranya untuk gunakan dark mode:

  1. Klik Setting
  2. Klik Display dan Brightness
  3. Klik Dark untuk memulakan paparan dark mode. 
  • Manfaatkan Low Power Mode

Ramai sebenarnya tak tahu fungsi sebenar Low Power Mode. Ia direka khas untuk memanjangkan bateri health korang bila kapasiti bateri sudah terlalu rendah. Bukan tu je, Low Power Mode turut berfungsi untuk meningkatkan lagi prestasi iPhone, merendahkan kecerahan skrin dan boleh meminimumkan penggunaan mana-mana apps atau animasi yang membolehkan bateri tahan lebih lama. 

Yang menariknya, semasa dalam mode Low Power Mode, pengguna masih lagi boleh membuat panggilan, melayari media sosial dan pelbagai lagi fungsi utama yang ada. Ini caranya untuk mengaktif Low Power Mode:

  1. Klik Setting
  2. Klik Battery Lower Power Mode
  • Semak info mengenai bateri usage

Battery Usage Information bertujuan untuk memaparkan data-data yang boleh merekod setiap informasi mengenai aplikasi yang kerap digunakan pada setiap hari. Dengan fungsi ini, pengguna iPhone boleh menyemak dan mengetahui aplikasi-aplikasi yang manakah yang menggunakan sebahagian besar peratusan kapasiti bateri. Apa yang selalu kita miss adalah aplikasi-aplikasi yang beroperasi di sebalik sistem operasi iPhone. 

iPhone dah mahal, jadi kenalah kita jaga betul-betul. Kalau tak sayang lah boleh jadi cepat rosak. Semoga artikel kali ini dapat membantu korang! 

Bagikan ke Teman:
Nadhirah Rashid
Nadhirah Sofea Rashid has a various writing background which includes current news, political, lifestyle, fashion and also business. Experienced in blog content, social media content, and advertising for the past 3 years. Loves getting into the thick of action. Also, a cat lady.
Dapatkan Insurans Kereta Murah Sekarang! 🚗