Temperature Kereta Naik? Ini Punca-puncanya

Artikel ini terakhir diperbarui September 3, 2021 by Nadhirah Rashid
Temperature Kereta Naik? Ini Punca-puncanya
Bagikan ke Teman:

Temperature kereta naik sewaktu memandu adalah salah satu perkara yang ramai pemandu nak elakkan. Tambah-tambah lagi jika kita memandu pada waktu malam. Namun, kadang kala situasi ini tidak dapat dielakkan. Bayangkanlah sedang anda dalam perjalanan pulang ke kampung, tiba-tiba meter temperature kereta naik dan tidak menunjukkan tren penurunan. Boleh panik kita dibuatnya. Lebih-lebih lagi apabila kita memandu kereta seorang diri. Apa yang patut kita buat sekiranya kita tersekat dalam situasi ini?

Tidak mengira jantina, baik lelaki mahupun wanita, apabila berhadapan dengan situasi kecemasan seperti ini, perkara pertama yang paling penting untuk dibuat adalah bertenang. Dengan bertenang, kita dapat berfikir dengan rasional tentang apa yang perlu dibuat seterusnya. 

Sebelum itu, kita perlu mengetahui tentang punca-punca yang menyebabkan temperature kereta naik.

Punca-punca Temperature Kereta Naik

Temperature kereta naik akan menyebabkan wap air panas keluar daripada enjin
Foto Kredit: Panumas Yanuthai Melalui Shutterstock

Ada pelbagai faktor atau punca yang boleh menyebabkan suhu kereta anda naik dengan tinggi secara tiba-tiba. Berikut adalah puncanya:

  • Hos getah bocor

Hos getah merupakan satu komponen dalam sistem penyejukan enjin kereta. Ia dicipta bertujuan untuk menjadi laluan air bagi coolant untuk sampai ke radiator kereta. Hos getah ini diletakkan berhampiran dengan enjin kereta. Ia secara tidak langsung mendedahkan hos tersebut kepada suhu yang panas. 

Kebocoran hos radiator boleh mendatangkan bahaya. Ini kerana suhu enjin akan menjadi terlalu tinggi dan menyebabkan kerosakan yang menyeluruh. 

  • Kipas radiator rosak

Fungsi utama kipas radiator adalah untuk mengurangkan haba daripada radiator supaya enjin kereta tidak menjadi terlalu panas. Apabila kipas radiator rosak, ia akan menaikkan suhu kereta secara mendadak kerana ia tidak lagi dapat menyejukkan bahagian radiator yang membawa aliran panas sebelum ditukar dengan aliran sejuk. 

Kereta moden zaman kini dilengkapi dengan dua jenis kipas radiator iaitu kipas elektrik dan kipas visco. Antara elemen yang anda boleh semak sekiranya kipas radiator anda tidak lagi berfungsi dengan baik adalah bilah kipas, kabel atau fius, tali kipas dan juga thermostat. 

  • Radiator rosak

Radiator atau tangki air juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan suhu enjin berada pada paras yang baik. Sekiranya radiator kereta mengalami kerosakan, ia akan dapat menjejaskan prestasi kereta dan enjin kereta akan berdepan dengan suhu panas yang melampau kerana berlakunya kerosakan dalam sistem penyejuk enjin.

Ini tanda-tanda awal kerosakan radiator pada kereta:

  • Cecair penyejuk (coolant) menitis

Coolant dicipta bagi membantu mengawal suhu enjin kereta. Radiator kereta menggunakan coolant berbentuk cecair untuk menyejukkan enjin. Jadi, cara yang paling mudah untuk mengesan kebocoran ialah dengan memerhatikan jika ada titisan air berwarna di atas lantai garaj anda.

  • Paras air berkurangan

Paras air yang berkurangan secara mendadak dalam radiator kereta adalah petanda yang menandakan radiator kereta anda telah bocor. Untuk kenalpasti sama ada ia berkurangan secara mendadak atau tidaj, anda boleh menambah cecair penyejuk ke dalam radiator dan periksa parasnya selepas beberapa hari. Sekiranya ia berkurangan secara mendadak, ini membawa maksud ada ada berlaku kerosakan atau kebocoran pada radiator kereta.

  • Kerosakan pam air

Pam air umpama sebuah nadi dalam sistem penyejukan kereta. Ia berfungsi untuk mengedarkan coolant ke seluruh sistem penyejukan enjin kereta. Kerosakan atau kegagalan pam air untuk berfungsi dapat menyebabkan kerosakan yang teruk pada enjin kereta. Pam air boleh rosak disebabkan beberapa perkara. Karat dan kakisan yang terdapat pada atas pam air antara penyebabnya. Ia berpunca daripada pendingin tercemar atau berkualiti rendah.

Ia juga adalah normal apabila terdapat kebocoran lubang leleh selepas pam baru sahaja dipasang. Namun, ianya tidak normal apabila kebocoran berlaku secara berterusan. Sistem penyejukan enjin mungkin mengandungi coolant yang tercemar atau berkualiti rendah.

  • Thermostat rosak

Termostat adalah sebuah injap kecil yang berfungsi untuk menghantar aliran penyejuk dengan suhu yang berbeza. Tanpa thermostat, ia bukan saja boleh menyebabkan enjin kereta anda mencapai suhu panas yang melampau, malah ia boleh menyebabkan blok enjin kereta menjadi retak. 

  • Penutup radiator bermasalah

Penutup radiator yang bertulis 0.9bar atau 1.0 bar tu berfungsi untuk mengawal tekanan dalam radiator anda dan mengelakkan sebarang wap atau air radiator terkeluar. Apabila penutup radiator bermasalah, ia tidak dapat mengawal tekanan dan menyebabkan takat didih air menjadi rendah dan mendidih di dalam radiator. 

Cara Mengatasi Suhu Enjin Kereta Naik

Masalah temperature kereta naik ini boleh diatasi. Ini adalah beberapa cara untuk mengatasinya:

  • Periksa hos getah

Bagi memastikan hos getah berada dalam keadaan baik, anda disarankan untuk melakukan pemeriksaan top hose dan bottom hose. Anda perlu memastikan tiada rekahan atau kesan melecet yang berlaku pada permukaan hos. Untuk mengenalpasti jika hos tersebut mempunyai rekahan, anda perlu memicit hos tersebut. 

Berikan perhatian anda kepada bahagian dimana hos membengkok atau bertemu stub. Sekiranya ia kelihatan sudah lusuh, usah tunggu lagi. Sudah tiba masanya untuk digantikan dengan hos yang baru. 

Klip-klip yang mengikat hos pada stub turut perlu diberi perhatian. Klip yang mengikat perlulah ketat namun tidak terlalu ketat sehingga menyebabkan getah hos terbenam yang boleh menyebabkan kepada masalah kebocoran. 

  • Periksa radiator

Bahagian radiator yang selalu mengalami kebocoran adalah pada bahagian top seam dan bottom seam. Bilah-bilah penyejuknya turut boleh mengalami kebocoran. Jika radiator anda mengalami kebocoran, ia boleh disebabkan oleh hentaman batu. 

Sekiranya bilah-bilah penyejuk mengalami kebocoran, anda boleh membaiki ‘sealent’ yang boleh dibeli dari kedai alat ganti kereta malah di pasaraya; atau serahkan tugas dan pembaikan kepada mekanik. Alternatif lain adalah dengan mendapatkan radiator yang terpakai ataupun baru.

Kebanyakan radiator memiliki sebuah drain plug di bahagian bawahnya. Pastikan ia bukanlah penyebab kebocoran yang berlaku. Namun, sekiranya ia berlaku, tukarkan drain plug berserta dengan getah penghedapnya. 

Anda juga disarankan untuk melakukan pemeriksaan ke atas penutup tekanan radiator atau radiator cap. Rubber seal atau getah pengedap sepatutnya berada dalam keadaan baik dan injap atau valve yang berada di tengahnya masih anjal serta mampu bergerak bebas.

  • Menggantikan kipas radiator

Perhatikan tahap kederasan kipas radiator berputar. Putaran yang lemah menyebabkan kipas radiator tidak mampu menyedut kuantiti angin yang diperlukan untuk menyejukan radiator. Jika situasi ini berlaku, langkah terbaik yang perlu diambil adalah penukaran motor kipas radiator. 

Anda turut perlu memerhatikan durasi kipas tersebut berputar. Kipas radiator yang berhenti berputar terlalu cepat akan gagal menyejukan radiator dan menyebabkan temperature kereta naik. Lebih-lebih lagi jika anda terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Kebiasaannya kipas radiator akan berputar kira-kira 20- 30 saat pada setiap operasinya dan mampu merendahkan suhu yang ditunjukkan pada meter suhu. 

  • Penyelenggaraan berkala

Antara langkah lain untuk mengatasi masalah ini daripada berlaku adalah dengan melakukan penyelenggaraan berkala dengan yang profesional. Ini kerana ada di antara kita yang tidak tahu mengenai enjin kereta. Dengan menyerahkan pada mekanik yang profesional, masalah-masalah di atas boleh diatasi dengan cepat sebelum ia menjadi lebih teruk.

Langkah-Langkah Yang Perlu Diambil Apabila Suhu Kereta Naik Semasa Memandu

Sama seperti jika kereta rosak secara tiba-tiba semasa sedang memandu, apa yang anda perlu lakukan apabila temperature kereta naik adalah berhenti di bahu jalan yang selamat. Ini perkara yang paling utama yang perlu anda lakukan. Ia bagi menjamin keselamatan anda dan juga pengguna-pengguna jalan raya yang lain. 

Tunggu temperature kereta turun sebelum membuka radiator cap
Foto Kredit: Anon Nernsai Melalui Shutterstock
  • Matikan enjin

Setelah memberhentikan kereta di bahu jalan, segera matikan enjin kereta. Setelah itu buka bonet kereta hadapan. Jika anda teruskan perjalanan walaupun indikator kereta sudah menunjukkan suhu tinggi, enjin kereta boleh terjejas teruk. Enjin kereta yang rosak teruk pula memerlukan kos yang tinggi untuk dibaiki. 

  • Periksa radiator

Untuk melakukan langkah ini, anda perlu berhati-hati. Ini kerana enjin sedang mengalami suhu panas yang luar biasa. Jangan buka penutup radiator ketika ia masih panas. Sebaliknya, biarkan ia sejuk dalam masa satu jam dan kemudian baru buka penutup tersebut. Ini bagi mengelakkan wap dan air panas terpercik pada mana-mana anggota badan yang boleh menyebabkan melecur.

  • Buka radiator cap

Dengan menggunakan kain yang tebal untuk mengalas tangan, pusingkan radiator cap dengan perlahan. Ini kerana, pada kebiasaannya, air panas dalam radiator akan memercik. Bila air tersebut menunjukkan tren untuk reda, barulah buka radiator cap itu sepenuhnya. 

  • Semak paras air

Anda perlu semak paras air dalam radiator tersebut. Dalam kes ini, kebiasaannya tangki air akan kering. Ini memerlukan anda untuk menuangkan coolant. Walau bagaimanapun, anda tidak boleh terus menuangkan coolant tersebut ketika radiator masih panas. Ia akan menjejaskan sistem penyejukan enjin.

  • Tuangkan coolant

Setelah suhu radiator turun, barulah anda boleh menuangkan coolant tersebut. Tuangkan sehingga penuh dan kemudiannya hidupkan enjin kereta. 

  • Pergi ke bengkel berdekatan

Setelah selesai melakukan langkah-langkah di atas, segeralah ke bengkel berdekatan. Semasa memandu, perhatikan meter. Anda juga disarankan untuk tidak memandu terlalu laju dalam situasi ini. 

Sekiranya anda tidak berdekatan dengan mana-mana bengkel, hubungi pihak insurans kereta, dan dapatkan bantuan towing. Jangan risau. Kebiasaannya, khidmat towing adalah percuma. 

Cara Menjaga Radiator Kereta

Seperti yang kita dah perkatakan tadi, radiator adalah komponen yang berfungsi sebagai pemanas atau penyejuk kepada sesebuah sistem operasi enjin kereta. Coolant yang diletakkan di dalam radiator kereta pula adalah agen penting yang bekerjasama dengan radiator agak memastikan enjin kereta kita sentiasa berada pada paras sihat. Tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas. 

Temperature kereta naik selalu dikaitkan dengan masalah radiator. Kadang-kadang, masalah radiator kereta ini berpunca penjagaannya yang tidak terurus. Perkara utama yang perlu dijaga adalah untuk mengelakkan air dalam radiator menjadi kering. Ini adalah beberapa tip yang boleh anda amalkan untuk mengelakkan air dalam radiator kereta daripada menjadi kering. 

  • Periksa penutup radiator

Penutup radiator yang rosak boleh menyebabkan air dalam radiator tersebut mengalir atau melimpah keluar tanpa kita sedari. Disebabkan itu, coolant dalam radiator menjadi berkurangan dengan cepat. 

  • Selenggara radiator

Untuk menyelenggara radiator, cara paling mudah adalah dengan mengalirkan coolant secara berkala. Anda disarankan untuk menyelenggara radiator sebanyak dua bulan sekali supaya karat tidak dapat berkumpul di dalam radiator. 

  • Periksa kebersihan komponen sokongan

Ada kemungkinan tersumbat hingga membuatkan aliran air tidak lancar. Begitu juga komponen dalaman. Segera bawa kereta ke bengkel untuk mengetahui punca kerosakan yang tidak boleh dilihat pandangan mata.

  • Periksa putaran kipas

Putaran kipas yang terlalu laju atau terlalu perlahan boleh menjadi punca kepada pelbagai masalah yang berkaitan dengan radiator kereta. Ia juga boleh disebabkan karbon pada kipas radiator yang menipis dan magnet dalaman sudah lusuh dan tidak berada pada posisi asal. 

  • Semak hos

Hos adalah satu elemen yang penting dalam menjaga kesihatan sistem penyejukan enjin kereta. Jika hos radiator kurang rapat, memang air akan keluar dan kering. Pastikan ditutup rapat dan dalam kondisi baik. Tukar jika hos sudah haus atau rosak.

Selain itu, bagi memastikan radiator enjin kereta kita berada dalam keadaan yang baik, anda juga perlu membuat penyelenggaraan berkala untuk memantau dan mencegah berlakunya situasi air radiator kering.

Jadikan sebahagian daripada rutin anda untuk menyemak lihat paras air sebelum keluar memandu. Terutamanya sekiranya anda ingin memandu perjalanan yang jauh. Seterusnya, bukan sahaja kita perlu membersihkan radiator enjin kereta, malah tangki simpanan coolant dan hos serta komponen aliran yang lain juga perlu diberikan perhatian. 

Boleh Ke Guna Air Paip Dalam Radiator?

Kita mengetahui yang radiator memerlukan ejen penyejuk yang berbentuk cecair. Namun, timbul soalan sama ada kita boleh gunakan air paip biasa untuk diletakan di dalam radiator? Jawapannya adalah, air biasa boleh menyebabkan radiator menjadi mudah berkarat dan berkerak selepas digunakan untuk satu masa yang lama. Ini kerana, sebersih mana pun air, ia mengandungi mineral yang boleh menghasilkan karat dan kerak. 

Radiator yang tersumbat atau rosak kerana karat yang terkumpul boleh menyebabkan temperature kereta naik.

Dengan teknologi yang terkini, ini adalah tiga jenis coolant yang boleh digunakan:

  • Super coolant

Super coolant adalah sejenis coolant yang memiliki takat didih yang tinggi iaitu  ~130-135°C. Ianya perlu dicampur dengan air bersih sebelum dituangkan ke dalam radiator kereta. Nisbah campuran ialah 50:50. Maksudnya, jika sebotol coolant itu 1 liter, air bersih yang perlu dicampur 1 liter juga.

Nisbah perlulah betul. Ini kerana jika nisbah air biasa melebihi super coolant, ia boleh menyebabkan takat didih coolant menurun.

  • Coolant anti beku & cecair pelindung

Sama kaedahnya dengan super coolant, coolant jenis ini juga perlu dicairkan terlebih dahulu dengan air bersih. Coolant antibeku biasanya digunakan pemandu di negara 4 musim supaya tidak membeku ketika musim sejuk. Takat didih pula mencecah hingga setinggi ~128°C. Coolant ini juga hanya beroperasi efektif jika menggunakan kadar nisbah campuran betul tanpa kandungan air bersih berlebihan.

Suhu kereta yang naik secara tiba-tiba ini amat berbahaya. Ia boleh menyebabkan kerosakan enjin secara menyeluruh. Apabila enjin rosak secara menyeluruh, anda pula perlu mengeluarkan wang yang banyak bagi menanggung kos membaiki.

Dengan cara-cara dan tips yang Qoala kongsikan tadi, kami harap ia dapat membantu anda apabila anda berhadapan dengan situasi-situasi kecemasan. Bila enjin dalam keadaan yang baik, hati pun jadi tenang nak memandu kereta.

Untuk menambah lagi perlindungan sewaktu pemanduan, dapatkan insurans kereta dengan harga yang berpatutan di Qoala!

 

Bagikan ke Teman:
Nadhirah Rashid
Nadhirah Sofea Rashid has a various writing background which includes current news, political, lifestyle, fashion and also business. Experienced in blog content, social media content, and advertising for the past 3 years. Loves getting into the thick of action. Also, a cat lady.
Dapatkan Insurans Kereta Murah Sekarang! 🚗