6 Cara Beli Tayar Kereta Terbaik Yang Wajib Diketahui

Artikel ini terakhir diperbarui September 2, 2021 by Nadhirah Rashid
6 Cara Beli Tayar Kereta Terbaik Yang Wajib Diketahui
Bagikan ke Teman:

Tayar adalah salah satu komponen terpenting pada sesebuah kereta. Ini kerana tayar kereta lah yang banyak terdedah dengan permukaan jalan raya. Qoala hari ini akan berkongsikan cara-cara membeli tayar kereta terbaik untuk prestasi pemanduan kereta yang optimum. 

Untuk memastikan korang mempunyai pemanduan yang lancar, pemilihan tayar memainkan peranan yang tinggi. Pemanduan yang lancar disini termasuklah dari segi keselesaan pengendalian, kawalan stereng dan cengkaman tayar yang baik. Namun, ramai yang masih tidak peka dengan cara-cara beli tayar kereta yang terbaik tidak kira lah lelaki atau perempuan. 

Cara Pilih Tayar

Tidak kira tayar yang baru atau tayar terpakai, pemilihan tayar yang baik dan betul penting bukan saja untuk kelancaran pemanduan, tapi juga untuk keselamatan kereta dan diri. 

  • Periksa kod tayar kereta

Ada beberapa situasi dimana pembeli boleh ditipu dengan penjual tayar kereta. Sesetengah penjual tayar kereta akan mempamerkan tayar kereta yang lama dengan harga yang baru semata-mata untuk menghabiskan stok. Jadi, ianya penting untuk korang tahu kod-kod yang ada pada tayar untuk mengelakkan tayar yang dijual itu sudah terlalu lama malah lebih teruk, expired. Ini kod tayar kereta yang perlu diperiksa: 

Sebagai contoh: Kod tayar kereta ada 205/65/R15 94H

205 = Lebar (W) dalam unit milimeter, mm

65 = Nisbah aspek (untuk mengira tinggi / ketebalan tayar, H dalam unit milimeter mm)

R = Radial

15 = saiz / diameter rim (R) dalam unit inci

94 = Had maksimum bebanan

H = Had maksimum kelajuan 210 km / jam v

Semak abjad terakhir:

S = Maksimum had laju 180 km / jam

T = Maksimum had laju 190 km / jam

U = Maksimum had laju 200 km / jam

V = Maksimum had laju 240 km / jam

Z = Maksimum had laju 240 km / jam

W = Maksimum had laju 270 km / jam

Y = Maksimum had laju 300 km / jam

Manakala untuk mengira tinggi atau ketebalan tayar, H: 

Sebagai contoh, nisbah aspek adalah 65 yang bermakna 65% dari lebar adalah bersamaan tinggi atau ketebalan tayar.

65% x 205mm = 133.25mm

240 km/jam

W = Maksimum Had Laju 270 km/jam

Y = Maksimum Had Laju 300 km/jam

  • Semak empat angka tarikh

Foto Kredit: supergenijalac Melalui Shutterstock

Untuk membeli tayar kereta terbaik, sebagai pemandu korang kena periksa empat angka tarikh yang dicatat pada sisi tayar. Ini penting kerana tarikh tersebut merupakan indikator yang menunjukkan bila tayar itu dihasilkan.

Sebagai contoh: 0416

Bagaimana untuk membaca 0416 itu adalah ia menjadi keluaran kilang tayar pada minggu keempat tahun 2016. Tempoh penggunaan tayar yang ideal adalah selama lima tahun daripada tarikh ia dikeluarkan. 

Adakah tayar yang sudah berusia lebih daripada lima tahun tidak boleh digunakan? Ianya boleh digunakan tapi disyorkan. Ini kerana tayar tersebut telah menjadi keras. Ini kerana getah yang ada pada tayar sudah tamat tempoh. Kita disyorkan untuk menggantikan tayar apabila bunga pada tayar sudah haus atau dah lebih lima tahun penggunaannya. 

  • Pemilihan saiz tayar kereta

Untuk berjalan dengan selesa, kita memerlukan saiz kasut yang betul. Begitu juga dengan kereta. Untuk pemanduan yang terbaik, pemilihan saiz tayar kereta harus betul. Ia juga perlu sesuai dengan spesifikasi kereta. Ini kerana lain kereta, lain spesifikasinya. Kebiasaannya, kereta dirangka dengan saiz tayar yang besar sedikit daripada saiz yang standard. Saiz tayar juga kenalah sesuai dengan saiz rim tayar. Pemandu perlu mengambil kira dari segi diameter dalaman dan lebar tayar. Apabila kelebaran tayar terlalu besar atau terlalu kecil daripada saiz lebar rim, ia akan membuat tayar menjadi rosak. 

  • Tayar yang berkualiti tinggi

Kita kalau boleh, selagi boleh jimat, kita nak jimat. Tapi sifat terlalu nak jimat dalam pembelian tayar kereta terbaik boleh mengundang risiko bahaya. Ini kerana, tayar adalah komponen tunggal yang mengharungi segala selok belok, brek, dan juga pecutan sesebuah kereta. Kita disyorkan untuk keluarkan belanja yang lebih sikit supaya mendapatkan tayar yang berkualiti tinggi. Harga yang terlalu murah pada sesebuah tayar ini mencurigakan kerana tahap kualiti pada tayar tersebut boleh menjadi rendah dan membahayakan pemandu.

  • Tayar yang sesuai dengan jenis pemanduan

Dalam pemilihan tayar kereta terbaik, faktor-faktor prestasi tayar perlu disemak. Ini kerana ada tayar mempunyai pelbagai jenis prestasi. Seperti tayar yang memberi fokus kepada prestasi pada jalan raya yang basah, ada juga yang direka untuk prestasi penjimatan dan pelbagai lagi. Ini antara faktor-faktor prestasi yang perlu dipertimbangkan:

  1. Cengkaman maksimum: Tayar yang mempunyai kegunaan untuk track-day mempunyai cengkaman yang baik. Walau bagaimanapun, ia hanya mungkin boleh bertahan pada 20 sehingga 30 km sahaja. 
  2. Prestasi jalan basah: Untuk pemanduan jenis ini, tayar diperlukan adalah tayar mempunyai bunga untuk membantu merembes air hujan secara konsisten. Disamping menjadikan tayar lebih stabil, ia juga mampu mengurangkan kemungkinan aquaplaning. Aquaplaning adalah apabila keadaan tayar terapung disebabkan lapisan air yang terperangkap di bawah tapak tayar. Prestasi jalan basah turut baik untuk jenis tayar yang mengandungi adunan kompaun silika pada bunga tayar. 
  3. Tahap NVH tayar: Ada beberapa jenis tayar mengeluarkan lebih banyak bunyi bising. Ini kerana jenis kompoun dan bentuk bunga tayar yang mempunyai resonan bunyi pada halaju tertentu. Tayar yang mengeluarkan bunyi bising ini tidak sesuai dipandu pada permukaan jalan yang tidak rata. 

Cara Penjagaan Tayar Kereta Terbaik

Bila sebut bab tayar kereta, memilih tayar kereta terbaik satu perkara. Menjaga tayar kereta tersebut turut perlu dititikberatkan. Baik lelaki atau pun wanita, masih ramai lagi mengabaikan cara-cara penjagaan tayar kereta. Apabila terabai ia mampu mengundang bahaya. Ini cara-cara penjagaan tayar kereta yang terbaik:

  • Tekanan Angin Pada Tayar Kereta

Tekanan pada tayar kereta memberi pengaruh terhadap prestasi pemanduan kereta. Pemeriksaan tekanan angin pada tayar kereta yang idea adalah sekurang-kurangnya sebulan sekali atau dua minggu sekali. Apabila tekanan angin tayar tidak sesuai, ia boleh mengakibatkan pemanduan yang tidak selesa. Bukan itu sahaja, ia juga mendedahkan kepada kerosakan dan cengkaman tayar yang tidak baik. Dengan memiliki tekanan angin yang sesuai pada tayar kereta, ia dapat membantu dalam penjimatan minyak, menguatkan cengkaman tayar dan juga melindungi tayar daripada cepat rosak. 

Ini cara-cara memeriksa tekanan angin pada tayar kereta:

  • Letakkan kereta pada permukaan yang rata dan dalam keadaan lurus
  • Lukis satu garisan pada bunga tayar
  • Pandu dengan perlahan sehingga garisan tadi pudar dan hilang
  • Jika garisan tersebut hilang pada keseluruhan tayar, ia menunjukkan tekanan angin pada tayar kereta ada sesuai. 
  • Jika garisan hilang pada bahagian tengah, ia menandakan tekanan angin berlebihan atau terlalu keras;
  • Jika garisan hilang pada bahagian sisi, ia menandakan tayar kekurangan angin

Jangan terkejut bila sebenarnya ramai lagi yang tidak tahu cara mengisi angin tayar yang betul. Tekanan angin pada tayar mungkin dipandang remeh bagi sesetengah orang. Tapi sebenarnya ia amat berbahaya kerana ia dapat mengundang kemalangan yang tidak diingini. 

Ini cara mengepam tayar yang betul. 

  1. Untuk yang tak biasa mengepam tayar, pastikan korang baca manual kereta atau rujuk pada sticker yang ditampal pada bahagian tepi pintu pemandu. Sticker tersebut mempamerkan info yang ringkas mengenai kadar angin tayar kereta depan dan tayar kereta belakang, termasuklah kadar angin yang disyorkan apabila kereta kosong atau dipenuhi penumpang.
  2. Dapatkan jumlah kPa dan PSI. (jumlah kPa dan PSI berbeza mengikut kereta)
  3. Tetapkan jumlah kPa/PSI pada penunjuk jarum/pam digital agar ia sama dengan jumlah yang diperlukan. 
  4. Tekan butang + atau – untuk mengurang atau menambahkan jumlah pada meter
  5. Buka punat tayar dan letakkan pemacu pam pada punat tayar. 
  6. Cabut pemacu tersebut apabila mesin pam telah berbunyi. 
  • Tukar kedudukan tayar

Untuk mendapatkan prestasi tayar kereta terbaik, kita juga dinasihatkan untuk ubah kedudukan tayar secara berkala. Atau dalam bahasa inggrisnya, tyre rotation. Dengan menggunakan cara ini, ia mampu untuk memastikan kehausan keempat-empat adalah pada tahap yang sama. Bukan itu sahaha, cara ini dapat memanjangkan lagi jangka hayat tayar disamping mengurangkan risiko-risiko tayar rosak. Kita disyorkan untuk membuatkan pertukaran silang ini pada setiap enam bulan sekali atau pada setiap 10,000 km sehingga 13, 000 km sekurang-kurangnya. 

  • Alignment dan balancing

Alignment dan balancing yang tidak betul dapat mengakibatkan tayar cepat haus dan lebih teruk lagi, boleh menyebabkan kemalangan. Antara sebab-sebab alignment boleh berubah adalah kerana hentakan yang kuat pada sistem suspensi, wear dan tear pada komponen suspensi, atau kerosakan pada spring, absorber, cross member dan pelbagai lagi. Pemandu disyorkan untuk membetulkan alignment dan balancing tayar pada setiap tiga bulan. Ini juga bergantung kepada keadaan tayar kereta masing-masing. Proses alignment dan  balancing adalah penting untuk memastikan cengkaman tayar yang berkesan semasa berada di atas jalan raya. Balancing pula adalah sebuah proses apabila tayar diseimbangkan dengan meletakkan timah atau pemberat. 

Ini adalah cara untuk mengesan alignment kereta yang bermasalah:

  1. Semasa pemanduan, cuba lepaskan stereng seketika. Jika kereta bergerak lurus, ia menunjukkan alignment kereta adalah pada tahap yang baik. Tapi, jika semasa dilepaskan kereta bergerak ke kiri dan kekanan, ia bermakna alignment kereta tidak betul dan perlu dibaiki. 
  2. Cuba parking kereta dan pastikan tayar kereta pada bahagian depan berada dalam keadaan lurus. Sekiranya stereng tidak dapat selari dengan posisi tayar, ia bermakna alignment kereta tersebut bermasalah. 
  3. Semak tahap kehausan bunga pada tayar. Jika ia tidak sekata, itu menandakan alignment kereta bermasalah. 
  • Selalu periksa kehausan bunga tayar 

Kredit Foto: PH888 Melalui Shutterstock

Apabila kita selalu memeriksa tahap kehausan bunga tayar kereta, ia boleh mencegah dan juga boleh mengurangkan risiko kemalangan jiwa yang boleh membawa maut. Sebelum nasi menjadi bubur, ini dua langkah untuk semak bunga tayar.

  1. Indikator bunga tayar haus: Ramai yang tak tahu yang sebenarnya tayar kereta telah pun dilengkapi dengan bar indikator yang boleh membantu kita memeriksa tahap kehausan bunga tayar. Korang boleh check bar kecil yang melintang pada bahagian tengah bunga tayar yang menunjukkan kedalaman minimum bunga tayar. Cuba perhatikan, semakin rapat bunga tayar dengan bar, semakin haus tayar korang.
  2. Kerosakan tayar: Keadaan tayar juga mempengaruhi. Korang kena perhatikan tanda-tanda kerosakan. Sebagai contoh, koyakan, hirisan, bonjolan atau pun kebocoran tayar. Bila ada tanda-tanda ni, korang dah tak boleh tangguh dah. Kena bawa terus ke bengkel untuk dibaiki. Kalau tidak, ia boleh mengundang kemalangan. 

Kita dinasihatkan untuk sentiasa menyemak keadaan tayar sebelum memulakan pemanduan. Ini kerana kita boleh dalam risiko bahaya jika berlaku apa-apa contohnya macam tayar pecah ketika memandu. Tayar yang pecah ketika memandu boleh menjadi mimpi buruk kepada ramai orang. Ia bukan saja boleh menyebabkan kemalangan, malah boleh mengancam nyawa. Kebanyakkan kes kemalangan maut yang berlaku turut disebabkan tayar pecah. Dalam situasi kecemasan seperti ini, sudah tentunya kita terasa panik. Apatah lagi apabila kereta boleh hilang kawalan. Jangan risau, ini antara langkah-langkah keselamatan yang korang boleh gunakan:

Langkah-langkah Keselamatan Apabila Tayar Pecah

  • Jangan brek mengejut

Dah menjadi kebiasaan kita, bila ada kecemasan berlaku, kita akan secara automatik menekan brek secara mengejut.  Brek kecemasan adalah perkara yang paling perlu dielakkan apabila berada dalam situasi tayar kereta pecah. Ini kerana ia boleh menyebabkan kereta hilang kawalan dan terbabas. 

Apa yang kita boleh buat adalah, gunakan brek enjin dengan cara menurunkan gear kepada tahap yang lebih rendah. Tekan brek kaki secara perlahan apabila kereta dalam keadaan tidak laju. 

  • Brek secara perlahan 

Dalam keadaan tayar kereta yang tidak stabil, pemandu boleh brek. Cuma, ada caranya tersendiri. Kita seharusnya menekan brek dengan kaedah seolah-olah sedang mengepam, tekan dan lepas. Tindakan brek secara mengecut boleh menambahkan risiko kereta untuk berpusing lebih teruk dan boleh merosakkan sistem brek kereta.

Dah satu hal pula nak kena baiki sistem brek kereta yang bukannya murah. 

  • Nyalakan lampu kecemasan

Tindakan ini perlu dibuat semasa kereta sudah berhenti di tepi jalan. Ini bagi memberi indikator untuk kereta lain supaya berhati-hati apabila menghampiri kereta kita. Pada tahap ini, anda tiada jalan lain selain daripada berhenti di lorong kecemasan. Jika dalam kereta anda segi refleksif segi tiga, letakkan di belakang kereta pada jarak 45 meter daripada kereta. Jangan letak dua atau tiga langkah daripada kereta kerana itu boleh mengundang bahaya. Disebabkan inilah kita perlu menyediakan peralatan-peralatan kecemasan kerana kita tidak dapat menjangkakan bila dan dimana kemalangan boleh berlaku. 

  • Hubungi pihak insurans

Untuk pengetahuan korang, pihak insurans turut menyediakan servis tunda sekirannya kereta kita rosak di tengah jalan. Sebab itulah kita tidak digalakkan untuk menggunakan servis gang trak tunda apabila berlakunya kerosakan atau kemalangan. Bukan apa, gang trak tunda ni selalu mengenakan caj yang mahal padahal kita boleh mendapatkan servis trak tunda secara percuma oleh pihak insurans. Hubungi saja pihak insurans dan terus ke mana-mana bengkel kereta pilihan. 

Kalau korang nak ketahui insurans kereta yang mana yang patut korang ambil, Qoala ada sediakan! 

Diharapkan artikel Qoala kali ini boleh membantu korang dalam membuat pemilihan tayar kereta terbaik demi menjaga keselamatan dan juga pemanduan yang optimum. Ingat, pemanduan yang selamat bermula dengan tayar yang dalam keadaan baik. Bila tayar dalam keadaan baik, barulah boleh memandu dengan tenang.

Bagikan ke Teman:
Nadhirah Rashid
Nadhirah Sofea Rashid has a various writing background which includes current news, political, lifestyle, fashion and also business. Experienced in blog content, social media content, and advertising for the past 3 years. Loves getting into the thick of action. Also, a cat lady.
Renew Cukai Jalan dengan Qoala Malaysia!