4 Tanda Coil Magnet Motosikal Rosak, Perlu Diketahui!

Artikel ini terakhir diperbarui June 24, 2021 by Yahya Kus Handoyo
4 Tanda Coil Magnet Motosikal Rosak, Perlu Diketahui!
Foto kredit: GolfStandard Melalui Shutterstock
Bagikan ke Teman:

Korang tahu tak, pada tahun 2020 industri motosikal Malaysia telah mencatatkan peningkatan jualan selama tiga tahun berturut-turut di mana sebanyak 499,719-unit motosikal telah terjual sehingga meletakkan Malaysia sebagai pasaran motosikal ke 5 terbesar asean. Ini bermakna ramai rakyat Malaysia merupakan pengguna motosikal dan seiring dengan peningkatan jumlah motosikal, penunggang haruslah mempunyai kesedaran dan ilmu mengenai motosikal. Tambah-tambah apabila berlaku sebarang masalah kepada motosikal seperti tidak bisa dihidupkan atau mengeluarkan bunyi yang kurang menyenangkan. Kalau korang tidak ambil kesah tentang keadaan motosikal korang, berkemungkinan korang terpaksa mengeluarkan belanja yang besar nanti untuk memperbaiki motosikal korang. Jadi, di sini Qoala akan membantu korang untuk mengetahui salah satu kerosakan yang berlaku kepada motosikal korang sehingga boleh menelan belanja yang tinggi. Salah satunya mengetahui tanda coil magnet motosikal rosak yang perlu diperbaiki.

Coil Magnet

fungsi coil magnet motosikal
Foto kredit: GolfStandard Melalui Shutterstock

Apa itu Coil Magnet dan Fungsinya?

Hari ini korang akan mengetahui mengenai salah satu komponen yang terdapat pada motosikal korang iaitu coil magnet. Korang tahu tak apa itu coil magnet? Jadinya, fungsi coil magnet adalah alat untuk mengecas semula bateri motosikal korang selepas korang hidupkan enjin. Coil magnet ini akan berfungsi secara automatik sebaik sahaja korang hidupkan enjin motosikal dan kalau coil magnet rosak, bateri motosikal korang tak boleh nak dicharge dengan sempurna Ini akan menyebabkan motosikal korang susah nak hidup dan korang terpaksa hantar motosikal korang dekat bengkel.

Di bawah kami membantu korang untuk senaraikan cara-cara mengetahui tanda coil magnet motosikal rosak dan punca-punca yang menyebabkan coil magnet motosikal korang rosak;

Tanda Coil Magnet Motosikal Rosak

Periksa fius bateri

Perkara pertama yang korang boleh lakukan untuk mengetahui sama ada tanda coil magnet motosikal korang rosak atau tidak adalah dengan menarik/mencabut fius bateri. Bateri motosikal korang mestilah dalam keadaan baik untuk periksa keadaan coil magnet, sebab kalau bateri lemah ia akan menyukarkan korang untuk mengetahui sama ada rectifier atau coil magnet yang rosak. Mula-mula korang kena hidupkan enjin motosikal dan seterusnya cabut fius bateri, kalau enjin motosikal korang mati selepas beberapa saat ini bermakna coil magnet korang telah rosak.

Hidupkan lampu motosikal

Cara seterusnya untuk korang tahu tanda coil magnet motosikal rosak atau masih berfungsi adalah dengan menghidupkan lampu motosikal korang. Selalunya, bila coil magnet rosak dia akan bagi kesan dekat lampu motosikal korang. Jadi, bila korang start enjin dan lampu utama (low and high beam) motosikal korang malap atau tak menyala walaupun korang dah tukar bateri baru, ini tanda coil magnet motosikal rosak dan ada masalah.

Punca-punca Coil Magnet Rosak

  • Berpunca daripada bateri di mana bateri korang telah kong. Ini menyebabkan coil magnet bekerja bersendirian untuk menghantar api
  • Masalah dengan minyak engine di mana minyak enjin korang sudah lama tidak ditukar atau minyak enjin tidak mengikut spec (lebih)
  • Ada masalah dengan wiring

Cara Penjagaan Coil Magnet;

  • Nak jaga coil magnet, korang kena jaga bateri motosikal korang supaya dua-dua boleh berfungsi dengan baik.
  • Korang kena sentiasa periksa coil magnet, jangan biarkan coil magnet korang ada tanda hitam. Kalau dah hitam, korang kena ganti coil magnet korang.
  • Tukar minyak engine korang kalau sudah capai had mileage
  • Beli coil magnet original

Nota tambahan: Bagi pengguna motosikal modenas kriss 110, kalau korang check cable plug motosikal korang tiada percikan api, korang disarankan untuk check CDI atau coil magnet.

CDI

Apa itu CDI dan Fungsinya?

Di sini kami akan terangkan serba sedikit mengenai CDI. CDI adalah singkatan daripada Capasitor Discharge Ignition yang berfungsi untuk mengawal kadar api yang akan disalurkan kepada coil dan palam pencucuh di bahagian pembakaran enjin. Bukan itu sahaja fungsi CDI, fungsi lain adalah untuk mengawal kelajuan maksimum putaran enjin, mengawal pemasaan dan pelbagai kawalan berkaitan palam pencucuh.

Kadangkala, CDI motosikal korang pun boleh mengalami kerosakan disebabkan oleh faktor-faktor tertentu. Jadi, di sini kami menolong korang untuk mengetahui tanda, punca dan cara penjagaan CDI.

Tanda CDI rosak

  • Enjin tidak lancar
  • Timing tidak sekata
  • Enjin tidak boleh dihidupkan
  • Enjin mati apabila pendikit dilepaskan

Punca CDI rosak

  • Wap air
  • Gegaran melampau
  • Haba

Cara Penjagaan CDI

  • Tidak digalakkan menukar CDI standard kepada CDI racing (membantu menjadikan motosikal laju), kerana ia akan memberi kesan buruk kepada engine. Engine akan rosak sebab putaran terlalu laju.
  • Jangan beli produk non-original

Untuk memastikan jangka hayat CDI motosikal korang lebih lama, korang haruslah mengendalikannya dengan tepat. Antara cara untuk mengendalikannya adalah;

  • CDI tidak boleh berada dalam kedudukan yang salah sebab ia boleh memendekkan hayat perkhidmatannya.
  • Jangan membuat sambungan yang salah antara pin supaya tidak berlaku litar pintas

Pulser Coil

Apa itu Pulser Coil?

Pulser coil adalah satu satu komponen penting yang terdapat dalam enjin motosikal korang. Fungsi pulser ni adalah untuk menentukan masa CDI untuk menjana elektrik yang akan dilanjutkan ke proses pencucuhan pada busi (palam pencucuh).

Korang tahu tak tanda-tanda pulser coil rosak macam mana? Kalau belum tahu, kami tolong korang untuk menambahkan pengetahuan

Tanda Pulser Coil Rosak

  • Bila pulser rosak, wayar dari CDI yang menuju ke coil plug tidak akan mengeluarkan api
  • Pergerakan motor korang akan tersekat-sekat macam minyak motor korang dah habis
  • Motor korang tidak boleh dihidupkan sama sekali sebab fungsi pulser tidak optimum dan tidak menghantar voltan ke unit CDI
  • Tanda lain untuk tahu pulser coil korang rosak adalah enjin motosikal korang akan mati sendiri bila enjin terlalu panas,

Punca Pulser Rosak

  • Pulser sudah terlalu lama

Cara Penjagaan

  • Jangan gunakan produk yang bukan original

Katab

Apa itu Katab dan Fungsinya?

Katab atau nama lainnya Rectifier adalah komponen yang berfungsi untuk menukarkan arus ulang alik (AC) yang dihasilkan oleh generator kepada arus terus (DC) di mana ianya akan digunakan untuk mengecas bateri. Fungsi rectifier ini juga adalah untuk mengawal voltan supaya voltan tidak terlalu tinggi. Rectifier untuk setiap moto kebiasaanya adalah sama, Cuma yang membezakannya adalah bilangan wayar di mana ada yang 3 wayar dan ada juga yang 4 wayar (bergantung kepada jenis motosikal).

Rectifier ini juga tidak akan terkecuali untuk berlaku kerosakan, jadi korang kena tahu apa tanda dan punca rectifier ni rosak supaya senang korang nak ganti baru atau berurusan dengan bengkel.

Tanda Katab Rosak

  • Bateri motosikal korang tidak boleh dicas dengan sempurna
  • Kalau rectifier rosak, peralatan lain yang menggunakan tenaga elektrik juga akan terjejas
  • Rectifier motosikal korang sejuk walaupun korang dah hidupkan enjin (biarkan melahu)

Punca Katab/Rectifier Rosak

  • Rectifier korang sudah terlalu lama
  • Rectifier juga boleh rosak kalau korang mengeluarkan bateri ketika enjin sedang hidup
  • Soket yang bersambung dengan rectifier berada dalam keadaan yang tidak baik – pengaliran arus elektrik tidak berjalan lancar

Cara Penjagaan

  • Korang boleh pantau keadaan rectifier ini dengan memasang voltmeter pada motosikal. Dengan menggunakan voltmeter korang boleh mengetahui jumlah voltan yang dijana. Bacaan voltmeter yang ideal bila korang hidupkan enjin adalah di antara 13 hingga 14 v
  • Bateri lemah = bacaan bawah 12 v
  • Bateri sedang dicaj = bacaan di antara 13 hingga 14 v
  • Over charge = bacaan lebih daripada 15 v
  • Jangan beli rectifier yang tidak original (selalunya harga lebih murah)
  • Lakukan pemeriksaan berkala untuk tahu keadaan motosikal korang.

Cara Atasi Masalah Enjin Tidak Boleh Hidup

Cara mengatasi coil magnet motosikal yang rosak
Foto kredit: GolfStandard Melalui Shutterstock
  • Korang biasakan diri korang guna kick starter instead of electric starter. Sebabnya, electric starter menggunakan bateri yang banyak
  • Salah satu tanda coil magnet motor rosak ialah enjin tidak dapat menyala. Nah, sebelum korang nak menunggang motosikal, baiknya korang digalakkan untuk memanaskan enjin motosikal anda
  • Kalau ada bahagian-bahagian motosikal korang rosak, gantikan dengan alat yang baru dan original
  • Tukar minyak hitam kalau dah sampai had mileage
  • Servis Air Filter yang kotor ataupun korang tukar dengan yang baru
  • Selain itu, korang kena tukar bateri motosikal yang sudah kong ataupun bateri berada dalam keadaan yang tidak baik.

Kenapa Penunggang Motosikal Perlu Insurans?

Saban hari kita akan dihidangkan dengan dengan berita-berita mengenai kemalangan maut yang melibatkan motosikal. Korang sebagai penunggan motosikal haruslah sentiasa berhai-hati dengan menitikberatkan pemakaian topi keledar dan jaket keselamatan. Bukan itu sahaja, korang juga boleh mengambil inisiatif lain dengan mengambil dengan membeli insurans seperti insurans kemalangan diri sebagai perlindungan tambahan.

1. Penunggang Berhadapan dengan Risiko

Korang wajib mengambil insurans motor sebagai alat perlindungan sebab korang sentiasa berhadapan dengan risiko. Cumanya, masa dan tempat risiko itu berlaku sahaja yang korang tidak ketahui dan kebarangkalian untuk korang berhadapan dengan risiko adalah tinggi. Sebagai contoh, korang berkemungkinan akan ditimpa kemalangan atau musibah lain semasa menunggang motosikal akibat daripada kerosakan dalaman motosikal. Jadi, insurans motor boleh membantu korang untuk hadapi risiko ini di mana korang akan mendapat perlindungan atau pampasan sekiranya berlaku apa-apa kemalangan sewaktu menunggang motosikal.

2. Melindungi Harta dan Aset

Bukan itu sahaja, korang wajib ada insurans motor supaya motosikal korang boleh dilindungi daripada sebarang musibah. Kalau korang tiada insurans motor, korang mungkin harus mengeluarkan perbelanjaan yang lebih untuk membiayai kos-kos seperti kos pembaikan motosikal dan alat ganti. Jadi, korang kena tahu yang insurans motor bukan sahaja melindungi diri korang tetapi juga aset korang iaitu motosikal daripada sesuatu musibah.

3. Membantu Meringankan Beban Kewangan

Sebagai seorang penunggang motosikal, korang sentiasa berhadapan dengan risiko yang berbahaya apabila berada di atas jalan raya. Korang berkemungkinan ditimpa kemalangan sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital dan memakan belanja yang besar. Kalau korang mempunyai simpanan sendiri, korang terpaksa menggunakannya untuk membiayai kos perubatan dan melepaskan keinginan korang untuk membeli benda yang korang inginkan. Jadi, insurans ini adalah salah satu inisiatif untuk membantu meringankan beban kewangan korang tanpa mengusik wang yang telah korang simpan. Dengan hanya premium yang rendah, korang akan mendapatkan perlindungan asas daripada syarikat insurans dan korang tidak perlu risau lagi sekiranya korang ditimpa musibah yang memerlukan dana yang banyak.

Manfaat Insurans

Korang tahu tak kalau korang ambil insurans motor tiap kali korang beli motosikal baru, korang akan mendapat perlindungan yang terbaik daripada pihak insurans. Korang juga boleh mendapat perlindungan yang menyeluruh sekiranya korang membayar dengan harga yang lebih tinggi. Banyak juga manfaat tambahan lain yang diberikan oleh pihak insurans untuk korang sebagai penunggang motosikal. Secara amnya, insurans akan memberi manfaat kepada korang di mana;

1. Insurans Menanggung Kerosakan dan Kerugian Kenderaan

Insurans akan melindungi korang jika korang terlibat dalam sebarang kemalangan dan kecurian. Selain itu, jika kenderaan korang mengalami kerosakan atau kerugian yang berpunca daripada pencurian, keganasan, mogok atau sebagainya, skim insurans akan merangkumi perkara-perkara ini dan memberi pampasan sewajarnya. Insurans motor ini merangkumi semua jenis kerosakan dan kerugian yang melibatkan kenderaan yang menggunakan jalan darat atau sebaliknya.

2. Insurans Memberi Perlindungan Kemalangan Diri

Manfaat lain apabila korang membeli insurans motor ialah ia menawarkan perlindungan kemalangan diri dengan jumlah yang telah diperuntukkan sewaktu permulaan korang membeli insurans. Perlindungan Kemalangan Diri bermaksud jika korang mengalami kecacatan kekal atau kematian akibat kemalangan maka insurans akan memberi perlindungan bagi perkara tersebut dengan menyediakan pampasan yang ditetapkan.

3. Insurans Menanggung Kerosakan atau Kerugian Pihak Ketiga

Seterusnya, insurans juga memberi perlindungan jika korang terlibat kemalangan dengan pihak ketiga sehingga membawa kepada kerosakan atau kerugian kepada pihak ketiga tersebut. Bukan itu sahaja, jika korang dikenakan tindakan undang-undang kerana menyebabkan kecederaan atau kematian pihak ketiga maka insurans juga akan memberi perlindungan kepada korang. Jadi, dapatkan insurans sebagai satu unit perlindungan untuk diri korang.

Kesan Insurans Terhadap Kewangan

Korang tahu tak insurans dan takaful ni memainkan peranan penting untuk mengekalkan kesejahteraan kewangan korang. Insurans dan takaful bukan sahaja berfungsi sebagai alat pengurusan risiko tetapi juga membantu merancang kewangan peribadi korang. Jadi, bermula daripada sekarang korang haruslah memiliki insurans atau takaful untuk melindungi kesejahteran kewangan korang untuk masa hadapan. Di sini kami senaraikan sebab kenapa korang perlukan insurans untuk jaga kewangan korang;

Menjaga Kewangan Jangka Panjang

Kalau korang ambil insurans atau takaful terutamanya yang berkaitan dengan pelaburan, korang akan mendapat perlindungan kewangan dan berpotensi mendapat pulangan yang tinggi. Jadi, kalau korang ada kewangan yang kukuh atau wang yang lebih, korang disarankan untuk melaburkan sebahagian wang korang. Sebab apa? Sebabnya pelaburan dapat menyediakan jaringan keselamatan kewangan untuk jangka panjang dan bantu korang membina kekayaan. Contoh pelan insurans pelaburan yang korang boleh ambil adalah Insurans Securelink yang ditawarkan oleh Syarikat Etiqa. Kalau korang ambil pelan ni, korang akan mendapat perlindungan yang berterusan, manfaat tambahan komprehensif seperti perlindungan penghospitalan dan pembedahan serta perlindungan kemalangan dan penyakit kritikal. Dari sini korang dah boleh nampak yang insurans pelaburan ni akan mengurangkan beban kewangan korang kalau korang ditimpa musibah.

Menjamin Bantuan Kewangan Sekiranya Ditimpa Musibah

Selain itu, kalau korang ambil insurans korang tak perlu risau mengenai beban kewangan yang akan korang tanggung pada masa hadapan, sebab apa? Sebabnya insurans akan memberi perlindungan kepada korang mengikut polisi insurans yang korang ambil. korang tak boleh nak agak bila nak terjadinya musibah dan mana tahu waktu korang ditimpa musibah korang dah tak ada wang simpanan sendiri jadi insurans boleh tolong cover semua bayaran-bayaran tu. Sekarang ni dah banyak syarikat insurans menawarkan perlindungan diri daripada sebarang musibah dengan harga yang mampu milik. Korang hanya perlu membuat pertimbangan yang baik dalam memilih pelan perlindungan supaya bersesuaian dengan keadaan kewangan korang, tetapi paling penting dapatkan perlindungan insurans walaupun hanya perlindungan asas. Jadi, korang tidak perlu risau kalau-kalau berlaku perkara yang tidak diingini di masa hadapan kelak.

Sebagai penunggang motosikal, korang kena sentiasa mengambil tahu tanda coil magnet motosikal rosak. Ini membolehkan korang untuk sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan dapat menjaga keadaan motosikal korang dengan baik dan paling penting korang dapat guna motosikal korang dengan jangka yang lebih lama. Bukan itu sahaja, kalau korang dan membeli motosikal baharu, jangan lupa untuk dapatkan insurans sebagai perlindungan asset dan diri korang. Sediakan payung sebelum hujan dengan mengambil insurans supaya korang dapat perlindungan yang terbaik nanti apabila berlaku musibah yang tidak diingini suatu hari nanti. Bagi korang yang ingin survey atau mengambil insurans untuk motosikal korang nanti, korang boleh dapatkan di Qoala App kerana kami menawarkan insurans dan takaful terbaik untuk memberi perlindungan kepada korang dan motosikal korang.

Bagikan ke Teman:
Ramen Hasniran
I am a Marketer specialising in Social Media Marketing (Content Creation and Management) with over 8 years of experience. I have developed the skills set in areas such as Website Management (Content Creation and Front End Management), Ecommerce, Digital Advertising (Social and Display) and influencers Marketing (KOLs and Celebrities) over the years.