Senarai Harga Kereta Mengikut Kategori Pendapatan (2021)

Artikel ini terakhir diperbarui September 20, 2021 by Nadhirah Rashid
Senarai Harga Kereta Mengikut Kategori Pendapatan (2021)
Bagikan ke Teman:

Apakah senarai harga kereta yang sesuai dengan kategori pendapatan anda? Untuk menjawab soalan ini, anda perlu terlebih dahulu mengetahui anda berada pada kategori pendapatan yang mana. 

Di Malaysia, terdapat 3 kategori pendapatan yang utama iaitu; B40, M40 dan T20. Bagi anda yang tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan B40, M40 dan T20, ia adalah pendapatan isi rumah bulanan penengah bagi kumpulan:

  • Terendah 40% atau bottom 40% (B40)
  • Kumpulan pertengahan 40% atau middle 40% (M40)
  • Kumpulan tertinggi 20% atau top 20% (T20).

Berikut adalah hasil daripada kaji selidik Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (PPIR & KA) oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Kajian PPIR & KA dikendalikan 2 kali setiap lima tahun. Selama ini, tahap untuk setiap peringkat pendapatan kumpulan telah meningkat dan ini merupakan salah satu petunjuk pertumbuhan ekonomi di Malaysia.

Tafsiran B40, M40 dan T20

Terdapat tiga (3) jenis kategori golongan pendapatan mengikut isi rumah di Malaysia iaitu:

B40

  1. Dikenali sebagai Bottom 40 adalah kumpulan isi rumah terendah
  2. Penduduk Malaysia adalah 40 % terdiri daripada golongan ini
  3. Berpendapatan seisi rumah dengan purata bulanan di bawah RM4,850

M40

  1. Dikenali sebagai Middle 40 adalah kumpulan isi rumah pertengahan
  2. Penduduk Malaysia adalah 40 % terdiri daripada golongan ini
  3. Berpendapatan seisi rumah dengan purata bulanan antara RM4,851 hingga RM10,970

T20

  1. Dikenali sebagai Top 20 adalah kumpulan isi rumah tertinggi
  2. Penduduk Malaysia adalah 20 % terdiri daripada golongan ini
  3. Berpendapatan seisi rumah dengan purata bulanan RM10,971 dan ke atas

Pengelasan Baharu Isi Rumah 

Berdasarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (2020) pengelasan baharu isi rumah adalah:

KumpulanMedianPurataHad Pendapatan
B40B1RM1,929RM1,849Kurang daripada RM2,500
B2RM2,786RM2,803RM2,501 – RM3,170
B3RM3,556RM3,561RM3,171 – RM3,970
B4RM4,387RM4,395RM3,971 – RM4,850
M40M1RM5,336RM5,346RM4,851 – RM5,880
M2RM6,421RM6,477RM5,881 – RM7,100
M3RM7,828RM7,841RM7,101 – RM8,700
M4RM9,695RM9,730RM8,701 – RM10,970
T20T1RM12,586RM12,720RM10,971 – RM15,040
T2RM19,781RM24,293RM15,041 dan lebih

Senarai Harga Kereta Mengikut Kategori B40, M40 dan T20

Senarai harga kereta mengikut kategori pendapatan
Foto kredit: OlegRi Melalui Shutterstock

Nak memiliki kereta bukannya satu perkara yang mudah. Ia memerlukan komitmen yang tinggi. Dari segi bayaran bulanan, cukai jalan, insurans kereta, penyelenggaraan dan perkara-perkara yang tidak dapat kita jangka seperti kereta rosak, kemalangan dan sebagainya. Kerana itulah kita harus memilih kereta berdasarkan senarai harga kereta yang mengikut kategori pendapatan masing-masing. 

Golongan B40

Bagi golongan ini, pendapatan isi rumah adalah berjumlah RM3,000 hingga RM4,000. Kriteria-kriteria kereta yang sesuai untuk golongan ini adalah kereta yang mempunyai ciri-ciri seperti:

  1. Jimat minyak
  2. Mudah diselenggara
  3. Bayaran bulanan yang rendah

Harga maksimum yang sesuai dibeli oleh golongan ini adalah pada RM40,000. Berikut adalah jenis kereta dan senarai harga kereta yang mungkin sesuai bagi golongan B40. 

Senarai Harga Kereta Axia

ModelVarianHarga dengan SSTHarga Baru
Harga Axia baru1.0 E (MT)Harga Perodua Axia 4,090RM23,367
Harga Perodua Axia1.0 G (AT)RM33,490RM32,485
Harga Perodua Axia1.0 GXtra (AT)RM34,990RM33,940
Harga Perodua Axia1.0 Style (AT)RM38,890RM37,515
Harga Perodua Axia1.0 SE (AT)RM38,890RM37,515

Senarai Harga Kereta Saga

Model KeretaVarianHarga Dengan SSTHarga Baru
Harga Saga baru1.3 Standard MTHarga Proton Saga RM 32,800RM 32,400
Harga Proton Saga1.3 Standard ATRM 35,800RM 35,300
Harga Proton Saga1.3 Premium ATRM 39,800RM 39,300

Senarai Harga Kereta Bezza

ModelVarianHarga Dengan SSTHarga Baru
Harga bezza Baru1.0 G (MT)Harga Perodua Bezza RM34,580RM33,456
Harga Perodua Bezza1.0 G (AT)RM36,580RM35,391
Harga Perodua Bezza1.3 X (AT)RM43,980RM42,551
Perodua Bezza1.3 Advance (AT)RM49,980RM48,356

Senarai Harga Kereta Alza (Second Hand)

ModelVarianHarga 2021
2014 Perodua ALZASE 1.5RM 35,700
2014 Perodua ALZAAV 1.5RM 38,800
2016 Perodua ALZAEZ 1.5RM 39,800

Golongan M40

Bagi golongan M40 pula, jenis dan kriteria kereta yang sesuai adalah kereta yang mempunyai kriteria-kriteria ini:

  1. Kereta yang jimat minyak
  2. Mudah diselenggara
  3. Mempunyai kuasa yang berpatutan

Harga maksimum yang sesuai dibeli oleh golongan ini adalah pada RM73,000. Berikut adalah jenis kereta dan senarai harga kereta yang mungkin sesuai bagi golongan M40. 

Senarai Harga Kereta Exora

ModelVarianHarga Dengan SSTHarga Baru
Harga Proton Exora1.6 Executive CVTRM 59,800RM 57,300
Harga Proton Exora1.6 Premium CVTRM 66,800RM 64,800

Senarai Harga Kereta Almera

Model KeretaVarianHarga Dengan SSTHarga Baru
Harga Nissan Almera1.5L E ATRM 69,888RM65,699.00
Harga Nissan Almera1.5L VL ATRM 79,888RM 75,419.00
Harga Nissan Almera1.5L E AT Black SeriesRM 78,388RM 74,199.00
Harga Nissan Almera1.5L VL AT Black SeriesRM 88,388RM 83,919.00

Senarai Harga Kereta Aruz

Model KeretaVarianHarga Dengan SSTHarga Baru
Harga Perodua Aruz1.5 X (AT)RM72,900RM68,526
Harga Perodua Aruz1.5 Advance (AT)RM77,900RM73,226

Senarai Harga Kereta Alza

Model KeretaVarianHarga Dengan SSTHarga Baru
Harga Perodua Alza1.5 S (MT)RM51,490RM49,944
Harga Perodua Alza1.5 S (AT)RM54,290RM52,661
Harga Perodua Alza1.5 SE (AT)RM56,890RM55,186
Harga Perodua Alza1.5 Advance (AT)RM62,690RM60,525

Senarai Harga Kereta Avanza

Model KeretaVarianHarga Dengan SSTHarga Baru
Harga Toyota Avanza1.5ERM 80,888RM 77,693
Harga Toyota Avanza1.5SRM 83,888RM 80,849
Harga Toyota Avanza1.5S+RM 87,888RM 84,325

Senarai Harga Kereta Vios

Model KeretaVarianHarga Dengan SSTHarga Baru
Harga Toyota Vios1.5JRM 77,200RM 76,101
Harga Toyota Vios1.5ERM 81,200RM 80,074
Harga Toyota Vios1.5GRM 87,300RM 86,132

Senarai Harga Kereta Honda City

Model KeretaVarianHarga Dengan SSTHarga Baru
Harga Honda City 1.5SStandardRM 78,500RM 75,295.36
Harga Honda City 1.5SWhite Orchid PearlRM 78,620RM 75,404.45
Harga Honda City 1.5EStandardRM 84,600RM 80,978.91
Harga Honda City 1.5EWhite Orchid PearlRM 84,720RM 81,088.00
Harga Honda City 1.5VStandardRM 91,600RM 87,600.63

Golongan T20

Kriteria kenderaan yang dicadangkan untuk golongan ini adalah seperti dibawah: 

  1. Berprestasi tinggi
  2. Mewah
  3. Selesa
  4. Selamat

Jenis kenderaan yang sesuai dimiliki oleh golongan ini adalah:

Senarai Harga Kereta Proton X70

Model KeretaVarianHarga Dengan SSTHarga Baru
Harga x70 baruI.8 TGDI Standard 2WDHarga Proton X70 RM 94,800RM 89,900
Harga Proton X70I.8 TGDI Executive 2WDRM 106,800RM 101,000
Harga Proton X70I.8 TGDI Premium 2WDRM 119,800RM 113,100
Harga Proton X70I.8 TGDI Premium X 2WDRM 122,800RM 115,800

Senarai Harga Kereta Honda Civic

Model KeretaVarianHarga Dengan SSTHarga Baru
Harga Civic 1.8S BaruStandardHarga Honda Civic 1.8S RM 113,600RM109,326.51
Harga Honda Civic 1.8SWhite Orchid PearlRM 113,900RM109,599.24
Harga Honda Civic 1.5 TCStandardRM 129,600RM125,081.09
Harga Honda Civic 1.5 TCWhite Orchid PearlRM 129,900RM125,353.82
Harga Honda Civic 1.5 TC-PStandardRM 139,600RM134,661.28
Harga Honda Civic 1.5 TC-PWhite Orchid PearlRM 139,900RM134,934.00

Senarai Harga Kereta Honda HRV

Model KeretaVarianHarga Dengan SSTHarga Baru
Harga Honda HR-V 1.8EStandardRM 108,800RM 104,000.21
Harga Honda HR-V 1.8EWhite Orchid PearlRM 109,100RM 104,272.94
Harga Honda HR-V 1.8VStandardRM 118,800RM 113,421.92
Harga Honda HR-V 1.8VWhite Orchid PearlRM 119,100RM 113,694.65
Harga Honda HR-V 1.8RSStandardRM 124,800RM 118,581.81

Senarai Harga Kereta Volkswagen Golf

Model KeretaVarianHarga Dengan SSTHarga Baru
Harga Volkswagen Golf1.4 TSI R-LineRM 173,390RM 168,505
Harga Volkswagen Golf1.4 TSI GTIRM 246,490RM 238,857
Harga Volkswagen Golf1.4 TSI RRM 304,390RM294,905

Sebenarnya, golongan T20 ini boleh membeli apa jua jenis kenderaan selain disenaraikan seperti di atas. Ini kerana, pendapatan mereka membuatkan mereka mampu untuk mendapatkan kereta-kereta mewah yang lain. 

Namun, sekiranya golongan ini tidak mahu berbelanja lebih untuk sebuah kereta, mereka mempunyai pilihan untuk membeli kenderaan yang sesuai untuk golongan B40 dan M40. 

Nak beli kereta buat kali pertama? Ini apa yang anda perlu tahu

Nak beli kereta bukan sahaja dapat kereta baru, malah ia datang sekali dengan tanggungjawab dan komitmen membayar balik pinjaman kereta dan penjagaan kereta tersebut. Kos-kos perbelanjaan lain seperti insurans kereta, cukai jalan serta penyelenggaraan kereta yang berkala turut menjadi satu tanggungjawab bagi setiap pemilik kereta, tidak kisah lah kereta baru atau pun kereta secondhand. 

Tips Beli Kereta Pertama Yang Tidak Memakan Diri

  • Kurang dari pendapatan tahunan

Tips beli kereta pertama adalah anda harus memastikan kos kereta tersebut kurang daripada pendapatan tahunan anda. Salah satu kesilapan ramai pembeli kereta pertama adalah mereka menggunakan formula bank iaitu ‘satu per tiga daripada pendapatan. Jika anda menggunakan petua ini, anda boleh jatuh muflis dengan cepat, lebih-lebih lagi jika pendapatan anda kurang daripada RM3,000 sebulan. 

  • Tidak melebihi 15 peratus daripada pendapatan bulanan

Tips beli kereta pertama yang seterusnya adalah, anda harus memastikan bayaran bulanan kereta tersebut tidak melebihi 15 peratus daripada pendapatan bulanan anda. Formulanya adalah:

Pendapatan bulanan X 15% = Jumlah maksimum bayaran ansuran bulanan

Berdasarkan formula tersebut, sekiranya pendapatan bulanan anda RM3,000, bayaran ansuran bulanan anda tidak boleh melebihi RM450.

  • Ketahui keperluan dan kehendak

Tips beli kereta pertama yang seterusnya adalah anda dikehendaki untuk membezakan keperluan dan kehendak anda. Cara ini dapat membantu anda untuk mendapatkan kereta mengikut keperluan anda. Ia juga dapat membantu anda untuk tidak ditipu oleh ejen penjual kereta. 

Kebiasaannya, pengedar kereta yang berpengalaman dapat mengetahui sama ada anda pembeli pertama atau tidak dengan menilai pembawakan anda. Kebanyakan pengedar kereta akan mengambil kesempatan ini untuk menjual atau menawarkan kereta yang melebihi bajet pembeli atau tidak sepadan dengan keperluan pembeli hanya untuk menghabiskan stok dalam inventori.

Oleh sebab itu, anda disarankan untuk melakukan tinjauan, kenal pasti keperluan dan kehendak anda untuk mengelakkan anda daripada ditipu oleh penjual. Dengan cara ini, ia dapat membantu anda daripada berbelanja melebihi kemampuan kewangan anda dan boleh menjimatkan wang anda.

  • Lakukan tinjauan dan semakan

Kereta boleh dikatakan antara item yang paling mahal yang pernah dibeli seumur hidup. Dan disebabkan itu, tips membeli kereta pertama yang seterusnya adalah amatlah penting untuk anda membuat semakan dan tinjauan serta menilai pelbagai aspek sebelum membuat apa-apa keputusan. 

Sama seperti membeli barangan berharga yang lain, anda perlu membandingkan harga dan keistimewaan kereta tersebut mengikut keperluan semasa anda. Ambil masa terlebih dahulu sebelum anda memilih sesebuah kereta. Caranya? Anda boleh melakukan tinjauan secara fizikal dengan mengunjungi pusat pameran kereta berhampiran atau dapatkan maklumat secara atas talian. 

  • Ketahui keutamaan anda

Tips beli kereta pertama seterusnya adalah dengan mengetahui keutamaan anda. Tak salah untuk beli atau pilih kereta berdasarkan rupa atau prestasi. Walau bagaimanapun, ianya tidak patut diletakkan sebagai keutamaan semasa membeli kereta pertama.

Contohnya, anda mungkin jatuh cinta pandang pertama terhadap sebuah sport car kerana anda seorang yang berjiwa muda dan baru sahaja memulakan karier. Meskipun begitu, selain memakan kos selenggara dan kos petrol yang lebih tinggi, sport car juga mungkin tidak sesuai untuk penggunaan harian. 

Manakala, kereta yang bersaiz kompak atau kecil mungkin lebih sesuai untuk anda kerana kereta jenis ini lebih jimat minyak dan sesuai untuk penggunaan dalam bandar. Dalam erti kata lain, anda perlu mengambil kira kesesuaian sesebuah kereta yang dibeli. Faktor-faktor lain seperti rupa, prestasi dan sebagainya adalah bonus sekiranya kereta pilihan anda mempunyai kesemua ciri ini.

Nak tahu lagi tentang tips pembelian kereta pertama? Klik di SINI.

Kekalkan nilai kereta

Senarai harga kereta mengikut kategori pendapatan
Foto kredit: Standret Melalui Shutterstock

Membeli kereta bukannya mudah. Namun, kereta tidak akan berada pada tahap yang terbaik apabila dipakai. Tetapi, ia boleh dijaga dengan baik untuk mengekalkan nilai kereta tersebut. Ianya penting untuk anda mengekalkan nilai kereta sebaik mungkin. Kenapa penting untuk jaga nilai kereta? Ianya amat penting bagi anda yang ingin menjual kereta tersebut. Bagaimana untuk mengekalkan nilai kereta? Mudah saja. 

  1. Jangan pernah langkaui jadual penyelenggaraan: Sekiranya anda terlepas sesi penyelenggaraan, ia akan menyebabkan kereta anda mudah meragam dan cepat rosak lalu menyebabkan nilai kereta anda turun.
  2. Segera baiki apabila mempunyai tanda-tanda kerosakan: Sekiranya keluar simbol amaran, jangan berlengah lagi. Segera bawa ke bengkel kereta berdekatan untuk membuat pemeriksaan kereta. 
  3. Pastikan keadaan dalam kereta sentiasa bersih: Bukan sahaja enjin kereta yang perlu dijaga, bahagian dalam kereta seperti seat kereta juga perlu dijaga. Elakkan pembiakan lipas
  4. Cuba elakkan ubah suai yang tidak patut: Disamping tidak selamat, aksesori dan ubahsuai yang melampau juga boleh merendahkan nilai kereta anda. 
  5. Minimakan pelanggaran: Sebarang pelanggaran yang berlaku sememangnya akan menyebabkan nilai kereta anda turun. 

Nak minimakan berlakunya pelanggaran ini adalah dengan memandu dengan berhati-hati. Namun, kadang-kadang kemalangan ini tidak boleh dielakkan. Inilah fungsinya insurans kereta. Malang sememangnya tidak berbau. Meski pun begitu, kita boleh meminimakan kerugian. Dengan adanya insurans kereta, ia mampu membantu anda meringankan beban dari segi kewangan. Ini kerana, anda tidak perlu mengeluarkan sesen pun bagi kos pembaikan jika berlakunya perlanggaran. 

Namun, ada juga beberapa perkara yang boleh menyebabkan claim insurans kereta anda ditolak. Jika anda ingin mengetahui lagi tentang insurans kereta, klik di SINI.

Anda sedang mencari harga insurans dengan coverage yang terbaik? Qoala lah jawapannya! Di Qoala, anda boleh mendapatkan insurans kereta dengan harga yang murah dengan servis yang pantas. 

Semoga artikel senarai harga kereta kali ini dapat membantu anda dalam membuat keputusan tentang kereta apa yang boleh dibeli. Ingat, kereta adalah komitmen yang besar. Oleh itu anda perlu berhati-hati dalam membuat apa-apa keputusan.

Bagikan ke Teman:
Nadhirah Rashid
Nadhirah Sofea Rashid has a various writing background which includes current news, political, lifestyle, fashion and also business. Experienced in blog content, social media content, and advertising for the past 3 years. Loves getting into the thick of action. Also, a cat lady.
Dapatkan Insurans Kereta Murah Sekarang! 🚗