Lampu Amaran Kereta: Ini Apa Yang Perlu Anda Tahu

Artikel ini terakhir diperbarui October 5, 2021 by Nadhirah Rashid
Lampu Amaran Kereta: Ini Apa Yang Perlu Anda Tahu
Bagikan ke Teman:

Ada apa dengan lampu amaran kereta? Perlu ke kita cemas apabila lampu amaran kereta menyela? Jangan risau, bagi anda yang tak mahir mengenai lampu amaran kereta, Qoala hari ini akan menerangkan mengenainya dengan lebih lanjut. 

Setiap kereta dilengkapi dengan simbol-simbol indikator. Ia diwujudkan di situ bagi memberitahu pemandu sekiranya terdapat kerosakan atau permasalahan pada kereta. Jangan terkejut, ramai yang mengendahkan lampu amaran kereta apabila ia menyala. Sebenarnya, tindakan ini salah. Ia akan merugikan anda kerana anda akan terpaksa mengeluarkan belanja untuk menampung kos baiki yang tinggi. 

Simbol Utama Lampu Amaran Kereta

Lampu amaran kereta yang ada pada setiap kereta
Foto Kredit: Daniel Krason Melalui Shutterstock

Tak semua orang tahu dan hafal setiap satu maksud di sebalik simbol-simbol yang ada pada dashboard kereta. Namun, ianya amat penting untuk kita kenalpasti dan fahami makna lampu amaran kereta bagi mengenalpasti saiz masalah tersebut sama ada besar atau kecil. 

Berikut adalah 10 simbol utama lampu amaran kereta yang perlu anda ketahui:

#1 Amaran Paras Minyak Hitam

Nama lain bagi simbol ini adalah teko aladdin. Ini kerana ia menyerupai teko aladdin jika dilihat dengan mata kasar. Nama sebenarnya pula adalah oil pressure switch. Sekiranya lampu amaran kereta oil switch pressure ini menyala, ia berkemungkinan enjin kenderaan anda mengalami kerosakan yang besar sehingga boleh menyebabkan kerosakan hampir kesemua bahagian dalam enjin. 

Simbol oil pressure switch ini akan menyala apabila minyak pelincir kereta anda kehabisan atau pun kekurangan. Selain itu, kekurangan minyak hitam juga boleh disebabkan terdapat kebocoran yang menyebabkan minyak enjin mengalir keluar. Akibatnya, enjin kereta anda akan menjadi kasar sehingga menyebabkan kerosakan yang lebih teruk dan memakan kos yang tinggi untuk membaiki. 

Jadi, apa nak buat sekiranya lampu amaran kereta ini menyala ketika anda sedang memandu? Pertama, anda dinasihatkan untuk menghentikan kenderaan anda di kawasan yang selamat dan terus matikan enjin. Seterusnya, anda perlu memeriksa paras minyak enjin pada bahagian hadapan kenderaan anda. Sekiranya minyak enjin masih ada dan mencukupi, anda dinasihatkan untuk memandu kenderaan anda ke bengkel berdekatan bagi membuat pemeriksaan yang selanjutnya.

#2 Lampu Enjin Kereta

Lampu amaran kereta yang seterusnya adalah simbol ‘Check Engine’. Simbol ini menyala kerana sistem komputer di dalam kereta anda telah mendapati dan mengesan ada permasalahan pada sistem kereta anda. Keadaan dan situasi ini juga bergantung kepada jenis, tahun dan model kereta tersebut. 

Simbol ini menyala berkemungkinan disebabkan kereta anda ada masalah enjin, transmisi, suspensi, atau masalah brek. Jalan terbaik untuk mengenal pasti masalah ini adalah dengan melakukan pemeriksaan atau diagnosis secara lebih mendalam.

Sedang anda memandu, tiba-tiba lampu amaran kereta ini menyala. Masih boleh pandu atau tidak?

Apabila lampu enjin kereta anda menyala semasa anda memandu, anda masih boleh teruskan pemanduan. Namun, anda harus mendapatkan pemeriksaan selanjutnya dengan kadar segera. Meskipun begitu, sekiranya anda mendapati terdapat perbezaan ketara dari segi pemanduan seperti pemanduan yang tidak lancar, enjin bergegar atau berbunyi, anda dinasihatkan untuk berhenti di kawasan selamat dan hubungi trak tunda. 

Untuk menghubungi trak tunda, anda hanya perlu menghubungi pihak insurans anda. Kebiasaannya, perkhidmatan trak tunda adalah percuma sekiranya melalui pihak insurans kereta anda. 

Tanda-Tanda Enjin Kereta Perlu Overhaul

Tiada kereta yang kekal baik tanpa diselenggara. Setiap kereta pasti mempunyai masalah-masalahnya yang tersendiri. Kita sebagai pemandu memang agak sukar menentukan sama ada enjin kereta kita memerlukan overhaul atau tidak. Namun, selain daripada lampu amaran kereta, ada tanda-tanda enjin kereta perlu di overhaul yang boleh kita kesan. Tanda-tandanya ialah:

Asap Putih Keluar Dari Ekzos

Apabila anda mendapati asap berwarna putih keluar dari ekzos kereta, itu tandanya minyak enjin sudah memasuki ruang pembakaran. Perkara ini boleh berlaku kerana gelang piston atau juga dikenali sebagai piston ring sudah haus atau pun rosak. 

Enjin Meragam Disebabkan Palam Pencucuh Berkerak

Palam pencucuh yang telah dicemari oleh minyak enjin yang bocor boleh menyebabkan kerak. Palam pencucuh yang berkerak secara tidak langsung boleh menjejaskan prestasi percikan api dan menyebabkannya tidak mampu berfungsi dengan optimum. Anda boleh mengesan tanda-tanda prestasi enjin kereta anda mula merosot:

  • Enjin meragam
  • Bunyi pelik terhasil di bahagian enjin
  • Enjin tersengguk-sengguk ketika memecut
Minyak Hitam Kurang

Masalah enjin sering makan minyak ini merupakan salah satu tanda yang besar bahawa enjin kereta anda memerlukan overhaul. Macam mana nak tahu minyak hitam kereta berkurangan? Periksa paras minyak enjin kereta anda secara berkala dengan menggunakan dipstick untuk mengetahui paras sebenar minyak enjin dalam kereta anda.

Temperature atau Suhu Enjin Kereta Naik

Suhu atau temperature enjin yang kerap naik dengan tiba-tiba sehingga menyebabkan overheat menandakan terdapat masalah kebocoran pada bahagian enjin yang menjejaskan nisbah mampatan. Ia biasanya disebabkan oleh gasket kepala silinder yang rosak lalu menyebabkan air radiator berkurangan dan memasuki ruang pembakaran.

#3 Amaran Suhu Enjin 

Simbol lampu amaran kereta ini boleh bernyala disebabkan perubahan suhu dalam enjin kereta anda. Apabila indikator ini menyala, ia bererti suhu coolant melebihi darjah selamat dan enjin berada dalam suhu yang amat panas

Situasi ini boleh berlaku sekiranya ada kebocoran coolant, gelembung udara dalam sistem penyejukan, atau pam penyejuk gagal berfungsi. Apabila simbol ini menyala, anda tidak boleh mengabaikan. Anda perlu mengambil tindakan segera. Ini kerana enjin kereta anda berisiko tinggi untuk mengalami kerosakkan yang lebih teruk. 

Apabila simbol lampu amaran kereta ini menyala, anda dinasihatkan untuk segera berhenti di bahu jalan. Biarkan enjin melahu biasa tanpa menekan pedal minyak. Hidupkan penyaman udara. Jangan terus matikan enjin, tunggu sekejap sebelum dimatikan.

Biasanya jika tanda kebocoran dikesan, enjin mesti dimatikan segera. Antara tanda itu ialah bau gula hangit, wap keluar dari bawah bonet atau nampak cecair panas mengalir bawah kenderaan. Jika salah satu tanda itu dikesan, tindakan terbaik adalah mematikan enjin atau biarkan enjin melahu beberapa saat untuk menyejukkannya sebelum enjin dimatikan.

Apa akan jadi sekiranya anda mengabaikan indikator ini? Akibatnya, komponen utama dalam akan mengalami kerosakan yang ekstrem dengan cepat. Selain itu, kepala silinder akan menjadi bengkok yang boleh menyebabkan kos baiki menjadi lebih tinggi sehingga perlu menggantikan blok enjin baharu. 

Cara Mengatasi Suhu Enjin Kereta Naik

Periksa hos getah

Bagi memastikan hos getah berada dalam keadaan baik, anda disarankan untuk melakukan pemeriksaan top hose dan bottom hose. Anda perlu memastikan tiada rekahan atau kesan melecet yang berlaku pada permukaan hos. Untuk mengenalpasti jika hos tersebut mempunyai rekahan, anda perlu memicit hos tersebut. 

Periksa radiator

Bahagian radiator yang selalu mengalami kebocoran adalah pada bahagian top seam dan bottom seam. Bilah-bilah penyejuknya turut boleh mengalami kebocoran. Jika radiator anda mengalami kebocoran, ia boleh disebabkan oleh hentaman batu. 

Sekiranya bilah-bilah penyejuk mengalami kebocoran, anda boleh membaiki ‘sealent’ yang boleh dibeli dari kedai alat ganti kereta malah di pasaraya; atau serahkan tugas dan pembaikan kepada mekanik. Alternatif lain adalah dengan mendapatkan radiator yang terpakai ataupun baru.

Menggantikan kipas radiator

Perhatikan tahap kederasan kipas radiator berputar. Putaran yang lemah menyebabkan kipas radiator tidak mampu menyedut kuantiti angin yang diperlukan untuk menyejukan radiator. Jika situasi ini berlaku, langkah terbaik yang perlu diambil adalah penukaran motor kipas radiator. 

Anda turut perlu memperhatikan durasi kipas tersebut berputar. Kipas radiator yang berhenti berputar terlalu cepat akan gagal menyejukan radiator dan menyebabkan temperature kereta naik. Lebih-lebih lagi jika anda terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Kebiasaannya kipas radiator akan berputar kira-kira 20- 30 saat pada setiap operasinya dan mampu merendahkan suhu yang ditunjukkan pada meter suhu. 

#4 Lampu Amaran Brek Tangan

Brek tangan adalah salah satu elemen yang sangat penting dalam kereta. Ia membolehkan kita untuk mengelakkan pelanggaran dan mengawal pergerakan serta kelajuan kereta anda. Apabila simbol lampu amaran kereta ini menyala, ia boleh berlaku disebabkan dua perkara iaitu minyak brek di paras rendah atau kerosakan pada master brek pam.

Selain itu, pad brek yang haus turut boleh menyebabkan simbol ini menyala. Jika sudah mengenal pasti puncanya datang daripada pad brek kereta, bermakna anda perlu tahu yang ketebalan pad brek melepasi tahap minimum atau lebih difahami pad brek telah nipis. Perkara tersebut sekaligus akan menyebabkan paras penurunan minyak brek yang banyak dan kuantiti dalam reservoir kurang.

Dalam keadaan normal memang minyak brek akan turun atau berkurangan tetapi tidak sebanyak apabila pad brek anda semakin menipis. Jalan penyelesaiannya gantikan saja dengan pad brek baru dan isi semula minyak brek.

#5 Lampu Amaran ABS

Sistem brek anti-kunci atau anti-lock braking system (ABS) adalah salah satu sistem keselamatan kenderaan yang berfungsi untuk memastikan tayar tidak terkunci di bawah daya pembrekan tinggi. Penjagaan sistem ini sangat penting untuk menjamin keselamatan di jalan raya. Antara punca lampu amaran kereta ini menyala adalah kerosakan fius. 

Sekiranya terdapat masalah pada komponen kenderaan, lampu atau indikator amaran akan menyala sekejap sebelum terpadam pada papan pemuka. Ini bermakna, lampu ABS yang terus menyala selepas ini enjin dihidupkan menunjukkan fius ABS sudah terbakar. 

Selain itu, masalah sistem sensor halaju turut boleh menyebabkan lampu amaran kereta ini menyala. Terdapat sensor halaju yang dipasangkan dengan ABS untuk mengukur kadar pergerakan roda kenderaan. Maklumat seperti kelajuan roda akan dihantar kepada sistem komputer dan sistem ABS untuk mengenal pasti tahap kelajuan roda.

#6 Lampu Amaran Bateri

Lampu amaran kereta seterusnya adalah lampu amaran bateri. Apabila simbol ini menyala, masalah bateri atau masalah alternator? Ramai beranggapan apabila simbol ini menyala ia menandakan masalah bateri kong. Namun, simbol bateri ini adalah indikator kepada masalah sistem pengecasan bateri kereta anda.

Apabila anda menghadapi situasi ini, ini yang anda perlu lakukan:

  1. Matikan segala komponen elektronik kereta (radio, aircond, kipas)
  2. Cari bengkel / pusat servis berdekatan dan terus ke sana (~5KM)
  3. Sekiranya tiada bengkel berdekatan, pandu di lorong yang selamat dan berhenti sekiranya boleh
  4. Dapatkan khidmat tundaan daripada pihak insurans 

Untuk sebuah kereta yang berfungsi dengan normal, bateri kereta hanya digunakan untuk menghidupkan enjin sahaja, apabila enjin telah hidup, alternator akan berfungsi dan menyalurkan elektrik kepada seluruh komponen kereta, termasuk mengecas semula bateri kereta.

Namun apabila alternator rosak dan gagal berfungsi, aliran elektrik kenderaan bergantung sepenuhnya kepada kuasa bateri kereta, yang mana ia tidak akan mampu bertahan lama. Jadi apabila kereta anda tiba-tiba bila kereta sedang dipandu, dan anda nampak simbol bateri kereta menyala sebelum kereta anda mati, ia menandakan terdapat masalah dengan alternator / sistem pengecasan kereta anda.

Tanda-tanda Alternator Kereta Perlu Diganti

Alternator yang rosak boleh dikesan melalui lampu amaran kereta
Foto Kredit: Palitsyn Evgenii Melalui Shutterstock
Lampu Utama Malap

Antara simptom-simptom utama yang menandakan alternator kereta anda perlu diganti adalah lampu utama malap. Ini kerana, alternator berfungsi sebagai penyumbang kepada tenaga elektrik kepada kenderaan.

Sekiranya berlaku masalah pada alternator, ia akan membuatkan potensi kenderaan anda menurun. Selain itu, anda juga mungkin akan mendapati aksesori-aksesori lain yang menggunakan tenaga elektrik seperti penyaman udara, meter penunjuk dan juga power window. 

Bunyi dan Bau 

Bunyi seperti di bahagian enjin, bau getah atau wayar terbakar adalah antara tanda amaran awal yang menunjukkan alternator kereta anda mengalami masalah. Anda disarankan untuk melakukan pemeriksaan awal apabila anda mendapati bunyi-bunyi yang pelik di bahagian enjin kereta atau pun anda terhidu bau getah terbakar. Anda perlu melakukan penggantian ini dengan cepat kerana khuatir ia akan merosakkan komponen-komponen yang lain. 

Kerosakan Aksesori Lain

Seperti yang diberitahu tadi, alternator berfungsi sebagai penyumbang tenaga kepada komponen-komponen kereta yang lain. Apabila alternator tidak dapat menyumbangkan tenaga elektrik yang secukupnya untuk kereta anda, ia akan menyebabkan kerosakan aksesori kereta seperti radio, tingkap, penyaman udara dan aksesori-aksesori lain yang memerlukan tenaga elektrik. 

Apabila anda sukar menaikkan cermin tingkap kereta atau radio tidak berfungsi secara tiba-tiba, ia adalah petunjuk bahawa alternator kereta anda sudah rosak. Sekiranya ia tidak dibaiki secara cepat, lampu amaran kereta akan mula menyala. 

Kerosakan Bateri

Pernah tak anda lalui dimana baru tukar bateri tapi kereta masih tak boleh dihidupkan? Ia mungkin bukan berpunca daripada kerosakan bateri tetapi alternator yang mempunyai masalah. Hal ini berlaku apabila alternator tidak mampu membekalkan arus elektrik yang secukupnya untuk mengecas bateri dan ia secara tidak langsung menyebabkan enjin gagal dihidupkan.

Pastikan anda sentiasa menyenggara komponen kenderaan bagi mengelakkan berlakunya kerosakan pada situasi tidak terduga.

Lampu amaran kereta adalah indikator kepada pemandu bahawa kereta anda sedang mempunyai masalah. Lakukan pemeriksaan segera sekiranya lampu amaran tersebut menyala. Jika anda melengah, atau mengabaikan lampu amaran tersebut, komponen-komponen lain berpotensi untuk turut rosak. Sekiranya ia berlaku, kos membaiki dijangka amat tinggi.

Jadi, sebelum anda terpaksa mengeluarkan duit yang banyak, setiap kali lampu amaran kereta tersebut menyala, lakukan terus pemeriksaan dengan bengkel-bengkel kereta yang berdekatan.

Kereta perlu lah dijaga agar ia dapat digunakan dengan baik. Selain segera bawa ke bengkel apabila lampu amaran kereta menyala, insurans kereta amat membantu sekiranya berlaku kecemasan terhadap kereta anda.

Dengan itu, anda perlu mendapatkan insurans kereta yang terbaik buat kenderaan anda. Nak dapatkan insurans kereta terbaik? Klik di SINI.

 

Bagikan ke Teman:
Nadhirah Rashid
Nadhirah Sofea Rashid has a various writing background which includes current news, political, lifestyle, fashion and also business. Experienced in blog content, social media content, and advertising for the past 3 years. Loves getting into the thick of action. Also, a cat lady.
Dapatkan Insurans Kereta Murah Sekarang! 🚗