Claim Insurance Kereta: Kereta Terbakar Boleh Claim Insurans Tak?

Kali terakhir diperbaharui Feb 17, 2023 oleh Shafiq Wahab
Claim Insurance Kereta: Kereta Terbakar Boleh Claim Insurans Tak?

Situasi kereta terbakar boleh berlaku pada bila-bila masa atau di mana-mana sahaja. Kebakaran kereta boleh berlaku sama ada disebabkan oleh perbuatan khianat, kemalangan atau disebabkan oleh masalah pendawaian. Apabila kereta terbakar, banyak persoalan yang timbul dalam kalangan pemilik kenderaan sama ada kereta terbakar boleh claim insurans kereta atau tidak. Pada 15 Mac lalu, Sinar Harian melaporkan sembilan buah kereta terbakar dalam sebuah kejadian di sekitar kawasan parkir Damansara Kim Wisma TA SS 20/20, Damansara.

Kebakaran Kereta: Adakah Polisi Insurans Kereta Anda Melindungi Kemalangan Kereta Terbakar?

Sebelum membincangkan tentang claim insuran kereta atau proses tuntutan insurans kereta terbakar, penting untuk anda ketahui punca-punca biasa yang menjadi penyebab kereta terbakar. Meskipun situasi kereta terbakar jarang berlaku berbanding kereta hilang atau kereta kemalangan, anda masih perlu mengambil langkah berjaga-jaga.

Biasanya, punca kereta terbakar biasanya disebabkan oleh lima punca berikut:

  1. Kereta overheat sehingga terbakar;
  2. Pengabaian aspek penyelenggaraan atau servis kereta;
  3. Litar pintas dalam sistem elektronik kereta (short circuit);
  4. Kemalangan disebabkan kecuaian;
  5. Masalah reka bentuk.

Apabila berlaku kebakaran kereta, sudah pasti pemilik kenderaan menerima impak yang paling ketara. Selain buntu memikirkan kerugian yang dialami, pemilik juga risau memikirkan sama ada kos pembaikan kerosakan akan ditanggung oleh syarikat insurans.

Kereta terbakar boleh claim insurans tak? Secara asasnya, anda BOLEH membuat tuntutan sekiranya berlaku kemalangan kereta terbakar. Meskipun begitu, ia tertakluk pada jenis polisi insurans kereta yang anda miliki.

Bagi membuat tuntutan insurans kereta atau claim insurans kemalangan kereta yang tidak disengajakan, anda perlu mematuhi aspek-aspek berikut:

Apa perlu buat jika litar pintas dan berlaku kemalangan kereta terbakar? Anda boleh rujuk syarikat insurans anda untuk bantuan lanjut.

1. Kereta Anda Dilindungi Insurans Kereta Komprehensif atau First Party

Insurans Kereta Komprehensif menawarkan perlindungan yang paling menyeluruh kepada pemegang polisi. Ia memberi perlindungan kepada kenderaan sekiranya berlaku kerosakan, kebakaran dan kecurian selain turut menawarkan perlindungan kepada pihak ketiga.

Dalam erti kata lain, anda BOLEH membuat tuntutan jika kereta anda dilindungi oleh Insurans Kereta Komprehensif atau insurans first party. Selain kebakaran, insurans kereta first party juga turut melindungi insiden yang menyebabkan kerugian dan kerosakan pada harta benda seperti:

  • Kereta berlanggar atau terbalik akibat kemalangan, kerosakan mekanikal, haus dan lusuh (wear and tear);
  • Kereta rosak akibat dihempap objek (tertakluk pada pengecualian tertentu);
  • Kebakaran, letupan atau disambar kilat;
  • Cermin depan atau belakang pecah, tingkap atau sunroof rosak;
  • Kereta rosak disebabkan pecah masuk atau kecurian;
  • Perbuatan khianat.

2. Kereta Dilindungi Insurans Kereta Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian

Sekiranya anda mempunyai perlindungan Insurans Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kerugian, anda juga BOLEH claim sekiranya berlaku kebakaran. Namun begitu, jika kereta anda dilindungi oleh polisi Insurans Pihak Ketiga sahaja, maka tuntutan insurans kereta terbakar TIDAK BOLEH dilakukan.

kemalangan kereta terbakar, apa yang boleh anda lakukan?

Jika Kereta Terbakar Disebabkan Kereta Lain, Adakah Boleh Claim Insurans Kereta Orang Lain?

Sekiranya insiden kereta terbakar berlaku disebabkan oleh kereta lain, anda masih boleh membuat tuntutan insurans dengan syarikat insurans. Namun begitu, proses tuntutan insurans kebakaran ini biasanya bergantung pada keputusan syarikat insurans.

Dalam kebanyakan kes kebakaran kereta yang berlaku, tuntutan insurans kereta terbakar akan dibuat ke atas insurans kereta sendiri terlebih dahulu. Cara ini dilakukan kerana proses tuntutan insurans sendiri biasanya lebih cepat berbanding tuntutan ke atas pihak ketiga yang menyebabkan kemalangan.

Meskipun tuntutan dibuat ke atas polisi insurans anda, anda tidak perlu risau kerana kelayakan NCD kereta tidak akan hilang atau terjejas sama sekali. Pihak insurans akan menuntut semula daripada syarikat insurans pihak yang bersalah sekali gus mengekalkan kadar NCD kereta anda seperti biasa.

Proses ini dikenali sebagai tuntutan knock for knock. Walau bagaimanapun, tuntutan ini hanya boleh dilakukan jika anda merupakan pemegang polisi Insurans Kereta Komprehensif.

Kemalangan Kereta Terbakar: 5 Cara Claim Insurance Kereta Terbakar

Sekiranya anda layak dan ingin membuat tuntutan insurans kereta terbakar akibat kemalangan, anda boleh ikuti langkah-langkah buat tuntutan insurans seperti berikut:

1. Ambil Gambar Kereta Terbakar

Ambil gambar kemalangan kereta terbakar dan butiran-butiran penting lain yang berkaitan. Catatkan juga masa dan lokasi kemalangan untuk memudahkan rujukan semasa membuat laporan polis.

2. Buat Laporan Polis dan Bomba

Report Polis dan Bomba perlu dibuat dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan berlaku. Ia perlu dibuat secepat mungkin bagi mengelakkan risiko tuntutan ditolak oleh pihak insurans atau sebagainya.

3. Hubungi Syarikat Insurans

Anda perlu mengemukakan borang tuntutan kebakaran kereta dan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan kepada syarikat insurans secepat mungkin. Berikut merupakan senarai dokumen yang diperlukan bagi memudahkan proses tuntutan insurans kereta terbakar:

4. Proses Siasatan

Pihak syarikat insurans akan mengambil alih kes dan melakukan siasatan. Biasanya, tempoh masa yang diambil untuk siasatan lengkap bergantung pada syarikat insurans. Rujuk syarikat insurans anda untuk info lanjut.

5. Selesai

Tunggu keputusan siasatan daripada pihak insurans, Polis dan Bomba sebelum menerima pampasan ganti rugi. Lakukan follow-up dari semasa ke semasa. Biasanya, proses tuntutan insurans memakan masa antara tujuh hingga 14 hari bekerja.

Insurans Kereta Terbakar: Dapatkan Perlindungan Insurans Menyeluruh untuk Ketenangan Fikiran

Malang tidak berbau. Situasi tidak diduga seperti kemalangan atau kebakaran boleh berlaku pada bila-bila masa. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk mengambil langkah selamat dengan mendapatkan perlindungan insurans kereta yang menyeluruh bagi membolehkan kereta anda mendapatkan perlindungan yang sewajarnya.

Ramai beranggapan perlindungan insurance kereta asas sahaja sudah mencukupi. Namun begitu, jika mengambil kira kos yang perlu ditanggung sekiranya kereta anda ditimpa musibah, pembelian insurans kereta komprehensif lebih berbaloi dan menguntungkan.

Jika anda sedang mencari insurans kereta murah termasuk perlindungan insurans kebakaran kereta, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Bandingkan beberapa syarikat insurans kereta terbaik di Malaysia bagi membantu anda memilih polisi insurans yang sesuai untuk anda.

Kongsi:
About Writer
Nadhirah Rashid
Penulis sepenuh masa yang berpengalaman menulis dalam pelbagai bidang antaranya politik, fesyen, dan kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60