Kereta Sambung Bayar? Haram Sebenarnya!

Artikel ini terakhir diperbarui October 18, 2021 by Nadhirah Rashid
Kereta Sambung Bayar? Haram Sebenarnya!
Bagikan ke Teman:

Kereta sambung bayar? Boleh ke tidak sebenarnya? Harini Qoala akan kupas tajuk ni! 

Jim Carrey Reaction GIF - Find & Share on GIPHY

 

Ramai yang ingat kereta sambung bayar ni boleh. Sebenarnya, ia salah di sisi undang-undang ye kawan-kawan. Korang boleh kena penjara! Ni Qoala tak main-main. Serious talk. Kalau korang tak caye, korang tengok akta-akta kat bawah ni: 

  1. Seksyen 38 Akta Sewa Beli 1967 – Sesiapa yang menjual barang-barang yang dibeli secara perjanjian sewa beli tanpa kebenaran daripada pemunya adalah melakukan kesalahan di bawah Akta ini dan jika didapati bersalah boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM10000 atau dipenjarakan tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.
  2. Seksyen 46 Akta Sewa Beli 1967 – Sesiapa yang melanggar peruntukan-peruntukan di bawah Akta ini dan jika didapati bersalah boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM3000 atau dipenjarakan tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

Ha, jangan cakap Qoala tak bagitahu. 

Sebelum korang menuduh kerajaan zalim sebab buat akta-akta ni, korang kena tahu dulu kenapa kereta sambung bayar ni diharamkan. Bukan apa, sambung bayar kereta ni ada banyak risikonya. Risiko kepada penjual dan penyambung bayar. 

Risiko Jual Beli Kereta Sambung Bayar

Untuk korang yang tak tahu, urusan jual beli sambung bayar kereta ni tak perlu banyak dokumen pun sebenarnya. Tak perlu ke JPJ, tak perlu tukar nama, memang mudah lah kalau korang nak sambung bayar kereta. Tapi dekat sini lah mulanya risiko-risiko dia. 

Ada dua pihak yang akan menanggung risiko ni, satu penjual (empunya kereta) satu lagi pembeli (yang nak sambung bayar kereta penjual).  So kita cerita part penjual dulu. 

Risiko Kepada Penjual

Pembeli tak dapat jelaskan bayaran ansuran bulanan

kereta sambung bayar
Foto Kredit: Asawin Phunphairoj Melalui Shutterstock

Situasi urusan jual beli sambung bayar kereta ni boleh berlaku disebabkan pembeli kereta sambung bayar tersebut tidak mendapat kelulusan bank untuk mendapatkan loan bagi membeli kereta. Sebab itulah diaorang cari kereta sambung bayar sebab tak perlu campur tangan pihak bank. 

Mungkin antara sebab yang diaorang tak dapat kelulusan bank disebabkan diaorang kena blacklist sebab bankrap. So bila diaorang ni dah blacklist, diaorang ada tendency untuk tak dapat sambung bayar bayaran bulanan kereta. 

Bila dah tertunggak, bank tak cari orang yang dah beli kereta yang sambung bayar tu, bank akan cari pemilik. Jadi, orang lain yang tak bayar, kita pula kena tanggung. 

Tak boleh nak salah kan pihak bank juga sebab cari pemilik, sebab tak ada hitam putih dari segi undang-undang yang mengatakan pemilik baru yang kena bayar. 

Saman Pada Pemilik

Misal kata pemilik baru yang sambung bayar kereta ni kaki racing. Haa habis segala undang-undang jalan raya dilanggarnya. Yang akan menanggung semua saman tu adalah pemilik. Yang sambung bayar tu goyang kaki saja. 

Kalau yang sambung bayar tu willingly nak bayar takpe. Macam mana kalau diaorang tak nak bayar? Sebab selagi tak tukar nama, memang segala saman akan dikenakan pada pemilik. Dah satu kerja pula pemilik kereta nak kena keluar duit banyak untuk bayar saman. 

Kes Jenayah

Nak dipanjangkan lagi cerita, kereta yang korang bagi orang lain untuk sambung bayar tu digunakan untuk kegiatan jenayah. Ah, sudah. Dah satu hal pula korang boleh ada kes polis. Kalau perkara ini terjadi, pemilik asal yang kena bertanggungjawab menanggung segala risiko yang mendatang. 

Pemilik asal boleh dipanggil ke balai untuk memberi keterangan. Lagi teruk, pemilik asal boleh didakwa di mahkamah! 

Jual Atas Jual

Korang tahu tak ada beberapa kes melibatkan jual atas jual? Katakan korang nak jual = kereta sepenuhnya kepada Si A. Dua bulan kemudian, Si A tu jual balik kereta tu kepada Si B untuk dapat untung.

Akibatnya, korang tak tahu siapa pemilik ketiga. Buatnya dia tak dapat bayar kereta, atau guna kereta tu buat kerja jenayah ke? Tak ke naya kita?

Risiko Kepada Pembeli Kereta Yang Disambung Bayar

Haa jangan ingat risiko kereta pada penjual jee tapi dekat pembeli pun risiko dia berat jugak. 

Pemilik Asal Meninggal Dunia

Bila pemilik asal meninggal dunia, hak milik kereta yang sambung bayar yang korang beli tu automatik jatuh kepada waris. 

Dan untuk pengetahuan korang, waris kepada pemilik tu ada hak sepenuhnya untuk batalkan korang punya urusan sambung bayar kereta walaupun ada perjanjian bertulis antara pembeli dengan penjual. 

Lagi satu, mungkin bila dah ada perjanjian bertulis, ramai orang ingat benda tu dah legit. Tapi, perjanjian tu still tak sah sebab pada asasnya sambung bayar kereta ni memang salah di sisi undang-undang. 

Pemilik Asal Tuntut Kereta

Macam yang kita cakap tadi, pada asasnya sambung bayar kereta ni memang haram. Jadi, untuk pemilik asal tuntut balik kereta tu memang boleh dan dia berhak. Selagi tak tukar nama, memang selagi tulah hak milik kereta yang sambung bayar tu sepenuhnya milik pemilik asal. 

Tak Boleh Tukar Nama

Okay misal kata korang dah habis bayar kereta tu, lepastu kereta tu semua terjagalah dengan baik. And then korang mestilah nak tukar nama untuk buat kereta tu jadi hak milik korang kan?

Tapi, nak dijadikan cerita, pemilik asal kereta tu tak nak tukar nama, lepastu tuntut balik pulak kereta tu. Aiyooo, dah lah rugi, rasa teraniaya pula.

Kereta tidak boleh dijual kepada orang lain

Selagi nama pemiliknya tidak berubah, korang boleh jual kereta tu kepada orang lain walaupun pinjaman itu perlu dibayar. Proses pemindahan memerlukan pemeriksaan kereta di PUSPAKOM sebelum penukaran nama di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Bagi proses perubahan nama, pemilik asal perlu menghadiri JPJ. Bagaimana jika pemilik asal meninggal? Korang hanya boleh menggunakan kereta selama-lamanya.

Tiada Tuntutan Insurans

Misal kata berlaku kemusnahan sepenuhnya, kos pampasan akan diberikan terus kepada pemilik kereta. Pembeli tak akan dapat pampasan sesen pun walaupun pembeli dah buat semua ansuran bulanan.

Dituduh sebagai pencuri kereta

Pembeli juga boleh dituduh sebagai pencuri kalau pemilik kereta tu buat laporan polis. Okay kes ni mungkin korang boleh cakap korang ada perjanjian bertulis. Tapi nak dijadikan cerita, pemilik asal tu memalsukan tandatangan. Korang boleh dipenjarakan!

Kesimpulan 

So konklusinya, korang elakkan beli buat urusan jual beli dengan sambung bayar kereta ni. Bukan saja ada pelbagai risiko tapi macam-macam lagi masalah yang boleh timbul.

Kalau korang tak ada budget yang tinggi untuk beli kereta, korang boleh juga beli kereta second yang jauh lagi murah. Kalau nak tahu macam mana nak beli kereta terpakai, klik SINI. 

Sampai sini je yang Qoala dapat kongsikan. Ingat, kalau korang nak renew road tax & insurans, renew dengan Qoala! Cepat, mudah dan murah! 

Bagikan ke Teman:
Nadhirah Rashid
Nadhirah Sofea Rashid has a various writing background which includes current news, political, lifestyle, fashion and also business. Experienced in blog content, social media content, and advertising for the past 3 years. Loves getting into the thick of action. Also, a cat lady.
Dapatkan Insurans Kereta Murah Sekarang! 🚗