Kereta Rosak Tepi Jalan? Ini Yang Perlu Dilakukan

Artikel ini terakhir diperbarui September 2, 2021 by Nadhirah Rashid
Kereta Rosak Tepi Jalan? Ini Yang Perlu Dilakukan
Bagikan ke Teman:

Kereta rosak tepi jalan ni memang sesuatu yang kita kalau boleh nak elakkan. Tapi nak buat macam mana, kadang-kadang kecemasan boleh berlaku yang memaksa kita untuk memberhentikan kereta di tepi jalan. Cuba bayangkan kalau kita sedang seronok untuk pergi berkelah di tepi pantai dan tiba-tiba kereta berasap. Terpaksalah berhenti dan berkelah di tepi jalan sahaja. Kalau kecemasan yang berlaku hanya disebabkan tayar pancit, kita masih boleh baikinya sendiri. Tapi bagaimana kita tidak mempunyai alat-alat yang sesuai untuk menukar tayar, atau tayar spare tak ada, atau lebih teruk kita tak tahu pun cara-cara untuk menukar tayar. Cemas, bukan?

Jangan risau. Sekiranya anda mengalami situasi-situasi cemas di atas seperti kereta rosak tepi jalan, ini antara langkah-langkah keselamatan yang perlu anda ambil. 

Langkah-langkah Yang Perlu Dilakukan

  • Jangan panik

Perkara pertama sekali yang perlu dilakukan apabila kereta rosak tepi jalan adalah untuk kawal diri anda untuk kekal tenang dan tidak panik. Jika anda tidak dapat mengawal diri dan menyebabkan diri terlalu panik, anda tidak dapat berfikir secara rasional. Fahami situasi-situasi yang berlaku dengan kereta rosak tersebut terlebih dahulu sambil menarik nafas yang panjang. 

  • Nyalakan lampu kecemasan

Tekan lampu hazard sekiranya kereta rosak tepi jalan
Foto Kredit: By ZOLDATOFF Melalui Shutterstock

Misal kata jika kereta anda gagal berfungsi seperti biasa semasa memandu, bawa kereta menghala ke bahu jalan secara perlahan-lahan. Anda harus membawa dengan perlahan dan tidak boleh dengan terus menekan pedal minyak dan brek secara mengejut. Setelah berjaya meletakkan kereta rosak di bahu jalan, segera nyalakan lampu kecemasan untuk memberi signal kepada pemandu lain untuk lebih berhati-hati terutamanya jika kejadian ini berlaku pada sebelah malam. 

Sekiranya lampu kecemasan gagal berfungsi, cari mana-mana barangan yang boleh membantu seperti menyangkut kain pada antena. Langkah ini perlu dilakukan untuk keselamatan anda dan juga pemandu-pemandu yang lain

  • Gunakan segi tiga amaran kecemasan

Antara salah satu langkah penting apabila kereta rosak tepi jalan adalah untuk memberi signal kepada pemandu lain untuk menyedari bahawa kereta rosak anda berada di tepi jalan adalah dengan meletakkan segi tiga amaran kecemasan. Anda perlu meletakkan segi tiga kecemasan itu pada sekurang-kurangnya 45 meter daripada belakang kereta. Jika anda meletakkan segi tiga tersebut terlalu dekat, ia boleh membahayakan anda dan juga pemandu lain. 

Untuk pengetahuan anda, kebanyakan kereta disertakan dengan segi tiga amaran kecemasan sebagai kit kecemasan yang boleh digunakan pada saat anda ditimpa kemalangan atau mengalami kerosakan. Sekiranya kereta anda tidak mempunyai segi tiga kecemasan tersebut, anda boleh dapatkan di mana-mana aksesori kereta atau pusat servis pengeluar kereta.

  • Berhati-hati

Apabila kereta anda rosak tepi jalan, anda dinasihatkan untuk tidak berada di sebelah kereta yang terdedah dengan kereta-kereta yang lain. Ini kerana ia dapat mengundang bahaya. Anda boleh terdedah dengan risiko dilanggar kereta lain. 

Jadi apa yang anda boleh buat adalah untuk berada di sebelah bahu jalan yang tidak terdedah dengan mana-mana kenderaan yang lain. Kenderaan yang lain mungkin sedang dipandu dengan laju dan tidak menyedari kehadiran anda di bahagian jalan tersebut. Anda boleh dilanggar dan menyebabkan kecederaan yang serius atau lebih buruk, mati di tempat kejadian. 

  • Hubungi PLUS Ronda

Sekiranya kereta anda rosak di lebuh raya, gunakan manfaat-manfaat yang diberikan secara percuma. Ini adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi mendapatkan bantuan Plus Ronda.

  1. Nyalakan lampu kecemasan kenderaan.
  2. Dapatkan lokasi kilometer (ada tanda km di tepi lebuh raya di setiap 100m).
  3. Telefon nombor bantuan syarikat konsesi lebuh raya, contohnya PLUSRONDA – 1800 88 0000.
  4. Nyatakan jenis kenderaan dan nombor plet kenderaan.
  5. Nyatakan kerosakan.

Sekiranya telefon anda tidak mempunyai bateri, atau tidak mempunyai rangkaian, anda boleh menggunakan telefon kecemasan yang disediakan di lebuhraya. Operator yang bertugas di s sebalik telefon kecemasan itu boleh mengesan kedudukan kereta anda berdasarkan telefon kecemasan yang digunakan tadi. 

  • Hubungi pihak insurans

Sekiranya kereta rosak tepi jalan raya biasa, anda boleh menghubungi pihak insurans kereta anda untuk mendapatkan perkhidmatan tunda secara percuma. Ramai yang tak tau mengenai kelebihan ini. Perkhidmatan tunda daripada pihak insurans lebih fleksibel kerana anda akan mendapat khidmat tunda percuma bergantung kepada polisi insurans kereta anda. 

Tidak berhenti disitu, anda juga sebagai pengguna diberi kebebasan untuk memilih pusat servis yang disediakan oleh insurans atau boleh memilih bengkel pilihan anda sendiri. Oleh itu, sekiranya anda truk tunda yang tidak dikenali datang berhampiran anda dan menawarkan khidmat tunda dengan caj yang tinggi, jangan terpedaya. Anda boleh mendapatkan khidmat tersebut secara percuma dengan insurans kereta yang anda bayar pada setiap tahun.

Apa Yang Perlu Dilakukan Sekiranya Kereta Rosak Di Tengah Jalan Raya Yang Sesak?

Kalau kereta rosak dekat jalan yang tak banyak kereta dan di tepi jalan masih okay lagi. Tapi kalau kereta rosak di tengah-tengah jalan raya yang sesak boleh buntu dibuatnya. Tapi jangan risau. Ini langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya kereta anda rosak dan stuck dalam kesesakan jalan raya.

  • Nyalakan lampu hazard

Seperti yang dinyatakan di atas, lampu hazard adalah penting sebagai indikator kepada pemandu lain yang kereta anda sedang berhenti dan mengalami kerosakan. Bagi yang tidak tahu, butang berwarna merah dengan simbol tiga segi di dashboard kereta adalah butang kecemasan atau hazard light. 

Iannya penting bagi keselamatan kereta, diri anda dan juga kenderaan lain. Ia juga dapat memberikan signal kepada kenderaan lain untuk tidak berada di belakang kereta anda bagi tidak mengeruhkan lagi keadaan trafik di jalan raya. 

  • Dapatkan pertolongan

Ada dua sumber pertolongan yang anda boleh dapatkan. Pertama adalah daripada ahli keluarga yang terdekat. Penting untuk anda memaklumkan perkara yang berlaku ini kepada ahli keluarga terdekat agar keluarga dapat mengetahui tentang keselamatan anda. Ia juga dapat membantu anda untuk mendapatkan pertolongan lebih cepat. 

Kedua, anda boleh menelefon pihak insurans untuk mendapatkan bantuan kecemasan. Setiap pihak insurans ada menyediakan perkhidmatan tunda kereta. Jadi, manfaatkan bayaran yang anda bayar pada setiap tahun dengan mendapatkan khidmat tunda mereka. Perkhidmatan tunda kereta ini biasanya boleh didapatkan dalam masa 24 jam. Jarak tunda pula bergantung kepada premium yang anda pilih sama ada tanpa had jarak atau pun sebaliknya. 

  • Cari tempat perlindungan

Selain keselamatan kereta, keselamatan diri juga perlu diutamakan. Anda dinasihatkan untuk tidak berada dalam kereta rosak tersebut. Sebaliknya, duduk di kawasan yang jauh daripada trafik agar anda tidak terdedah dengan risiko dilanggar sementara menunggu bantuan sampai. 

Secara amnya, anda perkara yang utama sekali yang perlu dilakukan adalah bertenang dan elakkan diri daripada panik. Sekiranya kita panik, kita tidak dapat melakukan langkah-langkah awal kecemasan yang dapat memudahkan lagi urusan kita. Apabila kita tidak panik, kita malah dapat berfikir secara rasional dan dapat membuat keputusan yang bijak. Kita juga harus peka tentang apa yang menyebabkan kereta kita rosak. Tambah-tambah lagi sekiranya kerosakkan ini selalu berlaku.

3 Sebab Utama Kereta Rosak Ketika Memandu

Antara perkara yang ngeri yang boleh berlaku adalah kereta rosak atau tiba-tiba mati ketika memandu. Sudah tentu boleh buat mana-mana pemandu berasa panik buat seketika. Namun, perkara ini boleh dielakkan. Ini adalah sebab-sebabnya: 

  • Bateri Kereta Kong

Salah satu insiden yang sering berlaku adalah bateri kereta kong atau bateri rosak. Sekiranya bateri tidak dapat berfungsi dengan baik, alternator kereta dipaksa bekerja lebih kuat bagi memastikan elemen-elemen elektronik, termasuklah enjin kereta anda untuk berjalan. Alternator yang dipaksa bekerja lebih kuat dalam sesuatu tempoh yang panjang boleh mengakibatkan lebih banyak tekanan pada enjin kereta lalu menyebabkan kereta anda mati secara tiba-tiba tanpa anda sedari. 

Bateri kereta yang sihat dan baik mampu bertahan di antara setahun setengah sehingga dua tahun. Jika bateri itu lebih berkualiti, makin lamalah jangka hayatnya. Anda harus peka dengan tanda-tanda bateri kong dan tarikh akhir anda menukar bateri kereta agar dapat mengelakkan perkara ini terjadi. 

  • Kerosakan alternator

Kereta rosak secara tiba-tiba juga boleh disebabkan alternator yang rosak. Fungsi alternator adalah ia mengecas bateri dan menjadi sumber kuasa elektrik kepada sistem elektronik kereta. Ramai berpendapat dengan hanya menukar bateri kereta, masalah kereta mati sudah boleh diselesaikan. Hakikatnya, bateri baru pun masih boleh menyebabkan kereta anda tidak dapat dihidupkan. Ini kerana kerosakan alternator yang tidak dapat mengecas semula tenaga yang telah digunakan. 

  • Fuel pump rosak

Fungsi asal fuel pump adalah untuk mengepam minyak ke enjin. Apabila ia gagal berfungsi, kereta tidak dapat dihidupkan. Kerosakan fuel pump ini boleh dikesan melalui bunyi fuel pump kereta apabila anda memusing kunci kereta sebelum mula menghidupkan kereta tersebut. Bunyi seakan-akan bunyi degungan akan timbul untuk beberapa saat. Sekiranya anda mengesa bunyi ini, itu tandanya fuel pump kereta anda sedang  mengepam minyak ke bahagian enjin kereta untuk tujuan menghidupkan enjin.

Punca Kereta Kerap Rosak

Bila dah sering memandu, kadang-kadang kita tak perasan tabiat pelik yang sering kita lakukan. Ada tabiat yang elok, dan ada juga tabiat yang boleh mengundang bahaya dan boleh menyebabkan kerosakan kereta. Bila kereta kerap rosak, poket kita pun kerap haus kerana selalu keluarkan duit untuk membaiki. Ini antara punca-punca kenapa kereta anda kerap rosak. 

  • Tekan brek semasa turun bukit

Tabiat ini sering dilakukan. Ramai pemandu kerap menekan brek ketika menuruni bukit untuk memperlahankan kereta mereka. Hakikatnya, tabiat itu boleh mengundang bahaya. TIndak itu dapat mengakibatkan haba terkumpul pada brek dan rotor sehingga menyebabkan brek tersebut cepat haus. Ia juga boleh mengakibatkan masalah panas melapau (overheating) atau meleding (warp). 

Apa yang anda perlu buat semasa menuruni bukit adalah memandu pada gear yang rendah. Proses decompression  semulajadi terhadap trenpacu (drivetrain) akan membantu mengekalkan kereta anda pada kelajuan selamat. Cara itu sebenarnya lebih berkesan berbanding menggunakan brek sepanjang masa.

  • Abaikan tanda-tanda amaran

Apabila ada sebarang tanda amaran menyala, anda dinasihatkan untuk tidak mengabaikannya. Tanda amaran menyala ada cara kereta kita berkomunikasi dengan kita. Tanda amaran ini boleh jadi sebarang getaran yang pelik, kekerapan bunyi yang luar biasa, atau simptom-simptom lain yang memerlukan anda untuk segera membuat pemeriksaan kereta yang lebih menyeluruh. 

Ramai ambil mudah isu ini. Akibatnya lebih lama anda menangguh, lebih teruk lah kerosakan yang boleh dialami kereta anda. Terutamanya apabila alat ganti kereta anda rosak dan anda pula terkandas di tepi jalan. Kan dah susah tu. 

  • Barang berat

Selain itu, kereta rosak turut boleh disebabkan kekerapan anda meletakkan barang-barang berat dalam kereta. Semakin berat kereta, semakin tinggi tekanan ke atas trenpancu, suspensi, brek dan penggunaan minyak yang banyak. Antara barang berat yang kerap diletakkan dalam kereta adalah seperti basikal, skuter, bag bagasi dan sebagainya. 

Apabila kereta anda menjadi ringan, ia mampu mencatatkan lebih kilometer, terutama apabila memandu jauh. Pastikan kereta anda dimuatkan dengan benda penting sahaja, manakala barangan tidak diperlukan disimpan di rumah. 

  • Mengabaikan klac

Seorang lelaki menekan pedal klac kereta boleh menyebabkan kereta rosak tepi jalan
Foto Kredit:
By JimAK_Photo Melalui Shutterstock

Ini khas buat anda yang membawa kereta jenis manual. Kereta anda boleh menjadi kerap rosak sekiranya anda memijak rapat pedal klac apabila ia sedang berada dalam mode berhenti. Ini memudahkan anda bergerak sedikit demi sedikit dengan cara melepaskan pedal klac saja, tanpa menginjak pedal minyak.

Bagaimanapun, membiarkan klac dipijak begitu ketika berhenti menyebabkan permukaan klac saling mengikis, cepat haus dan kemungkinan rosak. Ia juga boleh merosakkan bering rilis, lengan rilis, dan plat tekanan. Nasihat kami, jangan sesekali memandu sambil memegang tombol gear, bebaskan klac dan letakkan tombol gear pada posisi Neutral (N). Apabila perlu bergerak, barulah tekan pedal klac dan memandu seperti biasa.

  • Memegang tombol gear sepanjang masa

Memang nampak cool dan macho tapi memegang tombol gear pada sepanjang masa dan satu lagi tangan di stereng dapat mengakibatkan tekanan ke atas sesendal (blushing) transmisi dan penyegerak (synchronizer). Ia sekaligus memberi risiko untuk mengakibatkan kotak gear rosak lebih cepat. Apa yang anda perlu buat adalah, kedua-dua tangan anda sepatutnya memegang roda stereng. Anda bukan saja membantu memanjangkan jangka hayat transmisi, tetapi juga memudahkan anda mengawal kenderaan jika berlaku situasi mencemaskan.

Kadang-kadang apabila berada di traffic light, kita selalu meletakkan kaki pada brek dan menunggu untuk lampu bertukar hijau. Tabiat ini tidak baik kerana ia dapat menghauskan brek disc kereta. Ini kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light:

  1. Tekan brake kaki
  2. Masuk gear N 
  3. Tarik handbrake
  4. Lepaskan brek kaki

Sekiranya hanya berhenti sekejap, anda tak perlu tarik handbrake. 

Apabila sudah mula nak jalan ini yang anda perlu lakukan: 

  1. Tekan brek kaki
  2. Masuk gear D 
  3. Lepaskan handbrake.
  4. Lepaskan brek kaki
  5. Tekan minyak secara perlahan

Itu adalah langkah-langkah yang perlu anda elak dan juga ambil jika anda sayangkan kereta anda. Kadang-kadang tu kereta tak habis bayar lagi tapi sudah banyak kerosakkan kerana penjagaan yang tidak rapi dan konsisten. Kereta kita perlu diselenggara mengikut masa yang ditetapka. Kalau tak, kita terpaksa menanggung akibatnya dengan mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk kos membaiki. Kerosakan-kerosakan ini tidak dilindungi insurans kereta. Kita perlu keluarkan duit sendiri. Kan rugi tu.

Kalau nak tahu pelan insurans kereta yang terbaik, Qoala ada menyenaraikan beberapa insurans kereta yang berbaloi dengan harga yang berpatutan. Semoga bermanfaat!

 

Bagikan ke Teman:
Nadhirah Rashid
Nadhirah Sofea Rashid has a various writing background which includes current news, political, lifestyle, fashion and also business. Experienced in blog content, social media content, and advertising for the past 3 years. Loves getting into the thick of action. Also, a cat lady.
Dapatkan Insurans Kereta Murah Sekarang! 🚗