Senarai Kereta Jimat Minyak (2021)

Artikel ini terakhir diperbarui October 12, 2021 by Ramen Hasniran
Senarai Kereta Jimat Minyak (2021)
Bagikan ke Teman:

Menjadi idaman ramai orang untuk mempunyai kereta jimat minyak. Bukan apa, kadang-kadang sesetengah kereta menggunakan penggunaan minyak yang banyak. Poket pun boleh koyak hanya untuk bayar duit minyak kereta. Betul tak?

Beberapa pakar kewangan di Malaysia mengatakan  individu yang mahu memiliki kenderaan perlu memperuntukkan 15 peratus daripada gaji sekurang-kurangnya. Peruntukkan ini adalah untuk menampung kos perbelanjaan tambahan lain termasuklah kos petrol, penyelenggaraan, dan juga tol. 

Bagi untuk mengurangkan penggunaan bahan api seperti petrol, ramai pengeluar kereta terbesar dunia telah mengeluarkan kereta elektrik. Namun, penerimaannya masih belum banyak di Malaysia dek kerana beberapa faktor iaitu harga yang lebih mahal dan infrastruktur yang tidak cukup. 

Disebabkan faktor-faktor tersebut, ramai yang lebih cenderung untuk memilih kenderaan yang mempunyai penjimatan minyak. Bukan apa, dengan kos hidup yang makin tinggi, kereta jimat minyak pasti banyak membantu.

Berikut adalah senarai kereta jimat minyak (2021) untuk rujukan anda: 

Senarai Kereta Jimat Minyak (Kereta Baru)

RankingModel KeretaPenggunaan Bahan Api
1Kereta Perodua Bezza (M)4.4 L/100 km
2Kereta Perodua Axia (M)4.4 L/100 km
3Kereta Perodua Axia (A)4.6 L/100 km
4Kereta Perodua Bezza (A)4.7 L/100 km
5Kereta Perodua Kancil 6004.7 L/100 km
6Kereta Mitsubishi Attrage4.8 L/100 km
7Kereta Perodua Viva 6604.8 L/100 km
8Kereta Perodua Myvi (M)4.9 L/100 km
9Kereta Perodua Myvi (A)5.0 L/100 km
10Kereta Perodua Kelisa5.0 L/100 km
11Kereta BMW 1 Series (A)5.1 L/100 km
12Kereta Mazda 2 Hatchback (A)5.1 L/100 km
13Kereta Mercedes A Class Sedan (A)5.4 L/100 km
14Kereta Volkswagen Golf (A)5.4 L/100 km
15Kereta Perodua Kenari5.5 L/100 km
16Kereta Volkswagen Vento 1.2 (A)5.5 L/100 km
17Kereta Volkswagen Beetle (A)5.5 L/100 km
18Kereta Ford Focus Sedan (A)5.6 L/100 km
19Kereta Honda Jazz (A)5.6 L/100 km
20Kereta Proton Savvy5.7 L/100km
21Kereta Volkswagen Passat 1.8 (A)5.7 L/100 km
22Kereta Mercedes A Class Hatchback (A)5.7 L/100 km
23Kereta Proton Ertiga (A)5.7 L/100 km
24Kereta Mazda 3 Sedan (A)5.8 L/100 km
25Kereta Ford Fiesta (A)5.8 L/100 km
26Kereta Naza & Harga Kia Picanto (A)5.8 L/100 km
27Kereta Toyota Vios (A)5.8 L/100 km
28Kereta Mazda 3 Hatchback (A)5.9 L/100 km
29Kereta Volkswagen Jetta (A)6.0 L/100 km
30Kereta Nissan Almera (A)6.3 L/100 km

Senarai Kereta Jimat Minyak (Kereta Terpakai)

Bagi anda yang lebih memilih untuk memiliki kereta terpakai, berikut adalah senarai kereta jimat minyak (terpakai). Kredit: Carsome

Kereta Jimat Minyak – Perodua Bezza 1.0 Standard G Automatik

Untuk pengetahuan anda, syarikat pengeluar kereta jenama Perodua adalah merupakan antara pengeluar kenderaan cekap tenaga (EEV) nombor satu di Malaysia. 

Antara model keluaran Perodua yang terkenal dengan penjimatan minyak melebihi 20 kilometer seliter adalah seperti Axia, Bezza, dan juga Myvi. Tahukah anda, Perodua juga telah mengeluarkan lebih daripada 500,000 unit kereta jimat minyak dan tenaga setakat hari ini? Iya, kalau anda inginkan kereta jimat minyak dan bayaran bulanan yang rendah, Perodua lah jawapannya. 

Kereta Jimat Minyak – Perodua Axia 1.0 Style Automatik

Siapa yang tak kenal dengan Perodua Axia ni, kecil-kecil cili padi. Kenderaan kompak lima pintu adalah model yang diperkenalkan bagi menggantikan pengeluaran kereta model Viva yang telah ditamatkan pengeluarannya. 

Perodua Axia juga merupakan antara model kereta dengan teknologi kenderaan cekap tenaga yang pertama di Malaysia di bawah standard Dasar Automotif Negara (NAP) 2014. Ia juga dikatakan mempunyai kebolehan untuk bergerak sejauh 20.6 kilometer untuk setiap liter minyak. 

Perodua Myvi 1.3 Standard G Automatik

Selain Bezza dan Axia, model kereta kompak buatan Malaysia ini merupakan model yang sering disebut-sebut dalam kalangan rakyat Malaysia. Perodua Myvi baharu turut menampilkan enjin Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) sekali gus menawarkan penjimatan bahan api yang lebih baik berbanding model sebelumnya. Ia menawarkan penjimatan bahan bakar antara 20.1 hingga 21.2 kilometer per liter sekali gus menjadikannya 32 peratus lebih cekap berbanding model sebelumnya.

Kereta Jimat Minyak – Suzuki Alto 1.0 Automatik GLX

Mahukan penjimatan minyak yang maksimum? Suzuki Alto merupakan antara model kereta yang mempunyai harga yang mampu milik berserta dengan penjimatan bahan api yang maksimum. Suzuki Alto juga mempunyai kuasa enjin 1.0 liter yang dapat menawarkan penjimatan minyak yang tinggi dengan kos operasi yang rendah. 

Bukan itu sahaja, model kereta yang mesra alam ini turut menyediakan pelepasan yang lebih rendah dengan penggunaan bahan api sekitar 19.23 liter bagi setiap kilometer.

Kereta Jimat Minyak – Proton Iriz 1.3 Manual

Proton Iriz merupakan model supermini lima pintu yang dibangunkan oleh syarikat automobil Malaysia, Proton. Model ini merupakan model pengganti bagi Proton Savvy, dikuasakan oleh enjin versi suntikan langsung 1.3L VVT dan 1.6L VVT serba baharu. Model hatchback segmen B ini merupakan model pertama PROTON yang mendapat pengiktirafan 5 bintang ASEAN NCAP dan model paling cekap penggunaan petrol iaitu bawah 7 liter bagi setiap 100 kilometer.

Sebab-sebab Minyak Cepat Habis

Pernah tak rasa pelik minyak kereta selalu sangat habis cepat? Rasa macam dah tuang minyak tiba-tiba kena tuang balik? Sebenarnya, ada banyak faktor yang menyebabkan minyak kereta selalu cepat habis. Berikut adalah sebab-sebabnya:

Perjalanan Berbukit, Tidak Rata

Antara faktor yang menyebabkan kenderaan anda cepat kehabisan minyak adalah kerana keadaa jalan yang anda lalui. Pemanduan di jalan yang berbatu, berbukit atau tidak rata boleh menyebabkan penggunaan bahan api lebih tinggi jika dibandingkan jika menggunakan laluan yang biasa. 

Anda mungkin tertanya-tanya, mengapa jalan yang tidak rata atau berbukit boleh menjadi salah satu faktor minyak petrol kereta anda habis. Ini kerana apabila anda melalui jalan tersebut, kereta anda memerlukan tenaga yang lebih untuk bergerak. 

Lalu Lintas Yang Sesak

Kesesakan lalu lintas boleh menyebabkan kehabisan minyak dengan cepat.
Foto Kredit: ddisq Melalui Shutterstock

Anda selalu tersekat dalam lalu lintas yang sesak? Tahukah anda tersekat dalam kesesakan lalu lintas juga menjadi penyebab kehabisan minyak dengan cepat. Ini kerana kesesakan lalu lintas membawa kesan buruk kepada enjin dan juga bekalan api. 

Sebabnya? Dalam kesesakan jalan raya, penggunaan brek, pedal minyak akan menyebabkan tangki minyak kereta anda surut lebih cepat daripada biasa. 

Pemanduan Yang Laju

Seterusnya, pemanduan yang laju turut mempercepatkan penggunaan bahan bakar kereta anda. Mengikut beberapa kajian, pemanduan yang laju tanpa henti dengan penggunaan brek yang kerap akan mengurangkan bahan bakar sebanyak 33 peratus. 

Apabila anda memecut kereta anda dengan lebih laju, semakin cepatlah proses pembakaran bahan api. Jika anda memandu dengan kelajuan 80 km/j atau lebih, kadar rintangan udara menjadi lebih tinggi sekali gus meningkatkan penggunaan bahan api. 

Jika anda memecut kereta jimat minyak juga kereta tersebut akan cepat kehabisan minyak.

Kereta Mempunyai Berat Berlebihan 

Apabila kereta anda mempunyai berat yang berlebihan, ia turut boleh menyebabkan kereta anda cepat kehabisan minyak. Muatan kereta yang berlebihan yang tidak dikeluarkan seperti kasut, basikal, alatan-alatan pribadi yang mempunyai berat yang tinggi menjadi punca kereta anda mempunyai berat yang berlebihan. 

Muatan berat yang menambah berat pada kenderaan anda akan memaksa kereta anda untuk bekerja lebih keras untuk bergerak sekali gus menyebabkan kehabisan minyak dengan cepat.  Elakkan daripada menyimpan terlalu banyak barangan dalam ruang simpanan atau tempat duduk belakang, atau keluarkan jika tidak diperlukan untuk memaksimumkan ekonomi bahan bakar.

Penyelenggaraan Yang Tidak Konsisten

Tahukah anda, aspek penyelenggaran yang tidak konsisten turut boleh menyebabkan kereta anda cepat kehabisan minyak?

Aspek penyelenggaraan merupakan antara perkara yang perlu diberi perhatian untuk mengurangkan perbelanjaan bahan api. Sebagai contoh, penapis udara kereta yang tersumbat boleh menjejaskan sistem, mempengaruhi prestasi enjin dan meningkatkan penggunaan bahan bakar. Selain itu, sekiranya tayar kenderaan mulai haus atau tidak sekata, ia juga sedikit-sebanyak mengurangkan jarak tempuh bahan api anda. 

Oleh itu, pastikan tekanan angin tayar berada dalam keadaan baik, gantikan tayar yang telah haus dan periksa penjajaran atau aligment kereta jika perlu.

Tips Jimatkan Penggunaan Minyak Kereta

Harga minyak ni tak menentu. Kadang naik, kadang turun. Tapi selalunya naik. Kita mungkin tak boleh kawal harga minyak, tapi tahu tak apa yang kita boleh kawal? Ya, kita boleh kawal penggunaan minyak kereta untuk lebih jimat. 

Nak kereta jimat minyak tanpa membeli kereta baru? Ikuti tips-tips ini:

Keluarkan Muatan Berlebihan

Kadang-kadang ramai di antara kita meletakkan pelbagai jenis barang dalam kereta, kasut yang banyak, buku-buku, alatan sukan dan bermacam lagi.

Ingat ya, kereta bukan almari atau store untuk anda menyimpan pelbagai barang dengan pelbagai saiz. Iya akan membuatkan kereta anda bertambah berat sekaligus terpaksa menggunakan minyak dan tenaga yang lebih. 

Makin berat kereta, makin banyak pakai minyak. Macam mana nak jimat macam ni? Sebaliknya, keluarkan barang-barang yang tidak diperlukan. Kosongkan bonet dan hanya tinggalkan barang-barang yang penting sahaja. 

Kalau kereta jenis ada box dekat atas kereta pun, korang boleh cabut juga. Gunakan bila perlu je macam nak balik ke kampung ke atau pergi melancong. Kalau tak guna, cabut box tu daripada kereta sebab ia akan meningkatkan lagi rintangan kereta justeru boleh menyumbang kepada penggunaan minyak yang sedikit lebih berbanding biasa.

Angin Tayar Kereta Yang Mencukupi

Jangan tak tahu, tayar kereta yang tak cukup angin boleh memberi impak kepada penggunaan minyak. Oleh itu, anda perlu memastikan tayar kereta sentiasa terisi dengan jumlah angin yang mencukupi.

Sekiranya tayar kereta anda mempunyai angin yang kurang, kawasan permukaan tayar yang terkena jalan akan menjadi lebih besar. Dan apabila kawasan permukaan tersebut menjadi semakin besar, semakin banyaklah rintangan yang kereta anda perlu lalui sekaligus menyebabkan kereta anda terpaksa mengguna lebih banyak lagi minyak untuk bergerak. Kajian turut menunjukkan sekiranya keadaan tayar kereta kurang 10 PSI (70 kPa) daripada tahap yang diperlukan, penggunaan minyak akan naik sebanyak 2.5 peratus.

Elak Daripada Menjadi ‘Raja Jalan’

Ada seorang pemandu yang suka ‘mencucuk’ kenderaan lain di jalan raya? Lebih-lebih lagi di highway? Hentikan tindakan itu sekiranya anda mahu menjimatkan penggunaan minyak. Tindakan ini bukan sahaja boleh menyebabkan kemalangan maut, malah ia juga akan membuatkan anda asyik perlu menekan brek. Kekerapan menekan brek akan meningkatkan penggunaan minyak kereta. 

Justeru itu, elakkan daripada menjadi ‘raja jalan’. Pandu dengan selamat. Pastikan jarak kereta berada pada tahap yang selamat.

Waktu Yang Sesuai Mengisi Minyak 

Kereta jimat minyak: Isi minyak pada waktu malam
Foto Kredit: Virrage Images Melalui Shutterstock

Tahukah anda, mengisi minyak pun perlu masa yang sesuai bagi mendapatkan penjimatan yang optimum. Sekiranya anda ingin mengisi minyak, pastikan anda mengisi minyak ketika cuaca yang redup atau lebih baik lagi, isi minyak pada waktu malam.

Pasti anda tertanya-tanya, kenapa tak boleh isi minyak ketika cuaca panas terik? Ini kerana, apabila anda mengisi minyak pada waktu panas terik, kadar minyak akan berkurangan kerana ia meruap dalam persekitaran yang panas. Selain itu, isi minyak dengan perlahan-lahan. Elakkan daripada terus menarik picu tersebut sampai habis. Ia dapat menyebabkan minyak menjadi wap. Tarik picu tu separuh je dan kekalkan posisi tu sampailah tangki minyak kereta penuh.

Matikan Enjin Semasa Menunggu

Ketika anda sedang menunggu orang lain dalam kereta, anda disarankan untuk mematikan enjin sambil menunggu. Ini kerana, semakin lama anda menunggu, makin banyaklah minyak yang digunakan. Tambah-tambah lagi jika anda menggunakan penghawa dingin.

Kereta akan gunakan 2.6 liter minyak dalam setiap sejam ia tak digerakkan. Matikan enjin dan buka tingkap. Sekiranya panas, anda disarankan untuk menyediakan kipas awal-awal dalam kereta. Bolehlah mengipas sambil menunggu atau nak duduk luar sementara menunggu.

Jangan Abaikan Penyelenggaraan Kereta

Bab servis atau selenggara kereta ini tak boleh dianggap kecil. Anda disarankan untuk membuat penyelenggaraan kereta mengikut jadual yang disediakan. Jangan tunggu kereta sudah rosak, baru nak ke bengkel. Penggunaan minyak boleh meningkat sehingga 50 peratus apabila lambat membuat penyelenggaraan kereta. Rajinkan diri untuk check spark plug, minyak hitam, kipas aircond, dan air filter kereta. Tak mahir dalam membuat pemeriksaan kereta? Hantar ke bengkel, biar pakar yang semak.

Buka Tingkap Atau Buka Aircond?

Yang mana lagi satu yang lebih baik dalam menjimatkan minyak? Buka tingkap atau buka aircond? Sebenarnya, ia bergantung kepada situasi.

Sekiranya anda membuka tingkap semasa memandu di lebuh raya, rintangan kereta akan menjadi lebih tinggi sekali gus menggunakan penggunaan minyak yang banyak. Manakala jika anda memandu dalam jarak yang pendek, anda disarankan untuk membuka tingkap dan menutup aircond untuk menjimatkan minyak.

Selalu tak anda membuka aircond pada tahap yang paling tinggi ketika kereta berjemur di bawah panas terik? Tindakan ini sebenarnya menyebabkan penggunaan minyak yang banyak. Ini kerana, enjin kereta perlu bekerja dengan lebih kuat. Anda disarankan untuk memandu dengan membuka tingkap sedikit terlebih dahulu supaya udara panas keluar daripada kereta. Setelah itu, barulah buka aircond.

Elakkan Memecut

Memang minyak akan cepat habis jika anda sering memecut kereta. Terutamanya di lebuh raya. Sebaliknya, memandulah dengan had kelajuan yang ditetapkan. Secara amnya, kelajuan sememangnya akan menyebabkan penggunaan minyak bertambah anggarannya seperti berikut:

100km/j: penggunaan minyak bertambah 10%
105km/j: penggunaan minyak bertambah 15%
110km/j: penggunaan minyak bertambah 25%

Sampai di sini saja perkongsian yang dapat kami kongsikan. Kalau anda tak ada kereta jimat minyak, pastikan anda dapat mencuba tips-tips di atas dan elakkan daripada melakukan perkara-perkara yang dapat meningkatkan penggunaan minyak.

Nak buat pembaharuan road tax dan insurans? Lakukannya dengan Qoala. Dengan harga yang murah, dan servis yang pantas, anda pasti akan berpuas hati!

Bagikan ke Teman:
Nadhirah Rashid
Nadhirah Sofea Rashid has a various writing background which includes current news, political, lifestyle, fashion and also business. Experienced in blog content, social media content, and advertising for the past 3 years. Loves getting into the thick of action. Also, a cat lady.
Dapatkan Insurans Kereta Murah Sekarang! 🚗