Kereta Hibrid: Fungsi, Kelebihan dan Kekurangan

Artikel ini terakhir diperbarui September 3, 2021 by Nadhirah Rashid
Kereta Hibrid: Fungsi, Kelebihan dan Kekurangan
Bagikan ke Teman:

Apakah kereta hibrid? Sejauh manakah relevannya kereta hibrid di Malaysia? Qoala kali ini akan menerangkan mengenai kereta jenis hibrid dengan lebih mendalam.

Menjadi satu impian bagi semua pemandu di seluruh dunia sekiranya penggunaan minyak petrol boleh diminimakan sekaligus menjimatkan tanpa mengeluarkan duit yang banyak untuk mengisi minyak. Impian mempunyai kereta yang tidak menggunakan minyak yang banyak terhasil apabila terhasilnya kereta model kompak. 

Masalah lain yang timbul pula adalah masalah pencemaran udara yang disebabkan dengan peningkatan jumlah kereta di jalan raya. Pencemaran udara yang berlaku kini sebahagian besarnya berpunca daripada gas yang dikeluarkan oleh kereta. Bagi mengatasi masalah pencemaran yang semakin meningkat ini, pengeluar automotif mula mengorak langkah untuk membangunkan teknologi kereta elektrik yang lebih sesuai dengan persekitaran. 

Walau bagaimanapun, teknologi kenderaan elektrik dikatakan mempunyai pelbagai kekurangan terutamanya dari segi kemampuan bateri kereta tersebut. Masalah ini menimbulkan lagi satu teknologi iaitu kereta jenis hibrid. 

Bagaimana Kereta Hibrid Berfungsi?

Kereta hibrid mempunyai pelbagai kelebihan
Foto Kredit: otomobil Melalui Shutterstock

Secara am, perkataan hibrid adalah pergabungan dua idea yang berbeza. Dengan itu, kereta hibrid adalah sebuah kereta yang menggunakan lebih daripada satu sumber tenaga untuk bergerak. Ia juga merujuk kepada kenderaan yang tidak bergantung kepada kuasa bateri atau petrol semata-mata. Namun, ia juga bergantung kepada pembakaran dalaman yang memacu penjanaan elektrik untuk pemanduan secara langsung. 

Masalah penggunaan bahan api yang berlebihan dan masalah perlu mengecas bateri secara kerap diselesaikan dengan enjin hibrid. Sistem enjin hibrid boleh menjadi alternatif yang lebih dan juga mampu untuk menyelesaikan masalah penjimatan enjin dan jarak pemanduan. 

Sistem hibrid juga dibangunkan berasaskan beberapa persoalan sering dibangkitkan bakal pemilik kenderaan baharu mengenai kriteria minimum kereta yang mereka mahukan, iaitu seperti berikut:

  1. Boleh atau tidak kereta itu dipandu sekurang-kurangnya 450km dengan tangki minyak penuh sebelum diisi semula.
  2. Pemanduan mesti mudah dan lancar.
  3. Kereta perlu ada kemampuan mengekalkan kelajuan dan keupayaan mengatasi kereta lain atas jalan.
  4. Bahan api mudah diisi.
  5. Menawarkan jarak pemanduan seliter bahan api yang baik.
  6. Kurang pencemaran udara.

Gabungan tenaga elektrik dan juga pembakaran dalaman membolehkan bateri kereta jenis hibrid dicas secara langsung ketika kereta sedang dipandu. Ia juga boleh dicas semula apabila diperlukan. Ini sekaligus membuktikan kereta jenis hibrid mampu mengurangkan pecemaran udara disamping memberikan lebih kilometer perjalanan. 

Spesifikasi Utama

Dalam pembinaan kereta hibrid, ini adalah beberapa komponen dan spesifikasi yang penting:

  • Tangki minyak

Tangki minyak di dalam kereta jenis ini direka bagi dapat menampung jumlah bahan api yang bersesuaian dan mencukupi. Kereta jenis hibrid juga memerlukan sistem rizab bahan api yang lengkap berserta dengan maklumat status semasa bahan api tersebut. 

Salur simpanan yang bersesuaian turut diperlukan dan kualiti tersebut adalah kualit yang sama seperti kereta enjin pembakaran dalaman konvensional. 

  • Bateri 12V dan Bateri Traksi

Kereta hibrid memerlukan dua bateri, iaitu bateri 12V yang digunakan sebagai bateri sokongan untuk menghidupkan kereta. Satu lagi ialah bateri traksi (traction battery) yang menyimpan tenaga dijana motor elektrik. Kedudukan bateri selalunya di bawah kerusi belakang.

Bateri ini akan menyalurkan tenaga kepada penukar arus terus (DC converter) yang kemudian mengubah voltan yang sesuai bagi menjana tenaga elektrik kepada sistem elektrik kereta dan mengecas semula bateri sokongan.

  • Motor elektrik dan generator

Fungsi motor elektrik dan generator adalah untuk mengambil tenaga daripada bateri traksi dan menggerakkan kereta. Fungsi keduanya pula adalah untuk menghasilkan tenaga elektrik daripada putaran tayar apabila sistem brek berfungsi.

Kedua-dua komponen ini boleh berfungsi secara berasingan, dan boleh juga berfungsi untuk kedua-dua fungsi. Kalau berasingan, motor elektrik berfungsi sebagai penggerak kereta, dan generator sebagai tenaga kepada bateri traksi.

  • Sistem transmisi

Sistem transmisi atau juga dikenali sebagai kotak kawalan gear kereta berfungsi dengan mengubah tenaga daripada sumber tenaga kepada tenaga gerakan menggunakan kawalan pertukaran nisbah pada gear transmisi. Tenaga yang diperoleh adalah daripada motor elektrik atau tenaga pembakaran dalam enjin

Fungsi sistem transmisi masih sama seperti kereta biasa cuma ada dua sumber tenaga dan berfungsi secara hibrid.

  • Sistem Ekzos

Emisi hasil pembakaran masih menggunakan paip ekzos. Selain itu, pengeluar selalunya menggunakan pemangkin udara tiga arah bagi mengurangkan kadar pelepasan emisi udara daripada sistem ekzos kereta. Ketika menggunakan tenaga elektrik, sistem ekzos tidak digunakan, maka disitu tiada pembebasan hasil pembakaran berlaku. Ini mengurangkan pencemaran daripada kereta jenis hibrid.

  • Sistem Penyejukan

Sistem penyejukan turut diperlukan dan direka bagi menstabilkan suhu yang sesuai dalam ruang enjin kereta. Struktur dan rekabentuk sistem agak berbeza kerana kereta hibrid menggabungkan sistem motor elektrik dan enjin pembakaran dalam. Bahan binaan sistem motor elektrik juga perlu tahan suhu tinggi dan bersesuaian dengan kadar penyejukan sistem penyejukan kereta.

Jenis-jenis Hibrid

Untuk pengetahuan anda, ada pelbagai jenis kenderaan hibrid dengan fungsi yang berbeza.

  • Hibrid Konvensional

Kereta jenis hibrid ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu;

#1 Hibrid penuh

Hibrid penuh mampu untuk bergerak dengan menggunakan tenaga yang dihasil oleh enjin sahaja, bateri sahaja atau kedua-duanya sekali. Cara kereta ini berfungsi adalah, pada kelajuan rendah, enjin akan berhenti bergerak dan hanya akan menggunakan motor elektrik. Kemudian, jika ingin melakukan pecutan, kedua-dua enjin dan motor tersebut akan digunakan. Pada peringkat ini, lebihan tenaga yang dihasilkan daripada enjin akan digunakan untuk mengecas bateri motor elektrik.

#2 Hibrid sederhana

Hibrid jenis ini boleh diklasifikasikan sebagai gabungan enjin pembakaran dalam (petrol atau diesel) yang dilengkapi dengan kelengkapan elektrik (motor atau generator) dalam susunan yang selari. Ia juga membolehkan motor elektrik untuk menghantarkan tork terutama ketika pemandu memerlukan kuasa ekstra ketika memecut dan mendaki bukit. Kuasa elektrik akan disimpan pada “traction bateri” yang akan disimpan pada bahagian belakang ataupun kargo.

Antara kelebihan hibrid sederhana adalah ianya lebih ringan daripada hibrid konvensional, pemasangannya yang murah dan mempunyai emisi yang rendah.

  • Hybrid Plug-In (PHV)

Kereta jenis hybrid plug-in ini dilengkapi dengan kapasiti pek bateri yang lebih besar. Ia menawarkan jarak pemanduan yang lebih jauh dengan hanya menggunakan kuasa bateri tunggal. 

Jenis ini juga membolehkan motor petrol untuk berfungsi sebagai generator untuk mengekalkan kuasa bateri elektrik. Kereta PHV juga boleh dipandu menggunakan kuasa petrol sepenuhnya, manakala pek bateri boleh dipasang masuk untuk dicas.

  • Hibrid Paralel

Hibrid Paralel atau selari pula ialah motor elektrik yang bertindak sebagai tenaga tambahan untuk motor petrol. Tiada enjin yang bekerja secara berasingan. Dalam situasi ini, motor elektrik biasanya bersaiz kecil bagi memberikan ruang kepada enjin kecil digunakan untuk penjimatan bahan api.

Perbezaan Kereta Hibrid & Kereta Elektrik

Ramai berpendapat bahawa kereta hibrid dan kereta elektrik adalah jenis kereta yang sama. Sebenarnya, ia adalah dua jenis kereta yang berbeza.

  • Kereta Elektrik

"<yoastmark

Kereta elektrik adalah sejenis kereta yang bergerak menggunakan motor elektrik. Motor elektrik bergerak menggunakan tenaga yang disimpan dalam bateri kereta. Ia bergantung sepenuhnya pada kuasa elektrik sebagai kuasa utama daripada pek bateri untuk menggerakkan kereta.

Antara sebab utama kereta elektrik tidak mendapat sambutan adalah ia mempunyai infrastruktur stesen pengecasan yang terhad terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. 

Perjalanan jauh ialah antara cabaran yang perlu ditempuhi pemandu EV. Mereka perlu merancang perjalanan dengan baik kerana kawasan terpencil berkemungkinan tidak mempunyai stesen pengecas berbanding kawasan bandar.

Masalah sama turut menimpa pemandu yang menghuni kondominium dan pangsapuri berikutan tiada akses stesen pengecas di rumah. Kekurangan kawasan mengecas bateri sedikit sebanyak merisaukan bakal pemilik EV dan boleh menyebabkan stres. 

  • Kereta Hibrid

Kereta jenis hibrid pula adalah sejenis kereta yang menggunakan gabungan dua sistem iaitu enjin pembakaran dalaman dan tenaga elektrik.njin utama hibrid masih menggunakan petrol sebagai bahan api, namun ia mempunyai sistem motor elektrik yang akan diaktifkan secara automatik untuk penjimatan minyak dalam operasi sistem hibrid. 

Kelebihan Kereta Jenis Hibrid

Ada banyak sebenarnya kelebihan kereta jenis hibrid ini. Tetapi, tiga kelebihan utama adalah seperti di bawah:

  • Mesra alam

Salah satu kelebihan utama kereta jenis hibrid berbanding kereta bertenaga petrol adalah ianya mesra alam. Ia juga tidak mengeluarkan bahan toksik melalui ekzos. Penggunaan dual enjin iaitu elektrik dan pembakaran dalaman dapat mengurangkan bahan bakar dan menjimatkan tenaga. 

  • Mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil

Kereta jenis hibrid sesuai digunakan untuk mengganti penggunaan kenderaan konvensional yang menjadi penyumbang utama kepada pencemaran udara. Ia mempunyai enjin petrol dan motor elektrik yang mampu menjimatkan petrol dan hanya menghasilkan asap toksik tahap rendah. Ia juga menggabungkan enjin pembakaran dalaman sistem rejangan dengan sistem rejangan elektrik. 

  • Pemanduan yang senyap

Dengan memandu kenderaan jenis hibrid, anda akan dapat menikmati pemanduan yang senyap dan lebih fokus.

Antara kelebihan lain kereta jenis hibrid adalah ukuran enjinnya lebih kecil. Namun masih dapat menampung kapasiti yang sama seperti kereta konvensional. Ia juga mengalami proses pengambilan semula tenaga melalui pemecahan regenaratif terutamanya dengan pemanduan jenis berhenti dan pergi di bandar dan juga apabila menyusuri bukit. 

Selain itu, ia juga menggunakan penggunaan sistem AC terbalik berdasarkan pengurusan terma bank bateri dengan kabin melalui penukar haba yang berasingan yang disambungkan secara termal ke sarung bateri.

Tambahan lagi, ia juga dapat mematikan enjin ketika berhenti dan hidup automatik selepas pemandu menekan pedal. 

Kelemahan Kereta Jenis Hibrid

Seperti perkara-perkara yang lain, kereta jenis hibrid turut mempunyai kelemahan yang tersendiri. 

  • Harga lebih mahal

Apa yang menyebabkan ramai tidak memiliki kereta jenis hibrid kerana harga runcitnya yang mahal berbanding dengan kereta konvensional. Kereta jenis ini banyak didapati dipakai oleh golongan yang berpendapatan tinggi. Walau bagaimanapun, kereta jenis hibrid sebenarnya lebih murah apabila dibandingkan dengan kereta konvensional dalam jangka masa panjang. Jika anda mengira jumlah penggunaan bahan api kedua-dua kereta, anda sebenarnya akan melihat bahawa anda boleh menyimpan lebih banyak wang dengan menggunakan kereta jenis hibrid.

  • Kuasa pemanduan yang biasa

Apabila sistem hibrid perlu membahagikan enjin menjadi dua tenaga, ia tidak dapat menghasilkan pemanduan yang optimum dan berkuasa tinggi seperti kenderaan konvesional yang lain. Dalam erti kata lain, penggunaan kereta jenis hibrid hanya untuk pemandu yang inginkan pemanduan yang tenang tanpa sebarang hustle. 

  • Lebih berat

Kereta jenis hibrid adalah agak berat kerana bateri berat yang dipasang di dalam kereta. Atas sebab inilah mengapa pengeluar kereta jenis hibrid mengintegrasikan enjin pembakaran dalaman yang lebih kecil dan dibina dengan bahan-bahan ringan dan binaan luar yang aerodinamik dalam usaha untuk memaksimumkan kecekapan kereta jenis hibrid. Ini bermakna bahawa kereta jenis hibrid tidak boleh bergerak dengan kepantasan maksimum.

Tips Penjagaan Kereta Hibrid

Kereta jenis hibrid didatangi dengan teknologi yang tinggi. Apabila teknologi tinggi digunapakai, cara penjagaan turut kena betul. Untuk menjaga ketahanan hayat sistem hibrid, ini adalah beberapa tips agar sistem bateri kekal lebih lama. 

  • Penyejukan

Kipas yang berfungsi pada bahagian penyandar tempat duduk belakang atau di bahagian bawah berfungsi untuk menyedut udara sejuk dari kabin ke ruang simpanan bateri. Bateri sistem hibrid biasa disimpan dalam kargo atau dibawah tempat duduk belakang dan dalam operasi ia memerlukan proses penyingkiran haba yang optimum bagi memudahkan proses pengecasan berlaku.

Sekiranya ada halangan pada laluan udara sejuk ini daripada masuk, bateri akan menjadi panas sekaligus menjejaskan dan memendekkan jangka hayat bateri sistem hibrid. Jadi, pastikan tiada apa-apa objek yang dapat menghalang udara sejuk masuk. 

  • Jangan pandu terlalu laju

Kereta hibrid tidak dicipta untuk pemanduan yang laju. Ini kerana ia akan memaksa enjin untuk bekerja lebih keras bagi menghasilkan kuasa tambahan. Kebanyakan enjin hibrid akan berfungsi dalam kitaran enjin Atkinson untuk menghasilkan tenaga dan kuasa. 

Apabila anda memandu terlalu laju dan secara berterusan, kuasa elektrik dalam bateri akan cepat habis dan membuatkan enjin tidak sempat mengecas bateri. 

  • Gear P

Apabila anda perlu berhenti dalam jangka masa yang lama seperti menunggu pasangan berurusan dengan bank, anda harus memastikan tombol gear diletakkan pada P dan bukannya N. Ini kerana, sistem hibrid hanya boleh mengecas bateri hibrid dalam keadaan gear P.  

Kos Insurans Lebih Tinggi?

Kereta hibrid lebih mahal untuk diinsuranskan kerana dua sebab: kos pembuatannya yang lebih mahal dan harga jualannya yang lebih tinggi berbanding dengan kereta standard. Bayangkan begini, bateri sebuah kereta konvensional yang biasa berharga dalam lingkungan RM200-RM300. Manakala harga sebuah bateri bagi sebuah kereta jenis hibrid pula boleh menjangkau ribuan tinggi. Sudah pastinya kos insuransnya lebih tinggi. 

Disebabkan itu, kereta hibrid masih tidak ramai digunakan di Malaysia. Kos pembelian, penyelenggaraan dan insuransnya tinggi. Namun, jika dilihat dari segi penjimatan, anda tidak perlu menukar bateri sekerap bateri pada kereta konvensional. 

Road tax dan insurans kereta anda hampir tamat? Buat pembaharuan di Qoala sekarang!

Jadi, patutkah anda membeli kereta hibrid ini?

Sebuah kereta jenis hibrid sesuai bagi anda yang banyak bergerak dalam bandar. Ini kerana ia bukan sahaja menjimatkan dari segi petrol, malah anda juga dapat membantu mengurangkan pencemaran udara. Namun, sekiranya anda memerlukan sebuah kereta yang sering berulang-alik dari satu tempat yang jauh ke satu tempat jauh yang lain, anda lebih sesuai dengan kereta konvensional. Ini kerana kuasa pemanduan kereta konvensional lebih tinggi daripada kereta jenis hibrid.

Sampai di sini sahaja perkongsian Qoala. Jangan lupa, kalau nak renew road tax dan insurans, buat sahaja di Qoala. Mudah, murah dan pantas!

Bagikan ke Teman:
Nadhirah Rashid
Nadhirah Sofea Rashid has a various writing background which includes current news, political, lifestyle, fashion and also business. Experienced in blog content, social media content, and advertising for the past 3 years. Loves getting into the thick of action. Also, a cat lady.
Dapatkan Insurans Kereta Murah Sekarang! 🚗