Kereta Elektrik: Kelebihan dan Kekurangan

Artikel ini terakhir diperbarui November 18, 2021 by Nadhirah Rashid
Kereta Elektrik: Kelebihan dan Kekurangan
Bagikan ke Teman:

Kereta elektrik ni popular di luar negara, tapi penerimaan kereta jenis elektrik di Malaysia masih rendah jika nak dibandingkan dengan kereta konvensional. Apa sebabnya?

Mungkin kereta elektrik tak dapat diterima rakyat Malaysia sekarang, tapi siapalah kita untuk menidakkan masa depan, kan? Dengan perkembangan teknologi yang pantas, tak mustahil kita dapat menggunakan kereta jenis elektrik sepenuhnya.

Harini, Qoala akan menceritakan serba sedikit mengenai kelebihan dan kekurangan kereta jenis elektrik di Malaysia. 

Sejarah Kereta Elektrik

Haa tahu tak kereta pertama yang dicipta adalah kereta elektrik?  Pembuatannya bermula hingga tahun 1832-1839 ketika Robert Anderson merancang kenderaan bermotor elektrik pertama. Kereta itu dikuasakan oleh bateri yang tidak boleh dicas semula dan mencapai 6 km/jam.

Tapi pada masa tu, kecekapan kereta tak lah begitu memberansangkan. Sebabnya, jalan kaki lagi cepat. Disebabkan jalan kaki lagi cepat, innovation tu pun ditinggalkan sampailah harini. Sekarang teknologi kereta jenis elektrik dah bertambah maju. Bateri ion lithium mampu menyumbangkan autonomi yang cukup besar yang boleh menyebabkan kereta mencapai kelajuan tinggi. 

Bahagian Kereta Jenis Elektrik

Kalau kita bandingkan bahagian dalaman kereta eletrik dengan kereta konvensional, sebenarnya tak adalah banyak beza sangat. Operasinya agak serupa. Antara elemen utama yang ada di kereta jenis elektrik dan tak ada di kereta konvensional adalah: 

Motor elektrik

Dah nama pun kereta jenis elektrik, of course lah ada motor elektrik kan? Motor elektrik ni function dia untuk mengubah tenaga elektrik yang tersimpan dalam bateri menjadi tenaga kinetik. Daripada tenaga kinetik tadi tulah, kereta mampu bergerak. 

Motor pun boleh melakukan sebaliknya. Macam di lereng bukit, dapat memanfaatkan tenaga kinetik yang diperoleh dan menyimpannya dalam bentuk elektrik. 

Gendang

Gendang pula berfungsi untuk menyimpan tenaga elektrik yang digunakan untuk membuat motor dalam enjin kereta berfungsi. Lagi satu, ada beberapa kereta jenis elektrik yang ada bateri tambahan untuk mengelakkan terkandas di tanah. 

Transformer

Bukan tranformer yang tuu… transformer dalam kereta jenis elektrik ni bertanggungjawab untuk menukarkan parameter elektrik menjadi yang diperlukan untuk mengisi semula bateri. Ada beberapa kereta elektrik yang berfungsi dengan arus bolak dan yang lain dengan arus terus.

Transformer juga berfungsi untuk menyejukkan kereta, mengelakkan tumpahan dan juga letupan. 

Kelebihan Kereta Elektrik

Ada banyak juga kelebihan keretajenis elektrik ni:

#1 Mesra alam sekitar

Memandu kereta elektrik juga bermakna korang sedang melewati perjalanan dengan emisi sifar atau tanpa asap. Dengan impak kepanasan global yang saban hari semakin meningkat, pemanduan cara baru ni sebenarnya memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu mewujudkan persekitaran yang lebih baik untuk generasi akan datang dengan mengurangkan tahap pencemaran yang disumbangkan daripada kereta. 

Lagi satu, kereta jenis elektrik ni senyap. Sekaligus mengurangkan pencemaran bunyi.

#2 Kurang Wear and Tear 

Kereta jenis elektrik dijana pek bateri, dan tak memerlukan kuasa yang dijana enjin mekanikal. Untuk pengetahuan korang, semua komponen yang terlibat dalam enjin pembakaran dalaman tidak diperlukan kereta jenis elektrik. 

Maknanya, kereta jenis elektrik boleh menyingkirkan segala kos penyelenggaraan untuk komponen sokongan dalam enjin pembakaran dalaman seperti palam pencucuh, penapis minyak, pam, injap @ valve dan alat ganti lain dalam jangka masa panjang. Hanya penyelenggaraan bateri sahaja diperlukan.

#3 Sesuai untuk pemanduan urban

Biasalah kalau dah nama duduk bandar, tersekat dalam traffic jam tu perkara biasa. Kereta yang guna enjin bahan api memang lebih efisien dekat lebuh raya, tapi dari segi prestasi dan penjimatan, kereta jenis elektrik sangat sesuai untuk permanduan urban. 

So, kalau korang tinggal dekat kawasan bandar, ada kereta jenis elektrik tu memang sangat berbaloi dan bermanfaat. 

#4 Penjimatan Kos Bahan Api

Seperti yang ramai tahu, kos operasi kereta jenis elektrik ni lagi murah kalau nak dibandingkan dengan enjin kereta konvensional yang dijana dengan bahan api fosil. Kos per kilometer untuk memandu kereta jenis elektrik ni memang jauh lagi rendahlah. Bateri pula mudah dicas di rumah. Kebanyakan bangunan korporat dengan pusat beli belah pun ada tawarkan khidmat khas percuma. 

#5 Kos Penyelenggaraan Lebih Murah

Laporan daripada penganalisis Consumer Reports, Chris Harto mendapati pemilik EV di Amerika Syarikat mampu jimat 50 peratus kos baik pulih dan penyelenggaraan berbanding pemilik kenderaan pembakaran dalaman (ICE).   

Kajian itu dibuat dengan pengumpulan data pada 2019 dan 2020 membabitkan beribu unit kenderaan yang digunakan sehingga jarak 200,000 batu atau 321,000km.  

Statistik Consumer Reports mendapati kos purata penyelenggaraan dan baik pulih EV dan kenderaan ICE untuk jarak setiap batu atau 1.6km adalah seperti berikut:  

  • EV: 0.03 USD (RM0.12)   
  • ICE: 0.06 USD (RM0.25) 

Kos per kilometer untuk memandu sebuah EV adalah juga jauh lebih rendah, seperti yang dikongsikan oleh Nissan Malaysia untuk model Nissan Leaf, dengan bateri berkapasiti 40 kWh untuk jarak purata 295km sekali cas. Ia hanya menelan belanja RM20.64 untuk setiap caj penuh. Jadi, kos untuk setiap kilometer adalah sangat rendah iaitu RM0.07.

Kekurangan Kereta Jenis Elektrik

Disebalik kelebihan, kereta jenis elektrik ni pun ada kekurangannya. 

#1 Limitasi Infrastruktur Stesen Pengecas

Satu kekurangan yang sangat obvious dan mendatangkan masalah kepada pemilik kereta jenis elektrik ni adalah keupayaan mengecas kereta di kawasan luar bandar atau pun pedalaman. 

Misal kata korang kena jalan jauh, itu satu cabaran tu sebab tak ada tempat mengecas di sesetengah tempat. Disebabkan itu, korang kena rancang perjalanan sebaiknya untuk mengelakkan korang tersadai di tepi jalan tanpa sebarang pertolongan. 

Masalah yang sama boleh menimpa pemandu yang menghuni kondominium dan pangsapuri juga. Ini sebabnya tak ada akses stesen pengecas dekat rumah.

Kekurangan kawasan mengecas bateri sedikit sebanyak merisaukan bakal pemilik kereta jenis elektrik dan boleh menyebabkan stres. Sama seperti membeli telefon bimbit mahal, tetapi perlu dicas di rumah kawan. Kawan pula duduk di kawasan perumahan lain.

#2 Jarak Tak Konsisten

Untuk pengetahuan korang, setiap kereta jenis elektrik ada  anggaran jarak pemanduan yang ditetapkan pengeluar dan kerajaan. Tapi angka ni actually susah nak dicapai dalam kondisi pemanduan sebenar. 

Jarak rasmi bagi anggaran tersebut dicapai melalui kepakaran dan kesabaran pemandu ujian pada persekitaran yang sempurna.

Actually, benda ni tak menggambarkan apa yang dialami pemandu sebenar selepas memiliki kereta jenis elektrik. 

Contohnya, cuaca turut memainkan peranan utama bagi kondisi pemanduan EV. Pada suhu sejuk, jarak pemanduan dapat berkurangan 40 peratus. EV juga bukan kenderaan pilihan kepada mereka yang perlu berdepan musim sejuk bersalji, malah memerlukan pemanduan kurang agresif bagi mendapatkan jarak perjalanan maksimum.

#3 Harga Yang Mahal

Kereta jenis elektrik masih berharga agak mahal dan premium jika dibandingkan dengan kereta dengan enjin pembakaran dalaman. Walaupun terdapat promosi rebat dan diskaun diberikan Kerajaan kepada pembeli, harga asas kereta jenis elektrik kekal tinggi dan  mungkin tidak mampu dibayar pembeli biasa yang masih mementingkan aspek praktikaliti, tujuan penggunaan dan bajet pembelian sebuah kereta.

#4 Masa Cas Semula Bateri

Kalau kereta pembakaran dalam, mengisi bahan api bagi menyambung perjalanan supaya enjin tidak mati di tengah jalan hanya mengambil masa beberapa minit. Tetapi bagi kereta jenis elektrik, masa untuk cas semula bateri mengambil masa berjam-jam. 

Walaupun ada yang menggunakan teknologi baharu yang membolehkan cas semula bateri hanya mengambil masa tidak sampai setengah jam untuk mengisi 50 sehingga  80 peratus dari kapasiti bateri, ianya masih jauh terlalu lambat jika dibandingkan dengan kereta pembakaran dalam yang hanya mengambil masa tidak sampai tiga minit untuk memenuhkan tangki bahan api.

Perbezaan Kereta Hibrid & Kereta Jenis Elektrik

Ramai berpendapat bahawa kereta hibrid dan kereta jenis elektrik adalah jenis kereta yang sama. Sebenarnya, ia adalah dua jenis kereta yang berbeza.

  • Kereta Elektrik

kereta elektrik

Macam apa yang kita cakap tadi, kereta jenis elektrik adalah sejenis kereta yang bergerak menggunakan motor elektrik. Motor elektrik bergerak menggunakan tenaga yang disimpan dalam bateri kereta. Ia bergantung sepenuhnya pada kuasa elektrik sebagai kuasa utama daripada pek bateri untuk menggerakkan kereta.

Antara sebab utama kereta jenis elektrik tidak mendapat sambutan adalah ia mempunyai infrastruktur stesen pengecasan yang terhad terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. 

Perjalanan jauh ialah antara cabaran yang perlu ditempuhi pemandu EV. Mereka perlu merancang perjalanan dengan baik kerana kawasan terpencil berkemungkinan tidak mempunyai stesen pengecas berbanding kawasan bandar.

Masalah sama turut menimpa pemandu yang menghuni kondominium dan pangsapuri berikutan tiada akses stesen pengecas di rumah. Kekurangan kawasan mengecas bateri sedikit sebanyak merisaukan bakal pemilik EV dan boleh menyebabkan stres. 

  • Kereta Hibrid

Kereta jenis hibrid pula adalah sejenis kereta yang menggunakan gabungan dua sistem iaitu enjin pembakaran dalaman dan tenaga elektrik.njin utama hibrid masih menggunakan petrol sebagai bahan api, namun ia mempunyai sistem motor elektrik yang akan diaktifkan secara automatik untuk penjimatan minyak dalam operasi sistem hibrid. 

Secara am, perkataan hibrid adalah pergabungan dua idea yang berbeza. Dengan itu, kereta hibrid adalah sebuah kereta yang menggunakan lebih daripada satu sumber tenaga untuk bergerak. Ia juga merujuk kepada kenderaan yang tidak bergantung kepada kuasa bateri atau petrol semata-mata. Namun, ia juga bergantung kepada pembakaran dalaman yang memacu penjanaan elektrik untuk pemanduan secara langsung. 

Masalah penggunaan bahan api yang berlebihan dan masalah perlu mengecas bateri secara kerap diselesaikan dengan enjin hibrid. Sistem enjin hibrid boleh menjadi alternatif yang lebih dan juga mampu untuk menyelesaikan masalah penjimatan enjin dan jarak pemanduan. 

Sistem hibrid juga dibangunkan berasaskan beberapa persoalan sering dibangkitkan bakal pemilik kenderaan baharu mengenai kriteria minimum kereta yang mereka mahukan, iaitu seperti berikut:

  1. Boleh atau tidak kereta itu dipandu sekurang-kurangnya 450km dengan tangki minyak penuh sebelum diisi semula.
  2. Pemanduan mesti mudah dan lancar.
  3. Kereta perlu ada kemampuan mengekalkan kelajuan dan keupayaan mengatasi kereta lain atas jalan.
  4. Bahan api mudah diisi.
  5. Menawarkan jarak pemanduan seliter bahan api yang baik.
  6. Kurang pencemaran udara.

Gabungan tenaga elektrik dan juga pembakaran dalaman membolehkan bateri kereta jenis hibrid dicas secara langsung ketika kereta sedang dipandu. Ia juga boleh dicas semula apabila diperlukan. Ini sekaligus membuktikan kereta jenis hibrid mampu mengurangkan pecemaran udara disamping memberikan lebih kilometer perjalanan. 

Jadi, Patut Ke Korang Beli Kereta Jenis Elektrik Ni?

Sebuah kereta jenis elektrik sesuai bagi korang yang banyak bergerak dalam bandar. Ini kerana ia bukan sahaja menjimatkan dari segi petrol, malah korang juga dapat membantu mengurangkan pencemaran udara. Namun, sekiranya korang memerlukan sebuah kereta yang sering berulang-alik dari satu tempat yang jauh ke satu tempat jauh yang lain, korang lebih sesuai dengan kereta konvensional. Ini kerana kuasa pemanduan kereta konvensional lebih tinggi daripada kereta jenis elektrik.

Sampai di sini sahaja perkongsian Qoala. Jangan lupa, kalau nak renew road tax dan insurans, buat sahaja di Qoala. Mudah, murah dan pantas!

Bagikan ke Teman:
Nadhirah Rashid
Nadhirah Sofea adalah penulis sepenuh masa sebelum Covid, dan juga selepas Covid. Berpengalaman menulis dalam bidang politik, fesyen, kewangan, dan banyak lagi.
Dapatkan Insurans Kereta Murah Sekarang! 🚗