Senarai Insurans Kereta Terbaik: dari Produk hingga Harga

Artikel ini terakhir diperbarui October 1, 2021 by Nadhirah Rashid
Senarai Insurans Kereta Terbaik: dari Produk hingga Harga
Photo credit: UnderhilStudio via Shutterstock
Bagikan ke Teman:

Korang tahu tak pada tahun 2020, Malaysia telah merekodkan kadar kemalangan yang tinggi lebih-lebih apabila negara dalam krisis pandemik. Mengikut statistik yang dikeluarkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, kadar kemalangan sehari di Malaysia adalah 329.7 kes. Korang boleh bayangkan tak kerugian yang didapati bila kenderaan korang tiada insurans. Mulai hari ini, korang kena dapatkan insurans kereta terbaik sebab insurans ini bukan sahaja memberikan perlindungan kepada kereta korang, tetapi kepada diri korang sendiri dan pihak lain yang terlibat dalam kemalangan. Di Malaysia, kalau korang nak beli cukai jalan korang diwajibkan atau kata lain adalah mandatori negara ini untuk mempunyai insurans kenderaan. Berikut ini adalah ulasan Qoala mengenai insurans kereta terbaik. Mari lihat maklumatnya.

Jenis Insurans Kereta Terbaik

Insurans Kereta Terbaik
Photo credit: UnderhilStudio via Shutterstock

Secara umumnya, di Malaysia terdapat 3 jenis insurans kereta yang korang boleh pilih daripada insurans yang asas sehingga insurans yang memberikan perlindungan yang menyeluruh kepada korang. Ini 3 jenis insurans kereta terbaik:

Insurans pihak ketiga

Insurans ini adalah insurans paling asas yang korang boleh perolehi. Insurans Pihak Ketiga dapat membantu atau melindungi korang kalau berlaku kecederaan atau kematian kepada pihak ketiga (orang lain yang terlibat dalam kemalangan) dan kerosakan ke atas kenderaan pihak ketiga yang disebabkan oleh kenderaan korang. Kalau korang dapatkan insurans ini, premium yang ditawarkan adalah lebih rendah berbanding polisi lain kerana ia hanya memberikan perlindungan yang minimum. Secara ringkas korang tidak boleh membuat tuntutan sekiranya berlaku apa-apa kemalangan atau kerosakan pada kenderaan korang.

Insurans Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian

Insurans Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian adalah mahal sedikit daripada Insurans Pihak Ketiga dan tidak banyak beza antara kedua insurans ini. Polisi ini boleh melindungi korang daripada tuntutan pihak ketiga, jika berlaku kemalangan, kecederaan atau kerosakan harta benda pada pihak ketiga yang disebabkan oleh kenderaan korang. Perbezaannya adalah, terdapat perlindungan tambahan yang disediakan sekiranya kereta korang rosak akibat kebakaran atau berlaku kecurian.

Insurans Komprehensif

Untuk insurans komprehensif ini pula, korang akan dapat perlindungan yang menyeluruh meliputi semua aspek terutamanya kepada korang sebagai pemandu dan pihak ketiga. Insurans Komprehensif ini bukan sahaja menanggung liabiliti pihak ketiga tetapi juga melindungi segala kerosakan yang berlaku pada kenderaan korang sekiranya korang terlibat dengan kemalangan, kecurian, kebakaran, kerosakan atau kehilangan harta benda. Boleh dikatakan insurans komprehensif adalah insurans kereta terbaik yang korang boleh dapatkan sebagai alat perlindungan diri dan kenderaan korang.

Kalau korang dah tahu semua jenis-jenis insurans yang ada, cuba korang cek mana satu insurans yang korang ambik dan mungkin korang boleh pertimbangkan setiap jenis insurans yang ada untuk melindungi diri korang. Pesan kami, ambillah insurans untuk kebaikan anda.

Senarai Insurans Kereta Terbaik

Kalau korang nak tahu dekat Malaysia banyak syarikat insurans dan takaful yang menawarkan insurans kereta terbaik. Korang akan dapat banyak pilihan dan sudah semestinya ia tidak mudah untuk membuat pilihan, jadi kami membantu menyenaraikan beberapa syarikat insurans yang menawarkan insurans kereta terbaik.

ALLIANZ

Allianz Malaysia Berhad adalah sebuah syarikat insurans am yang terkemuka di Malaysia dan menawarkan perkhidmatan yang luas meliputi insurans kenderaan insurans peribadi dan insurans perniagaan. Kalau korang ingin dapatkan insurans kereta terbaik daripada syarikat Allianz, korang bole lihat pelan-pelan yang ditawarkan oleh mereka. Sebagai contoh:

Insurans Motor Komprehensif

Sekiranya korang mempunyai kereta atau motosikal, Allianz menawarkan perlindungan yang terbaik dan boleh dipercayai yang boleh memberi ketenangan kepada korang sekiranya berlaku musibah yang tidak diingini. Jumlah premium yang perlu korang bayar apabila membeli insurans motor komprehensif adalah, bergantung kepada keupayaan enjin kenderaan korang, nilai insurans kenderaan dan kelayakan diskaun tanpa tuntutan (NCD)

  • Manfaat dan perlindungan

Insurans motor komprehensif akan menanggung dan memberi pampasan sekiranya korang mengalami kerugian atau kerosakan pada kereta korang disebabkan oleh kemalangan, kebakaran atau kecurian. Selain itu, syarikat akan menanggung liabiliti pihak ketiga sekiranya berlaku kematian, kecederaan, kerosakan harta benda pihak ketiga dan kemalangan yang disebabkan oleh kereta korang. Korang juga akan faedah tambahan lain sekiranya membeli insurans motor komprehensif.

  • Terma dan Syarat Utama

Terdapat beberapa terma dan syarat utama yang perlu korang tahu bila membeli insurans motor, antaranya adalah kalau korang memohon insurans ini untuk tujuan yang tidak berkaitan dengan perdagangan, perniaagan atau pekerjaan korang, korang diwajibkan untuk mengambil penjagaan munasabah. Selain itu, kalau korang mohon insurans ini untuk tujuanberkaitan dengan perdagangan, perniaagaan atau pekerjaan korang, korang wajib mendedahkan maklumat seperti yang dinyatakan dalam polisi.

Insurans Perlindungan Pihak Ketiga

Polisi ini adalah untuk memberi perlindungan kepada pihak ketiga sekiranya berlaku kematian, kecederaan anggota badan dan kerosakan harta benda pihak ketiga yang disebabkan oleh kenderaan korang. Jumlah premium yang perlu korang bayar apabila membeli insurans perlindungan pihak ketiga adalah, bergantung kepada keupayaan enjin kenderaan korang, nilai insurans kenderaan dan kelayakan diskaun tanpa tuntutan (NCD).

  • Manfaat dan Perlindungan

Manfaat yang korang dapat apabila membeli insurans ini adalah polisi ini melindungi kematian pihak ketiga atau kecederaan badan. Selain itu, polisi ini membantu melindungi diri korang daripada tuntutan pihak ketiga disebabkan oleh kehilangan atau kerosakan harta benda yang terjadi ke atas pihak lain.

  • Terma dan Syarat Utama

Kalau kenderaan korang masih di bawah perjanjian sewa beli, syarikat akan mewajibkan korang untuk membeli Perlindungan Komprehensif. Ini kerana, insurans ini tidak melindungi sebarang kerugian atau kerosakan yang berlaku pada kenderaan korang ya. Selain itu, korang dikehendaki membayar premium dan ianya diterima oleh Allianz General Insurance Company sebelum korang mendapat perlindungan yang sah.

Insurans Perlindungan Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian

Produk ini pula akan memberi perlindungan bukan sahaja ke atas pihak ketiga tetapi juga kepada kenderaan korang yang rosak akibat kebakaran dan berlaku kecurian terhadap kenderaan korang. Jumlah premium yang perlu korang bayar apabila membeli insurans perlindungan pihak ketiga, kebakaran dan kecurian adalah, bergantung kepada keupayaan enjin kenderaan korang, nilai insurans kenderaan dan kelayakan diskaun tanpa tuntutan (NCD).

  • Manfaat dan Perlindungan

Banyak manfaat yang akan korang dapat apabila membeli insurans ini diantaranya ialah perlindungan atas kehilangan atau kerosakan kenderaan korang yang disebabkan oleh kemalangan, kebakaran atau kecurian. Selain itu, polisi ini akan melindungi kematian pihak ketiga atau kecederaan badan dan akhir sekali kehilangan atau kerosakan harta benda terhadap pihak ketiga juga akan dilindungi oleh insurans ini.

  • Terma dan Syarat Utama

Korang kena pastikan yang jumlah korang insuranskan adalah berpatutan. Sekiranya berlaku lebihan (lebihan wajib dan lebihan lain), korang sebagai pemegang polisi harus menanggung lebihan tersebut.

ETIQA

Pada penghujung tahun 2007, selepas 2 tahun penggabungan semua syarikat maka lahirlah sebuah syarikat insurans korporat terkemuka di Malaysia yang korang kenal sebagai Etiqa. Etiqa juga telah banyak mengeluarkan produk-produk insurans kereta terbaik seperti:

Insurans Kereta Komprehensif

Insurans ini melindungi korang daripada sebarang tuntutan daripada pihak ketiga bagi sebarang kecederaan atau kematian, kerosakan harta benda pihak lain. Produk ini juga menawarkan perlindungan terhadap kenderaan anda sekiranya berlaku kecurian atau kebakaran. Jumlah premium yang korang perlu bayar adalah berbeza bergantung kepada jumlah yang korang insuranskan, buatan dan model kereta korang, umur, pengalaman tuntutan lepas dan kelayakan Diskaun Tanpa Tuntutan (DTT)

  • Manfaat dan Perlindungan

Manfaat utama yang korang akan dapat kalau membeli insurans kereta komprehensif adalah korang akan dapat rebat 10% di atas NCD tetapi pembaharuan mestilah dibuat secara atas talian. Selain itu, nilai tuntutan yang akan dibayar oleh syarikat kepada korang adalah sama nilai yang telah korang persetujui sewaktu pembaharuan. Bukan itu sahaja, semua pemandu yang dibenarkan oleh korang macam kakak atau abang akan diberikan perlindungan secara automatik dan korang tidak perlu membayar premium tambahan. Sekiranya berlaku kecemasan sewaktu korang memandu di atas jalan raya, polisi ini akan memberikan bantuan pada bila-bila masa (24 jam).

  • Terma dan Syarat Utama

Kalau korang membeli insurans ini, korang perlu jawab semua soalan di dalam borang permohonan dengan lengkap dan tepat. Kalau korang gagal menjawab semua soalan dengan tepat, berkemungkinan kontrak insurans korang akan terbatal. Selain itu, korang juga terpaksa menanggung ekses tambahan sebanyak RM400 sekiranya kenderaan korang dipandu oleh seseorang di bawah 21 tahun atau individidu tersebut adalah pemegang lesen memandu sementara (P) atau percubaan (L).

ZURICH

Zurich Insurance turut berada dalam kedudukan yang kukuh di Malaysia di mana mereka menawarkan pelbagai produk insurans kereta terbaik dan takaful. Contoh produk insurans kereta Zurich yang korang boleh pertimbangkan ialah Z-Drive Assist dan Z-Driver.

Z-Drive Assist

Insurans ini menawarkan bantuan selama 24 jam di jalan raya untuk kenderaan korang. Bukan itu sahaja, insurans ini juga menawarkan Faedah Perlindungan Banjir & Kemalangan Diri untuk korang sebagai pemandu dan semua penumpang kereta korang. Jumlah premium yang korang kena bayar bergantung kepada pelan yang diambil, bilangan penumpang dan perlindungan tambahan. Contoh perlindungan asas

Plan Z-Drive Assist
Photo credit: Qoala App
  • Manfaat dan Perlindungan

Perlindungan yang akan korang dapat apabila membeli pelan insurans kereta terbaik Z-Driver assist adalah perlindungan sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan atau hilang upaya kekal. Selain itu, polisi ini akan menanggung perbelanjaan perubatan korang dan pendapatan seharian hospital korang apabila berlaku musibah yang menyebabkan korang terpaksa dimasukkan ke hospital. Bukan itu sahaja, sekiranya kereta korang ditunda atau terpaksa lakukan pembaikan tepi jalan, polisi ini menawarkan nilai tanpa had kepada korang. Terdapat juga elaun-elaun lain yang korang boleh dapat seperti elaun ihsan.

  • Terma dan Syarat Utama

Terma dan Syarat Utama yang perlu korang tahu bila membeli pelan insurans Z-Driver assist ini ialah korang kena dedahkan semua fakta penting seperti kegiatan peribadi korang sebab ia boleh mempengaruhi profil risiko dan dedahkan juga bilangan polisi kemalangan peribadi yang korang langgan daripada syarikat lain. Selain itu, korang harus membuat bayaran premium dan diterima oleh syarikat insurans sebelum perlindungan bermula.

Z-Driver

Zurich turut menawarkan pelan Z-Driver iaitu pelan asas tetapi dengan tambahan nilai yang terbaik untuk melindungi diri korang dan orang yang korang sayangi. Jumlah premium yang perlu korang bayar mungkin berbeda sebab ia bergantung kepada diskaun tanpa tuntutan (NCD) dan keperluan pengunderaitan syarikat insurans. Terdapat juga yuran dan caj yang perlu korang bayar seperti caj komisen kepada agent insurans, duti setem dan cukai.

  • Manfaat dan Perlindungan

Kalau korang mengambil insurans Z-Driver korang boleh menikmati diskaun sebanyak 10% untuk bayaran premium motor korang sekiranya korang adalah seorang pemandu yang berhemah. Selain itu, korang akan mendapat pampasan sehingga RM5000 sekiranya kereta korang ditunda atau dibersihkan disebabkan oleh banjir. Seluruh ahli keluarga korang atau penumpang di dalam kereta juga akan dilindungi tetapi mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh syarikat Zurich.

  • Terma dan Syarat Utama

Sebelum melanggan mana-mana pelan insurans, korang mestilah mengetahui semua terma dan syarat-syarat penting yang dikeluarkan syarikat. Terma dan Syarat di dalam polisi Zurich ialah korang mesti menyatakan semua fakta penting seperti sejarah kemalangan dan pengubahsuaian enjin kenderaan korang. Selain itu, korang kena pastikan kenderaan korang diinsuranskan pada jumlah yang mengikut nilai pasaran dan had wilayah hanya tertakluk di dalam Malaysia, Brunei dan Singapore sahaja.

Berjaya Sompo Insurance

Berjaya Sompo juga merupakan salah satu penyedia insurans terbaik yang ada di Malaysia. Berjaya Sompo telah berkembang di seluruh negara di mana mereka mempunyai rangkaian 20 pejabat dan juga ejen-ejen seramai 2,800 orang. Banyak produk-produk insurans yang ditawarkan oleh Berjaya Sompo antaranya:

SOMPO MotorNow

Bagi korang yang melanggan pelan insurans SOMPO MotorNow, polisi ini hanya memberikan perlindungan komprehensif kepada korang. Jumlah premium yang korang perlu bayar adalah berbeza bergantung kepada amaun yang korang insurankan, keupayaan enjin, dan kelayakan diskaun tanpa tuntutan (DTT). Untuk mengetahui kadar insurans kereta yang korang perlu bayar, korang boleh guna kalkulator yang disediakan syarikat insurans.

  • Manfaat dan Perlindungan

Insurans SOMPO MotorNow akan melindungi liabiliti pihak ketiga sekiranya berlaku kecederaan, kematian, kerugian atau kerosakan harta benda. Manfaat lain yang korang dapat ialah perlindungan daripada kerugian atau kerosakan kenderaan korang sendiri akibat kebakaran yang tidak disengajakan atau kereta orang dicuri. Kerugian atau kerosakan yang berlaku kepada kenderaan korang akibat kemalangan juga dilindungi oleh polisi ini. Bukan itu sahaja, korang juga akan mendapat waranti pembaikan selama 6 bulan.

  • Terma dan Syarat Utama

Terma dan syarat yang perlu korang ketahui ialah jika pada bila-bila masa terdapat apa-apa penukaran berlaku dan fakta yang wujud berubah semasa tarikh cadangan, korang harus memberi notis bertulis kepada syarikat dalam masa 7 hari dan membayar premium tambahan. Terma dan syarat utama lain ialah korang mesti membuat pembayaran premium sebelum polisi yang korang ambil berkuat kuasa.

SOMPO Motor

Polisi ini juga hanya memberikan perlindungan komprehensif kepada korang sama dengan produk SOMPO MotorNow. Jumlah premium yang korang perlu bayar adalah berbeza bergantung kepada amaun yang korang insurankan, keupayaan enjin, kelayakan diskaun tanpa tuntutan (DTT) dan kriteria lain seperti umur dan usia kereta korang.

  • Manfaat dan Perlindungan

Manfaat yang akan korang dapat adalah polisi ini melindungi liabiliti kepada pihak ketiga sekiranya berlaku kecederaan, kematian, kerugian atau kerosakan harta benda pihak lain. Selain itu, korang juga akan mendapat perlindungan jika berlaku kerugian atau kerosakan kepada kenderaan korang. Bukan itu sahaja, kalau kenderaan korang rosak akibat kemalangan, polisi ini akan memberi pampasan kepada anda.

  • Terma dan Syarat Utama

Antara terma dan syarat utama yang perlu korang tahu adalah korang harus mengambil penjagaan munasabah untuk menjawab semua soalan dengan lengkap, tepat jujur berdasarkan pengetahuan korang. Selain itu, korang kena bayar premium sebelum insurans ini berkuatkuasa.

Private Motor

Polisi ini pula bagi korang perlindungan komprehensif, Perlindungan Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian dan Perlindungan Pihak Ketiga. Jumlah premium yang korang perlu bayar adalah berbeza bergantung kepada amaun yang korang insurankan, keupayaan enjin, kelayakan diskaun tanpa tuntutan (DTT) dan kriteria lain seperti umur dan usia kereta korang.

  • Manfaat dan Perlindungan

Korang akan dapat perlindungan liabiliti kepada pihak ketiga akibat kecederaan, kematian, kerugian atau kerosakan harta benda. Bukan itu sahaja, kalau kenderaan korang dicuri atau berlaku kerosakan akibat kebakaran yang tidak disengajakan, polisi ini akan melindungi anda. Apa-apa kerugian atau kerosakan yang berlaku dekat kenderaan korang akibat kemalangan juga akan dilindungi oleh polisi ini.

  • Terma dan Syarat Utama

Terma dan Syarat Utama yang terhadap di dalam insurans ini adalah korang kena pastikan korang membuat bayaran premium sebelum polisi ini berkuatkuasa. Selain itu, korang perlu membeli insurans ini sebaik sahaja korang beli kenderaan.

Nota: Apa yang kami senaraikan adalah senarai yang ringkas dan korang perlu merujuk Kontrak Polisi untuk senarai penuh bagi semua terma dan syarat-syarat bagi semua polisi ini.

Walaupun korang dah mahir memandu kereta, itu bukanlah alasan untuk tidak mengambil insuran kerana malang tidak berbau, musibah boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Sebab itulah, memiliki kereta merupakan benda yang paling berisiko dan mahal sekiranya tiada insurans diambil sebagai perlindungan. Jadi korang dah tahu syarikat-syarikat insurans kenderaan terbaik yang ada di Malaysia, sekarang adalah masanya membuat pertimbangan untuk memilih insurans kereta terbaik. Jangan lupa membeli produk insurans hanya di Qoala App!

Bagikan ke Teman:
Ramen Hasniran
I am a Marketer specialising in Social Media Marketing (Content Creation and Management) with over 8 years of experience. I have developed the skills set in areas such as Website Management (Content Creation and Front End Management), Ecommerce, Digital Advertising (Social and Display) and influencers Marketing (KOLs and Celebrities) over the years.
Dapatkan Insurans Kereta Murah Sekarang! 🚗