Petua Halau Lipas Dalam Kereta: Wajib Cuba!

Artikel ini terakhir diperbarui September 3, 2021 by Nadhirah Rashid
Petua Halau Lipas Dalam Kereta: Wajib Cuba!
Bagikan ke Teman:

Sebut pasal petua halau lipas dalam kereta, pernah tak anda mengalami masalah lipas membiak dalam kereta? Bayangkan kita sedang memandu dan seekor lipas tiba-tiba muncul daripada aircond.  Boleh migraine dibuatnya. 

Lipas adalah sejenis haiwan perosak yang sering hadir dalam kehidupan kita tidak kira di dalam kereta, di dalam rumah atau di mana-mana saja. Lipas bukan saja boleh merosakkan perabot, atau mencemarkan makanan. Malah ia juga boleh membawa kuman yang dapat menjejaskan kesihatan manusia. 

Dua Jenis Lipas

Lipas ada pelbagai jenis. Spesis lipas yang ada di Malaysia adalah:

  1. Lipas Amerika – Berasal dari Amerika Selatan dan selalu dijumpai di negara-negara beriklim tropika. Warnanya coklat kemerahan dan saiz lipas dewasa dalam 4cm panjang. Lipas jenis ni suka tempat yang sejuk dan gelap, jadi lipas-lipas ini selalu duduk dalam almari, rekahan dinding, kereta dan juga tong sampah.
  2. Lipas Jerman – Serata dunia boleh nampak lipas ini dan ramai selalu menganggap yang lipas jenis ini adalah anak lipas sebab saiznya yang kecil. Warna ada yang perang, tetapi kadang-kadang ada yang macam nak kehitaman. Kalau dah kena serang dengan lipas ni memang agak sukar untuk dikawal, sebab pada satu-satu masa, populasi lipas tersebut boleh cecah sampai 10,000 ekor.

Antara jenis lipas lain yang mungkin anda pernah nampak kalau pergi ke negara lain:

  • Lipas Oriental
  • Lipas Australia
  • Lipas Brown

Masalah lipas dalam kereta bukanlah satu masalah yang baru. Pelbagai cara telah digunakan oleh ramai pemandu untuk halau lipas yang membuatkan kereta sebagai tempat tinggal mereka. Berikut adalah petua halau lipas secara semula jadi yang selamat tanpa racun yang anda boleh cuba. 

Petua Halau Lipas Dalam Kereta

Memang betul. Ada banyak penyembur dan racun serangga perosak yang kita boleh dapatkan di pasaraya. Namun, penyembur dan racun itu mungkin bahaya jika kita terhidu. Ini adalah cara dan petua halau lipas yang semula jadi yang perlu dicuba. 

Daun pandan

Umum mengetahui daun pandan kaya dengan baunya yang wangi. Daun pandan juga selalu digunakan dalam masakan. Tahukah anda, daun pandan juga boleh digunakan dan ia sering menjadi petua halau lipas? Lebih teruk lagi, berdasarkan kajian, bau daun pandan adalah sejenis bau yang tidak disukai haiwan perosak itu. 

Ada dua cara untuk menggunakan daun pandan, iaitu: 

  1. Letakkan sejambak daun pandan di kawasan yang mempunyai banyak lipas
  2. Racik kecil dan halus daun pandan. Letakkan di dalam bekas yang kecil supaya mudah dan senang diletakkan pada kawasan kereta yang selalu diselubungi lipas. 

Daun salam

Bagi yang tidak mengenali daun salam, atau juga dikenali sebagai daun bay, ia sejenis daun yang sering digunakan dalam masakan barat dan juga masakan Melayu. Sama seperti daun pandan, daun salam mempunyai bau dan aroma yang kuat. Ia sekaligus berkesan dan dapat membantu kita halau lipas yang menumpang dalam kereta. 

Caranya mudah saja, racik halus daun salam dan taburkan di lantai kereta. 

Bunga cengkih dapat halau lipas

Tips halau lipas yang seterusnya ialah dengan menggunakan bunga cengkih. Bunga cengkih mengeluarkan bau yang kuat dan tidak disukai oleh lipas. Taburkan bunga cengkih di kawasan laluan lipas atau kawasan yang menjadi tumpuan lipas. 

Hasilnya? Lipas tidak akan ada lagi.

Kulit Kayu Manis

Kulit manis adalah salah satu bahan masakan yang sentiasa ada dalam hampir semua dapur. Baunya yang kuat dan menghalang dan menghalau lipas. Kulit kayu manis ini boleh digunakan di rumah dan juga di dalam kereta. 

Caranya, letakkan beberapa keping kayu manis atau kisar kering kulit kayu manis dan taburkan di lantai kereta. 

Acid Boric

Petua halau lipas seterusnya adalah dengan menggunakan acid boric. Acid boric boleh didapatkan dari kedai hardware. Ia juga boleh didapati melalui pasaran online. Nama saja acid, tetapi acid boric adalah satu bahan yang selamat untuk digunakan. 

Acid boric mampu untuk membunuh lipas yang membiak di dalam kereta. Apa yang anda perlu buat adalah taburkan acid boric di lantai kereta dan tunggu lipas untuk memakannya. Lipas akan mati selepas memakan acid boric.

Serai wangi

Semburan serai wangi adalah salah satu alternatif semulajadi yang sesuai untuk mengelakkan lipas daripada bersarang dalam kereta anda.

Patinya boleh dibuat sendiri dengan air rebusan atau goreng dengan api perlahan. Campurkan dengan sedikit air dan masukkan dalam botol penyembur. Semburkan di seluruh kereta, terutamanya pada bahagian karpet.

Ada juga yang dijual terus sebagai produk penghalau serangga yang organik dan selamat digunakan.

Lemon atau limau nipis

Lemon dan limau nipis juga boleh digunakan untuk halau lipas yang degil dari rumah dan kereta anda. Malah ia juga mudah untuk didapati. Terdapat dua cara yang boleh anda lakukan iaitu:

  1. Potong limau nipis atau lemon dan letakkan potongan tadi di kawasan berkenaan.
  2. Perah jus lemon atau limau nipis. Masukkan ke dalam botol spray dan sembur di kawasan banyak lipas.

Serbuk kopi

Petua halau lipas seterusnya adalah dengan menggunakan serbuk kopi. Caranya mudah. Anda boleh masukkan serbuk kopi di dalam bekas yang dilubangkan supaya kereta anda dipenuhi oleh aroma kopi. Lipas tidak suka bau kopi dan mereka akan lari ke tempat lain.

Baking soda

Baking soda sering digunakan dalam masakan jenis bakery. Baking soda bukan saja mampu halau lipas, malah ia juga boleh menyerap bau-bau yang tidak menyenangkan yang ada dalam kereta. 

Caranya mudah saja, taburkan selapisan baking soda ke atas karpet kereta dan biarkan beberapa hari sebelum anda memvakumkannya semula.

Minyak aromaterapi

Sekiranya anda mempunyai koleksi minyak aromaterapi, anda boleh menggunakan wangian tea tree oil, peppermint atau pun lemongrass untuk halau lipas daripada terus membiak dalam kereta. 

Perangkap lipas DIY

Nak beli perangkap lipas sedia ada mungkin harganya agak mahal. Tapi kini, anda boleh membuat sendiri perangkap lipas secara DIY. 

Ianya adalah sangat mudah, selamat, dan yang paling penting harganya jauh lebih murah berbanding jika dibeli di kedai. Apa yang anda perlukan ialah:

  1. Minyak masak
  2. Marjerin
  3. Susu pekat
  4. Bekas kosong kecil

Caranya ialah anda  campurkan minyak, marjerin dan juga susu pekat. Kacau sehingga sebati, kemudian masukkan ke dalam satu bekas kosong yang kecil. Tak perlu bekas yang besar. Letakkan di kawasan yang menjadi tumpuan lipas. Biarkan semalaman. Lipas akan tertarik untuk makan susu pekat dan marjerin yang terdapat dalam umpan anda tadi, sementara minyak masak pula akan memerangkap lipas agar tidak dapat lari.

Tanda-tanda Lipas Ada Dalam Kereta

Ramai orang geli terhadap lipas tanpa mengetahui tentang keburukan lipas yang boleh terkesan kepada manusia lebih lebih lagi pada anak kecil yang mengutip apa saja dan masukkan ke dalam mulutnya. 

Dengan itu, amat penting untuk anda mengesan tanda-tanda lipas di dalam kereta sebelum ia membiak secara meluas. Ini tanda-tanda lipas sudah ada di dalam kereta anda:

Najis lipas

Lipas adalah sejenis serangga perosak yang memakan hampir semua benda. Jika anda tidak pasti bagaimana bentuk najis lipas, rujuk gambar di bawah. Najis lipas berbentuk kecil dan ia akan berselerak di tempat mereka membiak. 

Kita disarankan halau lipas bagi mengelakkan pembiakan yang banyak.
Foto Kredit: IrinaK Melalui Shutterstock

Bahagian kereta yang selalu menjadi port lipas adalah seperti bawah karpet, di celah-celah pintu dan juga bonet. Sekiranya anda mendapati ada najis lipas, anda harus cepat-cepat membersihkan untuk halau lipas-lipas tersebut. 

Telur lipas 

Tahukah anda, lipas adalah sejenis haiwan perosak yang boleh membiak dengan sangat pantas? Iya, jika kita tidak lakukan pembersihan dengan pantas, maka bersedialah dengan jumlah lipas yang banyak. 

Telur lipas boleh mengeluarkan berpuluh-puluh anak lipas. Cuba kira sekiranya dalam kereta kita ada satu atau dua telur lipas. Satu atau dua telur lipas pun sudah mencukupi untuk menakluk kereta anda. Sebab itulah tak boleh berlenggah bab halau lipas dalam kereta. 

Bau busuk

Bila terhidup satu bau yang tak menyenangkan atau bau busuk setiap kali masuk kereta atau setiap kali buka aircond, ketahuilah sudah tiba masanya untuk anda halau lipas keluar daripada kereta anda. 

Bau yang kuat dalam kereta anda membawa makna bahawa lipas sudah banyak dalam kereta. Jika anda terhidu bau seakan-akan bau hapak yang kuat, anda perlu membersihkan kereta dengan segera. 

Tiga Punca Kereta Anda Menjadi Tempat Pembiakan Lipas

Jangan salahkan makhluk bernama lipas itu jika tindakan kita yang menjadi punca pembiakan lipas dalam kereta. Tapi apakah punca-puncanya lipas jadi membiak dalam kereta? Berikut adalah jawapannya:

Sering makan dalam kereta

Anda selalu makan dalam kereta? Kadang-kadang tu kita selalu pergi ke drivethru makanan dan tak sempat sampai di rumah kita dah makan. Bila makan dalam kereta, sudah pastinya sisa makanan yang kecil seperti serdak biskut, kentang goreng dan macam-macam lagi akan jatuh ke celah-celah kerusi. 

Terutama lagi apabila ada kanak-kanak yang makan dalam kereta yang sering menumpahkan makanan atau minuman. Keadaan ini sememangnya akan mengundang tetamu yang tidak diundang iaitu lipas.

Jarang bersihkan kereta 

Berapa kerap anda bersihkan kereta? Seminggu sekali? Sebulan sekali? Atau setahun sekali? Antara punca lain kereta anda menjadi tempat pembiakan lipas adalah kerana kereta jarang dibersihkan. 

Semakin lama kereta dibiarkan dan tidak dibersihkan, semakin banyaklah lipas datang membiak. Disebabkan itu, anda dinasihatkan untuk membersihkan kereta secara menyeluruh sekurang-kurangnya dua minggu sekali bagi mengelakkan kejadian seperti ini daripada berlaku. 

Kereta yang bersih boleh menghilangkan stress dan sekali gus dapat halau lipas daripada berkampung dalam kereta. 

Tempat parking yang banyak sampah

Sekiranya anda sering membersihkan kereta dan tidak makan dalam kereta tetapi masih ada kewujudan lipas dalam kereta, ia mungkin disebabkan lipas daripada luar kenderaan. Tempat parking kereta juga memainkan peranan yang tinggi dalam memastikan kereta anda bebas daripada haiwan perosak tersebut. 

Kemungkinan besar, tempat anda meletakkan kereta adalah tempat yang mengandungi banyak sampah yang mempunyai banyak lipas. Lipas-lipas daripada kawasan sampah itu mudah naik dan masuk ke dalam kereta anda.

Oleh itu, pastikan anda meletakkan kereta anda di kawasan yang bersih atau bersihkan tempat letak kereta anda.

Bahaya Lipas Pada Kesihatan: Sebab Inilah Kena Cuba Petua Halau Lipas

Masalah ini nampak remeh dan kecil, namun ia boleh membawa kesan buruk sekiranya ianya tidak dikawal. Tahukah anda lipas sebenarnya salah satu haiwan perosak yang membawa penyakit?

Namun, bagaimana lipas boleh menjadi pembawa kuman berbahaya?

Lipas adalah sejenis haiwan perosak yang mempunyai tabiat yang buruk semasa makan. Apabila seekor lipas makan, ia akan melakukan proses ‘regurgitasi’ iaitu memuntahkan balik apa yang sedang dimakannya. 

Sekiranya lipas makan di tempat sampah, maka di situ juga dia akan “beregurgitasi”. Sampah yang dah memang penuh dengan kuman, ditambah pula dengan najis lipas, kuman-kuman bahaya ini akan melekat pada kaki lipas.

Bahkan terdapat satu kajian bahawa lipas membiakkan bakteria “Pseudomonas Aeruginosa” di ususnya. Bakteria ini boleh sebabkan jangkitan pada salur kencing, masalah pencernaan dan keradangan pada badan. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bahaya lipas pada kesihatan manusia, lihat senarai di bawah: 

Pencemaran makanan

Sama seperti haiwan perosak yang lain, lipas turut mampu menyebabkan makanan tercemar.  Ia boleh menyebarkan bakteria seperti bakteria Salmonella yang boleh menyebabkan manusia mengalami keracunan makanan. 

Lipas dipercayai mengumpulkan bakteria dengan memakan makanan yang tercemar. Salmonella kekal dalam sistem pencernaan mereka selama sebulan atau lebih dan dikeluarkan melalui muntas dan juga najis mereka. 

Gejala yang boleh berlaku pada manusia adalah ia mula memberi kesan selama 12 hingga 72 jam selepas jangkitan termasuklah cirit-birit, demam dan juga muntah.

Asma

Lipas juga merupakan musuh utama bagi penghidap penyakit asma. Serangan asma yang teruk boleh berlaku pada anda sekiranya terdapat banyak lipas dalam kereta anda. Lipas boleh mencetuskan serangan asma kerana protein tertentu di dalam badan mereka boleh menjadi alegen bagi individu tertentu.

Sekiranya zarah kecil daripada badan lipas terbesar di udara, protein tersebut disedut dan sekali gus boleh mendatangkan serangan asma bagi individu yang menghidap penyakit itu. 

Wabak (Plague)

Sama seperti tikutr, lipas juga mampu menyebarkan bakteria yersinia pestis yang diketahui dapat menyebabkan wabak ‘bubonic’. Gejala biasa bagi wabak ini termasuklah:

  •  Nodus limfa yang bengkak dan menyakitkan
  • Menggigil
  • Kekejangan otot
  • Demam panas

Lipas Penyebab Kemalangan?

Halau lipas daripada terus membiak dalam kereta
Foto Kredit: gan chaonan Melalui Shutterstock

Bayangkan anda sedang fokus dalam pemanduan tiba-tiba seekor lipas terbang ke arah muka anda.

Sudah bayangkan? Boleh kemalangan dibuatnya. Perkara ini bukannya dibuat-buat, malah ia telah pun terjadi. Seorang wanita di Singapura mengalami detik yang mencemaskan apabila kereta yang dipandunya terbabas akibat kemunculan lipas di dalam keretanya.

Wanita itu dikatakan hilang ffokus dan merempuh tangga jejantas. Akibatnya, bahagian depan kereta remuk kerana hentaman yang kuat dan wanita tersebut mengalami kecederaan.

Jadi, konklusi yang dapat dibuat disini ialah lipas tidak mendatangkan apa-apa kebaikan kepada kita. Oleh itu, lakukan pembersihan dengan petua halau lipas seperti yang dinyatakan di atas daripada membiak di dalam kereta.

Kalau dah kemalangan kan susah? Mujur insuran boleh cover. Iyelah, kemalangan seperti ini mana dapat kita jangkakan. Disebabkan itulah mengalami insurans kereta yang dapat memberikan perlindungan yang menyeluruh itu penting.

Sampai di sini sahaja perkongsian yang dapat Qoala kongsikan. Semoga perkongsian kali ini dapat membantu anda dalam pelbagai cara. Jika anda sedang mencari platform online untuk membuat pembaharuan road tax dan insurans, klik di SINI.

Bagikan ke Teman:
Nadhirah Rashid
Nadhirah Sofea Rashid has a various writing background which includes current news, political, lifestyle, fashion and also business. Experienced in blog content, social media content, and advertising for the past 3 years. Loves getting into the thick of action. Also, a cat lady.
Dapatkan Insurans Kereta Murah Sekarang! 🚗