Gearbox Kereta: Tanda Gearbox Manual Rosak, Punca Gearbox Rosak

Kali terakhir diperbaharui Nov 2, 2023 oleh Shafiq Wahab
Gearbox Kereta: Tanda Gearbox Manual Rosak, Punca Gearbox Rosak

Kalau taknak duit banyak dihabiskan dengan membaiki gearbox kereta, anda kena ketahui tanda gearbox rosak. Kalau lambat kesan, alamatnya habis lah duit untuk kos baiki. Kos baiki pula bukan sikit, boleh koyak poket dibuatnya. Kalau tak ada duit dalam poket, terpaksalah pecahkan tabung. Sebelum kita mendalam ke topik tanda gearbox rosak, tahukah anda tak ramai yang tahu apa itu gearbox yang ada pada setiap kereta?

5 Perkara Penting Tentang Gearbox Kereta yang Anda Perlu Tahu

Ramai yang tahu bawa kereta tapi tak tahu gearbox tu apa dan bagaimana ia berfungsi. Fungsi utama kotak gear adalah untuk mendapatkan kelajuan yang berbeza dan sesuai mengikut keadaan dan beban pada kenderaan, memindahkan tenaga, menyesuaikan daya penukaran dan berada pada posisi neutral untuk menghidupkan enjin.

Pertamanya, kita sedia maklum yang terdapat dua jenis gear (juga dikenali sebagai transmisi) iaitu gear automatik dan manual. Nak membezakan dua jenis gear ini tidak lah sukar.

Gear auto cuma memerlukan anda menganjakkan satu takah gear untuk membolehkan kereta bergerak. Sebaliknya, dalam gear manual, anda perlu menggerakkan gear pada takah tertentu dan kelajuan tertentu sama ada perlahan ataupun laju.

1. Jenis Gearbox Kereta

Biasanya, terdapat dua jenis gearbox kereta yang sering digunakan:

Gear Manual

Kotak gear jenis manual dilengkapi dengan mekanisme mekatronik bagi mengambil alih tugas klac dan menukar gear. Ianya disambung dengan sistem klac yang akan menyambung kuasa dari enjin ke gearbox berdasarkan input daripada pemandu. Pemandu berperanan untuk memutuskan penggunaan gear berdasarkan keadaan dan situasi semasa pemanduan mereka.

Kaki kiri pemandu bertanggungjawab untuk menekan klac, manakala tangan kiri bertindak untuk menukar gear dan kaki kiri akan melepaskan klac setelah proses menukar gear selesai.

Gear Automatik

Gear automatik dilengkapi dengan komponen mekatronik bagi menggantikan klac dan menukar gear. Gear automatik ini sering menjadi pilihan ramai kerana cara gunanya yang mudah dan juga lancar.

Antara kelebihan gear automatik adalah ia tidak memerlukan pemandu untuk menekan klac sambil menukar gear. Ia menjadikan gear automatik lebih mudah untuk digunakan di jalan raya yang sesak serta memberi pemanduan yang lebih lancar.

Gearbox kereta automatik

2. Tanda Gearbox Manual, Masalah Gearbox Auto Rosak

Ramai menggunakan kereta untuk tujuan pengangkutan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Apabila kita mempunyai kereta kita sendiri, sudah tentu kita perlu berdepan dengan apa jua masalah yang bakal timbul terutamanya dari segi kerosakan.

Kerosakan boleh jadi pada pelbagai komponen dan bahagian, Namun, sekiranya gear box kereta sudah mula rosak, boleh sakit kepala kita dibuatnya. Untuk mengelakkan ia berlaku, kita perlu kesan tanda gearbox kereta yang rosak.

Kesukaran Menukar Gear

Tanda gearbox kereta rosak yang awal adalah masalah menukar gear atau juga dikenali sebagai masalah gear susah masuk. Masalah ini sering terjadi pada gearbox automatik dan juga manual. Kesukaran yang dialami adalah seperti semasa permulaan pemanduan, pertukaran gear menjadi lambat dan tidak seperti kebiasaannya.

Ia juga sering terjadi pada waktu pagi di mana minyak gear masih lagi dalam keadaan sejuk dan keadaan getah seal yang masih keras. Walau bagaimanapun, ianya tidak normal sekiranya ia berlaku berulang-ulang kali.

Sentakan yang Kuat

Tanda gearbox kereta rosak seterusnya adalah apabila berlakunya sentakan yang kuat. Ini sering berlaku pada gear automatik. Sebagai contohnya dari gear N ke D, atau dari P ke D.

Kereta Tidak Dapat Bergerak

Jika kereta anda tidak bergerak walaupun tombol gear sudah dimasukkan ke D, ia menunjukkan gearbox kereta anda sudah rosak teruk. Antara kerosakan yang boleh berlaku adalah seperti valve body tersumbat, sensor dan valve body rosak. Tanda lain kerosakan gearbox kereta adalah kereta anda mengeluarkan bunyi yang kuat seperti mengaum ketika menukar gear.

Selain itu, penunjuk RPM tidak kembali ke tempat asal selepas pertukaran gear bagi transmisi automatik juga menunjukkan gear anda mempunyai masalah. Bukan itu saja, sekiranya terdapat freeplay yang agak lama ketika menukar gear, bersiap sedialah untuk ke bengkel kereta. Sekiranya anda mengalami situasi-situasi di atas, ia adalah tanda gearbox kereta anda sudah mula untuk rosak.

3. Gear Box Rosak: Langkah-langkah Awal yang Perlu Diambil

Sekiranya tanda-tanda awal itu sudah timbul, ia masih boleh dibendung. Namun, tindakan dan langkah yang pantas perlu ambil. Bagi kereta automatik:

  1. Bersihkan ruang auto filter dan tukar auto filter
  2. Tukar minyak auto
  3. Tukar mounting gearbox
  4. Tukar pin pada panel gear
  5. Tukar kedua-dua oil seal gear

Manakala bagi kereta manual pula, anda hanya perlu menukar minyak gear, mounting dan juga kabel gear.

4. Punca Gearbox Kereta Rosak

Dalam tak sedar, tabiat sesetengah pemandu sendiri mampu mengakibatkan gearbox kereta rosak. Untuk pengetahuan, apa saja isu yang berkait rapat dengan gearbox, gear atau transmisi, ia akan memakan belanja yang mahal.

Sekiranya anda mengamalkan tabiat-tabiat seperti dibawah, anda boleh merosakkan gear kereta anda terutamanya bagi yang mempunyai kereta dengan gear automatik. Menurut Engineering Explained, ini adalah 5 tabiat buruk yang mampu membuatkan gearbox kereta rosak:

Gear N Semasa Menuruni Bukit

 Selalu turun letakkan gear pada N semasa menuruni bukit? Tahukah anda ia mampu menjejaskan gear kereta anda. Ramai yang berpendapat dengan meletakkan gear N semasa menuruni bukit, ia dapat mengurangkan penggunaan bahan api. Ini kerana, kebanyakan mereka membiarkan kereta mereka meluncur tanpa perlu memijak pedal minyak.

Sebenarnya ia merupakan aksi yang berbahaya. Ini kerana memandu dalam mode gear N semasa menuruni bukit akan membuatkan kereta anda bergantung sepenuhnya kepada sistem brek kereta dan ia juga boleh membuatkan anda hilang fokus kawalan atas pengendalian kereta.

Tidak Berhenti Sepenuhnya

Pernah tak anda menukar gear dalam keadaan kereta tidak berhenti sepenuhnya? Mungkin kerana anda sedang mengejar masa jadi anda terus saja menukar gear gear daripada R kepada D atau sebaliknya tanpa menunggu untuk kereta berhenti terlebih dahulu.

Ternyata tindakan ini dapat merosakan gear kereta. Lebih-lebih lagi jika ia kerap dilakukan. Setiap kali gear ditukar, pengapit gelung transmisi atau transmission band clamp akan berada pada gear, tetapi jika anda tidak berhenti sepenuhnya, gelung transmisi itu sendiri yang berfungsi menghentikan kereta anda.

Jika anda melakukan tindakan ini, anda sebenarnya sedang meletakkan tekanan pada gear. Gelung transmisi tidak direka untuk berfungsi seperti sistem brek. Tabiat anda perlu ditukar kepada brek dan betul-betul menghentikan kereta sebelum bergerak daripada D ke R atau R kepada D.

Memecut dalam Gear N

Ini juga merupakan tindakan yang akan hanya merugikan anda. Tindakan memecut dalam posisi kereta berhenti atau gear N boleh merosakkan gearbox kenderaan anda. Apabila anda menukar gear selepas menekan enjin, anda sebenarnya sedang meletakkan bebanan terhadap geling transmisi.

*Sebenarnya, melonjakkan kelajuan kenderaan daripada posisi berhenti boleh dilakukan tanpa tekanan ke atas transmisi dan merosakkannya. Anda sepatutnya biar saja kereta dalam D.

Letakkan satu kaki pada brek, manakala satu kaki lagi memijak pedal minyak. (PENTING: Jangan ambil masa terlalu lama kerana kepanasan yang dibina juga mampu merosakkan transmisi). Angkat kaki daripada brek untuk menikmati lonjakan pecutan yang anda mahukan.

Berhenti di lampu isyarat dengan gear N boleh merosakkan gearbox kereta

Gear N di Lampu Isyarat

Ini adalah satu isu yang mempunyai perbalahan. Harga minyak yang sekejap turun dan sekejap naik memaksa ramai orang untuk berjimat cermat dalam penggunaan petrol. Antara salah satu trik yang ramai gunakan untuk menjimatkan penggunaan petrol adalah dengan meletakkan gear N ketika kereta sedang berhenti di lampu isyarat atau setiap kali berhenti.

Enjin cenderung melahu dengan lebih tinggi apabila sedang berada dalam posisi N berbanding gear N. Lebih teruk, ia berpotensi menyebabkan masalah gelincir pada plat klac dan sekali gus menjejaskan bahagian mekanikal tersebut.

Sebenarnya, penjimatan petrol dalam meletakkan gear N semasa sedang berhenti di lampu tidak dapat dibuktikan.

Tukar P Sebelum Berhenti

Sekiranya anda terus menukar gear P, tuas parkir atau parking pawl akan berkait untuk menghalang kereta daripada bergerak. Apabila anda menukar P sebelum kereta berhenti, ia boleh menyebabkan tuas parkir bertindak seakan brek sekaligus memusnahkan semua proses.

Tidak kira dalam mana-mana situasi, anda mesti berhenti sepenuhnya sebelum menukar gear. Tabiat-tabiat ini hanya akan merugikan kita sebagai pemandu tanpa kita sedari. Jadi, sebelum gaji anda habis disebabkan nak kena baiki gear, lebih baik ubah tabiat sekarang.

5. Tips Penjagaan Gearbox Kereta Automatik

Ramai memilih untuk memandu kereta automatik kerana cara pemanduan yang lebih mudah berbanding kereta manual. Namun, dari segi penjagaan gearbox jenis automatik pula bukanlah mudah seperti yang disangka. Ini kerana, sistem yang digunakan agak rumit dan memerlukan pemandu untuk menjaga dengan lebih teliti.

Cara menjaga kotak gear manual dan auto pula adalah dua perkara yang berbeza. Penjagaan yang rapi adalah langkah terbaik untuk memastikan kotak gear kereta anda sentiasa dalam keadaan yang baik dan mempunyai jangka hayat yang lebih panjang.

Ini tips asas penjagaan kotak gear automatik yang perlu anda ketahui:

Minyak Automatic Transmission Fluid (ATF)

Minyak ATF atau juga dikenali sebagai minyak kotak gear transmisi automatik perlu diganti setahun sekali, bergantung kepada cara pemanduan anda. Jika anda seorang pemandu yang sering memandu dengan jarak jauh, kemungkinan waktu untuk servis minyak ATF lebih awal bergantung pada mileage yang telah ditetapkan oleh pengeluar minyak ATF yang anda gunakan.

Minyak ATF yang telah lama digunakan mengandungi enapan-enapan minyak dan serpihan besi yang boleh menyebabkan keadaan minyak menjadi likat. Minyak yang semakin likat ini boleh merosakkan prestasi kotak gear kereta anda dan menyebabakan suhu di dalamnya lebih tinggi daripada biasa.

Minyak ATF yang kotor boleh berpontensi mengundang kepada masalah penapis atau juga dikenali sebagai autop filter di dalam gearbox menjadi tersumbat. Apabila penapis tersebut tersumbat dengan enapan dan serpihan besi di dalam minyak likit, ia secara langsung akan membuatkan pertukaran gear menjadi tidak lancar semasa dalam pemanduan.

Dalam pada masa yang sama perkara ini boleh merisikokan komponen dalaman gearbox tanpa anda sedari.

Ganti Penapis Gearbox Kereta

Untuk pengetahuan anda, tak semua jenis gearbox ada penapis yang perlu diganti semasa penyelenggaraan minyak ATF. Kebanyakan model kereta yang terkini seperti Honda atau Toyota mempunyai penapis yang boleh diganti, ia perlu diganti untuk memastikan tekanan di dalam gearbox tidak mempunyai sebarang gangguan.

Model-model kereta terbaharu kebanyakannya mempunyai 2 jenis penapis di dalam gearbox. Salah satunya berada pada bahagian dalaman gearbox di mana ianya tidak perlu diganti melainkan gearbox mengalami masalah kritikal dan perlu menjalani proses overhaul.

Manakala, lagi satu penapis berada pada bahagian oil sum gearbox. Penapis ini perlu diganti setiap kali anda membuat penyelenggaraan minyak ATF. Lagi satu, setiap penapis mempunyai tahap keupayaan untuk menapis enapan dengan tersendiri. Sama seperti penapis lain, auto filter hanya mampu untuk menapis 66% enapan yang dibawa oleh minyak ATF.

Jika kekotoran yang ditapis melebihi kapasiti ini, masalah aliran ATF tersumbat akan berlaku dan menyumbang kepada masalah gangguan tekanan hidraulik di dalam gearbox. Pastikan auto filter diganti mengikut jadual ataupun setiap kali anda servis minyak ATF.

Sekiranya anda tidak pasti sama ada gearbox kereta anda memiliki auto filter yang boleh diganti ataupun tidak, sila rujuk dengan mekanik di kawasan anda untuk kepastian. Selain dua tips utama di atas ini, ada lagi beberapa tips yang anda boleh cuba.

Parkir di Jalan Raya Curam

Apabila meletakkan kereta di jalan raya yang curam, anda disarankan menggunakan handbrake terlebih dahulu sebelum memasukkan gear ke P. Ini supaya untuk mengurangkan beban pada komponen seperti pin pada posisi P dan penyambungnya.

Suhu yang Sesuai

Tahukah anda haba adalah musuh utama gear automatik? Selain daripada minyak ATF yang bersih dan mencukupi, anda juga perlu memastikan sistem tersebut sesuai dengan cuaca negara kita yang panas dan lembab.

Sekiranya kereta anda ada jenis kereta reconditioned atau recond, anda harus memeriksa sama ada ia boleh dipasang dengan ATF cooler. Jika boleh dan jika mampu, anda disarankan untuk memasangnya kerana ia akan membantu anda memanjangkan hayat kotak gear tersebut.

Lumpur

Sekiranya kereta anda tersekat dalam lumpur, jangan cuba untuk bergerak ke hadapan atau ke belakang dalam keadaan yang memaksa. Anda disarankan untuk menunggu untuk beberapa minit sebelum anda menukarkan ke gear undur atau R.

Terutamanya kenderaan 4X4 yang mempunyai tork yang tinggi. Jika ia berlaku, anda terpaksa menggantikan gear yang rosak itu dan ia boleh memakan kos yang tinggi.

Banjir

Bagaimana pula jika anda tersangkut dalam banjir? Sekiranya kereta anda tersangkut dan terendam dalam air banjir, jangan cuba untuk hidupkan enjin kereta.

Kereta anda lebih baik ditunda ke bengkel dan pastikan kesemua komponen enjin kereta sudah kering sepenuhnya sebelum anda menghidupkan semula kereta anda.

Risau kos tunda tinggi? Tak perlu risau. Insurans kereta terbaik boleh bantu tanpa memerlukan anda mengeluarkan wang. Diharapkan perkongsian Qoala hari ini dapat menjawab persoalan dan sekaligus membantu anda untuk menyelamatkan gearbox kereta anda.

Kalau anda tertanya-tanya mengenai insurans yang terbaik dengan harga yang berpatutan, jawapannya ada di Qoala! Perbandingan insurans yang mudah dan pantas. Buat pembaharuan road tax dan dapatkan perlindungan insurans kereta yang sewajarnya dengan Qoala.

Kongsi:
About Writer
Nadhirah Rashid
Penulis sepenuh masa yang berpengalaman menulis dalam pelbagai bidang antaranya politik, fesyen, dan kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60