Sebab-sebab Claim Insurans Kereta Boleh Ditolak

Artikel ini terakhir diperbarui September 2, 2021 by Nadhirah Rashid
Sebab-sebab Claim Insurans Kereta Boleh Ditolak
Bagikan ke Teman:

Kemalangan tidak boleh diduga. Walaupun kita dah cukup berhati-hati, kadang-kadang kereta kita boleh ditimpa kemalangan. Disebabkan itu, undang-undang di Malaysia mewajibkan untuk setiap kereta dilengkapi dengan insurans. Jadi apabila berlakunya kemalangan, kita sebagai pemandu tidak perlu mengeluarkan wang ringgit yang banyak untuk urusan membaiki kereta. Walau bagaimanapun, jangan terkejut sekiranya tuntutan insurans kereta korang boleh ditolak. Haa, jangan marah-marah kalau ditolak. Pada artikel kali ini, Qoala nak share beberapa sebab utama claim insurans kereta korang boleh ditolak. 

Tapi sebelum tu, mari kita tengok apa nak buat selepas berlakunya kemalangan. Ini penting kerana ramai lagi masih tak tahu proses selepas kemalangan. Dan menurut data Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, jumlah kemalangan jalan raya di Malaysia meningkat hampir setiap tahun. Jadi, ia tidak mustahil untuk kita mengalami kemalangan. 

Langkah-langkah Penting Apabila Berlaku Kemalangan

  • Tenang

Biasalah, dah nama pun kemalangan, manalah tak panik kan? Tapi sebenarnya apabila kita panik, ia dapat mengeruhkan lagi keadaan. Yang terbaik untuk dilakukan ialah menenangkan diri. Ambil masa jika perlu sebelum melakukan apa-apa. Apabila kita panik dan tidak dapat berfikir secara rasional, kita mungkin akan membuat keputusan yang tidak wajar. 

  • Ambil gambar maklumat penting

Foto kredit: Dmitry Kalinovsky Melalui Shutterstock

Bila berlaku kemalangan, adalah amat penting untuk kita mengambil gambar maklumat-maklumat yang penting untuk digunakan sebagai bahan bukti. Antara gambar yang diperlukan adalah:

  1. No plat kereta kita dan juga pihak ketiga
  2. Kawasan kemalangan
  3. Posisi kereta semasa kemalangan
  4. Sisi kereta yang terkesan

Kita juga dinasihatkan untuk merekod no telefon dan no kad pengenalan pihak ketiga. Bukannya apa, dengan adanya maklumat-maklumat ini ia akan memudahkan urusan bagi kedua-dua pihak sewaktu melakukan laporan polis. Bagaimana pula jika korang tercedera seperti patah kaki dan tidak mampu untuk mengambil info-info penting ini? Pesankan kepada orang awam yang ada disekeliling untuk membantu. 

  • Saksi

Apa yang sering berlaku adalah, mangsa-mangsa kemalangan sering terlupa untuk mengambil maklumat-maklumat saksi. Ini mungkin disebabkan terlalu panik dan tidak terfikir untuk mengambil maklumat saksi. Kita dinasihatkan untuk kekal tenang dan ambil nombor telefon orang yang mula-mula hadir membantu kerana kebiasaannya, dialah yang melihat kemalangan itu berlaku. Sebab utama kita memerlukan maklumat saksi adalah saksi tersebut boleh membantu kes kita sekiranya kes kemalangan ini sampai ke tahap perlu dibawa ke mahkamah. Saksi ini dipanggil Saksi Bebas yang tampil memberi keterangan untuk membantu kes tersebut. 

  • Hubungi Talian Bantuan Syarikat Insurans

Ketika kemalangan, akan ada ramai yang datang kepada mangsa dan memberitahu bahawa mereka boleh membantu dari trak tunda dan bermacam lagi dengan kos yang tinggi. Jangan terpedaya. Mereka hanya mengambil kesempatan terhadap kesulitan yang sedang korang miliki. Iyalah, kita kan sedang dalam keadaan terdesak. Kadang-kadang main sapu saja ‘bantuan’ yang diberi tanpa berfikir panjang.

Sebaliknya, tenang dan serahkan pada yang pakar. Hubungi pihak syarikat insurans dan terangkan apa yang berlaku. Selalunya, trak tunda akan disediakan oleh pihak insurans untuk menunda kenderaan ke bengkel panel yang berdaftar. 

  • Segera dapatkan rawatan 

Sekiranya kemalangan yang berlaku menyebabkan kecederaan, jangan berlengah lagi untuk mendapatkan rawatan di hospital. Walaupun kecederaan yang tidak terlalu serius, korang jangan ambil mudah. Ini kerana, bila kita melengah untuk ke hospital, proses untuk claim insurans perubatan boleh jadi susah. Kenapa? Okay sebagai contoh, dalam tempoh enam jam selepas kemalangan, korang tiba-tiba jatuh di bilik air. Akibatnya, korang patah tangan yang bukan disebabkan kemalangan tadi. Situasi ini boleh menjadi isu. Jangan cari sebab yang boleh menyebabkan korang tak boleh buat tuntutan insurans. 

  • Buat laporan polis

Sebaik sahaja kemalangan, sila buat laporan polis serta merta dalam tempoh 24 jam (kecuali bagi kes-kes tertentu seperti kecederaan parah). Jangan tunggu lama-lama. Bila korang tangguh sehari, atau berhari-hari ia boleh menyebabkan claim insurans kereta korang ditolak. Ia juga akan menimbulkan pelbagai tuduhan seperti dituduh mereka cerita. Bagaimana pula jika pemandu tiada lesen? Korang jangan takut untuk membuat laporan polis bila tak ada lesen. Korang sememangnya akan disaman kerana tidak mempunyai lesen, tapi hak tuntutan kecederaan masih dilindungi dibawah undang-undang. 

Nah, jangan pula korang tak jadi ambil lesen. Sila ambil lesen ye bagi yang tak ada lesen tu. 

  • Maklumkan pada syarikat insurans

Setelah selesai membuat laporan polis, laporkan pula kepada syarikat insurans dalam kadar segera. Sekiranya korang lambat memaklumkan kepada syarikat insurans, korang mungkin akan menanggung sebarang kos termasuk claim yang dibuat oleh pihak ketiga. Misal kata korang dan pihak ketiga bersepakat untuk tidak membuat tuntutan, korang tetap kena inform syarikat insurans kerana ia adalah salah satu syarat yang ada dalam polisi insurans.

Kemalangan memang tak boleh diduga dan proses selepas kemalangan tidak dinafikan amat rumit. Namun, apa yang paling penting untuk kita kekal rasional dalam melakukan apa-apa jenis keputusan. 

Kenapa Claim Insurans Kereta Saya Ditolak?

Jangan terkejut kalau pihak insurans menolak claim insurans kereta. Ini antara sebab-sebab utamanya: 

  • Tidak buat laporan polis, atau laporan polis tak sah

Sebaik sahaja kemalangan berlaku, daripada korang settle belakang, baik korang terus pergi ke balai polis terdekat dan buat laporan. Penting untuk korang buat laporan polis dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan berlaku. Sebabnya, bila korang buat tempoh selepas tempoh 24 jam tersebut, claim insurans kereta korang boleh ditolak oleh pihak syarikat insurans. Ianya dianggap laporan polis yang tidak sah. Sebab itu, jangan tangguh untuk buat laporan polis. Ianya dapat memudahkan pelbagai urusan. 

Oh ya, jangan sesekali buat laporan palsu. Kalau kantoi, bukan sahaja korang boleh disaman sebanyak RM2,000  tapi korang juga boleh dipenjarakan selama enam bulan atau lebih. Tak worth it langsung. 

  • Pemandu tidak dinamakan

Tahu tak, insurans kereta hanya melindung pemandu yang dinamakan? Misal kata pemandu yang dinamakan untuk kereta korang adalah korang dan pasangan korang. Kemudian, nak dijadikan cerita adik ipar korang (tidak dinamakan) memandu kereta dan kemalangan. Claim insurans kereta korang boleh direject! Bahaya, kan?

Kadang-kadang tu sebab inilah sesetengah orang tidak membenarkan keretanya dipandu orang lain yang bukan penama. Bukan apa, bukan sebab kedekut tapi kalau jadi sesuatu kita sebagai pemilik kereta yang kena menanggung akibatnya apabila claim ditolak. 

Sebenarnya, buat pengetahuan korang, polisi insurans kenderaan di Malaysia membolehkan kita untuk meletakkan dua nama pemandu pada satu kereta. Macam mana kalau nak letak lebih banyak nama? Boleh je. Kalau nak letak tiga ke empat nama pun boleh. Cumanya, akan ada caj yang dikenakan. 

  • Kegagalan memberikan maklumat yang tepat

Apabila kita mengisi sebuah borang, sudah pastinya kita harus mengisi borang tersebut dengan maklumat yang tepat. Sama juga apabila membuat claim insurans kereta korang. Lebih-lebih lagi apabila terlancarnya liberalisasi tarif insurans kereta pada Julai 2017. Syarikat insurans memerlukan pelbagai maklumat sebelum dapat menentukan harga insurans kereta. Antara maklumat-maklumat yang penting adalah seperti taraf perkahwinan, pekerjaan, ciri-ciri keselamatan dan juga tempat korang parking kereta. Kenapa pula tempat parking kereta pun penting?

Pihak syarikat insurans berhak mengetahui dimana korang park kereta korang. Contohnya, parking persendirian yang mempunyai kawalan rapi memiliki risiko kecurian yang rendah berbanding tempat parking awam yang terbuka. Jika berlaku kecurian dan maklumat yang korang beri kepada syarikat insurans tidak tepat, syarikat insurans tersebut berhak untuk menolak tuntutan tersebut. 

  • Pemandu mabuk

Memandu dalam keadaan mabuk adalah salah disisi undang-undang. Bukan sahaja boleh disaman, tapi korang juga membahayakan diri dan diri orang lain juga. Kes pemandu mabuk ni tidak lagi asing di negara kita. Di Selangor sahaja, sebanyak 67 kemalangan yang membabitkan pemandu mabut pada tahun 2020 dan ia turut merekodkan trend peningkatan. Apabila korang memandu dalam keadaan mabuk, dan berlaku kemalangan, claim insurans kereta korang tidak akan dilayan. Ini termasuklah jika korang memandu dalam keadaan lalai akibat pengambilan dadah dan sebagainya. 

Bukan saja permohonan tuntutan insurans tak diterima, malah risiko untuk dikenakan denda dan dihadapkan ke mahkamah juga tinggi. Jadi, walaupun korang pemandu yang cekap, jangan sesekali memandu dalam keadaan mabuk. Ianya hanya akan mendatangkan kesan buruk. 

  • Polisi insurans tak cover

Kalau korang berpendapat memiliki insurans kereta sudah mencukupi kerana ia akan melindugi segala jenis kerosakan atau kemalangan, tanggapan korang salah sebenarnya. Contohnya, katakan korang memiliki Third Party atau Polisi Pihak Ketiga, untuk pengetahuan korang, polisi jenis ini tidak berperanan untuk membaiki kereta anda. Ini bermakna, ia hanya akan menampung kos baiki kereta milik pihak ketiga. 

Jika berlaku kemalangan seperti kes langgar lari, walaupun korang tidak bersalah, jika korang memiliki polisi insurans jenis ini, pihak syarikat insurans berhak untuk menolak claim insurans kereta korang. 

Apa itu insurans third party?

Secara asasnya, insurans kereta terbahagi kepada tiga jenis iaitu insurans perlindungan kenderaan first party, third party fire and theft dan insuran third party. Insuran third party ini ada kekurangan dan kelebihannya. 

Insuran third party adalah insurans yang dimiliki ramai kerana harganya yang rendah jika dibandingkan dengan insurans first party. Perlindungan ini hanya memberikan perlindungan asas dan diberi kepada pihak ketiga sahaja. Tidak termasuk kereta anda. Pendek kata, jika berlaku kemalangan antara kereta korang dan kereta B, dan korang yang salah, polisi insuran third party hanya akan melindungi kereta B. Manakala jika korang merupakan mangsa, korang boleh claim insurans si pelanggar kecuali kes langgar lari. Insurans jenis ini juga tidak melindungi kos membaiki kenderaan sekiranya kenderaan kita terbabit dengan bencana alam seperti banjir dan kecurian. 

Insuran jenis third party adalah satu perlindungan kenderaan yang tak lengkap, tapi ada beberapa faktor yang menyebabkan kita terpaksa mengambil seperti umur kereta, risiko kereta dan kemampuan kita. 

Bagaimana untuk kita memastikan kenderaan kita dilindungi dengan lengkap? Jawapannya adalah dengan memiliki first party policy atau juga dikenali sebagai comprehensive motor insurance policy. 

Situasi-situasi Yang Tidak Dilindungi Insurans Kereta

Tak semua jenis kerosakkan dilindungi insurans, ini antara situasi-situasi malang  yang tidak dicover oleh polisi insurans: 

  • Kerosakan akibat rusuhan

Foto Kredit: Bumble Dee Melalui Shutterstock

Apa jenis kerosakan yang menimpa kereta korang apabila berlakunya rusuhan claim insurans kereta tidak dapat dibuat kerana tidak dilindungi polisi insurans. Tapi di Malaysia, rusuhan tidak berlaku dengan kerap. Malah jarang-jarang sekali. Yang ada adalah protes yang dimana ia dibuat secara aman dan tidak berlaku apa-apa jenis keganasan yang teruk. 

Walau bagaimanapun, jika korang khuatir dengan perkara ini, korang boleh mendapatkan polisi perlindungan tambahan untuk mengelakkan situasi-situasi seperti ini berlaku. 

  • Aksesori tambahan

Apabila kita meletakkan aksesori tambahan pada kereta kita seperti sport rims, alat stereo yang canggih dan macam-macam lagi, jangan terkejut apabila ianya dicuri. Aksesori-aksesori ini memang sering menjadi tumpuan untuk dicuri. Apabila aksesori-aksesori ini dicuri, polisi insurans kenderaan tidak akan memberi perlindungan dan membayar ganti rugi kepada pemilik. Oleh itu, korang dinasihatkan untuk mendapatkan juga perlindungan tambahan bagi tujuan ini dan supaya claim insurans kereta korang tidak ditolak. 

  • Bencana alam

Negara kita sering dilanda banjir terutama sekali pada hujung dan awal tahun. Kerosakkan kereta disebabkan banjir ni boleh dikatakan dasyat seperti kerosakan enjin kerana dimasuki air, kereta dihempap pokok tumbang dan pelbagai lagi. Dek kerana ia kerap berlaku, ramai menganggap polisi insurans melindungi kerosakkan kereta yang terjadi disebabkan banjir. Sebenarnya, tidak. Kalau tempat tinggal korang selalu dinaiki air, korang dinasihatkan untuk menambah perlindungan untuk tujuan ini. 

Perlindungan tambahan ini boleh membantu korang sekiranya kereta korang rosak gara-gara bencana alam seperti banjir, ribut, tanah runtuh dan pelbagai lagi. Walau bagaimanapun, ia tertakluk pada polisi perlindungan kereta yang korang ambil. Dan jika korang nak tambah perlindungan ini, pastikan korang lakukan semasa membuat pembaharuan cukai jalan dan insurans kereta yang dianggarkan sekitar RM50 hingga RM200 setahun, depends pada jenis polisi yang korang pilih. 

  • Kereta rosak total 

Kereta rosak total ini boleh terjadi apabila berlakunya kemalangan yang teruk. Ini bermakna kereta korang tidak dapat diselamatkan lagi. Kebanyakkan kita membeli kereta dengan skim pinjaman kenderaan daripada bank. Ketika berlaku kemalangan yang mengakibatkan kereta rosak sepenuhnya, pihak insurans tidak akan menanggung baki pinjaman kereta tersebut. Pihak insurans hanya akan membayar pampasan mengikut harga pasaran yang selalunya lebih rendah daripada baki pinjaman. Ini disebabkan kadar susut nilai kenderaan dan juga kadar bunga yang dikenakan oleh pihak bank. 

  • Kecederaan atau kematian

Ramai yang ingatkan bila dah ada insurans kereta bermakna ia melindungi pemandu juga. Ternyata tanggapan ini salah. Polisi kenderaan tidak boleh melindungi diri kita dan penumpang yang lain apabila berlaku kecederaan atau kematian. Kita disyorkan untuk memiliki insurans lain bagi melindungi diri seperti insurans perubatan yang boleh meringankan beban sekiranya kita terpaksa dimasukkan ke hospital akibat kemalangan tadi. 

Apa Langkah Seterusnya Selepas Tuntutan Ditolak?

Selepas tuntutan ditolak, jangan panik. Ada lagi beberapa alternatif yang boleh korang cuba. Antaranya korang boleh kemukakan rayuan. Jika rayuan tidak dilayan, korang boleh bawa aduan ini kepada Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), Bank Negara Malaysia atau Ombudsman Financial services. Setiap organisasi ini mempunyai terma dan syarat tersendiri dalam mengendalikan aduan. Sebagai contoh, PIAM memerlukan korang untuk membuat aduan dalam masa enam bulan selepas penolakan syarikat insurans terbabit. Kerana itu, dinasihatkan untuk fahami dengan teliti syarat yang diletakkan sebelum mengemukakan aduan. 

Semoga artikel daripada Qoala kali ini dapat membantu dan menjawab kekeliruan korang terhadap sebab-sebab claim insurans kereta korang boleh ditolak.

Bagikan ke Teman:
Nadhirah Rashid
Nadhirah Sofea Rashid has a various writing background which includes current news, political, lifestyle, fashion and also business. Experienced in blog content, social media content, and advertising for the past 3 years. Loves getting into the thick of action. Also, a cat lady.
Dapatkan Insurans Kereta Murah Sekarang! 🚗