Cara Renew Roadtax Motor Online & Offline 2024 Malaysia

Kali terakhir diperbaharui Jan 18, 2024 oleh Shafiq Wahab
Cara Renew Roadtax Motor Online & Offline 2024 Malaysia

Proses renew roadtax motor atau hidupkan roadtax motor perlu dilakukan setiap tahun. Roadtax motor atau cukai jalan motor merupakan cukai yang dikenakan ke atas pemilik motosikal. Ia bagi membolehkan motosikal digunakan secara sah di atas jalan raya dan mengelakkan daripada kena saman polis.

Cara Hidupkan Roadtax Motor, Renew Road Tax Motor Online 2024

Roadtax motorsikal atau cukai jalan motor juga dikenali sebagai rotek motor, lotex motor, lotek motor, rotax motor, roktex motor atau roxtec motor. Seperti dinyatakan di atas, anda perlu hidupkan rotex motor anda setiap tahun.

Macam mana nak renew roadtax motor? Bagi memudahkan anda, berikut cara nak renew roadtax motor online untuk rujukan dan panduan anda:

1. Cara Renew Roadtax Motor Online

Selari dengan amalan norma baharu, pelbagai perkhidmatan dalam negara kini beralih kepada proses digital termasuklah proses bayar roadtax motor dan sambung roadtax motor. Kini proses pembaharuan cukai jalan dan pembelian insurans motor boleh diakses dari rumah secara online tanpa perlu beratur secara fizikal di kaunter.

Di Malaysia, ada beberapa cara perbaharui roadtax motor online yang boleh anda pertimbangkan seperti Qoala, MyEG dan lain-lain lagi.

Cara renew roadtax dan insurans motor di Qoala

Cara Renew Roadtax Motor MyEG

Sekiranya anda ingin renew roadtax motosikal online melalui MyEG, berikut merupakan cara renew road tax motor MyEG untuk panduan anda:

      1. Layari portal rasmi MyEG di https://www.myeg.com.my/;
      2. Daftar sebagai pengguna – sediakan dokumen untuk renew roadtax motor untuk memudahkan urusan (no plat motor, no kad pengenalan, jenis kenderaan, kapasiti enjin, tahun kenderaan, nilai perlindungan);
      3. Log masuk ke dalam sistem MyEG;
      4. Klik pada butang Roadtax Renewal;
      5. Isikan semua maklumat yang diperlukan seperti nama, no kad pengenalan, no telefon, alamat e-mel, no plat motor dan tempoh renew roadtax motorsikal;
      6. Pilih cara penghantaran;
      7. Pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap dan betul, kemudian lakukan pembayaran;
      8. Selesai.

Cara Hidup Roadtax Motor di Qoala

Selain MyEG, anda juga boleh mempertimbangkan untuk lakukan pembaharuan cukai jalan dan insurans motosikal anda di Qoala.

Qoala merupakan platform perbandingan insurans yang terbaik dan komprehensif di Malaysia. Proses renew roadtax moto boleh dilakukan dengan mudah, cepat dan selamat dengan hanya beberapa langkah mudah:

      1. Layari laman web Qoala;
      2. Isikan butiran ringkas anda seperti nombor plat motor, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan poskod.
      3. Sahkan maklumat peribadi anda dan buat pembayaran secara online.
      4. Penghantaran roadtax motor akan dilakukan dalam masa lima (5) hingga tujuh (7) hari bekerja bagi Semenanjung Malaysia, tujuh (7) hingga 14 hari bekerja bagi Sabah dan Sarawak.
      5. Road tax motor akan dihantar melalui kurier secara terus ke rumah anda.

Bagaimana cara nak bayar roadtax motor online? Apabila sambung rotex motor di Qoala, salah satu cara bayar roadtax motor yang boleh dilakukan adalah secara online melalui perbankan internet.

Selain renew road tax motosikal online, anda juga boleh gunakan platform ini untuk renew insurance motosikal. Untuk ketahui cara renew insurance motor online di Qoala – anda boleh rujuk artikel ini.

2. Cara Renew Roadtax Motor Secara Fizikal

Selain hidupkan roadtax motor online, ada cara lain untuk renew roadtax motor yang boleh anda pertimbangkan. Anda juga boleh perbaharui cukai jalan di mana-mana lokasi renew road tax motosikal seperti Pejabat Pos, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Berikut merupakan cara nak hidupkan roadtax motor secara fizikal untuk panduan anda:

Cara Renew Roadtax Motor di Pejabat Pos

Salah satu tempat renew roadtax motor adalah di Pejabat Pos. Berikut merupakan cara hidupkan roadtax motor di Pejabat Pos untuk memudahkan urusan anda:

      1. Sediakan dokumen untuk renew roadtax motor seperti sijil pemilikan kenderaan (VOC) dan salinan cover note insurans sedia ada;
      2. Hadir ke mana-mana Pejabat Pos berhampiran rumah anda;
      3. Ambil nombor giliran dan tunggu sehingga nombor giliran dipanggil;
      4. Serahkan dokumen diperlukan kepada pegawai bertugas;
      5. Selesai.

Meskipun urusan pembaharuan cukai jalan di Pejabat Pos mudah dan cepat, anda perlu pastikan yang anda melepasi syarat renew roadtax di Pejabat Pos yang ditetapkan seperti berikut:

      1. Tempoh hidupkan roadtax motor minimum enam (6) bulan dan maksimum satu (1) tahun;
      2. Kenderaan mestilah mempunyai perlindungan insurans motor yang sah;
      3. Anda hanya boleh renew road tax motosikal yang akan tamat dalam tempoh dua (2) bulan;
      4. Jika owner asal meninggal dunia, proses pembaharuan cukai jalan hanya dibenarkan untuk tempoh enam (6) bulan sahaja bagi setiap permohonan untuk tempoh tidak lebih lima (5) tahun;
      5. Permohonan (jika tempoh kematian) telah melebihi tempoh lima (5) tahun mestilah mendapat kelulusan;
      6. Jika tarikh luput roadtax melebihi satu (1) tahun daripada tarikh permohonan, pemilik kenderaan perlu menghantar kenderaan ke Puspakom terlebih dahulu untuk pemeriksaan. Ia bagi membolehkan pembaharuan cukai jalan boleh dilakukan.

Cara renew roadtax motor di jpj dan pejabat pos, dokumen untuk renew roadtax motor

Cara Renew Roadtax Motor di JPJ dan UTC

Anda juga boleh perbaharui cukai jalan di mana-mana cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Berikut merupakan cara buat roadtax motor di JPJ dan UTC untuk rujukan anda:

      1. Sediakan dokumen untuk renew roadtax motor di JPJ (sijil pemilikan kenderaan (VOC) dan salinan cover note insurans sedia ada);
      2. Hadir ke mana-mana Pejabat JPJ atau UTC berhampiran anda;
      3. Ambil nombor giliran dan tunggu sehingga nombor giliran anda dipanggil;
      4. Serahkan dokumen diperlukan kepada pegawai bertugas;
      5. Selesai.

Bagi memudahkan urusan anda, berikut merupakan dokumen yang perlu anda bawa semasa renew roadtax motor di JPJ atau UTC:

      1. Kad Pengenalan pemilik kenderaan berdaftar atau wakil;
      2. Dokumen laporan pemeriksaan Puspakom bagi kenderaan motor yang tidak aktif (jika berkaitan);
      3. Pemeriksaan PG10 bagi motosikal milik individu, motosikal yang diperiksa oleh JPJ atau motosikal yang disita oleh JPJ (jika berkaitan);
      4. Jika pemilik kenderaan berdaftar telah meninggal dunia lebih 5 tahun, dokumen yang menunjukkan proses pembahagian pusaka telah dimulakan atau apa-apa dokumen untuk mempertimbangkan kelulusan perlu diberikan (jika berkaitan);
      5. Borang perakuan pengisytiharan lokasi kenderaan digunakan seperti Sabah, Sarawak dan Pulau Bebas Cukai (jika berkaitan);
      6. Dokumen Pengisytiharan Kastam (K3) dan Resit Pelabuhan bagi Sabah, Sarawak dan Pulau Bebas Cukai (jika berkaitan).

Senarai Harga Renew Roadtax Motor Mengikut CC, Tempoh Renew Roadtax Motosikal di Malaysia

Harga roadtax motor biasanya tetap dan tidak berubah. Harga road tax motor biasanya ditentukan bergantung pada kapasiti enjin atau CC motosikal.

Selain itu, roadtax motor harga juga berbeza mengikut lokasi. Harga road tax motor di Sabah dan Sarawak lebih murah berbanding harga perbaharui cukai jalan motosikal di Semenanjung Malaysia

Anda boleh rujuk harga renew roadtax motor di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak seperti jadual di bawah:

Kapasiti Enjin (CC Enjin) Harga Roadtax Motor 2024 Semenanjung Harga Roadtax Motor 2024 Sabah Sarawak
Harga roadtax motor 150cc dan ke bawah RM2 RM2
Motor 151cc hingga 200cc RM50 RM9
Motor 201cc hingga 250cc RM50 RM12
Motor 251cc hingga 500cc RM180 RM30
Motor 501cc hingga 800cc RM250 RM40
Motor 800cc dan ke atas RM350 RM42

Bagi tempoh pembaharuan cukai jalan motor pula, ia adalah bergantung sepenuhnya pada pilihan anda. Anda boleh pilih untuk perbaharui roadtax motor untuk tempoh sama ada enam (6) bulan atau 12 bulan.

Sekiranya insurans motosikal dan cukai jalan yang tamat tempoh tidak diperbaharui, ada kemungkinan anda boleh kena saman polis atau tuntutan insurans mungkin ditolak sekiranya berlaku kemalangan.

Apa Perlu Dilakukan Jika Lambat Renew Roadtax Motor, Renew Road Tax Motor Tamat Tempoh Selepas Setahun?

Sekiranya roadtax motorsikal mati melebihi tempoh setahun atau lebih, anda perlu lakukan prosedur tambahan untuk hidup roadtax motor anda. Anda perlu lakukan pemeriksaan motor di Puspakom. Berikut merupakan cara hidup kan roadtax motor atau cukai jalan di Puspakom untuk panduan anda:

1. Tempah Slot Pemeriksaan Motor di Puspakom

Road tax motor mati lebih setahun perlu jalani pemeriksaan khas di Puspakom. Setelah lulus pemeriksaan ini barulah anda boleh renew road tax motor seperti biasa. Bagi memudahkan urusan renew road tax di Puspakom, anda disarankan untuk membuat temujanji secara online melalui aplikasi MyPUSPAKOM.

Berikut merupakan panduan pendaftaran akaun MyPUSPAKOM:

  1. Daftar masuk www.mypuspakom.com.my atau muat turun aplikasi MyPuspakom;
  2. Klik Daftar Masuk Kali Pertama dan pilih daftar akaun individu (untuk kenderaan persendirian) atau akaun perdagangan (untuk kenderaan perdagangan);
  3. Masukkan kesemua maklumat yang diperlukan seperti alamat e-mel, kata laluan dan nama pengguna;
  4. Tekan Daftar;
  5. Selesai.

renew road tax motor online: renew roadtax motor di Puspakom

Bagi menetapkan temujanji pula, anda boleh ikut langkah-langkah berikut:

  1. Log masuk ke akaun MyPUSPAKOM menggunakan e-mel dan kata laluan yang disahkan;
  2. Pilih Temujanji Baru;
  3. Lengkapkan butiran kenderaan termasuk jenis pemeriksaan, pusat pemeriksaan, tarikh dan masa pemeriksaan;
  4. Kemudian, lengkapkan butiran pembawa kenderaan yang akan hadir untuk pemeriksaan;
  5. Sahkan butiran temujanji – dokumen yang perlu dibawa semasa pemeriksaan akan dipaparkan selepas anda sahkan temujanji;
  6. Lakukan pembayaran secara online – terima slip pengesahan tempahan melalui e-mel berdaftar;
  7. Bawa slip pengesahan temujanji semasa pemeriksaan.

2. Baiki atau Servis Motosikal

Setelah anda berjaya booking slot, anda bolehlah baiki atau servis motor anda sebelum pemeriksaan. Baiki mana-mana bahagian yang rosak seperti lampu brek, tayar kereta, cermin sisi dan sebagainya.

Kalau side mirror motor ada satu sahaja misalnya, anda bolehlah keluarkan belanja untuk beli side mirror baharu. Jika tak lepas syarat, anda tak boleh lulus pemeriksaan Puspakom ini!

3. Dapatkan Permit Perjalanan Sementara

Jika anda menunggang motosikal tanpa cukai jalan yang sah, anda dikira melanggar undang-undang jalan raya. Jika anda ingin bawa motosikal anda ke Puspakom untuk pemeriksaan, anda perlu dapatkan permit perjalanan sementara (JPJ K12) dari mana-mana cawangan JPJ berdekatan anda.

Permit ini boleh dianggap seperti tiket perjalanan sehari yang membolehkan anda membawa motor anda ke lokasi pemeriksaan Puspakom. Jangan melencong ke tempat lain pula.

4. Lakukan Pemeriksaan di Puspakom

Untuk hidupkan roadtax motor atau renew roadtax moto di Puspakom, anda perlu sediakan dokumen untuk renew roadtax motor. Dokumen diperlukan antaranya geran motor original, kad pengenalan dan lesen memandu yang sah.

Selepas pendaftaran, tunggu sehingga Pegawai Puspakom selesai memeriksa motor anda. Biasanya, pegawai akan memeriksa nombor chasis motor, lampu motor, lampu signal, lampu brek dan sebagainya.

Sekiranya kesemua komponen motor ini berada dalam keadaan baik, permohonan anda akan diluluskan dan laporan pemeriksaan akan dikeluarkan. Laporan pemeriksaan ini hanya sah dalam tempoh sebulan sahaja.

Jadi, anda perlu pastikan jangan lambat renew roadtax motor dan renew roadtax motor dengan kadar segera.

5. Perbaharui Insuran Motosikal Online, Renew Road Tax Motor

Setelah lulus ujian pemeriksaan Puspakom, anda boleh terus hidup kan rotex motor anda. Namun begitu, anda dinasihatkan untuk beli insurans motor terlebih dahulu untuk melancarkan proses renew road tax motor anda.

Renew insurans motor di Qoala untuk ketenangan fikiran

Hidupkan Insurans Motor, Renew Roadtax Motor Online di Qoala untuk Ketenangan Fikiran

Semoga panduan cara nak renew roadtax motor online dan cara sambung roadtax motor secara offline di JPJ, UTC ini dapat membantu memudahkan urusan anda. Untuk hidup kan rotex motor atau sebelum buat roadtax motor ini, pastikan anda renew insurans motor anda terlebih dahulu.

Setelah selesai, barulah anda boleh memperbaharui cukai jalan motor anda. Anda boleh ikuti artikel ini untuk ketahui cara renew insurans motor di Malaysia proses lebih mudah. Sekiranya anda ingin hidupkan insurans motor pada harga murah, layari laman web Qoala untuk info lanjut.

Qoala merupakan platform perbandingan dan pembaharuan insuran motor terbaik di Malaysia. Anda boleh perbaharui insuran motosikal online dengan mudah tanpa perlu beratur panjang di kaunter.

Kongsi:
About Writer
Shafiq Wahab
Seorang penterjemah dan penulis berpengalaman, kini berazam untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sedar dan berpengetahuan tentang kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60