Cara Claim Insuran Kemalangan Motosikal 101, Sangat Penting untuk Tahu!

Artikel ini terakhir diperbarui September 20, 2021 by Nadhirah Rashid
Cara Claim Insuran Kemalangan Motosikal 101, Sangat Penting untuk Tahu!
Image Source: SSPhotoman Via Shutterstock
Bagikan ke Teman:

Di Malaysia, statistik pendaftaran kenderaan bermotor meningkat kepada 31.2 juta unit menjelang 31 Disember 2019. Namun, menurut Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), statistik tersebut mempunyai peningkatan pada tahun berikutnya iaitu sebanyak 1.2 juta kenderaan atau bersamaan dengan 3.8 peratus. Ini menjadikan jumlah pendaftaran kenderaan bermotor menjadi 32.4 juta unit. Apabila kita menunggang motosikal, kadang-kadang berlakunya perkara yang tidak kita ingini seperti kemalangan jalan raya. Menurut Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), statistik kemalangan jalan raya yang menyebabkan kematian adalah sebanyak 4,634 kes di mana majoritinya kematian melibatkan penunggang motosikal iaitu sebanyak 3,118 kes.  Kemalangan yang berlaku juga boleh menyebabkan kerugian dan kerosakan pada fizikal motosikal tersebut. Jadi, korang kena bersiap sedia untuk mengeluarkan wang yang banyak untuk membiayai kerugian yang telah terjadi, Namun, kalau korang ambil insurans kemalangan, korang boleh ringankan beban kewangan korang, cumanya korang kena ikut panduan yang telah disediakan pihak insurans untuk membuat tuntutan insurans korang nanti. Jadi, berikut kami sediakan kepada korang cara claim insuran kemalangan motosikal dan perkara yang perlu dilakukan apabila kenderaan korang mengalami kemalangan.

Cara Claim Insuran Kemalangan Motosikal

Tahukah korang sekiranya motosikal terlibat dengan kemalangan jalan raya, korang boleh lakukan cara claim insuran kemalangan motosikal? Betul, itulah tujuan utama mengapa setiap pemilik kenderaan perlu mempunyai insuran ke atas kenderaan masing-masing. Hal ini supaya mereka boleh claim insuran tersebut apabila berlakunya kemalangan. Berikut merupakan cara claim insuran kemalangan motosikal yang korang boleh lakukan:

1. Mendapatkan maklumat mengenai pihak yang terlibat

Selepas terlibat kemalangan, perkara pertama yang perlu korang lakukan adalah dengan mendapatkan maklumat asas mengenai pihak yang sama-sama terlibat dalam kemalangan itu. Maklumat asas seperti nama pemandu yang terlibat, alamat dan nombor telefon adalah sangat penting untuk memudahkan korang berurusan mengenai kemalangan tersebut.

2. Mengambil gambar dan catat maklumat penting kenderaan pihak terlibat

Seterusnya, korang perlu mengambil gambar keadaan kemalangan dan kenderaan yang terlibat. Hal ini kerana gambar boleh dijadikan bahan bukti jika berlaku masalah dalam proses penyiasatan kemalangan. Korang juga perlu mencatat maklumat penting kenderaan yang terlibat seperti nombor pendaftaran kenderaan mereka, jenis atau jenama kenderaan dan maklumat lain yang berkaitan.

3. Meminta maklumat syarikat insuran pihak yang terlibat

Kemudian, korang juga perlu meminta maklumat syarikat insuran bagi pihat yang terlibat. Maklumat tersebut termasuklah jenis syarikat insuran yang pihak terlibat gunakan, nombor polisi atau sijil insuran serta maklumat lain yang berkenaan.

4. Mendapatkan maklumat berkaitan saksi kemalangan

Jika terdapat saksi yang melihat kemalangan yang berlaku, korang perlu mendapatkan maklumat mereka seperti nama, alamat dan nombor telefon. Hal ini kerana maklumat ini akan menjadi sangat berguna apabila berlakunya sebarang masalah atau persengketaan ketika proses penyiasatan dilakukan.

5. Membuat laporan polis

Setelah itu, korang perlusegera membuat laporan polis mengenai kemalangan yang berlaku. Di Malaysia, korang perlu membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam apabila berlakunya kemalangan jalan raya.

6. Melaporkan kepada syarikat insuran

Apabila berlakunya kemalangan jalan raya, korang perlu segera melaporkannya kepada syarikat insuran. Hal ini adalah untuk mengelakkan korang daripada menanggung sebarang kerugian termasuklah tuntutan daripada pihak ketiga. Korang perlu melaporkan kejadian kemalangan dalam bentuk laporang bertulis. Selepas membuat laporan, korang mungkin perlu menghantar kenderaan ke bengkel yang diiktiraf oleh syarikat insuran korang.

Nota Tambahan: Bagi kemalangan kereta, cara claim insuran adalah sama sahaja dengan prosedur untuk claim insuran bagi kemalangan motosikal.

Cara Claim Insuran Kemalangan Motosikal yang Hilang

Selain daripada kemalangan jalan raya, terdapat kemungkinan bahawa motor korang hilang akibat dicuri. Tahukah bahawa korang boleh claim insuran apabila motor hilang? Namun begitu, tidak ramai yang tahu prosedur atau cara untuk claim insuran apabila motor hilang. Berikut kami sediakan cara claim insuran apabila motosikal hilang:

Langkah Pertama Cara Claim Insuran Kemalangan Motosikal yang Hilang

Sekiranya motosikal hilang dicuri, korang perlu segera membuat laporan polis. Korang perlu mengemukakan bersama kad pengenalan dan lesen motor yang sah apabila membuat laporan polis. Lesen motor yang sah sangat penting kerana memandu tanpa lesen adalah salah di sisi undang-undang. Apabila korang mempunyai lesen yang sah, pihak insuran tidak akan menolak tuntutan claim korang.

Langkah Kedua Cara Claim Insuran Kemalangan Motosikal yang Hilang

Seterusnya, korang perlu mendapatkan salinan pendaftaran kenderaan atau salinan geran serta salinan polisi insuran (insurance cover note). Jika korang tidak mempunyai salinan tersebut, korang boleh mendapatkannya di kedai yang menjual motosikal kepada korang.

Langkah Ketiga Cara Claim Insuran Kemalangan Motosikal yang Hilang

Kemudian, korang perlu melaporkannya kepada pihak insuran. Korang perlu dapatkan borang tuntutan (claim form) daripada syarikat insuran. Borang tersebut mestilah diisi dan dikembalikan kepada pegawai yang bertugas.

Langkah Keempat Cara Claim Insuran Kemalangan Motosikal yang Hilang

Korang seterusnya hanya perlu menunggu syarikat insuran menghubungi korang untuk sesi temuduga bagi testimoni lisan dan bertulis. Setelah itu, syarikat insuran akan menyediakan surat tawaran jika tuntutan anda lulus. Namun begitu, mereka akan menghantar surat pemberitahuan jika tuntutan korang tidak berjaya dalam masa 4-6 bulan. Jika tuntutan insuran berjaya, korang perlu menyediakan dokumen-dokumen berikut:

  1. Surat persetujuan tawaran (dilampirkan bersama surat tawaran)
  2. Borang JPJ TM-AB (salinan kad pengenalan yang dicop sumpah dan disahkan oleh pegawai JPJ)
  3. Borang JPJ K3 (2 keping) dan Borang JPJ K8 (1 keping)
  4. Kunci pelepasan oleh syarikat sewa beli jika pinjaman sudah tamat
  5. Kunci kenderaan (surat pemberitahuan jika kunci hilang)
  6. Kad Pendaftaran Kenderaan Asal (Geran)

Proses claim insuran motosikal hilang selesai apabila korang menerima bayaran oleh syarikat insuran.

Cara Claim Insuran Kereta (Kemalangan Sendiri)

Terdapat dua jenis claim kemalangan kereta iaitu claim insuran kereta kemalangan atau kerosakan sendiri dan claim kerosakan pihak ketiga. Untuk pengetahuan korang, jika pemilik kenderaan menggunakan atau membeli insuran komprehensif atau nama lainnya adalah insuran first party maka mereka boleh membuat claim insuran kereta untuk kemalangan sendiri. Namun begitu, jika korang membuat claim insuran kemalangan sendiri, korang akan kehilangan diskaun tiada tuntutan (NCD).
Berikut merupakan cara claim insuran kereta kemalangan sendiri:

  1. Maklumkan terus ke syarikat insuran korang apabila kereta terlibat kemalangan.
  2. Hantar kenderaan ke bengkel yang diiktiraf oleh syarikat insuran.
  3. Isi borang laporan kemalangan motor dan sertakan dokumen yang berkaitan semasa hendak menghantar kereta ke bengkel.
  4. Kereta korang akan dibaik pulih selepas syarikat insuran menerima dokumen daripada korang.
  5. Syarikat insuran akan menghubungi korang apabila proses baik pulih kenderaan selesai.

Jenis Tuntutan Terhadap Kenderaan di Syarikat Insurans

Kalau korang dah ambil dan memiliki insurans dengan mana-mana syarikat insurans, korang kena tahu jenis-jenis tuntutan yang ada supaya senang nak claim bila terjadi apa-apa musibah nanti. Secara amnya, terdapat 2 jenis tuntutan yang selalunya diclaim oleh pelanggan insurans seperti tuntutan perlindungan komprehensif dan tuntutan perlindungan pihak ketiga. Di bawah, kami bantu korang menunjukkan jenis tuntutan yang boleh dibuat di syarikat insurans.

Perlindungan Komprehensif (First Party)

Jenis tuntutan yang korang boleh tuntut adalah insurans motosikal first party atau pun yang korang kenali sebagai insurans komprehensif. Insurans komprehensif adalah insurans yang memberi perlindungan menyeluruh kepada korang dan kenderaan korang. Jadi kalau korang terlibat dengan kemalangan ataupun kenderaan korang mengalami kerosakan, pihak insurans akan tolong korang terus. Perkara yang boleh korang tuntut daripada syarikat insurans adalah;

Tuntutan “Kerosakan Sendiri”

  • Jika kemalangan berpunca daripada kesalahan korang sendiri, korang kena buat tuntutan “Kerosakan Sendiri”.
  • Contoh kesalahan yang berpunca daripada diri korang sendiri adalah korang memandu kereta sehingga melanggar tembok rumah.

Tuntutan “Kerosakan Sendiri Knock for Knock”

  • Jika kemalangan yang berlaku bukan daripada kesalahan pihak korang, korang kena buat tuntutan “Kerosakan Sendiri Knock for Knock” (bukan tuntutan pihak ketiga).
  • Kalau korang buat tuntutan ni, korang tidak akan kehilangan kelayakan Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD).
  • Tuntutan juga akan diselesaikan dengan lebih cepat
  • Korang boleh tuntut ekses dan CART (Compensation for Assessed Repair Time) daripada syarikat insurans pihak lain di kemudian hari

Perlindungan Pihak Ketiga (third party)

Tuntutan lain yang boleh korang claim dengan syarikat insurans adalah tuntutan kerosakan harta pihak ketiga. Perkara-perkara yang boleh korang tuntut adalah;

Tuntutan Kerosakan harta pihak ketiga

  • Kerosakan pada kereta atau harta benda korang akibat kemalangan jalan raya yang berpunca angkara pihak lain
  • Korang boleh tuntut insurans ni kalau korang menghadapi kerugian kewangan seperti CART, ekses

Maklumat penting mengenai CART atau pampasan untuk tempoh pembaikan yang dianggarkan. Kalau korang nak tuntut daripada syarikat insurans lain, korang kena tahu yang amaun yang perlu dibayar oleh syarikat insurans pihak lain adalah mengikut bilangan hari yang diperlukan untuk membaiki kereta korang seperti yang ditafsirkan oleh adjuster (bukan bilangan hari kereta korang ada di bengkel. So, jangan salah faham ya.

Nota tambahan: Untuk mengelakkan tuntutan korang ditolak, korang kena maklumkan kepada syarikat insurans korang dalam tempoh tujuh hari dari tarikh kemalangan. Selain itu, pastikan dokumen yang diperlukan syarikat insurans korang lengkap sepenuhnya. Korang kena pastikan juga kereta persendirian korang tidak digunakan untuk sewaan atau mengangkut barang bagi tujuan perniagaan.

Nilai Pampasan

Untuk menentukan kadar pampasan, terdapat dua alternatif digunakan iaitu Sistem Sivil dan Diyat. Selalunya kadar pampasan mengikut sistem Sivil iaitu yang ditetapkan oleh mahkamah atau pihak insurans jauh lebih rendah berbanding kadar pampasan yang ditetapkan sistem diyat. Lazimnya, mahkamah akan merujuk kepada Ikhtisar Kecederaan Diri atau lebih dikenali sebagai Compendium of Personal Injury Awards untuk menentukan nilai pampasan yang akan diberikan kepada mangsa. Jadi, untuk memberikan pampasan kepada pihak yang menuntut, pihak insurans mengambil kira beberapa kriteria tertentu seperti;

Umur

Mereka juga akan mengambil kira umur orang yang menuntut sama ada mereka kanak-kanak, remaja atau orang dewasa. Ini termasuk juga, individu yang berada dalam kemuncak kehidupan mereka.

Jantina

Sama ada orang yang buat tuntutan adalah lelaki atau perempuan

Status

  • Sama ada individuu tersebut telah berkahwin ataupun belum
  • Mahkamah akan melihat sejauh mana kecederaan boleh bagi kesan kepada prospek perkahwinan
  • Sebagai contoh (kecederaan kepada organ seksual)
  • Jika individu itu sudah berkahwin, mahkamah akan mengambil kira berapa jumlah anak yang dia ada

Nota tambahan: kriteria-kriteria lain adalah mengikut jenis kecederaan yang dihadapi oleh individu tersebut. Sebagai contoh, kalau kaki korang kena potong selepas kemalangan, mahkamah akan ambil kira sama ada pemotongan itu mempengaruhi sfat kerja atau pekerjaan individu itu atau tidak.

Contoh nilai pampasan:

Kalau korang nak tahu nilai pampasan yang akan korang dapat adalah mengikut jenis dan lingkungan anggota badan sebab setiap anggota badan mempunyai lingkungan harga yang berbeza. Di bawah, kami senaraikan contoh nilai pampasan bagi kecederaan yang melibatkan kaki yang diambil dari Compendium of Personal Injury Awards.

Pampasan kemalangan yang melibatkan anggota kaki

Bagi kecederaan yang melibatkan kaki, harga untuk setiap bahagian kaki yang cedera adalah berlainan. Kecederaan di bahagian kaki amat berbahaya untuk mangsa kerana ia akan membawa kepada kesan yang lebih besar seperti ketidakstabilan sewaktu berdiri.

Di bawah kami menyediakan contoh nilai tuntutan yang melibatkan kaki berdasarkan daripada Compendium of Personal Injury Awards supaya korang boleh rujuk dan tahu nilai tuntutan yang akan diperoleh.

Contoh nilai pampasan
Source from Compendium of Personal Injury Awards

Cara Mengemukakan Aduan dan Penyelesaian yang Disediakan Dalam Insuran

Apabila korang terlibat dalam kemalangan jalan raya, korang boleh membuat tuntutan kepada syarikat insuran kenderaan. Cara dia mudah je tau, jadi korang jangan risau kalau nak buat tuntutan nanti. Berikut adalah cara untuk korang mengemukakan aduan apabila berlakunya kemalangan:

Prosedur Kes Kemalangan

Bagi kes kemalangan, korang perlu segera melaporkan kepada syarikat insuran korang untuk tindakan selanjutnya. Dengan membuat laporan segera, ia akan membantu syarikat insuran untuk menyelesaikan tuntutan dan aduan korang dengan lepas cepat. Pegawai insuran akan memberi nasihat tentang langkah seterusnya yang perlu korang lakukan.
Berikut merupakan dokumen dan maklumat yang perlu korang sediakan ketika membuat aduan kes kemalangan:

  • Maklumat polisi insuran kenderaan
  • Maklumat tentang kemalangan (tarikh, lokasi, kerosakan yang berlaku dan maklumat lain yang berkaitan)
  • Butiran atau dokumen sokongan yang menjelaskan tentang kemalangan atau kerosakan yang ingin korang tuntut
  • Maklumat tambahan seperti maklumat pihak ketiga, maklumat saksi, jenis kenderaan yang terlibat dan lain-lain.

Penyelesaian yang disediakan oleh syarikat insuran adalah seperti berikut:

1. Permulaan

Pegawai insuran akan menghubungi korang untuk mendapatkan maklumat berkenaan kerugian yang korang hadapi, menerangkan tentang perlindungan insuran korang dan bagaimana aduan dan tuntutan korang dikendalikan. Pegawai kemudian akan menjadualkan temujanji dengan korang jika diperlukan.

2. Proses

Seterusnya, pegawai insuran akan menentukan sama ada kerugian korang akan dilindungi, mengumpul fakta, menyiasat dan mendokumenkan kerosakan serta menemubul saksi yang terlibat. Gambar dan sampel akan diambil jika perlu untuk menilai aduan dan tuntutan korang.

3. Resolusi

Akhir sekali, pihak insuran akan menentukan jika aduan dan tuntutan korang diluluskan atau tidak. Mereka akan menjelaskan sebab jika tuntutan korang gagal. Setelah bayaran dibuat atas tuntutan aduan korang, tuntutan tersebut akan ditutup. Jika korang meragui atau mempunyai masalah, korang boleh menghubungi pihak insuran untuk membuka semula fail aduan dan tuntutal dan siasatan lanjut akan dijalankan.

Sekarang korang semua dah tahu kan cara-cara nak claim insurans dengan syarikat insurans korang kan. Kalau korang ada pertanyaan, korang boleh menghubungi syarikat insurans korang dan pihak insurans akan membantu korang. Bukan itu sahaja, korang kena ambik tahu jugak berapa nilai pampasan yang korang boleh dapat supaya nilai yang korang dapat setimpal dengan keadaan korang apabila ditimpa musibah. Mungkin nilai tu tak mampu nak kembalikan kesihatan atau memulihkan kecederaan serius korang, tetapi korang perlukan wang itu untuk membiayai perubatan atau meneruskan hidup korang nanti. Kalau korang ingin mendapatkan perlindungan yang terbaik untuk diri korang daripada sebarang musibah atau kemalangan, korang boleh melayari laman Qoala App untuk mendapatkan insurans kemalangan yang terbaik. Percayakan kami untuk membantu korang menawarkan perlindungan daripada syarikat insurans yang terbaik di Malaysia.

Bagikan ke Teman:
Ramen Hasniran
I am a Marketer specialising in Social Media Marketing (Content Creation and Management) with over 8 years of experience. I have developed the skills set in areas such as Website Management (Content Creation and Front End Management), Ecommerce, Digital Advertising (Social and Display) and influencers Marketing (KOLs and Celebrities) over the years.
Dapatkan Insurans Kereta Murah Sekarang! 🚗