Insuran Motor: Definisi, Jenis, Produk, Manfaat, Cara Kira dan Cara Claim

Artikel ini terakhir diperbarui June 25, 2021 by Yahya Kus Handoyo
Insuran Motor: Definisi, Jenis, Produk, Manfaat, Cara Kira dan Cara Claim
Photo credit: YongL - www.yongl.my via Shutterstock
Bagikan ke Teman:

Korang tahu tak yang Malaysia telah merekodkan jumlah kenderaan bermotor sebanyak 32.3juta sehingga hujung Disember 2019 dan secara logiknya jumlah pemandu kenderaan bermotor juga meningkat seiring dengan peningkatan kenderaan. Bukan itu sahaja, kalau korang rajin menonton berita, korang mesti tahu yang peningkatan ini menyebabkan kadar kemalangan negara terus meningkat dari tahun ke tahun. Jadi, apa yang perlu korang buat kalau korang dalam situasi kemalangan dan banyak kos yang perlu dibayar? Oleh itu, kami amat menyarankan korang terutamanya yang mempunyai kenderaan bermotor untuk membeli insurans motor sebagai perlindungan diri dan keluarga. Korang kena ada kesedaran daripada sekarang tentang betapa pentingnya insuran dalam hidup korang.

Apa Itu Insuran Motor?

Apa yang korang tahu tentang insurans motor? Untuk pengetahuan korang, di negara Malaysia khususnya, terdapat beberapa jenis insurans yang telah ditentukan oleh Bank Negara Malaysia seperti insurans hayat dan keluarga, insurans perjalanan, insurans pendidikan, insurans kenderaan dan sebagainya. Harini kami ingin mengajak korang untuk ambil tahu tentang kepentingan dan manfaat yang korang boleh dapat daripada insurans motor.

Secara umumnya, insurans motor adalah insurans yang korang boleh beli kalau korang ada kenderaan bermotor. Apa fungsi insurans motor? Korang kena tahu yang insurans motor ni boleh bertindak ebagai salah satu alat pelindungan diri dan keluarga korang. Dalam erti kata lain, kalau kenderaan bermotor korang terlibat dengan dengan kemalangan, kebakaran, kecurian atau apa-apa sahaja kerosakan yang boleh berlaku, pihak insurans boleh lindung korang. Tengoklah betapa pentingnya insurans motor ni. Bukan itu sahaja, insurans juga memainkan peranan untuk melindungi pihak ketiga sekiranya terjadi apa-apa kecelakaan yang boleh melibatkan kos-kos yang tinggi.

Jenis Insuran Motor

insuran motor
Photo credit: YongL via Shutterstock

Insurans kenderaan sama ada motosikal atau kenderaan ada 3 jenis yang boleh korang pilih mengikut keselesaan dan kedudukan kewangan korang. Setiap jenis insurans ni berbeza antara satu sama lain, contoh insurans motor yang ada ialah insurans pihak ketiga, insurans pihak ketiga ( kebakaran dan kecurian) dan insurans komprehensif.

Insurans pihak ketiga

Insurans pihak ketiga membantu melindungi korang daripada tuntutan pihak ketiga daripada sebarang kemalangan atau kecurian yang disebabkan oleh kenderaan korang. Insuran ini adalah insuran asas yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat insuran dan paling menarik korang hanya perlu bayar premium yang lebih rendah berbanding polisi insuran yang lain.

Insurans pihak ketiga, kebakaran dan kecurian

Insurans jenis ini pula melindungi korang lebih daripada sekadar tuntutan pihak ketiga seperti yang ditawarkan dalam insurans pihak ketiga. Dalam erti kata lain, insurans ini bukan sahaja bagi perlindungan terhadap kenderaan pihak ketiga daripada sebarang kebakaran dan kecurian, tetapi kenderaan korang sendiri akan dilindungi oleh insurans kalau berlaku sebarang kerosakan atau kerugian yang berlaku disebabkan oleh kebakaran dan kecurian.

Insurans komprehensif

Kalau insurans jenis ini pula, dia menawarkan perlindungan yang lebih menyeluruh kepada korang sebagai pengguna kenderaan bermotor. Insurans ini meliputi kecurian, kebakaran, kehilangan, kerosakan yang berlaku disebabkan oleh kemalangan kenderaan atau harta benda pihak yang ketiga. Insurans komprehensif bukan sahaja akan melindungi pihak ketiga daripada sebarang kecederaan, kerugian atau kerosakan pada kenderaan, tetapi juga melindungi korang daripada sebarang kecederaan dan kerosakan pada kenderaan. Mesti korang tertanya apa beza insurans komprehensif dengan insurans pihak ketiga, kebakaran dan kecurian. Jadi, kalau insurans komprehensif, insurans akan lindung lebih daripada sekadar kebakaran dan kecurian. Kalau korang ambil insurans ini, korang kena bayar premium lebih tinggi. berbanding polisi-polisi insuran yang lain.

Senarai Insuran Motor dan Manfaat yang Diberikan

Pada zaman moden dan canggih ini, produk-produk insurans bukan lagi satu kehendak tetapi sudah menjadi satu keperluan buat korang semua. Setiap pelan insurans yang dibeli sudah pasti memberi manfaat dekat korang, begitu juga dengan insurans motor. Jadi, kepada pengguna-pengguna kenderaan bermotor di luar sana adalah amat digalakkan untuk ambil insurans. Sebab apa? Sebab insurans boleh tolong korang bila ditimpa kemalangan atau kecelakaan. Di bawah ada senarai-senarai syarikat insurans dan manfaat utama yang korang dapat kalau beli daripada syarikat insurans tersebut.

Pacific & Orient Insurance Co.Berhad

Bagi korang yang ingin membeli insurans melalui syarikat Pacific & Orient Insurance Co.Berhad, mereka ada menawarkan tiga pelan insurans motosikal iaitu Insurans Kekurangan Kredit, Insurans Komprehensif dan Insurans Pihak Ketiga. Untuk korang yang ada kereta, pelan yang ditawarkan adalah Insurans Kekurangan Kredit, Insurans Komprehensif dan Insurans Kebakaran & Kecurian Pihak Ketiga. Manfaat yang akan korang dapat daripada pelan insurans daripada Pacific & Orient Insurance Co Berhad ialah korang akan mendapat insentif. Untuk apa insentif ni? Insentif ini adalah salah satu cara nak menerapkan tabiat memandu dengan selamat dalam kalangan pemandu. Korang jangan risau mengenai harga sebab harganya lebih kompetitif di mana korang boleh buat perbandingan di antara pelan yang sesuai dengan kemahuan dan kehendak korang.

Etiqa

Syarikat Etiqa pula menawarkan pelan Insurans Komprehensif Motosikal yang memberi perlindungan menyeluruh kepada pengguna sekiranya berlaku kerosakan pada kenderaan, kehilangan dan perlindungan tambahan sekiranya berlaku kemalangan diri. Banyak manfaat utama yang ditawarkan oleh Etiqa iaitu bagi permohonan insurans secara online, pengguna akan mendapat rebat 10%. Bukan itu sahaja, Etiqa juga menawarkan perlindungan untuk pihak ketiga sekiranya pihak ketiga mengalami kecederaan, kematian atau kerosakan kenderaan. Bagi kereta pula, Etiqa menawarkan pelan Insurans Kereta Komprehensif yang memberi manfaat perlindungan kepada semua pemandu (yang dibenarkan oleh pemilik kenderaa) tanpa sebarang tambahan bayaran premium.

Zurich Malaysia

Kalau korang nak ambil insurans daripada syarikat Zurich Malaysia, korang boleh baca manfaat-manfaat yang mereka sediakan. Sebagai contoh, Zurich menawarkan insurans motor yang merangkumi kereta persendirian, motosikal dan kenderaan komersial. Polisi insurans motor yang dikeluarkan Zurich adalah untuk memberi perlindungan sekiranya berlaku kecederaan dan kematian kepada pihak ketiga, kerugian atau kerosakan harta benda pihak ketiga dan memberi perlindungan atas kerugian atau kerosakan kenderaan korang yang diakibatkan oleh kebakaran, kecurian atau kemalangan. Korang juga boleh dapat perlindungan tambahan seperti perlindungan kerosakan cermin hadapan dan perlindungan liabiliti penumpang, tapi ada bayaran lain untuk perlindungan tambahan. Contoh pelan-pelan yang korang boleh pertimbangkan ialah Z-Drive Assist, Z-Driver dan Z-Rider.

Senarai Syarikat Insurans dan Produk yang Ditawarkan

Dekat Malaysia banyak syarikat insurans yang korang boleh pilih untuk dapatkan perlindungan. Korang cuma kena rajin membaca tentang syarikat insurans dan apa pelan yang mereka tawarkan supaya senang bila korang nak beli insurans nanti. Kami ada senaraikan contoh-contoh syarikat insurans dan produk yang mereka tawarkan tetapi untuk mengetahui lebih lanjut, korang kena baca polisi yang dikeluarkan setiap syarikat insurans ya.

Pacific & Orient Co Insurance Berhad

Syarikat pertama yang korang boleh pertimbangkan ialah Pacific & Orient Co Insurance Berhad.

  • Insurans Kekurangan Kredit

Manfaat utama Insurans Kekurangan Kredit adalah mereka akan menyediakan bayaran ganti kalau deposit yang korang insuranskan hilang dengan kadar maksimum 10%.

  • Insurans Komprehensif

Insurans ini pula boleh melindungi korang secara menyeluruh merangkumi kehilangan atau kerosakan pada kenderaan akibat perlanggaran secara tidak sengaja. Bukan itu sahaja, paling menarik ialah syarikat ini menyediakan amaun tanpa had sekiranya pihak ketiga mengalami kecederaan tubuh atau kematian. Jadi korang jangan panik kalau terlanggar atau berlaku kerosakan pada kenderaan orang lain disebabkan anda.

  • Insurans Pihak Ketiga

Bagi korang yang ingin membeli pelan ini, syarikat insurans akan membayar segala kerosakan kenderaan atau harta benda pihak ketiga sekiranya berlaku kemalangan. Bukan itu sahaja, kalau korang didapati perlu bertanggungjwab atas kecederaan atau kematian pihak ketiga, pelan ini akan melindungi dan membantu korang, jadi korang jangan risau.

  • Insurans Kebakaran & Kecurian Pihak Ketiga

Pelan ini juga menarik untuk korang beli, sebabnya pelan ini merangkumi semua kerugian atau kerosakan yang berlaku pada kenderaan kesan daripada kebakaran, kecurian atau pecah masuk. Syarikat Pacific & Orient Co Insurance Berhad akan menawarkan maksimum RM2000 untuk sebarang kos pembelaan atau perundangan kalau korang terpaksa naik turun mahkamah dan amaun tanpa had juga disediakan buat pihak ketiga kalau berlaku sebarang kecederaan tubuh atau kematian.

Etiqa

Etiqa juga merupakan salah satu syarikat yang korang boleh pertimbangkan bila nak beli insurans. Korang mesti tahu syarikat Etiqa kan sebab syarikat ni merupakan syarikat yang terkemuka di Malaysia, jadi jangan ragu-ragu kalau nak dapatkan insurans motor.

  • Insurans Komprehensif Motosikal

Untuk penunggang motosikal, korang boleh beli pelan ini sebab banyak memberi manfaat dekat korang. Yang pertama, korang akan dapat rebat 10% tetapi korang kena mohon secara atas talian. Pelan ini akan memberikan perlindungan dekat korang sekiranya berlaku kemalangan, kecurian atau kebakaran yang melibatkan motosikal. Selain itu, kalau ada pihak ketiga terlibat dengan kemalangan yang disebabkan oleh korang, insurans ini akan lindungi pihak ketiga.

  • Insurans Kereta Komprehensif

Bagi korang yang ingin membeli insurans kereta komprehensif, korang akan mendapat manfaat utama seperti perlindungan kepada semua pemandu dan korang tidak perlu bayar sebarang premium tambahan. Seterusnya, untuk kalau korang dah berusia 21 tahun ke atas, korang boleh membuat tuntutan insurans tanpa sekatan oleh pihak syarikat dan paling penting, kalau berlaku kecemasan masa korang memandu, korang boleh hubungi talian Claims Careline sebab Etiqa akan beri bantuan kecemasan 24 jam di atas jalan raya.

Zurich

Korang mesti pernah dengar syarikat Zurich kan. Zurich juga merupakan salah satu syarikat yang menawarkan pelbagai insurans untuk korang beli. Contoh-contoh pelan yang ada untuk insurans motor telah kami sediakan di bawah.

  • Z-Drive Assist

Z-drive Assist selalunya pelan insurans untuk korang yang ada kereta. Pelan ini memberi perlindungan kepada korang sekiranya berlaku kematian yang disebabkan kemalangan, hilang upaya kekal dan pelan ini akan bantu bayar perbelanjaan perubatan dan bayaran harian hospital korang. Selain itu, korang akan mendapat manfaat bantuan tunda kereta dan kalau kereta korang rosak atau sedang dibaiki, Zurich menawarkan perkhidmatan kereta atau “courtesy car” untuk korang gunakan. Bukan itu sahaja, korang boleh membeli perlindungan tambahan lain yang ditawarkan Zurich seperti perlindungan penjagaan denggi.

  • Z-Driver

Zurich juga menawarkan pelan motor asas buat korang iaitu pelan Z-Driver yang didatangkan dengan perlindungan yang lebih baik dan manfaat yang lebih banyak. Kalau kenderaan korang rosak, pelan ini memberi perlindungan kepada korang daripada kenaikan kos alat ganti. Beban korang juga dapat dikurangkan kerana Zurich membantu menggantikan bahagian kenderaan yang telah rosak dengan bahagian yang asli tanpa sebarang bayaran tambahan dikenakan ke atas korang. Bukan itu sahaja, dengan perlindungan ini korang akan mendapat bayaran sebanyak RM 5000 sekiranya kereta korang ditunda.

  • Z-Rider

Untuk pengguna motosikal, korang boleh ambil pelan Z-Rider yang ditawarkan Zurich. Pelan ini ditawarkan dengan premium yang lebih rendah supaya korang dapat menikmati insurans yang berpatutan. Jadi jangan tunggu lama-lama, dapatkan insurans daripada syarikat Zurich sekarang.

Cara Membeli dan Memperbaharui Insuran Motor

Bagi korang yang tidak tahu cara untuk membeli atau memperbaharui insurans motor, korang jangan risau sebab prosesnya amat mudah. Dengan hanya menggunakan hujung jari, korang boleh terus beli dan perbaharui insurans korang. Bukan itu sahaja, di dalam industri yang berkembang pesat ini, korang boleh tengok banyak syarikat insurans bersaing sengit mendapatkan pelanggan sebab itulah kadangkala korang akan mendapat panggilan daripada ejen-ejen syarikat insurans. Diaorang bukan “scammer” yang seperti korang fikirkan, mereka adalah ejen yang ada ilmu tentang insurans. Di bawah kami ada sertakan cara atau perantara yang boleh korang guna untuk beli insurans.

MyEG

Pada zaman pasca teknologi ini, syarikat-syarikat insurans telah banyak menawarkan cara yang mudah dan pantas untuk korang beli dan memperbaharui lesen. Cara yang pertama adalah melalui MyEG yang bertindak sebagai ejen yang menawarkan insurans dari syarikat AIG, Zurich, Etiqa Takaful dan Berjaya Sompo Insurance. Kalau korang beli melalui MyEG korang boleh jimatkan masa dan tenaga sebab korang tidak perlu keluar dari rumah untuk membeli dan memperbaharui insurans.

PEJABAT POS

Cara yang kedua yang korang boleh guna adalah melalui pembelian di pejabat pos. Tapi kalau beli melalui pos, korang tidak akan mendapat sebarang diskaun. Zaman sekarang, ramai gunakan pos untuk memperbaharui insurans kerana kerana pejabat pos berada di pelbagai tempat yang mudahkan korang untuk memperbaharui lesen. Tapi kalau korang ingin bertanya lebih lanjut mengenai insurans, tidak digalakkan membeli di pejabat pos kerana kebanyakan pekerja kurang arif tentang insurans.

SYARIKAT INSURANS

Selain itu, korang boleh terus membeli dan memperbaharui insuran di syarikat insurans yang berdekatan dengan rumah korang. Kalau korang membeli insurans melalui syarikat insurans, korang boleh menikmati 10% diskaun dan rebat sebanyak 15%. Kalau korang banyak pertanyaan mengenai insurans, cara ini adalah yang terbaik korang boleh gunakan. Namun, pembaharuan insurans melalui syarikat insurans memakan masa kerana tidak semua tempat mempunyai syarikat insurans dan mungkin syarikat insurans berada jauh daripada rumah korang.

ROADTAX2U.COM

Terdapat juga laman sesawang yang menawarkan kemudahan memperbaharui lesen seperti laman web roadtax2u.com. Untuk pembaharuan insurans motor melalui roadtax2u.com, ada beberapa syarat yang dikenakan iaitu mereka hanya boleh membuat insurans untuk motor 1000cc ke bawah. Selain itu, untuk insuran motor first party, mereka hanya melakukan insurans motor terhad kepada 120cc hingga 1000cc dan usia motor mestilah tidak melebihi 15 tahun. Untuk insuran motor 3rd party pula, mereka membantu membuat insurans untuk semua jenis motor yang mempunyai 249cc ke bawah. Korang tidak perlu tunjuk sebarang dokumen sewaktu membeli atau memperbaharui insurans. Tetapi kalau korang memerlukan insurans sekali dengan cukai jalan dengan kadar segera, tidak disarankan membeli melalui roadtax2u.com sebab penerimaan roadtax adalah selepas 2 ke 5 hari bekerja.

Harga Insuran Motor

Harga insurans motor adalah berbeza dari semasa ke semasa dan korang kena buat semakan harga dahulu sebelum pergi beli atau memperbaharui insurans. Masa korang memperbaharui insurans, korang kena memperbaharui roadtax sekali, jadi di bawah kami sertakan harga insurans motor termasuk harga cukai jalan.

Sebelum itu, korang kena tahu harga-harga cukai jalan dahulu di mana ianya terbahagi kepada enam kategori:

  • O hingga 150 cc adalah RM2
  • 151 hingga 200 adalah RM30
  • 201 hingga 250 cc adalah RM30
  • 251 hingga 500 cc adalah RM100
  • 501 hingga 800 cc adalah RM250
  • 801 cc dan ke atas adalah RM350

Insurans Motor First Party

Bagi pembelian secara online di laman-laman web yang menawarkan perkhidmatan insurans motor seperti roadtax2u.com, jumlah harga yang perlu korang bayar untuk memperbaharui insurans dan cukai jalan untuk first party berserta dengan caj penghantaran khususnya bagi motor 250cc ke bawah adalah dibawah RM300. Untuk pengetahuan korang, first party adalah polisi yang hanya melindungi motor sahaja apabila ditimpa kemalangan, kebakaran atau kecurian. Kalau korang nak insurans yang lindung diri korang jugak, korang kena ambil Personal Accident (PA).

Insurans Motor 3rd Party

Bagi 3rd party pula, polisi ini hanya melindungi pihak orang dan kenderaan yang korang langgar sahaja. Kalau korang terlibat dengan kemalangan, kebakaran atau kecurian, korang tidak akan mendapat sebarang pampasan daripada insurans ini. Melalui laman web roadtax2u.com harga memperbaharui insurans dan cukai jalan adalah mengikut kaedah “flat rate” untuk insurans, roadtax dan caj penghantaran. Untuk motor cc70 ke cc110 harga adalah sebanyak RM127. Untuk CC111 ke CC130 harga adalah sebanyak RM137. Harga RM147 adalah untuk CC131 hingga ke CC150 dan untuk CC151 hingga CC249, harga insurans adalah sebanyak RM157.

Nota Tambahan: Bagi korang yang mempunyai motosikal jenis LC135 yang mempunyai cc135 dan ingin mengetahui harga insurans, di sini kami sertakan harga insurans LC135. Kalau motosikal korang dah berumur 2 tahun dan mempunyai perlindungan single rider, harga insurans adalah sebanyak RM170. Selain itu, bagi korang yang mempunyai motosikal LC135 normal, harga insurans adalah RM233 dan LC135 class adalah sebanyak RM240.

Cara Kira Insuran Motor

Kadar insurans selalunya ditentukan sendiri oleh syarikat-syarikat insurans walaupun kenderaan korang adalah model yang sama. Jadi, korang boleh buat perbandingan kadar insurans antara syarikat-syarikat insurans sebelum memutuskan untuk memilih insurans.

Untuk mengira insurans motor yang perlu korang bayar, setiap syarikat insurans ada menyediakan kalkulator untuk mengira jumlah insuran motor korang. Korang boleh masukkan maklumat kenderaan seperti model motosikal, tahun motosikal, jenis motosikal dan lokasi korang sekarang. Sebagai contoh, motosikal yang korang insuranskan pada nilai RM50,000, korang perlu bayar sebanyak RM1,715 untuk insurans tahunan komprehensif.

Sekiranya korang memperbaharui insurans motor secara atas talian, korang akan mendapat diskaun sebanyak 10%. Jadi adalah lebih baik kalau korang daftar secara atas talian berbanding membeli dari agen insurans untuk mendapat harga yang lebih murah.

Perkara yang Tak Dilindungi Insuran Motor

Apabila korang sudah mempunyai insurans motor, korang mungkin beranggapan korang boleh membuat semua tuntutan atas perkara yang tidak diingini. Tetapi, secara realitinya korang kena tahu tidak semua perkara yang menyebabkan kerosakan kepada motosikal akan dilindung oleh insurans.

Yang pertama, insurans tidak akan memberi pampasan atas kerosakan atau kecurian motosikal korang sekiranya ia ditunggang oleh orang lain dan bukan korang sendiri. Selain itu, kalau sebarang aksesori motor korang hilang, insurans tidak akan bertanggungjawab untuk memberi pampasan kepada korang. Bagi yang suka mengembara atau berkonvoi sehingga ke luar negara dan kemalangan berlaku di luar negara, insurans tidak akan memberi pampasan kemalangan kepada korang kerana polisi insurans yang ditawarkan hanya untuk melindungi korang di dalam negara sahaja. Namun, korang haruslah membaca polisi yang ditawarkan oleh setiap syarikat insurans untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tuntutan dan di bawah kami ada sertakan contoh polisi syarikat insurans.

ZURICH

Di bawah polisi insurans motor Zurich, terdapat beberapa kerugian yang tidak dilindungi oleh syarikat insurans tersebut seperti kematian diri sendiri atau kecederaan anggota badan yang disebabkan oleh kemalangan motor. Selain itu, syarikat ini tidak membolehkan sebarang tuntutan dibuat atas penumpang kenderaan anda. Selain itu, sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh bencana alam semulajadi seperti banjir, ribut dan tanah runtuh juga tidak akan dilindungi oleh syarikat insurans Zurich. Pengguna yang didapati di bawah pengaruh dadah atau alkohol atau melakukan kegiatan haram tidak akan dilindungi oleh sebarang pelan insurans. Senarai-senarai ini adalah tidak terhad di mana pengguna perlu merujuk semua pengecualian yang dinyatakan di dalam polisi.

Pacific & Orient Co Insurance Berhad

Di dalam polisi insurans kereta yang dikeluarkan oleh syarikat Pacific & Orient Co Insurance Berhad, terdapat 3 seksyen yang menerangkan tentang pengecualian perlindungan oleh syarikat insurans ini iaitu di dalam seksyen A1b, Section B1b dan Section D. Contoh pelindungan yang dikenakan pengecualian ialah kerugian atau kerosakan yang berlaku akibat banjir atau kilat, tetapi sekiranya pembeli sanggup membayar premium tambahan, syarikat insurans boleh melindungi anda daripada sebarang kecederaan akibat banjir dan kilat. Bukan itu sahaja, mereka juga tidak melindungi sebarang kecederaan yang berpunca daripada aktiviti berkaitan mogok, rusuhan atau kekecohan awam.

Cara Claim Insuran Motor

Tuntutan Daripada Syarikat Insurans Sendiri

Terdapat dua perkara yang boleh dituntut oleh pengguna terhadap syarikat insuransnya sendiri iaitu jika kemalangan berpunca daripada kesalahan yang anda sendiri lakukan, anda mestilah membuat tuntutan “Kerosakan sendiri” kepada syarikat insurans. Namun, jika kemalangan bukan berpunca daripada kesalahan anda, anda boleh membuat tuntutan “Kerosakan Sendiri Knock-for-Knock”. Tuntutan “Knock-for-Knock” boleh memberi manfaat kepada pengguna di mana ia boleh menjimatkan masa kerana tuntutan diselesaikan dengan lebih cepat. Manfaat kedua adalah anda tidak akan kehilangan Diskaun Tanpa Tuntutan dan boleh menuntut ekses daripada syarikat insurans yang lain.

Untuk membuat tuntutan, anda mesti mengemukakan beberapa dokumen penting kepada syarikat insurans anda seperti:

  • borang tuntutan yang lengkap
  • salinan asal laporan polis
  • salinan kad pengenalan dan lesen memandu pemegang polisi dan pemandu
  • Selain itu, anda mesti menyertakan salinan sijil pemilikan kenderaan
  • Ambil gambar kejadian kemalangan dan gambar kerosakan pada kenderaan anda
  • Akhir sekali, bawa sekali dokumen polis yang menyatakan pihak mana yang di kompaun bagi kesalahan jalan raya tersebut.

Tuntutan Kerosakan Harta Pihak Ketiga

Anda juga boleh membuat tuntutan kerosakan harta pihak ketiga sekiranya kerosakan pada kereta atau harta anda sendiri adalah akibat kemalangan yang berpunca daripada kesalahan pihak lain dan anda mestilah mengalami kerugian kewangan seperti CART (compensation assess repair time).

Bagi membuat tuntutan kerosakan pihak ketiga adalah seperti:

  1. Pertama anda mestilah menghantar kenderaan yang telah rosak ke bengkel panel syarikat insurans
  2. Melantik penyelaras insurans untuk mengukur kos kerosakan kereta.
  3. Anda perlu menyediakan dokumen kepada syarikat insurans pihak lain seperti: salinan asal laporan polis dan
    salinan kad pengenalan dan lesen memandu pemegang polisi dan juga pemandu.
  4. Anda juga perlu mengemukakan salinan sijil pemilikan kenderaan, laporan ajuster, bil kos pembaikan kereta, gambar sewaktu kejadian kemalangan dan dokumen polis tentang kenyataan kompaun bagi kesalahan jalan raya.

Takaful Insuran Motor

Insurans takaful adalah insurans yang berasaskan undang-undang syariah yang menerangkan bagaimana setiap individu berjanji untuk melindungi antara satu sama lain sewaktu awal pembelian insurans takaful.

Perbedaan antara takaful dan insurans konvensional

Perbedaan takaful dan insurans konvensional
Sumber gambar: Qoala Insurtech

Senarai Syarikat Takaful Terbaik di Malaysia

  • Etiqa Takaful Sdn Bhd
  • Syarikat Takaful Malaysia Berhad’
  • Takaful Ikhlas Sdn Bhd
  • HSBC Amanah Takaful Malaysia Sdn Bhd
  • Zurich Takaful Berhad
  • CIMB Takaful Berhad

Sekarang korang dah tahu dengan lebih lanjut mengenai insurans motor, jadi korang boleh membuat pilihan bijak dengan membuat pertimbangan antara-antara syarikat insurans yang berada di Malaysia. Dapatkan perlindungan segera dengan membeli insurans motor agar keselamatan anda dan orang yang tersayang terjamin. Jangan lupa membeli produk insurans hanya di Qoala App!

Bagikan ke Teman:
Ramen Hasniran
I am a Marketer specialising in Social Media Marketing (Content Creation and Management) with over 8 years of experience. I have developed the skills set in areas such as Website Management (Content Creation and Front End Management), Ecommerce, Digital Advertising (Social and Display) and influencers Marketing (KOLs and Celebrities) over the years.