Etiqa Motor Takaful: Jenis, Cara Claim, dan Renew

Kali terakhir diperbaharui Jun 19, 2023 oleh Syazwani Yahya
Etiqa Motor Takaful: Jenis, Cara Claim, dan Renew

Korang tahu tak yang setiap benda kita beli ada faedah dan kebaikan sendiri, sama jugak macam insurans ni. Jadinya, korang jangan pandang remeh pada insurans walaupun korang rasa insurans tu tidak penting untuk hidup korang. Boleh jadi insurans ni tak penting pada masa sekarang, tapi penting dan berguna untuk hari-hari yang akan datang kalau-kalau berlaku sebarang kemalangan yang menelan semua wang korang.

Apa Itu Etiqa Motor Takaful?

Insurans adalah benda terbaik yang boleh korang dapatkan untuk bantu korang waktu susah. Sekarang ni, sudah banyak syarikat-syarikat insurans yang menawarkan insurans sama ada konvensional atau takaful, jadi korang boleh pilih insurans terbaik yang bersesuaian dengan kemampuan korang. Bagi orang Islam (Muslim), korang adalah amat digalakkan untuk membeli takaful sebab takaful ni tiada unsur riba, gharar dan maisir. Salah satu insurans yang diperlukan adalah Insurans Motor Takaful. Kali ini kita akan membincangkan etiqa motor takaful yang boleh anda beli. Jadi, rancang kewangan korang dengan membeli insurans di Qoala.

apa itu Etiqa Motor Takaful

Korang tahu tak apa itu Etiqa MotorTakaful? Etiqa Motor Takaful ni adalah sejenis insurans yang memberi perlindungan kepada korang daripada sebarang kerugian, kerosakan atau kehilangan yang berlaku pada kenderaan korang. Korang kena tahu yang Etiqa Motor Takaful ni lain daripada Etiqa Motor Insurans sebab takaful adalah berlandaskan hukum Syariah di mana sejumlah wang akan disumbangkan ke dalam tabung am dalam bentuk sumbangan bersama (tabarru’) dan korang kena melakukan perjanjian atau aqad. Kalau Etiqa Motor Insurance pula, korang kena bayar sejumlah premium setiap bulan mengikut pelan perlindungan yang korang pilih kepada syarikat insurans Etiqa.

Mengapa Perlu Memilih Etiqa Motor Takaful?

Korang rasa kenapa korang perlu memilih Etiqa Motor Takaful sebagai salah satu alat perlindungan terbaik untuk kenderaan korang?

Banyak sebab kenapa korang perlu pilih Etiqa Motor Takaful di mana salah satu sebabnya ialah Etiqa merupakan sebuah syarikat insurans yang boleh dipercayai yang telah menawarkan banyak pelan perlindungan takaful untuk kenderaan korang. Jadi, telah ramai rakyat Malaysia mendapatkan perlindungan di bawah syarikat Etiqa kerana percaya dengan kebolehan syarikat insurans itu mengendalikan tuntutan insurans secara profesional dan cekap.

Bukan itu sahaja, Etiqa juga telah menunjukkan prestasi dan kesungguhan yang memberangsangkan sepanjang tahun terutamanya dalam menyediakan perlindungan yang terbaik buat pelanggan mereka. Selain itu, kalau korang nak tahu Etiqa telah menjadi sebuah syarikat insurans yang kukuh dan terkemuka di Malaysia dan inilah yang membuatkan rakyat Malaysia memilih untuk mendapatkan perkhidmatan takaful motor daripada Etiqa.

Dalam era pascamoden ini, dengan hanya gunakan hujung jari, korang dah boleh dapatkan perkhidmatan insurans Etiqa pada bila bila masa dan di mana sahaja korang berada.

Jenis-Jenis Produk Etiqa Motor Takaful dan Harga Bagi Setiap Produk

Etiqa adalah salah satu syarikat insurans terbaik yang korang boleh pertimbangkan untuk mendapatkan takaful motor. Cumanya, korang kena rajin diri untuk baca pelan-pelan takaful motor yang ditawarkan Etiqa supaya boleh memilih takaful yang bersesuaian dengan kemampuan wang korang. Di bawah kami tolong senaraikan produk etiqa takaful motor yang ditawarkan untuk korang buat pilihan nanti.

1. Insurans dan Takaful Kereta Komprehensif

Produk takaful di bawah Etiqa yang boleh dipertimbangkan untuk melindungi kereta korang adalah pelan Insurans dan Takaful Kereta.

Takaful Kereta Komprehensif

Pelan takaful ini akan memberi perlindungan takaful kepada korang daripada tuntutan pihak ketiga bagi kecederaan atau kematian, kerosakan harta benda pihak ketiga. Ini juga termasuk kemalangan yang tidak disengajakan, kebakaran atau kecurian yang berlaku kepada kereta korang. Konsep Syariah yang digunapakai untuk pembelian produk ini ialah wakalah iaitu perwakilan dan tabarru iaitu derma. Jumlah sumbangan yang perlu korang bayar untuk mengambil produk ini adalah berbeza bergantung kepada jumlah yang dilindungi, buatan dan model kereta anda, umur korang, pengalaman tuntutan yang lepas, kelayakan Diskaun Tanpa Tuntutan dan manfaat tambahan sekiranya korang ingin menambah manfaat sedia ada. Bukan itu sahaja, korang juga dikenakan bayaran seperti cukai perkhidmatan (6% daripada sumbangan) dan duti setem RM10.00.

Insurans Kereta Komprehensif

Sekiranya korang melanggan pelan insurans kereta komprehensif ini, korang akan diberikan perlindungan insurans terhadap tuntutan daripada pihak ketiga bagi kecederaan atau kematian, kerosakan kepada harta benda pihak ketiga dan kemalangan yang bukan disengajakan atau kerosakan akibat kebakaran dan sekiranya kereta anda dicuri. Tempoh perlindungan pelan ini adalah selama satu tahun dan korang harus memperbaharui polisi insurans korang setiap tahun supaya tidak berlaku sebarang masalah. Harga untuk pelan insurans kereta komprehensif ini juga berbeza mengikut kepada jumlah yang korang insuranskan, buatan dan model kereta korang, umur korang, pengalaman tunututan yang lepas dan kelayakan Diskaun Tanpa Tuntutan. Ditambah juga dengan pilihan manfaat tambahan yang lain yang korang inginkan. Bukan itu sahaja, korang juga perlu membayar beberapa caj lain seperti diskaun diberi kepada pelanggan sebanyak 10% daripada premium, cukai perkhidmatan sebanyak 6% daripada premium dan duti setem sebanyak RM 10.00.

2. Insurans dan Takaful Motosikal Komprehensif

Untuk pengguna motosikal pula, korang boleh melanggan pelan Insurans dan Takaful Motosikal Komprehensif daripada Etiqa. Ada dua jenis pelan yang ditawarkan iaitu Takaful Motosikal dan Insurans Motosikal

Takaful Motosikal Komprehensif

Pelan ini menawarkan perlindungan takaful kepada korang terhadap kerugian atau kerosakan pada motosikal korang. Ia juga memberikan perlindungan liabiliti terhadap pihak ketiga bagi kecederaan anggota badan atau kematian dan kerosakan harta benda pihak ketiga. Produk ini juga menggunakan konsep Wakalah iaitu perwakilan dan Tabarru’ iaitu derma. Wakalah ini adalah korang melantik pihak insurans untuk bantu korang melabur dan menguruskan Dana Takaful Am. Tabarru’ pula adalah korang bersetuju untuk menderma dan memberi sumbangan bertujuan untuk menolong peserta-peserta yang lain mengikut perkara yang telah dipersetujui. Sumbangan yang perlu korang bayar untuk memiliki produk ini adalah berbeza bergantung kepada jumlah yang dilindungi, buatan dan model motosikal korang, umur korang, pengalaman tuntutan yang lepas, kelayakan Diskaun Tanpa Tuntutan dan jika korang ada memilih manfaat tambahan lain.

Insurans Komprehensif Motosikal

Polisi ini pula memberikan perlindungan insurans kepada korang terhadap kerugian atau kerosakan pada motosikal korang, perlindungan terhadap liabiliti pihak ketiga bagi kecederaan anggota atau kematian dan kerosakan harta benda pihak ketiga. Korang kena perbaharui insurans ni setiap tahun sebab perlindungan yang diberikan hanya untuk tempoh satu tahun. Jumlah premium yang perlu korang bayar untuk memiliki polisi ini adalah berbeza sebab dia bergantung kepada jumlah yang dilindungi, buatan dan model motosikal korang, umur korang, pengalaman tuntutan yang lepas, kelayakan Diskaun Tanpa Tuntutan dan termasuk apa-apa manfaat tambahan yang korang pilih. Terdapat beberapa yuran dan bayaran yang perlu korang bayar seperti diskaun kepada pelanggan (10% daripada premium), cukai perkhidmatan (6% daripada premium dan duti setem (RM 10.00)

Manfaat Utama Insurans

Setiap polisi insurans sama ada konvensional atau Takaful, ianya akan memberikan banyak manfaat kepada korang. Korang boleh mengetahui manfaat utama yang ditawarkan untuk setiap polisi dengan melayari laman web Etiqa atau membaca helaian pendedahan produk yang disertakan oleh Etiqa. Di sini, kami membantu menyenaraikan beberapa manfaat yang boleh korang dapat sekiranya memiliki atau memperbaharui insurans di Syarikat Insurans Etiqa.

1. Rebat segera 10% semasa pembaharuan

Kalau korang nak memperbaharui insurans, adalah amat digalakkan untuk memperbaharuinya secara atas talian. Sebab apa? Sebabnya korang akan dapat rebat sebanyak 10% di atas NCD (No Claim Discount) korang. NCD ni adalah ganjaran yang diberikan syarikat insurans dalam bentuk diskaun untuk pemilik kereta yang tidak pernah membuat tuntutan dalam tempoh setahun, 2 tahun, 3 tahun, 4 tahun dan maksimum 5 tahun. Jadi NCD ni amat berguna supaya premium insurans korang dapat dikurangkan. Tapi jangan lupa, ia hanya berlaku sekiranya korang memperbaharui secara atas talian.

2. Perlindungan untuk semua pemandu

Bukan itu sahaja ya, sekiranya korang memiliki polisi insurans dan takaful kereta etiqa, perlindungan bukan sahaja diberikan kepada diri korang tetapi juga diberikan kepada semua pemandu yang dibenarkan oleh korang. Yang paling best, korang tidak perlu membayar premium tambahan untuk melindungi pemandu-pemandu yang memandu kenderaan korang (dibenarkan). Perlindungan ini adalah automatik di mana sebaik sahaja korang mengambil pelan ini, pemandu yang dibenarkan oleh korang juga akan dilindungi.

3. Kerugian atau kerosakan

Selain manfaat-manfaat utama seperti rebat 10% yang akan diberikan, Etiqa juga menawarkan manfaat yang melindungi kecederaan dan tubuh badan pihak ketiga yang disebabkan oleh kenderaan korang. Bukan itu sahaja, kerugian atau kerosakan harta benda pihak ketiga juga akan dilindungi oleh polisi ini dan manfaat lain adalah kerugian atau kerosakan terhadap kenderaan korang yang diakibatkan oleh kebakaran, kecurian atau kemalangan juga akan dilindungi.

Cara Membuat Tuntutan Etiqa Motor Takaful/Insurans

Kalau korang dah memiliki insurans daripada pihak Etiqa, korang juga mesti tahu cara nak buat tuntutan insurans tersebut apabila berlaku perkara yang tidak diingini. Cara untuk membuat tuntutan insurans daripada pihak Etiqa adalah amat mudah.

Cara membuat tuntutan Etiqa Motor Takaful

Di sini kami sertakan cara-cara untuk membuat tuntutan supaya korang lebih faham. Tetapi korang disarankan untuk membaca setiap polisi insurans yang disediakan kerana maklumatnya adalah lebih terperinci.

Perkara Asas yang Perlu Dilakukan Untuk Membuat Tuntutan

  1. Hubungi tuntutan careline di talian 1-300-88-1007
  2. Emelkan tuntutan korang kepada pihak Etiqa di emel claims@etiqa.com.my
  3. Korang juga boleh menghantar WhatsApp mengenai tuntutan yang ingin dibuat di no +60327804677 atau imbas kod QR yang disediakan.
  4. Korang juga boleh membuat tuntutan melalui aplikasi Etiqa Auto Assist

Tuntutan Daripada Syarikat Insurans Sendiri

Terdapat dua perkara yang boleh dituntut oleh pengguna terhadap syarikat insuransnya sendiri iaitu jika kemalangan berpunca daripada kesalahan yang anda sendiri lakukan, anda mestilah membuat tuntutan “Kerosakan sendiri” kepada syarikat insurans. Namun, jika kemalangan bukan berpunca daripada kesalahan anda, anda boleh membuat tuntutan “Kerosakan Sendiri Knock-for-Knock”. Tuntutan “Knock-for-Knock” boleh memberi manfaat kepada pengguna di mana ia boleh menjimatkan masa kerana tuntutan diselesaikan dengan lebih cepat. Manfaat kedua adalah anda tidak akan kehilangan Diskaun Tanpa Tuntutan dan boleh menuntut ekses daripada syarikat insurans yang lain.

Untuk membuat tuntutan, anda mesti mengemukakan beberapa dokumen penting kepada syarikat insurans anda seperti

  • borang tuntutan yang lengkap
  • salinan asal laporan polis
  • salinan kad pengenalan dan lesen memandu pemegang polisi dan pemandu
  • Selain itu, anda mesti menyertakan salinan sijil pemilikan kenderaan
  • Ambil gambar kejadian kemalangan dan gambar kerosakan pada kenderaan anda
  • Akhir sekali, bawa sekali dokumen polis yang menyatakan pihak mana yang di kompaun bagi kesalahan jalan raya tersebut.

Tuntutan Kerosakan Harta Pihak Ketiga

Anda juga boleh membuat tuntutan kerosakan harta pihak ketiga sekiranya kerosakan pada kereta atau harta anda sendiri adalah akibat kemalangan yang berpunca daripada kesalahan pihak lain dan anda mestilah mengalami kerugian kewangan seperti CART (compensation assessed repair time).

Bagi membuat tuntutan kerosakan pihak ketiga adalah seperti:

  • Pertama anda mestilah menghantar kenderaan yang telah rosak ke bengkel panel syarikat insurans
  • Melantik penyelaras insurans untuk mengukur kos kerosakan kereta.
  • Anda perlu menyediakan dokumen kepada syarikat insurans pihak lain seperti; salinan asal laporan polis dan salinan kad pengenalan serta lesen memandu pemegang polisi dan juga pemandu.
  • Anda juga perlu mengemukakan salinan sijil pemilikan kenderaan, laporan adjuster, bil kos pembaikan kereta, gambar sewaktu kejadian kemalangan dan dokumen polis tentang kenyataan kompaun bagi kesalahan jalan raya.

Daftar Perkara yang Tidak Dilindungi Setiap Pelan Insurans Motosikal dan Kereta

Apabila korang sudah mempunyai insurans motor, korang mungkin beranggapan korang boleh membuat semua tuntutan atas perkara yang tidak diingini. Tetapi, secara realitinya korang kena tahu tidak semua perkara yang menyebabkan kerosakan kepada motosikal dan kereta akan dilindungi oleh insurans yang diambil.

Takaful Kereta Komprehensif

Bagi polisi ini, terdapat kerugian tertentu yang tidak dilindungi oleh Takaful Kereta Komprehensif seperti;

  • Kematian korang atau kecederaan badan korang sendiri akibat kemalangan kenderaan
  • Liabiliti korang terhadap tuntutan daripada penumpang di dalam kenderaan korang
  • Kerugian, kerosakan atau liabiliti yang berlaku daripada tindakan alam semulajadi seperti banjir, ribut atau tanah runtuh dan
  • Kerugian sampingan, susut nilai, kegunaan biasa, karat dan hakisan, kerosakan mekanikal atau elektronik, kegagalan atau pecahan, peralatan atau program komputer gagal berfungsi

Insurans Kereta Komprehensif

Polisi ini juga adalah sama dengan polisi takaful kereta komprehensif di mana ia turut tidak melindungi kerugian yang tertentu seperti;

  • Kematian korang atau kecederaan badan korang sendiri akibat kemalangan kenderaan
  • Liabiliti korang terhadap tuntutan daripada penumpang di dalam kenderaan korang
  • Kerugian, kerosakan atau liabiliti yang berlaku daripada tindakan alam semulajadi seperti banjir, ribut atau tanah runtuh dan
  • Kerugian sampingan, susut nilai, kegunaan biasa, karat dan hakisan, kerosakan mekanikal atau elektronik, kegagalan atau pecahan, peralatan atau program komputer gagal berfungsi

Nota tambahan: Walau Bagaimanapun senarai yang diberikan adalah tidak lengkap, korang perlu merujuk sijil takaful untuk senarai penuh pengecualian di bawah sijil ini.

Takaful Motosikal Komprehensif

Pelan Takaful Motosikal Komprehensif ini juga tidak melindungi kerugian yang tertentu yang berlaku pada motosikal korang seperti;

  • Kematian korang atau kecederaan badan korang sendiri akibat kemalangan motosikal
  • Liabiliti korang terhadap tuntutan daripada penumpang motosikal korang
  • Kerugian, kerosakan atau liabiliti yang berlaku daripada tindakan alam semulajadi, seperti banjir, ribut atau tanah runtuh
  • Kehilangan kenderaan anda

Insurans Motosikal Komprehensif

Di bawah polisi ini juga, terdapat beberapa pengecualian di mana polisi ini tidak melindungi kerugian tertentu seperti;

  • Kematian korang atau kecederaan badan korang sendiri akibat kemalangan motosikal
  • Liabiliti korang terhadap tuntutan daripada penumpang motosikal korang
  • Kerugian, kerosakan atau liabiliti yang berlaku daripada tindakan alam semulajadi, seperti banjir, ribut atau tanah runtuh
  • Kehilangan kenderaan anda

Nota tambahan: Senarai untuk Takaful dan Insurans motosikal ini juga tidak lengkap di mana korang perlu merujuk senarai penuh pengecualian di bawah kedua-dua polisi ini.

Manfaat Apabila Memperbaharui Takaful Melalui Syarikat Etiqa

1. Highest Towing Millage / Percuma 200KM

Manfaat utama apabila korang memperbaharui insurans secara atas talian adalah korang akan mendapat percuma 200KM perkhidmatan tunda kereta daripada pihak Etiqa. Sangat berbaloi ya bila korang ambil polisi insurans di bawah Etiqa sebab kebanyakan syarikat insurans dan takaful yang lain hanya memberikan 100 ke 150KM perkhidmatan tunda kereta kepada pelanggan mereka. Jadi, dekat sini korang dah boleh tengok yang Etiqa motor takaful towing adalah syarikat yang memberikan jarak tempuh penarik kereta yang tinggi.

2. 24-Hour Emergency Road Assistance

Manfaat yang disertakan apabila korang memiliki motor takaful adalah pihak Etiqa menyediakan bantuan kecemasan 24 jam di jalan raya sepanjang tahun atau tempoh polisi. Korang boleh menghubungi talian Claims Careline sekiranya berlaku sebarang kemalangan di atas jalan raya pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Bantuan ini boleh memberikan ketenangan kepada korang apabila menghadapi sebarang masalah ketika memandu kereta atau menunggang motosikal. Ini kerana bantuan kecemasan yang disediakan pihak Etiqa adalah selama 24 jam setiap hari.

3. Nama Pemandu yang Dibenarkan Tidak Diperlukan/ Percuma

Bukan itu sahaja, pembaharuan insurans dengan Etiqa juga dapat memberi manfaat tambahan seperti perlindungan kepada semua pemandu. Korang tidak perlu menamakan setiap pemandu yang dibenarkan oleh korang kerana mereka akan dilindungi secara automatik oleh pihak Etiqa tanpa sebarang caj tambahan. Ini adalah manfaat yang baik yang korang boleh dapat bila perbaharui insurans di bawah Etiqa kerana terdapat syarikat insurans lain yang mengenakan caj tambahan RM10 untuk setiap nama pemandu tambahan.

4. Fast Claim Approval

Sekiranya korang ingin memiliki atau memperbaharui insurans, Etiqa memberikan peluang untuk korang memperbaharui insurans dengan cepat dan mudah iaitu secara atas talian. Dengan hanya memasukkan butiran asas seperti nombor kad pengenalan, nombor pendaftaran kenderaan, poskod dan jumlah yang ingin diinsuranskan korang sudah boleh memperbaharui insurans korang dalam masa lima minit. Sekiranya korang membuat tuntutan insurans, pihak Etiqa akan meluluskan tuntutan korang dalam masa 30 minit untuk tuntutan kemalangan di bawah RM 30,000 di semua Bengkel Premier Etiqa.

5. Agreed Value/ Nilai Dipersetujui

Manfaat lain yang diperoleh adalah nilai tuntutan korang akan dibayar mengikut nilai yang korang dan pihak syarikat telah persetujui. Selain cepat dan mudah, pihak Etiqa amat menjaga kebajikan pelanggan-pelanggan mereka di mana mereka tidak menggunakan istilah “indemnity value” untuk membayar tuntutan korang. “Indemnity value” ni adalah apabila pihak insurans membayar tuntutan korang mengikut harga pasaran kenderaan korang. Dekat situ boleh menyebabkan kerugian dekat pihak korang sebab harga pasaran kereta akan semakin rendah setiap tahun.

6. Tiada Ekses Untuk Semua Tuntutan

Kalau korang membeli polisi insurans di bawah syarikat Etiqa, tiada ekses akan dikenakan untuk semua tuntutan perlindungan peribadi komprehensif korang tetapi ia hanya terpakai untuk pemandu yang berumur 21 tahun ke atas. Kalau korang tak tahu, ekses ni adalah amaun yang pemegang polisi perlu tanggung sendiri bagi setiap tuntutan yang syarikat insurans korang luluskan. Jadi, amat berbaloi kalau korang ambik polisi insurans di bawah Etiqa sebab tiada ekses dikenakan untuk korang yang berumur 21 tahun ke atas.

Cara Mengetahui Status Permohonan Insurans dan Cara Menyemak Maklumat Peribadi

Sebelum korang memiliki polisi insurans daripada Syarikat Etiqa, korang boleh memuat turun borang permohonan dan lain-lain dokumen penting terlebih dahulu di laman web Etiqa mengikut jenis insurans dan takaful yang korang ingin dapatkan. Sebagai contoh, korang boleh memuat turun borang permohonan takaful am untuk mendapatkan perlindungan daripada pihak Etiqa.

Selepas korang dah membuat permohonan insurans dan takaful, korang boleh semak sama ada status permohonan korang dah diluluskan atau pun belum. Di sini kami akan kongsikan cara-cara nak tahu sama ada permohonan korang diluluskan atau pun belum. Antaranya ialah melalui aplikasi;

I-Search

Salah satu cara untuk semak insurans kereta korang dengan mana-mana syarikat insurans secara atas talian adalah melalui aplikasi I-Search. Aplikasi ini memberikan maklumat berkaitan syarikat insurans, tempoh polisi, jenis perlindungan dan lain-lain hanya secara atas talian. Cara-cara mengetahui syarikat insurans korang menggunakan aplikasi I-Search adalah dengan:

  • Layari laman web https://www.mycarinfo.com.my/
  • Klik pada I-Search
  • Masukkan segala maklumat yang diperlukan dalam paparan seperti vehicle reg.No, Name, Email, Confirm Email dan Transaction Credit lalu klik butang enquire
  • Klik juga pada ruangan terma dan syarat
  • Selepas itu, segala informasi yang korang cari akan terpapar seperti tempoh polisi dan syarikat insurans yang telah korang dapatkan

Bagi maklumat peribadi korang pula, Etiqa amat menjaga maklumat diri korang daripada didedahkan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi. Segala maklumat peribadi yang korang berikan seperti maklumat kesihatan kepada pihak Etiqa adalah dengan persetujuan korang sendiri tanpa paksaan. Korang juga dibenarkan oleh pihak Etiqa untuk mengakses maklumat peribadi korang dengan mengisi Borang Permintaan Akses yang ada di semua cawangan Etiqa. Untuk mendapatkan Borang Permintaan Akses, korang juga boleh menghubungi Customers Service Centers ataupun menghantar email di PDPA@Etiqa.com.my. Tetapi, korang akan dikenakan caj tambahan untuk memproses data yang korang inginkan.

Nota tambahan: Korang juga boleh mengemaskini maklumat peribadi korang dengan hanya menghubungi pihak Etiqa untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Anugerah dan Pengiktirafan Yang Diterima

Kecemerlangan Etiqa dalam menawarkan produk dan perkhidmatan insurans serta takaful yang memberangsangkan sepanjang tahun telah melayakkan mereka untuk mendapat pelbagai anugerah serta pengiktirafan.Terdapat juga banyak anugerah yang diterima berkaitan dengan insurans dan takaful motor seperti Anugerah Takaful Motor oleh IBanding pada tahun 2017/18 Anugerah tersebut diperolehi kerana Etiqa berjaya menjadi pengendali takaful motor terbaik di Malaysia pada tahun tersebut.

Pada tahun yang sama juga 2017/18, Etiqa meraih anugerah Motor Insurance Award oleh Ibanding kerana telah menjadi syarikat insurans motor terbaik di Malaysia. Setiap anugerah dan pengiktirafan yang diterima oleh syarikat Etiqa merupakan bukti bahawa syarikat Etiqa mampu memberikan perkhidmatan yang cemerlang terutamanya dalam memastikan kepuasan pengguna di Malaysia.

Bukan itu sahaja, pada tahun 2019/2020 juga, Syarikat Etiqa telah berjaya meraih Anugerah iBanding sebagai sebuah Syarikat Takaful Motor dan Takaful Keluarga Terbaik di Malaysia. Sekarang korang dah tahu kan yang insurans ni adalah benda yang boleh bagi kebaikan dalam hidup korang.

Banyak syarikat insurans di Malaysia seperti Etiqa yang menawarkan pelan takaful kepada para pelanggan, jadi korang tiada lagi alasan untuk mengatakan bahawa insurans mengandungi unsur riba, maisir atau gharar. Sebabnya, korang dah boleh bertukar kepada pelan takaful yang berlandaskan hukum Syariah.

Jangan menyesal di kemudian hari terutamanya apabila berlaku sebarang musibah yang tidak boleh dijangka sebab tak ambil insurans. Jadi segera dapatkan insurans sebagai unit perlindungan terutamanya untuk kenderaan korang. Kalau korang sedang mencari insurans atau takaful yang terbaik untuk perlindungan diri dan motor korang, korang boleh dapatkan di Qoala App kerana kami telah menawarkan banyak insurans terbaik untuk pelanggan-pelanggan kami.

Kongsi:
About Writer
Ramen Hasniran
Berpengalaman dalam Pemasaran Media Sosial, kini meluaskan kepakaran ke arah kandungan SEO dan penjenamaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2024 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60