Sebab-Sebab Aircond Kereta Tak Sejuk

Artikel ini terakhir diperbarui September 2, 2021 by Nadhirah Rashid
Sebab-Sebab Aircond Kereta Tak Sejuk
Bagikan ke Teman:

Malaysia terkenal dengan cuaca panasnya. Sebab itulah pentingnya mempunyai aircond dalam kereta yang berfungsi dengan baik. Bila aircond kereta tak sejuk, pemanduan jadi tak selesa. Aircond adalah salah satu elemen kereta yang penting bagi pemanduan yang selesa. Lebih-lebih lagi jika pemanduan itu adalah pemanduan yang jauh. Artikel Qoala hari ini akan menerangkan lebih lanjut mengapa aircond kereta anda boleh jadi tidak sejuk. 

Aircond kereta tak sejuk akan menjadi satu masalah sekiranya anda tinggal di bandar yang panas, sesak dan jalan raya dipenuhi dengan asap ekzos kenderaan lain yang berada di sekeliling kereta anda. Ia akan menjadi lebih teruk jika kanak-kanak kecil menaiki kereta yang tidak mempunyai aircond yang berfungsi dengan baik. Ia boleh menyebabkan strok haba. Bayangkan sekiranya anda ingin keluar ke kampung pada waktu tengahari dan aircond kereta tak sejuk, ia boleh merosakkan mood dan juga menyebabkan ketidakselesaan.

Selain itu, sistem aircond dalam kereta turut merupakan sistem yang penting dan boleh memakan wang yang tinggi jika berlaku kerosakan yang teruk. Oleh itu, anda perlu kenali punca dan cara untuk mengelakkan aircond kereta daripada rosak.

Punca-punca Aircond Kereta Tak Sejuk

Secara amnya, ada pelbagai punca mengapa air kereta tak sejuk secara tiba-tiba mahupun aircond yang semakin kurang sejuk secara perlahan-lahan. Untuk mengenalpasti sebab-sebab aircond kereta tak sejuk, ini perkara yang anda perlu tahu. 

  • Kompressor rosak

Punca utama kenapa aircond kereta tak sejuk adalah kerana kompressor kereta tidak berfungsi. Untuk pengetahuan anda, kompressor adalah salah satu komponen yang amat penting dalam sistem aircond kereta. Kerosakan kompressor boleh menyebabkan aircond kereta bermasalah sama ada kurang menggurangkan hawa dingin, atau lebih teruk, tidak mengeluarkan hawa sejuk langsung. Sekiranya aircond kereta anda tidak sejuk kerana kompressor yang rosak, anda perlu menggantikan kompressor itu dengan cepat. Kosnya pula agak mahal.

  • Kekurangan bahan penyejuk

Anda boleh merasai sendiri sekiranya aircond kereta tak sejuk
Foto Kredit: 4everest Melalui Shutterstock

Antara punca lain adalah sistem aircond dalam kereta mempunyai bahan penyejuk yang kurang. Sekiranya ia berlaku, anda perlu menambah bahan penyejuk yang juga dikenali sebagai refrigerant tambahan ke dalam sistem aircond agar aircond kereta anda boleh mengeluarkan hawa sejuk. 

  • Filter dryer tersumbat

Untuk pengetahuan, aircond kereta tak sejuk boleh berpunca daripada filter dryer yang tersumbat. Masalah dryer yang tersumbat dan kotor ini boleh menyebabkan tekanan sistem aircond menjadi sangat tinggi. Filter drier kereta anda boleh tersumbat kerana kekotoran yang tidak dibersihkan dan tidak diselenggara secara berkala. 

  • Cooling coil kotor

Aircond berbunyi kuat tapi tidak mengeluarkan hawa sejuk? Itu tandanya cooling coil kereta anda sedang berada pada tahap yang kotor. Apabila cooling coil menjadi sangat kotor, putaran angin akan menjadi tersekat. Cooling coil yang kotor boleh disebabkan apabila ia penuh dengan habuk-habuk di jejaring cooling coil. Habuk-habuk tersebut menghalang daripada putaran angin daripada masuk dan menyebabkan aircond kereta tak sejuk. 

  • Expansion valve rosak

Sebab aircond kereta tak sejuk seterusnya adalah expansion valve yang rosak. Ia boleh jadi sama ada stuck open atau stuck closed yang disebabkan kemasukkan kotoran. Masalah ini tidak boleh dibiarkan lama tanpa penyelenggaraan. Ini kerana ia boleh menyebabkan kerosakan teruk kepada seluruh sistem aircond kereta anda. 

  • Kebocoran gas aircond

Antara punca lain kenapa aircond kereta tak sejuk adalah kerana kebocoran gas aircond. Apabila adanya kebocoran pada aircond, gas didalamnya sekaligus akan berkurangan atau kehabisan. Kejadian ini akan menyebabkan kompressor tidak dapat berfungsi dengan baik. 

Untuk mengelakkan perkara ini terjadi, anda boleh melakukan pemeriksaan kendiri. Caranya mudah saja iaitu dengan menggunakan kunci untuk mencucuk valve nipple dan kemudiannya tekapkan kunci tersebut dengan tidur. Jika gas masih ada, anda akan merasa gas keluar. Jika langsung tiada gas atau kurang, anda akan terasa perbezaannya. Anda turut boleh menggunakan UV Gas Leak Detector untuk membantu mengesan sebarang kebocoran.

  • Condenser fan rosak

Tahu tak, condenser fan yang rosak juga boleh menyebabkan aircond kereta tak sejuk. Condenser fan adalah salah satu elemen penting dalam sistem aircond kereta yang berfungsi untuk membantu menurunkan suhu dan juga tekanan dalam sistem aircond supaya gas dapat bertukar menjadi cecair. Antara petanda yang condenser fan kereta anda sudah rosak adalah apabila aircond kereta anda hanya sejuk apabila kereta mula bergerak dan sebaik saja kereta berhenti, ia akan kembali menjadi tidak sejuk. 

Anda boleh membuat pemeriksaan sendiri dengan cara membuka bonet kereta dan lihat sama ada kipas aircond masih berpusing atau sebaliknya. Jika tidak pusing, maka sahlah condenser fan anda telah rosak. Namun, sekiranya condenser fan anda masih berpusing, ia boleh disebabkan oleh masalah lain seperti fius terputus, relay rosak, motor fan rosak atau pun cabin air-filter yang sudah lama dan lusuh. 

  • Cabin air-filter lusuh

Cabin air-filter yang lusuh boleh menyebabkan pelbagai masalah. Bukan sahaja masalah aircond kereta tak sejuk, malah ia juga boleh menyebabkan cooling coil rosak. Jika perkara ini  berlaku, anda perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk kos membaiki. 

Cara Penjagaan Aircond Kereta Yang Baik

Aircond kereta atau penyaman udara adalah salah satu elemen penting dalam kereta. Oleh itu, penyelenggaraan secara konsisten perlu dilakukan. Untuk memastikan aircond kereta anda kekal sejuk dan tidak bermasalah, ini adalah perkara-perkara yang anda perlu lakukan;

  • Bersihkan penapis udara

Anda juga boleh membersihkan penapis udara kereta tanpa memerlukan bantuan professional. Kebanyakan kereta moden pada hari ini, penapis udara kereta terletak di ruang kompartemen pada dashboard di bahagian tempat duduk penumpang hadapan. Ruang kompartmen ini mudah dibuka. Ia memudahkan anda untuk mengeluarkan dan membersihkan kotoran yang menganggu aliran penapis udara. Selepas membersih, anda perlu memastikan penapis tersebut betul-betul kering sebelum dimasukkan semula ke dalam ruang kompartmen. 

  • Buang objek asing

Sekiranya anda meletakkan kereta di kawasan yang tidak bertutup, anda dinasihatkan untuk sering memeriksa bahagian cermin hadapan. Jika ada daun kering atau mana-mana serpihan objek lain tersekat. Langkah ini perlu dilakukan untuk mengelakkan daun-daun kering atau pun objek-objek asing daripada tersedut masuk ke dalam sistem aircond kereta anda. Jika ia termasuk, ia boleh menyebabkan sistem aircond tersumbat. 

  • Hidupkan aircond secara berkala

Jika anda jarang menggunakan kereta, anda perlu menghidupkan penyaman udara kereta anda sekurang-kurangnya seminggu sekali selama 10 minit. Putarkannya ke kelajuan kipas tertinggi dengan tetapan paling sejuk. Dengan cara ini, anda dapat membantu mengekalkan tekanan gas dan memastikan compressor berfungsi dan berada dalam keadaan baik.

  • Periksa clutch magnet compressor 

Untuk memastikan aircond kereta anda berada dalam kondisi yang baik, anda perlu membuat pemeriksaan magnet compressor. Sekiranya sebahagian getah pada clutch magnet compressor sudah cair, ia perlu ditukar kepada set clutch magnet yang baru. 

Getah clutch magnet compressor boleh cair dan rosak apabila mengalami tekanan kepanasan yang melampau. Ia juga boleh rosak sekiranya minyak compressor tidak ditukar. 

  • Periksa Fuse & Relay Compressor

Fuse compressor atau juga dikenali sebagai A/C Comp boleh menjadi putus. Sekiranya ia putus, anda perlu gantikan fuse tersebut dengan yang baru. Namun, sekiranya fuse baru tersebut turut putus dalam masa yang singkat, masalah yang anda hadapi bukan lah pada fuse. Ia sebenarnya adalah masalah litar pintas magnet kompresor. Relay kompresor pula boleh didapat dalam kotak fius. Sekiranya fius putus, anda boleh cuba untuk tukar relay compressor ini dengan relay untuk hon atau mana-mana relay yang sama yang ada dalam kotak fius itu.

Sekiranya compressor itu hidup selepas penukaran, maka relay compressor tersebut mengalami masalah. Tukarkan dengan relay yang baru. Sekiranya compressor masih gagal, maka ikuti langkah seterusnya.

  • Semak kuantiti gas

Masalah aircond kereta tak sejuk secara tiba-tiba juga boleh disebabkan kuantiti gas yang berkurangan atau tiada langsung. Apabila gas aircond tiada, kompresor tidak dapat bekerja. Anda boleh membuat pemeriksaan ini sendiri. Caranya mudah saja iaitu dengan menggunakan kunci untuk mencucuk valve nipple dan kemudiannya tekapkan kunci tersebut dengan tidur. Jika gas masih ada, anda akan merasa gas keluar. Jika langsung tiada gas atau kurang, anda akan terasa perbezaannya. Anda turut boleh menggunakan UV Gas Leak Detector untuk membantu mengesan sebarang kebocoran.

  • Semak pressure switch dan current supply

Misal kata apabila anda telah membuat langkah-langkah di atas dan aircond kereta masih tak sejuk, anda boleh teruskan untuk membuat bypass pressure switch. Pressure switch kebiasaanya diletak berhampiran dengan bahagian liquid pipe yang berperanan untuk menghubungkan condenser dengan expansion valve serta cooling coil. Apabila pressure switch tersebut rosak, kompresor tidak akan dapat berfungsi. 

Bagi current supply pula, sekiranya bahagian-bahagian di atas telah diperiksa dan anda masih tidak menjumpai puncanya, anda boleh periksa current supply di soket wayar ke compressor aircond.

Sekiranya current supply berfungsi, maka terbukti clutch magnet compressor telah rosak. Anda perlu menggunakan test lamp untuk memeriksa current supply ini.

  • Buat pemeriksaan berkala

Sistem aircond yang baik bermula daripada penyelenggaraan yang berkala. Anda disarankan untuk mendapatkan pemeriksaan daripada yang pakar sekurang-kurangnya sekali setahun. Ini penting bagi anda untuk mengenal pasti sebarang permasalahan yang berlaku pada sistem aircond kereta anda. 

Elemen-elemen yang penting dalam sistem aircond adalah seperti cooling coil dan compressor kereta perlu juga diperiksa dan melalui proses pembersihan untuk mengekalkan prestasi yang baik dan jangka hayat yang panjang. 

Aircond Kereta Berbau Hapak?

Aircond kereta tak sejuk turut mengeluarkan bau
Foto Kredit: daniiD Melalui Shutterstock

Masalah aircond kereta berbau ini ada beberapa jenis. Ada yang berbau bangkai, bau masam, bau hapak, bau kepam dan bermacam-macam lagi. Bila aircond berbau, sudah tentunya kita tidak rasa selesa dalam pemanduan. Ini beberapa punca kenapa aircond kereta boleh mendatangkan bau:

  • Evaporator kotor

Untuk pengetahuan anda, evaporator kereta biasanya tempat yang sering disukai kulat. Kulat amat suka untuk membiak pada evaporator kerana permukaannya yang lembab ketika aircond kereta dihidupkan. Dengan keadaan yang lembab itu, kulat mudah untuk membiak. Apabila kulat telah membiak pada permukaan evaporator, ia secara langsung akan menghasilkan bau yang tidak senang dan akan membuatkan anda rasa tak selesa apabila menghidu bau yang keluar daripada penyaman udara kereta. 

  • Penggunaan minyak wangi berlebihan 

Penggunaan minyak wangi yang berlebihan turut boleh menyebabkan aircond kereta anda mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Sekiranya terlalu banyak minyak wangi digunakan, ia akan menyebabkan bahan kimia dalam minyak wangi tersebut untuk melekat pada permukaan kereta. Apabila ia dibiarkan terlalu lama, ia akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. 

  • Permaidani dan kerusi kereta yang basah

Jika karpet kereta atau kerusi kereta anda basah, ia boleh menyebabkan aircond kereta berbau. Ia boleh berlaku apabila anda membawa minuman ke dalam kereta, lalu tertumpah. Namun, apabila air yang tertumpah itu tidak dibersihkan dengan kadar segera, ia akan mengeluarkan bau yang busuk yang sebati dengan hawa dingin yang dikeluarkan penyaman udara.

  • Penapis aircond kotor

Tambahan lagi, penyebab aircond kereta berbau anda adalah penapis aircond kereta yang kotor.

Mungkin ini adalah perkara kecil dan anda jarang menyedarinya, tetapi jika anda tidak membersihkan debu yang melekat pada penapis kereta anda. Maka akan menghasilkan bau yang sangat tidak menyenangkan untuk anda nikmati.

Tabiat Buruk Yang Menyebabkan Aircond Kereta Cepat Rosak

Dalam kita memandu, mungkin kita tak sedar ada beberapa tabiat kita yang boleh menyebabkan aircond kereta cepat rosak. Ini antara punca lain yang kita tak sedar boleh menyebabkan aircond cepat rosak;

  • Merokok dalam kereta

Kebanyakan perokok turut merokok sambil memandu. Walaupun mereka membuka tingkap semasa merokok, asap dan debu rokok boleh menembus ke bahagian penapis. Perkara ini menyebabkan penapis aircond kereta menjadi cepat kotor. Apabila penapis aircond kereta diselubungi debu dan asap rokok, ia akan menyebabkan tahap kesejukan aircond kereta menjadi tidak baik.

  • Mematikan enjin ketika aircond masih hidup

Tabiat buruk ini sering dilakukan oleh ramai pemandu kereta. Tabiat mematikan enjin ketika penyaman udara kereta masih aktif boleh menyebabkan jangka hayat aircond kereta anda menjadi tidak lama. Bateri terbeban untuk bekerja lebih keras ketika enjin baru saja dihidupkan Disebabkan prestasi bateri tidak maksimum, arus elektrik yang terhasil jadi kurang stabil dan ini mempengaruhi elektrik penyaman udara.

  • Kebersihan kabin yang tidak dijaga

Sampah dan kotoran terbiar bukan saja mengotorkan kabin dan meninggalkan debu, tetapi juga memberi kesan kepada penyaman udara. Debu dan habuk yang terhasil boleh masuk dan keluar dari penapis penyaman udara dan membuatkan komponen itu mudah rosak.

  • Membuka tingkap terlalu lama

Tabiat membuka tingkap terlalu lama sementara aircond sedang dihidupkan juga boleh menyumbang kepada masalah aircond kereta. Ia boleh menyebabkan compressor untuk bekerja lebih teruk untuk mendapatkan suhu kabin yang ideal. Perkara ini secara tidak langsung akan menyebabkan aircond kereta anda menjadi rosak. 

Inilah antara tabiat buruk yang menjadi kebiasaan ramai. Ia perlu dielakkan untuk memastikan aircond kereta anda berfungsi dengan baik dan tidak cepat rosak.

Pemanduan tanpa aircond amat memeritkan tambah-tambah lagi di negara kita yang panas. Sebelum anda terpaksa mengeluarkan kos belanja yang banyak untuk membaiki aircond kereta yang rosak. Ini baru aircond, bagaimana dengan keseluruhan kereta yang rosak? Disebabkan inilah penyelenggaraan yang berkala perlu dilakukan. 

Sampai disini saja perkongsian Qoala kali ini. Semoga artikel ini dapat menjawab segala persoalan anda. 

Bagikan ke Teman:
Nadhirah Rashid
Nadhirah Sofea Rashid has a various writing background which includes current news, political, lifestyle, fashion and also business. Experienced in blog content, social media content, and advertising for the past 3 years. Loves getting into the thick of action. Also, a cat lady.
Dapatkan Insurans Kereta Murah Sekarang! 🚗