Kunci Kereta Hilang, Apa Kena Buat?

Artikel ini terakhir diperbarui December 3, 2021 by Nadhirah Rashid
Kunci Kereta Hilang, Apa Kena Buat?
Bagikan ke Teman:

Kunci kereta hilang ni adalah satu pengalaman yang mencemaskan. Bayangkan lah dah sampai kat kereta cari-cari kunci kereta tak ada. Tak gelabah kita dibuatnya? 

Panic Omg GIF - Find & Share on GIPHY

Kunci kereta ni memang salah satu barang yang selalu hilang. Hilang kalau jumpa tak apa, macam mana kalau tak jumpa?

“Relaxxx, kalau kunci kereta hilang, kunci spare kan ada?” kata si Adeeb (bukan nama sebenar).

Macam mana kalau dengan kunci spare sekali hilang? Fuuhhh, naya!

Kalau dulu, kunci kereta ni memang senang nak diganti. Tak payah ke car centre pun dah boleh dapat kunci baru. Tapi kunci yang moden keyless sekarang makin canggih. Jadi bila hilang tu memang boleh jadi satu masalah yang besar. 

So apa kena buat bila kunci kereta hilang?

Bila kunci kereta hilang, memang terbantut segala perjalanan dan urusan kita. Ini apa yang korang kena buat bila kunci kereta korang tak dapat dikesan dalam bag atau poket. 

Cari di setiap pelusuk rumah

First thing first, korang kena bertenang. Sebab bila kita tak bertenang, kita tak boleh cari apa yang kita nak cari. Bila dah bertenang, baru korang boleh imbas balik, kat mana kali terakhir korang pegang kunci kereta korang.

Kunci kereta hilang ni pun ada port-port biasa. Ni contoh-contoh dia:

Port-port biasa tertinggal kunci kereta

Bila kunci kereta hilang, make sure korang periksa port-port ni: 

Dalam kereta

Mungkin time tu korang terlalu sibuk, atau minda korang di tempat lain sampai korang tertinggal kunci kereta dalam kereta. Sebab tu, kalau kunci kereta hilang, intai dalam kereta, ada ke tidak kunci kereta dalam tu. 

Bila korang yakin kunci kereta korang ada dalam kereta, macam mana pula nak amek kunci kereta tu bila kereta berkunci? Tak kan nak pecah cermin kereta?

Jangan risau, korang boleh call tukang kunci untuk tolong korang buka pintu kereta. Selalunya, tukang kunci ada peralatan yang lengkap untuk dapatkan kunci kereta korang tanpa memerlukan tingkap kereta korang pecah. 

Celah-celah sofa
kunci kereta hilang
Foto Kredit: Andrey_Popov Melalui Shutterstock

Celah-celah sofa ni pun selalu jadi port kunci kereta hilang. Kunci kereta tu boleh terselit dekat celah-celah sofa bila korang letak dalam poket belakang lepastu terjatuh dan tak perasan. Atau pun kunci kereta mula-mula dekat tangan korang, lepastu dok sembang ke tengok tv ke, terlupa letak kunci kereta dekat tempat dia. 

Sooo, pastikan korang check celah-celah sofa korang. 

Bekas Mainan Anak-anak 

Korang ada anak? Atau anak buah? Cuba try tengok dalam bakul mainan diaorang. Kadang-kadang kunci kereta boleh jadi objek mainan kegemaran budak-budak. Selongkar lah bakul mainan diaorang, mana tahu jumpa!

Dalam poket seluar

Kadang-kadang kunci kereta hilang ni boleh dijumpa dekat tempat yang kita tak pernah terfikir. Poket seluar contohnya. Punyalah penat kita ‘raid’ setiap pelosok rumah kita rupa-rupanya dekat dalam poket seluar je. 

Sebab tu korang kena ingat seluar terakhir korang pakai. At least boleh lah refer dekat seluar tu. 

Dalam washer machine 

Korang selalu tak letak kunci kereta dalam poket seluar? Haa kalau dah cari dalam poket seluar tak ada, cuba cari dalam washer machine. Kadang-kadang korang basuh seluar terlupa ada kunci kereta sekali dalam tu. 

Sediakan Maklumat Kereta 

Bila dah cari dekat seluruh pelosok rumah tapi still tak jumpa, korang kena terima hakikat lah yang kunci kereta korang dah hilang. Bila dah hilang tu, korang kena buat kunci baru. 

Nak buat kunci baru, korang kena ada maklumat lengkap kereta. Kena ada maklumat lengkap baru senang urusan korang. Apa yang korang perlukan is:

  1. Nombor pendaftaran kenderaan
  2. Model kereta
  3. Tahun buatan
  4. Nombor pendaftaran kereta
  5. Maklumat pengenalan peribadi 
  6. Lokasi semasa

Semua maklumat ni penting untuk mae sure kereta yang kehilangan kunci tu memang betul-betul milik korang. Bukan tu je, maklumat-maklumat ni pun penting untuk kunci ganti tu diprogramkan semula ikut spesifikasi asal.

Macam mana pula kalau korang rasa kunci kereta korang dicuri? Kalau dicuri, korang kena segera buat laporan polis untuk siasatan dan semakan lanjut. 

Buat kunci kereta ganti

Bila kunci kereta hilang, memang boleh buat kita pening kepala. Lagi-lagi bila kita dalam keadaan kecemasan. Ni lah sebabnya kenapa korang kena ada kunci spare. Korang boleh buat kunci spare korang dengan cara ni;

  1. Pusat pengedaran kereta–lebih mahal berbanding perkhidmatan tukang kunci, tak sesuai untuk situasi kecemasan
  2. DIY sendiri–kena ada peralatan dan pengetahuan tertentu untuk elak kerosakan yang lebih serius
  3. Perkhidmatan tukang kunci–lebih cepat, efisien dan lagi jimat berbanding perkhidmatan pusat pengedaran kereta.

Jenis-jenis kunci kereta

Kunci kereta tu pun ada macam-macam jenis. Korang kena tahu jenis kunci kereta korang: 

Kunci Kereta Tradisional

If kunci kereta hilang jenis tradisional, korang boleh je minta bantuan daripada tukang kunci untuk buat kunci kereta ganti kereta korang. Mekanisme bagi kunci jenis ni biasanya tak adalah rumit macam kunci yang lain. 

Dalam kes-kes tertentu, korang kena tukar silinder kunci pencucuh atau dikenali juga sebagai ignition lock yang baru if tak sepadan dengan kunci ganti yang dihasilkan oleh tukang kunci. 

Walau bagaimanapun, situasi ni jarang berlaku kerana kereta model lama dan kunci kereta tradisional biasanya bersifat mekanikal dan tak terlalu kompleks.

Kunci Kereta Boleh Lipat

Kalau korang perasan, mostly pengeluar kereta sekarang dah beralih kepada mekanisme kunci lipat. Sama macam pisau lipat, kunci kereta boleh lipat ni membolehkan korang untuk lipat kunci kereta bila tak menggunakan. Korang hanya perlu menekan butang kecil sekiranya nak gunakan kunci. 

So dekat sini dah ada ciri-ciri keselamatan. Dengan transponder yang diprogramkan, memang dapat mencegah kecurian. Cuma, korang mungkin tak dapat nak hidupkan kereta tanpa transponder kalau kunci kereta hilang. 

Korang boleh hadapi masalah bila kunci kereta jenis ni hilang. Selalunya, penggantian kunci kereta jenis ni lagi mahal berbanding kunci fob biasa. 

Dalam kes macam ni, korang boleh buat dua perkara: 

  • Pertama–korang boleh masuk ke dalam kereta dan menghidupkan kereta menggunakan kunci ganti (kalau ada);
  • Kedua–korang perlu tunda kereta anda ke wakil pengedar berdekatan bagi mendapatkan kunci ganti yang telah diprogram semula untuk kereta korang.

Kunci Transponder

Kunci kereta transponder ni lagi modern daripada kunci biasa. Kunci transponder ni dilengkapi dengan built in chip yang akan menghantar isyarat kepada ECU bahawa kunci yang betul sedang digunakan. 

So, automatically, enjin boleh hidup dengan mudah. Kalau kunci kereta hilang, contact tukang kunci yang mahir dengan jenis kunci.

Biasanya, tukang kunci ada kunci ganti yang ada cip yang sama dengan kunci kereta asal. Harga untuk duplicate kunci jenis ini biasanya lagi mahal berbanding kunci kereta tradisional.

Kunci Kereta dan Fob Luaran

Kalau kereta korang menggunakan kunci kereta dengan fob luaran, dan fob tu hilang, korang still boleh masuk dalam kereta menggunakan kunci. Tapi, korang masih perlu dapatkan bantuan tukang kunci untuk buat kunci ganti untuk buatkan kunci ganti untuk menghidupkan kereta korang sekiranya kunci kereta hilang.

Smart Key

Boleh dikatakan semua kereta moden sekarang lengkap dengan sistem keyless entry dan butang push start. 

Dalam erti kata lain, peningkatan kebergantungan terhadap teknologi dan sistem elektronik akan meningkatkan kos yang perlu ditanggung sekiranya berlaku kehilangan kunci. Kalau kunci pintar atau smart key kereta korang hilang, korang tak ada pilihan lain selain mendapatkan kunci ganti atau membawa kereta korang ke wakil pengedar terdekat untuk mendapatkan kunci ganti yang sepadan untuk kereta korang.

Dalam kes-kes tertentu, korang mungkin kena tunggu stok dengan lebih lama sekiranya pengedar tidak mempunyai kunci pintar yang sepadan untuk kereta korang.

Kenderaan dengan sistem keyless & push button mudah dirembat?

Keluar dekat dada-dada akhbar yang pemilik kereta yang menggunakan sistem tanpa kunci (keyless entry system) berisiko kehilangan kereta dengan adanya alat penggodam berfrekuensi di pasaran tempatan. 

Menariknya, alat penggodam tu murah harganya. Dan boleh dibeli melalui kedai elektronik atau perniagaan atas talian. 

Dah lah murah dan senang dapat, power pula tu. Alat penggodam tu dikatakan mampu membuka pintu kereta dan menghidupkan enjin dengan menggodam informasi pengecaman frekuensi radio (RFID). 

Dikatakan, pencuri kereta merekrut penggodam untuk pasang perisian berkaitan ke laptop dan diajar macam mana nak guna alat tu. 

Menurut sumber, peranti tersebut boleh membuka hampir setiap kereta dengan kemasukan tanpa kunci.

“Malah, ada antara kelompok pencuri kereta terbabit sanggup merekrut penggodam bagi menjalankan kerja pemasangan perisian diperlukan ke komputer riba mereka dan mengajar mereka cara mengendalikan peranti itu.

“Terdapat tiga cara untuk mencuri kod untuk membuka kunci kenderaan ini. Pertama, peranti perlu dipasang pada komputer dan dijalankan dengan perisian pemantauan mudah (boleh dimuat turun secara percuma daripada Internet),” jelas sumber berkenaan.

Katanya, perisian itu menjalankan fungsi membaca kod yang dihantar antara kunci utama dan sistem kereta.

Kaedah kedua adalah dengan ‘menyerang’ sistem kereta di mana peranti penggodam akan bertindak menyiarkan isyarat meniru kod supaya ia bertindak balas dengan membuka kunci kenderaan.

Harus diketahui, proses itu hanya mengambil masa beberapa minit sahaja (bergantung kepada pangkalan data kod penggodam).

Berdasarkan kajian dilakukan Allgemeiner Deutscher Automobil-Club (ADAC) yang berpangkalan di Munich, lebih 110 model dari 27 pengeluar yang berbeza berisiko dicuri berdasarkan sistem tanpa kunci yang mereka gunakan.

Jurucakap ADAC berkata, lebih 19 juta kereta berjaya ‘dicuri’ dengan mudah menggunakan peranti penggera frekuensi dalam ujian yang dijalankan baru-baru ini.

“Kita (ADAC) bukan sahaja dapat membuka kunci kenderaan bahkan turut boleh menghidupkan enjin tanpa sebarang masalah.

“Setakat ini, pengeluar kereta masih belum menemui solusi terbaik bagi menggagalkan aktiviti pencuri kereta tersebut,” katanya.

Tambahnya, pemilik kereta perlu mengambil langkah berjaga-jaga tambahan seperti memasang peranti pengesan GPS, menggunakan immobilizer, kunci stereng atau gear bagi menghalang kenderaan mereka dicuri selepas ini.

Itu sahaja yang dapat Qoala kongsikan. Nak renew insurans dan roadtax? Qoala kan ada?

Bagikan ke Teman:
Nadhirah Rashid
Nadhirah Sofea adalah penulis sepenuh masa sebelum Covid, dan juga selepas Covid. Berpengalaman menulis dalam bidang politik, fesyen, kewangan, dan banyak lagi.
Dapatkan Insurans Kereta Murah Sekarang! 🚗