Kepentingan Sunscreen Untuk Kulit

Artikel ini terakhir diperbarui September 2, 2021 by Nadhirah Rashid
Kepentingan Sunscreen Untuk Kulit
Bagikan ke Teman:

Apakah itu sunscreen? Apakah kepentingan sunscreen? Apakah manfaat sunscreen untuk kulit? Artikel kali akan menerangkan kegunaan dan kepentingan sunscreen bagi kulit wanita mahu pun lelaki. 

Untuk pengetahuan anda, penggunaan sunscreen atau juga dikenali sebagai pelindung matahari adalah yang paling utama dalam penjagaan kulit. Ini bermakna, jika ada menggunakan pelbagai produk kulit tapi tidak menggunakan sunscreen, penjagaan kulit anda seakan-akan tidak lengkap.

Penggunaan sunscreen ini bukan saja untuk kegunaan kosmetik. Malah lebih daripada itu. Malaysia terkenal dengan dua musimnya iaitu panas dan lembab. Disebabkan negara kita negara yang bermusim panas, perlindungan kulit daripada sinaran matahari terik adalah sangat penting. Walaupun kegunaannya yang penting, masih ramai yang memandang enteng terhadap kepentingan sunscreen ini. Mungkin ramai lagi yang tidak sedar atau tidak faham betapa bahayanya kulit yang terdedah dengan sinaran matahari yang terik. 

Kepentingan Sunscreen Untuk Kulit Wajah

  • Mengelakkan keradangan kulit

Apabila kulit kita terdedah dengan sinaran UV, ia boleh menyebabkan kemerahan dan keradangan kulit yang boleh memedihkan. Masalah keradangan ini akan menjadi lebih teruk sekiranya seseorang individu itu mempunyai masalah kulit seperti eczema dan psiorosis. Dengan menyapukan sunscreen pada kulit, ia dapat menjadi dinding pelindung kulit anda daripada sinaran matahari yang berbahaya.

Sekiranya anda mempunyai kulit yang senang kemerah-merahan dan sensitif, anda memerlukan sunscreen yang lengkap dengan bahan-bahan lembut seperti zink oksida atau titanium dioksida. Anda juga harus mengelakkan pelindung matahari jenis semburan yang mengandungi formula keras, termasuk alkohol yang dapat mengeringkan kulit. 

  • Mengurangkan risiko kanser kulit

Kepentingan sunscreen seterusnya adalah untuk mengurangkan risiko kanser kulit. Tahukah anda, kanser kulit juga berpunca daripada kulit yang sering terdedah dengan sinaran matahari? Menggunakan pelindung matahari setiap hari, walaupun cuaca tidak begitu terik adalah salah satu kaedah awal yang baik untuk mencegah kanser kulit yang ramai tak sedar. 

Anda boleh membantu diri anda untuk elak terkena kanser kulit dengan menggunakan sunscreen yang mempunyai minimum SPF 30 setiap hari. Jika anda sering menghabiskan masa di luar, dan kulit terdedah dengan cahaya matahari, anda digalakkan untuk menyapu sunscreen ke muka pada setiap dua jam untuk perlindungan yang maksimum. 

  • Mencegah tona warna kulit yang tidak sekata

Antara kepentingan sunscreen yang lain adalah untuk mencegah tona warna kulit yang tidak sekata. Tona warna kulit yang tidak sekata ini akan keluar dengan ketara apabila usia anda sudah lanjut. Mungkin tak nampak kesannya sekarang, tapi akan jelas kelihatan apabila anda meningkat usia. Kulit akan mengeluarkan tompok-tompok yang dipanggil ‘sun spots’ atau ‘liver spots’ dan kebiasaannya ia berwarna gelap. Efek ini boleh terjadi kepada wanita dan juga lelaki. Untuk mengelakkan kesan ini terjadi, penggunaan sunscreen adalah wajib. 

  • Mencegah sunburn

Pakar dermatologist selalu menekankan kepentingan sunscreen dan pencegahan kulit daripada terkena sunburn. Anda boleh mengalami sunburn sekiranya anda menghabiskan masa yang lama di luar tanpa penggunaan sunscreen. Sekiranya kulit anda sering terkena sunburn, ia membuatkan risiko untuk anda mengalami kanser kulit lebih tinggi daripada biasa. Ini kerana sunburn yang terjadi boleh merosakkan pelindung kulit yang boleh menyebabkan bukan sahaja kanser malah kedutan pramatan, dan banyak lagi masalah kulit yang lain. 

Bukankah Sinaran Matahari Itu Vitamin D?

Anda masih perlu memakai sunscreen untuk menyerap vitamin D daripada matahari.
Foto Kredit: Fernando Calmon Melalui Shutterstock

Benar, antara kebaikan sinaran matahari adalah vitamin D untuk kulit. Meskipun begitu, anda harus memahami kepentingan sunscreen. Anda masih perlu memakai sunscreen dan jangan risau, vitamin D masih boleh diserap walaupun kulit anda dilindungi dengan sunscreen. 

Kulit kita terdiri dengan tiga lapisan iaitu epidermis, dermis dan juga lemak. Lapisan yang paling penting ialah epidermis di mana ia yang berfungsi untuk melindungi kita dari sinaran UV dan juga cahaya matahari.

Apabila kita terdedah kepada sinar UV dan matahari, sel sel di bahagian bawah epidermis akan menebalkan lagi kulit kita dan akan membuatkan kulit kita rasa kasar. Tidak terhenti di situ, beberapa sel di lapisan epidermis turut akan menghasilkan warna yang gelap dan menyebabkan anda untuk mempunyai tona warna yang tidak sekata. 

Beza UVA Dan UVB

Seperti yang kita sudah tahu, kepentingan sunscreen yang utama adalah untuk menjadi pelindung kulit kita daripada sinaran matahari seperti UVA dan UVB. Ia juga dapat melindung protein yang ada di bawah permukaan kulit seperti keratin, elastin dan kolagen.

UVA: UVA atau Ultraviolet A adalah salah satu sinar UV yang paling banyak menghasilkan radiasi iaitu 95 peratus dari sinar ultraviolet yang masuk ke dalam atmosfera bumi. UVA adalah salah satu sinaran matahari yang mempunyai tahap tenaga yang lebih kuat daripada sinaran UV yang lain. Ia boleh menjejaskan DNA kulit anda secara tidak langsung. Ia juga boleh menyebabkan anda kelihatan lebih tua daripada usia. 

UVB: UVB atau Ultraviolet B pula hanya menyerang lapisan luar kulit sahaja. Ia juga boleh menyebabkan kulit kita menjadi kemerah-merahan dan terbakar. Sunburn juga terjadi disebabkan tidak melindungi kulit daripada sinaran UVB. UVB adalah lebih agresif  dan  cenderung untuk merosakkan kulit pada waktu 10 pagi sampai 4 petang. UVB juga lah penyebab kepada bintik jeragat pada muka.

Duduk Rumah, Samakah Kepentingan Sunscreen Dengan Di Luar?

Ada tiga situasi yang anda boleh pertimbangkan.

  • Rumah yang gelap

Anda tidak perlu memakai sunscreen sekiranya duduk di rumah yang cahaya matahari tidak boleh masuk langsung. Ini bermakna sekiranya rumah anda sentiasa menutup pintu, tingkap dan langsir sehingga menyebabkan tiada cahaya matahari boleh masuk, anda tidak perlu memakai sunscreen. 

  • Cahaya memasuki rumah 

Namun, jika rumah anda dibuka tingkap dan pintu yang boleh menyebabkan cahaya matahari masuk, anda dinasihatkan untuk memakai sunscreen. 

  • Halaman rumah

Anda perlu menggunakan sunscreen sekiranya anda keluar di halaman rumah untuk menjemur kain, ambil barang daripada pos laju atau pun menyiram pokok bunga. Walaupun sekejap, kulit anda telah terdedah dengan cahaya matahari. Jadi, anda perlulah menggunakan sunscreen untuk memberikan perlindungan kulit daripada cahaya UV. 

Jika sekarang ini anda masih sering merasa malas untuk memakai sunscreen di rumah atau di luar rumah, belum terlambat lagi untuk anda memulakan rutin ini dari sekarang. Setidaknya anda dapat mengurangkan risiko terjadinya kanser kulit mahupun permasalahan kulit lain pada masa akan datang.

Tips Memilih Sunscreen Mengikut Jenis-jenis Kulit

Sunscreen ada bermacam-macam jenis. Kepentingan sunscreen yang betul turut mempengaruhi. Penting untuk anda ketahui jenis kulit anda terlebih dahulu kerana setiap sunscreen berbeza jenisnya. 

  • Kulit kering

Kepentingan sunscreen juga memberi manfaat kepada kulit kering
Foto Kredit: Evgeny Atamanenko Melalui Shutterstock

Bagi anda yang ada masalah kulit kering, sentiasa memilih sunscreen yang ada formula melembabkan kulit wajah. Antara beberapa bahan yang digunakan untuk melembapkan kulit wajah iaitu lanolin, ekstrak minyak buah-buahan atau bijian macam almond. Seterusnya, anda boleh juga membuat semakan sama ada produk tu ada kandungan dimethicone atau tidak. Dimethicone juga sangat baik untuk kulit. 

  • Kulit berjerawat/alahan

Kepentingan sunscreen juga merujuk kepada kulit yang berjerawat dan sensitif. Untuk anda yang ada masalah sensitif pada kulit ni, elakkan terus semua produk yang ada bahan penyebab masalah pada wajah anda. Jangan termakan pujuk rayu iklan. Sekiranya ada bahan yang tak okay jangan teruskan. Untuk yang kulit berjerawat pulak anda kena tahu lah yang bahan-bahan macam alkohol, paraben dan pewangi tak baik untuk kulit anda. Kalau boleh jangan beli produk macam ni. Makin teruk kulit anda nanti. Lagipun, kulit berjerawat kan sensitif dengan matahari sebab tu anda perlukan perlindungan sunblock untuk halang cahaya UVB sebab nanti boleh jadi iritasi. Elakkan penggunaan produk dari jenis gel. Pilih sunblock yang tekstur light krim. Senang produk tu meresap pada kulit dan tak nampak berminyak.

  • Kulit gelap

Mesti ramai yang rasa, kalau kulit gelap sunblock dah tak penting. Sebenarnya bukan macam tu. Setiap kulit ada pigmentasinya yang tersendiri. Tapi itu tak bermakna mereka yang berkulit gelap dikecualikan daripada menggunakan sunblock. Jangan bimbang kalau anda risau pakai sunblock buat kulit anda nampak tak sekata, pilih la sunblock dari jenis light krim. Sapu sikit saja. Itu sudah memadai. Pastikan anda sapu pada muyka dengan rata. 

Perbezaan Sunscreen Dan Sunblock

Ramai yang keliru perbezaan sunscreen dan sunblock ini. Dan ramai juga yang ingat sunscreen dan sunblock adalah benda yang sama. Sebenarnya, ada banyak perbezaan yang ketara di antara sunscreen dan sunblock. Dan kedua-dua, iaitu kepentingan suncreen dan kepentingan sunblock ini amat bermanfaat. 

Terdapat dua jenis perlindungan kulit. Secara kimia dan juga fizikal. Mengikut American Melanoma Foundation (AMF), sunscreen ni ada bahan kimia yang akan menyerap sinaran UV dan juga mengurangkan jumlah sinaran UV sampai ke kulit. Sunblock pula jenis fizikal yang mengandungi bahan organik dan bukan organik yang akan bertindak sebagai penghalang di antara kulit. Sunblock juga akan membantu menghalang sinaran UV sampai ke kulit.

Kebiasaannya, sunscreen tidak berwarna apabila disapu ke wajah. Sunblock pula teksturnya agak pekat dan apabila di sapu, warnanya akan kelihatan. Sunblock juga susah untuk dicuci daripada sunscreen. 

Dari segi penggunaan pula, bagi sunscreen, seeloknya sapu 30 minit awal sebelum melakukan apa-apa aktiviti di bawah sinaran terik matahari. Ia juga dapat membantu dengan penyerapan yang berkesan. 

Mana lagi satu penting? Sunscreen atau sunblock?

Kedua-duanya sama penting dan mempunyai keupayaan berbeza dalam memberi perlindungan kepada kulit anda. Penggunaannya bergantung kepada berapa terdedahnya kulit anda dengan sinaran matahari. 

Fizikal VS Kimia Sunscreen

Seperti yang kita tahu, ada dua jenis sunscreen iaitu fizikal dan kimia. Fizikal sunscreen mempunyai titanium oxide. Kebiasaannya, physical sunscreen ni mempunyai white cast yang menyebabkan kulit wajah akan kelihatan seperti kelabu apabila apply sunscreen jenis ni. Bagi mereka yang memiliki kulit jenis acne prone dan sensitif, disarankan untuk menggunakan sunscreen jenis ini.

Sunscreen kimia pula mempunyai bahan seperti octinoxate dan oxybenzone. Bahan ini bertindak untuk mengeluarkan haba dari kulit kita hasil daripada pantulan UV rays.

Pilih sunscreen yang sesuai untuk pemakaian harian seperti SPF30 hingga SPF50. Tapi kalau lebih dari tu pun sudah memadai. 

Kalau kulit wajah anda memberikan reaksi yang negative seperti panas, merah-merah ataupun melekit selepas memakai sunscreen, kemungkinan sunscreen tersebut tidak sesuai dengan jenis kulit anda. Jadi disarankan untuk berhenti memakai sunscreen tersebut.

Apa Itu SPF?

SPF atau Sun Protection Factor adalah kiraan yang merujuk kepada berapa lama dan kuatnya sunscreen untuk melindungi kulit kita daripada sinaran matahari. Selalu kita nampak SPF 15/30/50, betul tak? Tapi apa maksud sebenarnya?

Cara kira berapa kuat ianya dapat lindungi kulit kita. Sebagai contoh, sunscreen yang mempunyai SPF15, kita perlu tolak 1 daripada nilai SPF tu kemudian bahagi dgn 15.

(15-1)/15 = 0.93

Maknanya sunscreen tersebut dapat melindungi kulit kita 93% daripada sinaran cahaya matahari seperti UVA dan UVB. 

Kesalahan Apabila Memakai Sunscreen

Pemakaian yang  betul juga mempengaruhi manfaat sunscreen pada wajah. Ini antara kesalahan-kesalahan apabila memakai sunscreen.

  • Amaun yang tidak cukup

Amaun sunscreen dengan produk muka yang lain tidak sama. Sekiranya anda hanya menggunakan satu ke dua dot, ia tidak akan memberikan perlindungan. Sebaliknya, gunakan dua jari anda sebagai indikator. Letakkan sunscreen pada dua jari dan sapukan ke atas muka anda. 

  • Guna bila keluar sahaja

Kepentingan suncreen bukan hanya untuk keluar rumah. Ramai menganggap perlu menggunakan sunscreen apabila keluar rumah saja. Hakikatnya, anda perlu memakai di dalam rumah. Lagi-lagi rumah yang mempunyai pencahayaan yang tinggi. Kulit anda masih terdedah dengan cahaya matahari walaupun berada di rumah.

  • SPF tinggi

Anda yang berpendapat, lebih tinggi SPF sesebuah sunscreen, lebih tinggi dan lama lah perlindungan yang diberi. Sebenarnya tidak seperti itu. Walaupun SPF sunscreen tersebut tinggi, kadar penggunaannya masih sama. Anda masih perlu menyapukan sunscreen tersebut setiap dua ke tiga jam jika anda berjemur di luar. 

Sekiranya anda duduk di tempat yang tidak begitu terdedah dengan cahaya matahari, compact powder yang mempunyai SPF sudah memadai. Walau bagaimanapun, sekiranya anda terlalu terdedah dengan matahari, anda harus menanggalkan make up (jika pakai) dan sapukan sunscreen semula. 

  • Menggunakan sunscreen yang sudah tamat tempoh

Sama macam produk-produk yang lain, sekiranya sudah tamat tempoh atau expired, ia tidak lagi dapat memberi manfaat yang maksimum dan juga tidak dapat berfungsi dengan baik. Bagi sunscreen pula, ia tidak boleh digunakan setelah tamat tempoh. Cara untuk kenalpasti jika sunscreen anda telah tamat tempoh adalah dengan menyemak period after opening. Period after opening akan menunjukkan berapa lama produk tersebut selamat untuk digunakan selepas dibuka. 

  • Tidak menunggu 20 minit

Sunscreen hanya mampu diserap sekurang-kurangnya 20 hingga ke 30 minit sebelum kulit terdedah ke cahaya matahari. Dengan memberikan masa, ia dapat menyerap ke dalam kulit untuk memberikan perlindungan yang baik. 

Skincare Routine Yang Betul

Tahukah anda, step by step skincare routine yang betul turut mempengaruhi kesannya pada kulit kita? Ini adalah langkah-langkah yang anda boleh cuba:

  1. Makeup remover, kegunaannya untuk buang makeup yang masih berbaki pada wajah
  2. Cleanser
  3. Scrub, untuk buang kulit mati
  4. Serum, untuk repair masalah kulit
  5. Moisturizer, untuk lock layers skincare & lembabkan kulit wajah
  6. Sunscreen

Secara konklusinya, penjagaan kulit tanpa sunscreen adalah perbuatan yang sia-sia. Inilah kepentingan sunscreen yang ramai tak sedar. Baik lelaki mahupun perempuan, kedua-duanya wajib menggunakan sunscreen. Bukan saja untuk mendapatkan wajah yang cantik, tapi ia adalah untuk melindungi kesihatan kulit kita agar sentiasa sihat. Kulit adalah lapisan luar yang melindung sel-sel dalaman. Kalau kulit dah terjejas, macam mana dengan sel-sel dalaman yang lain? Oleh itu, amalkan penggunaan sunscreen dengan kerap.

Itu sahaja perkongsian Qoala pada hari ini. Kalau anda masih tercari-cari insurans kesihatan, kami ada menyediakan pilihan dengan harga yang berpatutan. 

Bagikan ke Teman:
Nadhirah Rashid
Nadhirah Sofea Rashid has a various writing background which includes current news, political, lifestyle, fashion and also business. Experienced in blog content, social media content, and advertising for the past 3 years. Loves getting into the thick of action. Also, a cat lady.
Dapatkan Insurans Kereta Murah Sekarang! 🚗