Insurans Perubatan: Ini Yang Patut Anda Ketahui!

Artikel ini terakhir diperbarui August 20, 2021 by Nadhirah Rashid
Insurans Perubatan: Ini Yang Patut Anda Ketahui!
Bagikan ke Teman:

Insurans perubatan, satu perkara yang sering didengari. Tapi apa sebenarnya insurans perubatan ni dan penting sangat ke? Artikel hari ini akan menerangkan serba serbi mengenai insuran perubatan yang korang patut tahu. 

Dalam dunia yang penuh kebarangkalian dan keadaan ekonomi yang tidak stabil, mempunyai peruntukan kewangan untuk diri sendiri dan juga yang tersayang sebagai payung kecemasan adalah satu perkara yang sangat penting. Payung kecemasan inilah yang dipanggil insurans perubatan. 

Apa itu insurans perubatan? Dari segi definisi, insurans perubatan menyediakan perlindungan dari segi kewangan untuk menanggung kos perubatan dan rawatan. Rawatan di sini termasuk juga pembedahan, penyakit kronik, kemalangan dan yang berkaitan dengan kesihatan korang. 

Kepentingan Insurans Perubatan Yang Ramai Tak Tahu

Pentingnya insurans perubatan ini bukan hanya kerana ia melibatkan kos perubatan yang tinggi, tetapi ada beberapa perkara juga yang perlu dipertimbangkan. Berikut ada lima kepentingan insurans perubatan yang perlu dipertimbangkan: 

  • Perubahan gaya hidup

Perubahan gaya hidup boleh berubah kepada dua sama ada berubah ke arah kebaikan atau berubah ke arah gaya hidup yang membimbangkan. Apabila gaya hidup berubah ke arah yang membimbangkan, insurans perubatan perlu diutamakan. Gaya hidup yang tidak sihat mendedahkan kita kepada lebih banyak masalah kesihatan. 

Cara pemakanan contohnya, di Malaysia penyakit yang amat terkenal adalah penyakit kencing manis. Tahu tak seramai 3.9 juta orang yang berumur 18 tahun ke atas di Malaysia mengalami penyakit kencing manis?

Ini tidak termasuk lagi faktor-faktor lain seperti persekitaran tempat bekerja, faktor pencemaran dan banyak lagi. Faktor-faktor ini menyumbang kepada peningkatan risiko untuk mengalami penyakit bahaya seperti kanser, buah pinggang dan penyakit jantung. 

  • Mendapat potongan cukai pendapatan

 Memiliki insurans perubatan bukan sahaja dapat melindungi kita dari segi kos perubatan, ia juga dapat membantu kita mendapatkan potongan cukai pendapatan. Menurut Lembaga hasil Dalam Negeri (LHDN), pihaknya akan memberi pelepasan cukai apabila pembayar cukai mengambil takaful atau insurans perubatan. 

Pembayar cukai boleh menuntut pelepasan sehingga RM3,000 bagi bayaran premium takaful perubatan. 

  • Manfaat tambahan

Kebanyakkan polisi insurans menawarkan manfaat tambahan yang sangat membantu kepada pencarumnya. Manfaat tambahan itu adalah bayaran kos ambulans, kos penjagaan harian di wad, kelas wad, pemeriksaan kesihatan dan juga kos vaksin tertentu. 

Lagi satu, kadang-kadang part paling perit adalah part menunggu untuk diperiksa dan menunggu untuk masuk ward. Ada yang sampai makan berjam-jam walaupun di hospital swasta. Dengan mempunyai insurans perubatan, pesakit tidak lagi perlu menunggu berjam-jam untuk mendapatkan rawatan. 

  • Kos perubatan 

Kredit Foto: pogonici Melalui Shutterstock

Kebanyakkan kos perubatan kesihatan akan semakin meningkat dari semasa ke semasa. Dan apabila pesakit memasuki hospital swasta, pesakit bukan saja perlu menanggung kos rawatan. Tapi pesakit turut perlu membayar kos konsultasi dengan doktor, setiap perkhidmatan jururawat,  ubat-ubatan dan segala peralatan perubatan yang digunakan. Kajian turut mempamerkan bahawa Malaysia sedang mengalami inflasi dalam rawatan kesihatan. Ia membawa maksud yang bil perubatan boleh menjadi lebih mahal daripada apa yang kita mampu. 

Namun, dengan adanya insurans perubatan, pesakit dah tak perlu rungsing kepala mana nak cari duit untuk bayar kos yang bukan rendah itu. Ia secara langsung meringankan beban. Pesakit tak perlu lagi untuk menghabiskan wang simpanan yang disimpan bertahun-tahun semata-semata untuk membayar kos rawatan. 

  • Duit tunai tak cukup

Apabila berlaku kejadian yang tidak dijangka seperti kemalangan, rawatan segera perlu dilakukan sekiranya mangsa mengalami kecederaan parah. Namun, rawatan yang serius selalu datang dengan kos yang tinggi seperti kos pembedahan. Untuk gambaran yang lebih jelas, rujuk gambarajah anggaran kos perubatan di bawah:

Jenis RawatanHospital KerajaanHospital Swasta
Spine surgeryRM15,000 – RM36,000RM40,000 – RM55, 000
Coronary BypassRM4,000RM25,000 – RM 80, 000
Hip Replacement RM8, 000 – RM15, 000RM24,000 – RM55, 000
Stroke TreatmentRM4,000 aboveRM35,000 – RM75,000
Kidney StoneRM3,000 – RM10, 000RM9,000 – RM40,000

Antara contoh yang kita boleh ambil di sini ialah pembedahan tulang belakang yang  boleh berpunca daripada kemalangan, di hospital kerajaan sahaja ia boleh mencecah sehingga RM36,000. Dan di hospital swasta pula mencecah sehingga RM55,000. Ini belum termasuk kos-kos rawatan tambahan yang lain seperti kos konsultansi, x-ray, ujian darah dan banyak lagi yang boleh memakan ribuan ringgit. 

Kebanyakkan kita tidak mempunyai wang tunai sebanyak itu untuk menanggung kos-kos ini. Tapi  dengan pembayaran insurans perubatan bulanan yang rendah, ia mampu menanggung kos tersebut sekaligus meringankan beban kita.

  • Dapat rawatan dengan segera

Ramai berpendapat, 

“Kenapa tak buat rawatan di hospital kerajaan sahaja? Kan kosnya lebih murah berbanding kos rawatan di hospital swasta?”

Kita sedia maklum yang hospital kerajaan menampung ramai pesakit. Apabila ia menampung sejumlah pesakit yang ramai, waktu menunggu untuk mendapat rawatan boleh jadi lama. Contohnya, pesakit perlu menunggu giliran untuk dibawa ke bilik bedah kerana jumlah pesakit yang ramai. 

Jika di swasta, pesakit akan segera diberi rawatan tanpa perlu menunggu lama. Apabila pesakit mendapat rawatan dengan segera, peratusan sembuh juga akan menjadi lebih cepat. 

Umur dah lebih 35 tahun, boleh lagi ke ambil insurans perubatan?

Bila sebut je pasal insurans, ramai orang muda yang berpendapat bahawa insurans hanyalah semata-mata nak habiskan duit. Dan mereka juga menganggap mengambil insurans adalah sesuatu perkara yang meremehkan kerana ia melibatkan banyak kertas kerja dan juga wang. Selain itu, golongan muda, terutamanya graduan-graduan baru lebih mengutamakan perhatian mereka kepada perkara-perkara lain seperti pembelian telefon pintar terkini, membeli kereta, dan banyak lagi. 

Antara sebab lain yang menyebabkan golongan muda untuk tidak mengambil insurans perubatan adalah kerana mereka masih muda dan jarang jatuh sakit. Mereka juga mempunyai kedua ibu bapa yang sentiasa membantu dari segi kewangan di saat-saat kecemasan. Ada juga yang berpendapat mereka tidak perlukan insurans perubatan kerana belum sampai usia. Oleh itu, pengambilan insurans tiada dalam to do list mereka. 

Meski pun begitu, situasi anda dikejarkan ke hospital dalam ambulans boleh berlaku. Waktu ini apa yang menjadi keresahan adalah kos rawatan yang boleh memakan ribuan ringgit. Kemalangan dan tragedi pahit boleh berlaku pada bila-bila masa, dan di mana jua terutamanya di saat kita tidak menjangkannya. Inilah sebabnya penting untuk mengambil insurans seawal yang mungkin. 

Sebelum berlaku perkara yang di luar jangkaan kita, ini antara beberapa sebab kenapa kita wajar ambil insurans seelok-eloknya sebelum umur 35 tahun.

  • Lebih murah

Bagi mereka yang tak tahu, pelan dan pakej insurans adalah berbeza dan ia bergantung kepada umur. Secara amnya, apabila individu tersebut itu lebih muda, dia akan mendapat perlindungan yang lebih baik dengan harga yang lebih murah. Ini kerana risiko penyakit pada usia muda adalah rendah. Ketika waktu muda dan sihat adalah waktu yang paling bijak untuk mengambil insurans kerana semakin tua seseorang, semakin terdedahlah ia kepada penyakit berbahaya. 

  • Tempoh menunggu

Insuran perubatan juga memerlukan tempoh menunggu tertentu. Maksud tempoh menunggu ini adalah tempoh masa yang mesti dilalui seperti yang dinyatakan dalam polisi sebelum sebahagian atau semua perlindungan kesihatan/ perubatan boleh bermula.

Disebabkan ini, kita dinasihatkan untuk mendaftarkan diri untuk mengambil insurans lebih awal. Ini kerana, jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini, kita sudah pun menjalani tempoh menunggu dan boleh mendapatkan rawatan dengan segera. 

Beberapa polisi menyediakan tempoh menunggu selama 90 hari manakala yang lain boleh jadi sehingga dua tahun. Tempoh menunggu yang memakan masa sehingga dua tahun ini tidak sesuai terutamanya jika anda didiagnosis dengan penyakit yang akan melibatkan rawatan mahal semasa tempoh menunggu.

  • Perlindungan yang lebih komprehensif

Foto Kredit: Irenaphoto Melalui Shutterstock

Sebagai pencarum insurans, sudah tentunya kita mahukan sebuah pelan lengkap dengan segala-galanya dan juga dengan harga yang murah. Ia menjadi satu kelebihan bagi individu yang mengambil insurans ketika usia yang masih muda. Ini kerana lebih banyak pilihan yang disediakan danindividu tersebut diberi kebebasan untuk memilih segala yang dimahukan dalam pelan mereka. Kenapa orang yang berusia muda saja yang dapat keistimewaan ini? Sebabnya apabila usia sudah meningkat, kita lebih senang diserang penyakit. Disebabkan itu, kita tidak mempunyai pilihan yang banyak dan perlu mengambil apa saja yang ditawarkan oleh pihak insurans. Kosnya juga lebih mahal berbanding dengan usia muda. 

Jadi, jangan tunggu bila kecemasan terjadi, sediakan payung sebelum hujan. 

  • Perlindungan awal

Gaya hidup kita boleh berubah. Apa yang kita amalkan sekarang, tak sama dengan apa yang kita amalkan 10 tahun yang lepas. Lebih-lebih lagi apabila ramai golongan-golongan pekerja profesional yang bekerja dari rumah dan tidak aktif. Apabila kita mengamalkan gaya hidup yang tidak aktif, kita lebih banyak terdedah kepada penyakit-penyakit bahaya seperti darah tinggi, obesiti, kencing manis, dan banyak lagi. Gaya hidup juga boleh dikaitkan dengan pemakanan. Jika kita bersenam tapi masih mengambil makanan-makanan yang tidak sihat seperti makanan segera, makanan berminyak, ia juga dapat mendatangkan pelbagai penyakit. Bukan itu sahaja, persekitaran kita memainkan peranan. Terutamanya apabila kita tinggal di bandar. Kita lebih terdedah dengan pencemaran yang berlaku. Kita boleh berpontensi untuk mendapatkan masalah kesihatan seperti kanser paru-paru, arteri tersumbat, serangan jantung dan banyak lagi. 

Nampak macam remeh. Nampak macam bukan satu masalah yang besar. Tapi perkara-perkara yang kita tak nampak lah sebenarnya pembunuh senyap. Lain orang lain sistem imunnya yang digunakan untuk melawan penyakit. Ketika masih muda, kita merasa masih kebal dan boleh pulih dengan cepat apabila setiap kali jatuh sakit. Walau bagaimanapun, apabila umur kita semakin meningkat, badan sudah tidak akan pulih pada kelajuan yang sama. Kita juga tak boleh jangka bila sistem imun kita akan gagal. Oleh yang demikian, lebih baik jika kita mendapatkan insurans seawal yang boleh.

  • Ganjaran bonus

Sesetengah insuran, termasuklah insurans kereta, menawarkan ganjaran bonus tanpa tuntutan kepada pencarum. Apa maksud ganjaran bonus tanpa tuntutan ni? Ia bermaksud ganjaran yang diberikan oleh syarikat insurans apabila pencarum tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tempoh yang tertentu. 

Contohnya, apabila pencarum membayar premiumnya setiap bulan secara konsisten dan tidak melakukan sebarang tuntutan dalam tempoh masa lima tahun, pencarum layak untuk menikmati rebat tunai tanpa tuntutan. 

Secara amnya, ia adalah lebih baik untuk mendapatkan insurans pada usia yang muda. Pelbagai kemudahan, pilihan dan manfaatnya. 

Cara Memilih Pelan Insurans Yang Terbaik

Memilih pelan insurans perubatan yang terbaik bukan sesuatu perkara yang mudah. Banyak aspek yang perlu dipertimbangkan mengikut keperluan kita. Ini cara-cara untuk membuat pilihan yang bijak:

  • Had tahunan mencukupi

Jangan ambil pelan insurans yang terlalu rendah atau di bawah harga. Bayaran lebih mahal sedikit tidak mengapa asalkan ia dapat menanggung kos kemasukan hospital sehingga 10 tahun akan datang atau lebih. Kad perubatan yang tahan lama memang tinggi bayarannya, tetapi ia amat berbaloi demi melindungi diri dan keluarga pada masa hadapan. Apabila kita memilih had tahunan yang rendah, ia boleh menjadikan pencarum terdedah kepada risiko diberhentikan servis rawatan dan memerlukan pencarum mengeluarkan kos yang tinggi. Ia sudah pastinya merugikan diri sendiri dan juga keluarga.

  • Had seumur hidup

Sekiranya pencarum mengambil had tahunan RM100,000 tetapi had seumur hidup pula adalah pada RM300,000 ia membawa makna seolah-olah pencarum hanya akan menggunakan selama tiga tahun sekiranya ditimpa kecemasan. Sebagai contoh, sekiranya pencarum mengambil pelan insurans perubatan yang merangkumi RM500,000 untuk had seumur hidup dengan had tahunan RM50,000, pencarum boleh terdedah risiko diberhentikan rawatan apabila had tahunan habis walaupun had seumur hidup masih ada baki RM450,000 lagi. Ini terpaksa dilakukan apabila had tahunan pencarum sudah mencapai tahap. Tindakan ini boleh merugikan pencarum.

  • Harga caruman yang sesuai

Jangan lupa untuk semak polisi insurans yang ditawarkan. Ini kerana, apa saja perlindungan yang diberikan sama ada kemalangan diri, sakit kritikal, kecacatan kekal, kemasukkan wad hospital atau pun kematian, ia merupakan perlindungan yang berbeza dan harganya turut berbeza. Semasa meneliti polisi insurans, semak satu per satu perlindungan apa yang diberi. Jika kita tidak semak dengan teliti, ia boleh mendatangkan kerugian kerana apa yang kita mahukan tak dapat dan pembayaran yang membazir. Dan jangan juga lupa untuk menyemak polisi anda dari masa ke masa, kerana kadang-kadang kita perlu menambah perlindungan dek kerana perubahan gaya hidup. 

  • Prosedur membuat tuntutan

Prosedur nak buat tuntutan insurans ini berbeza mengikut jenis insurans dan polisi yang disediakan. Jangan terkejut kalau kita disuruh membayar kos perubatan terlebih dahulu dan buat tuntutan selepas membuat bayaran kerana sesetengah polisi memang begitu. Sebab itu pentingnya semak polisi betul-betul. Pastikan juga anda membuat tuntutan tersebut secara cepat, kalau tertangguh terlalu lama, syarikat insurans berhak untuk tolak tuntutan tersebut. Kan dah rugi? Majoriti insurans mempunyai polisi pembayaran balik dalam insurans memerlukan pencarum untuk membuat tuntutan dalam tempoh masa 30 hari daripada hari kejadian. 

Insurans perubatan memang memberi perlindungan yang baik. Namun, kita sebagai pengguna yang bijak haruslah memahami terlebih dahulu perlindungan yang disediakan oleh pengeluar insurans. Jika kita hanya mengambil insurans atas tujuan ‘asal ada’ ianya hanya merugikan kerana ia mungkin bukan apa yang anda perlukan. 

Dan jangan takut untuk berbelanja lebih demi perlindungan kesihatan diri dan keluarga. Malang kan tidak berbau Tak salah untuk kita nak ambil langkah berjaga-jaga secara awal. Itu sahaja artikel Qoala pada hari ini. Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal insurans perubatan, Qoala ada sediakan. 

Semoga bermanfaat!

 

Bagikan ke Teman:
Nadhirah Rashid
Nadhirah Sofea Rashid has a various writing background which includes current news, political, lifestyle, fashion and also business. Experienced in blog content, social media content, and advertising for the past 3 years. Loves getting into the thick of action. Also, a cat lady.