5 Tips Jimat Balik Kampung Hari Raya 2022

Kali terakhir diperbaharui Sep 8, 2022 oleh Hariz Hafiz
5 Tips Jimat Balik Kampung Hari Raya 2022

Untuk korang yang dah plan nak balik kampung sempena cuti bagi menyambut Aidiltfitri kali ini, baca artikel ini untuk ketahui 5 tips jimat untuk balik kampung yang korang mungkin belum pernah dengar sebelum ni!

Bila tiba je musim perayaan tak kiralah Tahun Baru cina, Hari Raya Aidilfitri ataupun Deepavali, jalan raya pasti akan sesak sebab semua orang nak pulang ke kampung halaman masing-masing. 

Kalau korang rancang untuk memandu, pastikan korang buat perancangan lebih awal seperti dapatkan rehat yang cukup sebab jalan akan lebih sesak berbanding hari-hari lain. Kalau korang nak naik bas, kereta api atau kapal terbang, pastikan korang sampai awal di stesen atau lapangan terbang supaya tak terburu-buru.  

Jom teruskan membaca!

5 Tips Jimat Balik Kampung 

Korang mesti tak sabar kan nak balik kampung. Sekarang jom sama-sama tengok 5 tips untuk korang ikuti!

  1. Membuat perancangan bajet

    balik kampung

    Nak balik kampung masa musim perayaan ni pun kena buat perancangan bajet tau. Asingkan duit tol dan minyak siap-siap dengan membuat anggaran. 

    Katakanlah, biasanya kos untuk korang balik kampung sebelum ni sebanyak RM200 untuk minyak dan. Jadi, korang asingkan duit perbelanjaan dalam lebih kurang RM200 siap-siap.

  2. Bergerak lebih awal atau kenalpasti waktu jalan tak sesak

    Biasalah musim perayaan ni jalan mesti sesak. Korang boleh elakkan kesesakan sama ada dengan balik lebih awal atau mengenalpasti masa yang sesuai untuk elak jam seperti awal pagi atau lewat malam.

    Tapi kalau korang nak gerak awal pagi atau lewat malam, pastikan korang bersedia dari segi fizikal dan mental. Dapatkan rehat yang cukup dan sediakan kopi juga semasa memandu!

    Dengan mengelak kesesakan jalan raya, korang akan dapat menjimatkan masa dan juga minyak. Kalau korang nak tahu, bila kereta korang duduk lama-lama dalam kesesakan jalan raya, minyak korang cenderung untuk habis dengan lebih cepat. 

    Perjalanan untuk balik kampung pun akan lancar kalau korang merancang perjalanan dengan betul.

  3. Buat perbandingan harga tiket

    Kalau korang tak nak memandu kereta untuk balik kampung, korang boleh pilih untuk naik kereta api atau bas. Dapatlah korang jimat duit tol dan minyak. 

    Kini, lebih mudah untuk menempah tiket bas secara online. Banyak syarikat kini menawarkan tempahan dalam talian yang mudah untuk bas ekspres. Pastikan korang membandingkan harga, kerana ia mungkin berbeza-beza dan pilih harga yang terbaik.

    Kalau ada bajet lebih, korang boleh lah tempah tiket kapal terbang. Tapi kalau nak dapat tiket lebih murah, korang kena tempah tiket awal-awal. 

  4. Carpooling (Berkongsi kereta)

    balik kampung

    Ini korang boleh buat kalau korang ada adik-beradik atau kawan-kawan yang nak balik kampung di lokasi yang sama atau berdekatan. Daripada setiap seorang bawa kereta, lebih baik berkongsi kereta sebab boleh kongsi duit minyak dan tol. Lagi jimat.

    Katakanlah kampung halaman korang dan kawan-kawan di negeri dan juga bandar yang sama. Korang boleh lah mencadangkan kepada diorang untuk berkongsi kereta. 

    Bincang dan juga membuat perancangan sama-sama terutama sekali bab bila nak gerak dan berapa lama nak duduk di kampung.

  5. Perbaharui Insurans dan Roadtax Kereta Dengan Qoala!

    Korang yang nak balik kampung ni dah renew roadtax ke belum? Musim perayaan ni biasanya lagi banyak jumlah kemalangan di jalan raya.

    Sebagai langkah berhati-hati, korang mesti pastikan korang renew insurans dan roadtax. Lindungilah diri dan dapatkan polisi dengan tahap perlindungan yang betul, dan perlindungan tambahan yang sesuai untuk diri sendiri dan orang tersayang.

    Menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), terdapat hampir 600,000 kemalangan jalan raya pada tahun 2016. Dengan adanya insurans kereta, korang akan mendapat perlindungan komprehensif iaitu perlindungan yang secukupnya semasa memandu di jalan raya.

    Qoala tahu sambutan perayaan ini adalah tentang berkumpul dengan orang tersayang dan merapatkan hubungan silaturahim. Oleh itu, jangan lupa untuk memperbaharui insurans dan roadtax kereta ya!

Kongsi:
About Writer
Hariz Hafiz
Berpengalaman menulis berita surat khabar serta artikel pemasaran, beliau kini mempunyai misi untuk membantu anda pelajari semua yang perlu anda tahu mengenai kewangan dan insurans.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2022 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60