Apakah senarai harga kereta yang sesuai dengan kategori pendapatan anda? Untuk menjawab soalan ini, anda perlu terlebih dahulu mengetahui anda berada pada kategori pendapatan yang mana.
Di Malaysia, terdapat 3 kategori pendapatan yang utama iaitu; B40, M40 dan T20. Bagi anda yang tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan B40, M40 dan T20, ia adalah pendapatan isi rumah bulanan penengah bagi kumpulan:
- Terendah 40% atau bottom 40% (B40)
- Kumpulan pertengahan 40% atau middle 40% (M40)
- Kumpulan tertinggi 20% atau top 20% (T20).
Berikut adalah hasil daripada kaji selidik Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (PPIR & KA) oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Kajian PPIR & KA dikendalikan 2 kali setiap lima tahun. Selama ini, tahap untuk setiap peringkat pendapatan kumpulan telah meningkat dan ini merupakan salah satu petunjuk pertumbuhan ekonomi di Malaysia.
Tafsiran B40, M40 dan T20
Terdapat tiga (3) jenis kategori golongan pendapatan mengikut isi rumah di Malaysia iaitu:
B40
- Dikenali sebagai Bottom 40 adalah kumpulan isi rumah terendah
- Penduduk Malaysia adalah 40 % terdiri daripada golongan ini
- Berpendapatan seisi rumah dengan purata bulanan di bawah RM4,850
M40
- Dikenali sebagai Middle 40 adalah kumpulan isi rumah pertengahan
- Penduduk Malaysia adalah 40 % terdiri daripada golongan ini
- Berpendapatan seisi rumah dengan purata bulanan antara RM4,851 hingga RM10,970
T20
- Dikenali sebagai Top 20 adalah kumpulan isi rumah tertinggi
- Penduduk Malaysia adalah 20 % terdiri daripada golongan ini
- Berpendapatan seisi rumah dengan purata bulanan RM10,971 dan ke atas
Pengelasan Baharu Isi Rumah
Berdasarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (2020) pengelasan baharu isi rumah adalah:
Kumpulan | Median | Purata | Had Pendapatan | |
B40 | B1 | RM1,929 | RM1,849 | Kurang daripada RM2,500 |
B2 | RM2,786 | RM2,803 | RM2,501 – RM3,170 | |
B3 | RM3,556 | RM3,561 | RM3,171 – RM3,970 | |
B4 | RM4,387 | RM4,395 | RM3,971 – RM4,850 | |
M40 | M1 | RM5,336 | RM5,346 | RM4,851 – RM5,880 |
M2 | RM6,421 | RM6,477 | RM5,881 – RM7,100 | |
M3 | RM7,828 | RM7,841 | RM7,101 – RM8,700 | |
M4 | RM9,695 | RM9,730 | RM8,701 – RM10,970 | |
T20 | T1 | RM12,586 | RM12,720 | RM10,971 – RM15,040 |
T2 | RM19,781 | RM24,293 | RM15,041 dan lebih |
Senarai Harga Kereta Mengikut Kategori B40, M40 dan T20

Nak memiliki kereta bukannya satu perkara yang mudah. Ia memerlukan komitmen yang tinggi. Dari segi bayaran bulanan, cukai jalan, insurans kereta, penyelenggaraan dan perkara-perkara yang tidak dapat kita jangka seperti kereta rosak, kemalangan dan sebagainya. Kerana itulah kita harus memilih kereta berdasarkan senarai harga kereta yang mengikut kategori pendapatan masing-masing.
Golongan B40
Bagi golongan ini, pendapatan isi rumah adalah berjumlah RM3,000 hingga RM4,000. Kriteria-kriteria kereta yang sesuai untuk golongan ini adalah kereta yang mempunyai ciri-ciri seperti:
- Jimat minyak
- Mudah diselenggara
- Bayaran bulanan yang rendah
Harga maksimum yang sesuai dibeli oleh golongan ini adalah pada RM40,000. Berikut adalah jenis kereta dan senarai harga kereta yang mungkin sesuai bagi golongan B40.
Senarai Harga Kereta Axia
Model | Varian | Harga dengan SST | Harga Baru |
Harga Axia baru | 1.0 E (MT) | Harga Perodua Axia 4,090 | RM23,367 |
Harga Perodua Axia | 1.0 G (AT) | RM33,490 | RM32,485 |
Harga Perodua Axia | 1.0 GXtra (AT) | RM34,990 | RM33,940 |
Harga Perodua Axia | 1.0 Style (AT) | RM38,890 | RM37,515 |
Harga Perodua Axia | 1.0 SE (AT) | RM38,890 | RM37,515 |
Senarai Harga Kereta Saga
Model Kereta | Varian | Harga Dengan SST | Harga Baru |
Harga Saga baru | 1.3 Standard MT | Harga Proton Saga RM 32,800 | RM 32,400 |
Harga Proton Saga | 1.3 Standard AT | RM 35,800 | RM 35,300 |
Harga Proton Saga | 1.3 Premium AT | RM 39,800 | RM 39,300 |
Senarai Harga Kereta Bezza
Model | Varian | Harga Dengan SST | Harga Baru |
Harga bezza Baru | 1.0 G (MT) | Harga Perodua Bezza RM34,580 | RM33,456 |
Harga Perodua Bezza | 1.0 G (AT) | RM36,580 | RM35,391 |
Harga Perodua Bezza | 1.3 X (AT) | RM43,980 | RM42,551 |
Perodua Bezza | 1.3 Advance (AT) | RM49,980 | RM48,356 |
Senarai Harga Kereta Alza (Second Hand)
Model | Varian | Harga 2021 |
2014 Perodua ALZA | SE 1.5 | RM 35,700 |
2014 Perodua ALZA | AV 1.5 | RM 38,800 |
2016 Perodua ALZA | EZ 1.5 | RM 39,800 |
Golongan M40
Bagi golongan M40 pula, jenis dan kriteria kereta yang sesuai adalah kereta yang mempunyai kriteria-kriteria ini:
- Kereta yang jimat minyak
- Mudah diselenggara
- Mempunyai kuasa yang berpatutan
Harga maksimum yang sesuai dibeli oleh golongan ini adalah pada RM73,000. Berikut adalah jenis kereta dan senarai harga kereta yang mungkin sesuai bagi golongan M40.
Senarai Harga Kereta Exora
Model | Varian | Harga Dengan SST | Harga Baru |
Harga Proton Exora | 1.6 Executive CVT | RM 59,800 | RM 57,300 |
Harga Proton Exora | 1.6 Premium CVT | RM 66,800 | RM 64,800 |
Senarai Harga Kereta Almera
Model Kereta | Varian | Harga Dengan SST | Harga Baru |
Harga Nissan Almera | 1.5L E AT | RM 69,888 | RM65,699.00 |
Harga Nissan Almera | 1.5L VL AT | RM 79,888 | RM 75,419.00 |
Harga Nissan Almera | 1.5L E AT Black Series | RM 78,388 | RM 74,199.00 |
Harga Nissan Almera | 1.5L VL AT Black Series | RM 88,388 | RM 83,919.00 |
Senarai Harga Kereta Aruz
Model Kereta | Varian | Harga Dengan SST | Harga Baru |
Harga Perodua Aruz | 1.5 X (AT) | RM72,900 | RM68,526 |
Harga Perodua Aruz | 1.5 Advance (AT) | RM77,900 | RM73,226 |
Senarai Harga Kereta Alza
Model Kereta | Varian | Harga Dengan SST | Harga Baru |
Harga Perodua Alza | 1.5 S (MT) | RM51,490 | RM49,944 |
Harga Perodua Alza | 1.5 S (AT) | RM54,290 | RM52,661 |
Harga Perodua Alza | 1.5 SE (AT) | RM56,890 | RM55,186 |
Harga Perodua Alza | 1.5 Advance (AT) | RM62,690 | RM60,525 |
Senarai Harga Kereta Avanza
Model Kereta | Varian | Harga Dengan SST | Harga Baru |
Harga Toyota Avanza | 1.5E | RM 80,888 | RM 77,693 |
Harga Toyota Avanza | 1.5S | RM 83,888 | RM 80,849 |
Harga Toyota Avanza | 1.5S+ | RM 87,888 | RM 84,325 |
Senarai Harga Kereta Vios
Model Kereta | Varian | Harga Dengan SST | Harga Baru |
Harga Toyota Vios | 1.5J | RM 77,200 | RM 76,101 |
Harga Toyota Vios | 1.5E | RM 81,200 | RM 80,074 |
Harga Toyota Vios | 1.5G | RM 87,300 | RM 86,132 |
Senarai Harga Kereta Honda City
Model Kereta | Varian | Harga Dengan SST | Harga Baru |
Harga Honda City 1.5S | Standard | RM 78,500 | RM 75,295.36 |
Harga Honda City 1.5S | White Orchid Pearl | RM 78,620 | RM 75,404.45 |
Harga Honda City 1.5E | Standard | RM 84,600 | RM 80,978.91 |
Harga Honda City 1.5E | White Orchid Pearl | RM 84,720 | RM 81,088.00 |
Harga Honda City 1.5V | Standard | RM 91,600 | RM 87,600.63 |
Golongan T20
Kriteria kenderaan yang dicadangkan untuk golongan ini adalah seperti dibawah:
- Berprestasi tinggi
- Mewah
- Selesa
- Selamat
Jenis kenderaan yang sesuai dimiliki oleh golongan ini adalah:
Senarai Harga Kereta Proton X70
Model Kereta | Varian | Harga Dengan SST | Harga Baru |
Harga x70 baru | I.8 TGDI Standard 2WD | Harga Proton X70 RM 94,800 | RM 89,900 |
Harga Proton X70 | I.8 TGDI Executive 2WD | RM 106,800 | RM 101,000 |
Harga Proton X70 | I.8 TGDI Premium 2WD | RM 119,800 | RM 113,100 |
Harga Proton X70 | I.8 TGDI Premium X 2WD | RM 122,800 | RM 115,800 |
Senarai Harga Kereta Honda Civic
Model Kereta | Varian | Harga Dengan SST | Harga Baru |
Harga Civic 1.8S Baru | Standard | Harga Honda Civic 1.8S RM 113,600 | RM109,326.51 |
Harga Honda Civic 1.8S | White Orchid Pearl | RM 113,900 | RM109,599.24 |
Harga Honda Civic 1.5 TC | Standard | RM 129,600 | RM125,081.09 |
Harga Honda Civic 1.5 TC | White Orchid Pearl | RM 129,900 | RM125,353.82 |
Harga Honda Civic 1.5 TC-P | Standard | RM 139,600 | RM134,661.28 |
Harga Honda Civic 1.5 TC-P | White Orchid Pearl | RM 139,900 | RM134,934.00 |
Senarai Harga Kereta Honda HRV
Model Kereta | Varian | Harga Dengan SST | Harga Baru |
Harga Honda HR-V 1.8E | Standard | RM 108,800 | RM 104,000.21 |
Harga Honda HR-V 1.8E | White Orchid Pearl | RM 109,100 | RM 104,272.94 |
Harga Honda HR-V 1.8V | Standard | RM 118,800 | RM 113,421.92 |
Harga Honda HR-V 1.8V | White Orchid Pearl | RM 119,100 | RM 113,694.65 |
Harga Honda HR-V 1.8RS | Standard | RM 124,800 | RM 118,581.81 |
Senarai Harga Kereta Volkswagen Golf
Model Kereta | Varian | Harga Dengan SST | Harga Baru |
Harga Volkswagen Golf | 1.4 TSI R-Line | RM 173,390 | RM 168,505 |
Harga Volkswagen Golf | 1.4 TSI GTI | RM 246,490 | RM 238,857 |
Harga Volkswagen Golf | 1.4 TSI R | RM 304,390 | RM294,905 |
Sebenarnya, golongan T20 ini boleh membeli apa jua jenis kenderaan selain disenaraikan seperti di atas. Ini kerana, pendapatan mereka membuatkan mereka mampu untuk mendapatkan kereta-kereta mewah yang lain.
Namun, sekiranya golongan ini tidak mahu berbelanja lebih untuk sebuah kereta, mereka mempunyai pilihan untuk membeli kenderaan yang sesuai untuk golongan B40 dan M40.
Nak beli kereta buat kali pertama? Ini apa yang anda perlu tahu
Nak beli kereta bukan sahaja dapat kereta baru, malah ia datang sekali dengan tanggungjawab dan komitmen membayar balik pinjaman kereta dan penjagaan kereta tersebut. Kos-kos perbelanjaan lain seperti insurans kereta, cukai jalan serta penyelenggaraan kereta yang berkala turut menjadi satu tanggungjawab bagi setiap pemilik kereta, tidak kisah lah kereta baru atau pun kereta secondhand.
Tips Beli Kereta Pertama Yang Tidak Memakan Diri
- Kurang dari pendapatan tahunan
Tips beli kereta pertama adalah anda harus memastikan kos kereta tersebut kurang daripada pendapatan tahunan anda. Salah satu kesilapan ramai pembeli kereta pertama adalah mereka menggunakan formula bank iaitu ‘satu per tiga daripada pendapatan. Jika anda menggunakan petua ini, anda boleh jatuh muflis dengan cepat, lebih-lebih lagi jika pendapatan anda kurang daripada RM3,000 sebulan.
- Tidak melebihi 15 peratus daripada pendapatan bulanan
Tips beli kereta pertama yang seterusnya adalah, anda harus memastikan bayaran bulanan kereta tersebut tidak melebihi 15 peratus daripada pendapatan bulanan anda. Formulanya adalah:
Pendapatan bulanan X 15% = Jumlah maksimum bayaran ansuran bulanan
Berdasarkan formula tersebut, sekiranya pendapatan bulanan anda RM3,000, bayaran ansuran bulanan anda tidak boleh melebihi RM450.
- Ketahui keperluan dan kehendak
Tips beli kereta pertama yang seterusnya adalah anda dikehendaki untuk membezakan keperluan dan kehendak anda. Cara ini dapat membantu anda untuk mendapatkan kereta mengikut keperluan anda. Ia juga dapat membantu anda untuk tidak ditipu oleh ejen penjual kereta.
Kebiasaannya, pengedar kereta yang berpengalaman dapat mengetahui sama ada anda pembeli pertama atau tidak dengan menilai pembawakan anda. Kebanyakan pengedar kereta akan mengambil kesempatan ini untuk menjual atau menawarkan kereta yang melebihi bajet pembeli atau tidak sepadan dengan keperluan pembeli hanya untuk menghabiskan stok dalam inventori.
Oleh sebab itu, anda disarankan untuk melakukan tinjauan, kenal pasti keperluan dan kehendak anda untuk mengelakkan anda daripada ditipu oleh penjual. Dengan cara ini, ia dapat membantu anda daripada berbelanja melebihi kemampuan kewangan anda dan boleh menjimatkan wang anda.
- Lakukan tinjauan dan semakan
Kereta boleh dikatakan antara item yang paling mahal yang pernah dibeli seumur hidup. Dan disebabkan itu, tips membeli kereta pertama yang seterusnya adalah amatlah penting untuk anda membuat semakan dan tinjauan serta menilai pelbagai aspek sebelum membuat apa-apa keputusan.
Sama seperti membeli barangan berharga yang lain, anda perlu membandingkan harga dan keistimewaan kereta tersebut mengikut keperluan semasa anda. Ambil masa terlebih dahulu sebelum anda memilih sesebuah kereta. Caranya? Anda boleh melakukan tinjauan secara fizikal dengan mengunjungi pusat pameran kereta berhampiran atau dapatkan maklumat secara atas talian.
- Ketahui keutamaan anda
Tips beli kereta pertama seterusnya adalah dengan mengetahui keutamaan anda. Tak salah untuk beli atau pilih kereta berdasarkan rupa atau prestasi. Walau bagaimanapun, ianya tidak patut diletakkan sebagai keutamaan semasa membeli kereta pertama.
Contohnya, anda mungkin jatuh cinta pandang pertama terhadap sebuah sport car kerana anda seorang yang berjiwa muda dan baru sahaja memulakan karier. Meskipun begitu, selain memakan kos selenggara dan kos petrol yang lebih tinggi, sport car juga mungkin tidak sesuai untuk penggunaan harian.
Manakala, kereta yang bersaiz kompak atau kecil mungkin lebih sesuai untuk anda kerana kereta jenis ini lebih jimat minyak dan sesuai untuk penggunaan dalam bandar. Dalam erti kata lain, anda perlu mengambil kira kesesuaian sesebuah kereta yang dibeli. Faktor-faktor lain seperti rupa, prestasi dan sebagainya adalah bonus sekiranya kereta pilihan anda mempunyai kesemua ciri ini.
Nak tahu lagi tentang tips pembelian kereta pertama? Klik di SINI.
Kekalkan nilai kereta

Membeli kereta bukannya mudah. Namun, kereta tidak akan berada pada tahap yang terbaik apabila dipakai. Tetapi, ia boleh dijaga dengan baik untuk mengekalkan nilai kereta tersebut. Ianya penting untuk anda mengekalkan nilai kereta sebaik mungkin. Kenapa penting untuk jaga nilai kereta? Ianya amat penting bagi anda yang ingin menjual kereta tersebut. Bagaimana untuk mengekalkan nilai kereta? Mudah saja.
- Jangan pernah langkaui jadual penyelenggaraan: Sekiranya anda terlepas sesi penyelenggaraan, ia akan menyebabkan kereta anda mudah meragam dan cepat rosak lalu menyebabkan nilai kereta anda turun.
- Segera baiki apabila mempunyai tanda-tanda kerosakan: Sekiranya keluar simbol amaran, jangan berlengah lagi. Segera bawa ke bengkel kereta berdekatan untuk membuat pemeriksaan kereta.
- Pastikan keadaan dalam kereta sentiasa bersih: Bukan sahaja enjin kereta yang perlu dijaga, bahagian dalam kereta seperti seat kereta juga perlu dijaga. Elakkan pembiakan lipas.
- Cuba elakkan ubah suai yang tidak patut: Disamping tidak selamat, aksesori dan ubahsuai yang melampau juga boleh merendahkan nilai kereta anda.
- Minimakan pelanggaran: Sebarang pelanggaran yang berlaku sememangnya akan menyebabkan nilai kereta anda turun.
Nak minimakan berlakunya pelanggaran ini adalah dengan memandu dengan berhati-hati. Namun, kadang-kadang kemalangan ini tidak boleh dielakkan. Inilah fungsinya insurans kereta. Malang sememangnya tidak berbau. Meski pun begitu, kita boleh meminimakan kerugian. Dengan adanya insurans kereta, ia mampu membantu anda meringankan beban dari segi kewangan. Ini kerana, anda tidak perlu mengeluarkan sesen pun bagi kos pembaikan jika berlakunya perlanggaran.
Namun, ada juga beberapa perkara yang boleh menyebabkan claim insurans kereta anda ditolak. Jika anda ingin mengetahui lagi tentang insurans kereta, klik di SINI.
Anda sedang mencari harga insurans dengan coverage yang terbaik? Qoala lah jawapannya! Di Qoala, anda boleh mendapatkan insurans kereta dengan harga yang murah dengan servis yang pantas.
Semoga artikel senarai harga kereta kali ini dapat membantu anda dalam membuat keputusan tentang kereta apa yang boleh dibeli. Ingat, kereta adalah komitmen yang besar. Oleh itu anda perlu berhati-hati dalam membuat apa-apa keputusan.
Leave a Reply