11 Kereta Paling Mahal di Dunia 2022

11 Kereta Paling Mahal di Dunia 2022

Bila sebut sahaja kereta paling mahal di dunia, pelbagai jenama kereta mewah seperti Mercedes, Bugatti, Ferrari, Lamborghini, Bentley dan Rolls-Royce mesti terlintas dalam kepala anda. Mesti best kalau dapat pandu atau naik kereta yang nilainya berjuta-juta ringgit walaupun sekali seumur hidup. Kalau dapat pegang stereng kereta mewah ini pun jadi lah, kan?

Bagi sesetengah orang terutama sekali golongan jutawan dan hartawan, kereta ini bukan hanya sekadar satu medium pengangkutan. Ia mewakili status sosial, simbol kekayaan dan juga mampu memberikan kepuasan yang tak terkata. Kereta mewah ini berada dalam kelas yang tersendiri kerana ia dilengkapi dengan ciri keselamatan, integrasi teknologi dan komponen prestasi terkini. 

Dalam artikel ini, Qoala akan berkongsikan 11 kereta paling mahal di dunia yang terdiri daripada pelbagai kategori antaranya kereta sport, kereta mewah, kereta supercar dan sebagainya.

 11 Kereta Termahal di Dunia yang Anda Mungkin Tak Tahu Sebelum Ini

Kereta mewah biasanya dijual pada harga yang tinggi disebabkan oleh beberapa faktor antaranya aspek kualiti, kelajuan dan prestasi yang tinggi. Oleh sebab itu, meskipun dijual pada harga yang mahal ramai yang berlumba-lumba untuk memilikinya dan sanggup membayar mahal bagi mendapatkan sesebuah kereta yang eksklusif. Selain itu, kereta mewah ini pengeluarannya terhad semakin sedikit pengeluaran, semakin tinggilah nilai kereta tersebut.

Tanpa berlengah lagi, jom tengok 11 kereta paling mahal di dunia yang akan membuatkan anda terpegun dengan kecantikannya dan ternganga melihat harganya. Senarai ini akan bermula dari kereta nombor 11 termahal sehingga kereta termahal di dunia. Anda rasa brand kereta mana yang paling mahal? Dapatkan jawapannya di bawah.

11. Bugatti Chiron Pur Sport: RM15.04 Juta

kereta bugatti
Foto Kredit: Top Gear

Kereta Bugatti Chiron Pur Sport ini merupakan antara kereta supercar yang paling laju di dunia. Ia merupakan kereta yang sangat mengagumkan dan boleh dikatakan sebuah kereta yang agresif dengan bunyinya yang “garang”. Untuk pengetahuan anda, model ini merupakan varian khas (special edition) kepada Bugatti Chiron. Kereta ini hanya ada 60 unit sahaja di seluruh dunia dan yang menariknya setiap satu unit didatangkan dengan sentuhan unik berdasarkan citarasa pemiliknya. 

  • Enjin Kereta: 8.0 liter W16
  • Kuasa Kuda: 1479 hp
  • Kelajuan Kereta Paling Tinggi: 349 km/j

10. Lamborghini Sian FKP 37: RM15.04 Juta

gambar kereta lamborghini
Foto Kredit: Autocar

Kereta kesepuluh termahal di dunia jatuh kepada Lamborghini Sian FKP 37. Ini merupakan kali pertama Lamborghini memanfaatkan kuasa elektrik dengan mengeluarkan model kereta hibrid Lamborghini yang pertama. Reka bentuk Sian ini adalah berdasarkan model Aventador SVJ dengan reka bentuk luarannya menggabungkan bentuk baji (wedge) – ciri utama pereka kenderaan terkenal Marcello Gandini dan konsep reka bentuk Terzo Millennio. Hanya 63 model Lamborghini yang berada dalam kategori kereta sport hibrid ini telah dihasilkan dan membuatkan ini model Lamborghini yang sangat rare.

  • Enjin Kereta: 6.5 liter V12
  • Kuasa Kuda: 807 hp
  • Kelajuan Kereta Paling Tinggi: 350 km/j

9. Bugatti Chiron Super Sport 300+: RM16.29 Juta

kereta paling mahal di dunia
Foto Kredit: Bugatti

Model ini merupakan salah satu variasi Bugatti Chiron, versi ini anda boleh nampak perbezaan dari segi luaran dengan jalur oren khasnya dan empat ekzos kereta yang dipasang pada bahagian belakang kereta. Bugatti Chiron Super Sport 300+ ini merupakan kereta pertama yang berjaya mencapai kelajuan 300 mph iaitu bersamaan 482 km/j. Fuh, memang laju yang tak boleh bawa bincang! Menurut Presiden Bugatti, Stephan Winkelmann, Bugatti Chiron Super Sport 300+ merupakan kereta Bugatti yang paling laju setakat ini. Hanya 30 unit Bugatti Chiron Super Sport 300+ ini ada di seluruh dunia.

  • Enjin Kereta: 8.0 liter W16
  • Kuasa Kuda: 1600 hp
  • Kelajuan Kereta Paling Tinggi: 420 km/j

8. Lamborghini Veneno: RM18.79 Juta

kereta lamborghini
Foto Kredit: Lamborghini

Bersempena dengan ulang tahun Lamborghini yang ke-50 tahun, Lamborghini telah memperkenalkan model Lamborghini Veneno yang merupakan sebuah hypecar. Reka bentuk Lamborghini Veneno adalah berdasarkan model Lamborgini Aventador. Bukan itu sahaja, model ini juga dilengkapi dengan teknologi yang sangat canggih. Setakat ini, Lamborghini Veneno merupakan model Lamborghini paling mahal dan susah untuk anda nak jumpa di atas jalan kerana hanya ada 13 model sahaja yang telah dihasilkan.

  • Enjin Kereta: 6.5 liter V12
  • Kuasa Kuda: 750 hp
  • Kelajuan Kereta Paling Tinggi: 356 km/j

7. Bugatti Divo: RM24.23 Juta

Foto Kredit: Bugatti

Bugatti Divo mempunyai enjin yang sama seperti Bugatti Chiron tetapi model hypercar ini lebih eksklusif dan eksotik dengan harga yang lebih tinggi. Divo mempunyai carbon fibre intercooler, tayar yang jauh lebih ringan dan kereta ini 35 Kg lebih ringan berbanding model Bugatti yang lain. Model ini juga sangat eksklusif kerana hanya terdapat 40 unit model ini yang telah dihasilkan. Yang menariknya, salah seorang daripada 40 pemilik model ini merupakan seorang rakyat Malaysia.

  • Enjin Kereta: 8.0 liter W16
  • Kuasa Kuda: 1,479 hp
  • Kelajuan Kereta Paling Tinggi: 380 km/j

6. Mercedes-Maybach Exelero: RM33.42 Juta

kereta mercedes
Foto Kredit: Motor1

Model ini merupakan model Mercedes yang anda memang tak akan jumpa di jalan raya. Pada asalnya, kereta ini sebenarnya merupakan sebuah kereta konsep atau kereta one-off yang direka khas untuk menguji ketahanan tayar keluaran Fulda pada kelajuan yang tinggi iaitu 351 km/j. Ini bermakna, model kereta ini hanya satu unit sahaja sekali gus menyebabkan terdapat banyak khabar angin dan spekulasi mengenai individu yang memiliki kereta model ini. Ada sumber-sumber yang menyatakan pemilik model yang rare ini merupakan seorang pengumpul kereta dari Jerman. 

  • Enjin Kereta: Enjin V12 berkembar
  • Kuasa Kuda: 690 hp
  • Kelajuan Kereta Paling Tinggi: 351 km/j

5. Bugatti Centodieci: RM37.59 Juta

kereta mewah
Foto Kredit: Motor1

Satu lagi kereta mewah keluaran Bugatti dalam senarai ini merupakan model Bugatti Centodieci. Ia telah diperkenalkan pada tahun 2020 bersempena dengan sambutan ulang tahun Bugatti yang ke-110. Kereta ini dihasilkan bertujuan untuk menjadi throwback kepada Bugatti EB110 yang cukup ikonik. Kereta ini hanya ada 10 unit sahaja dan salah seorang pemiliknya merupakan bintang bola sepak terkenal Cristiano Ronaldo.

  • Enjin Kereta: 8.0 liter quad-turbocharged W16
  • Kuasa Kuda: 1,578 HP
  • Kelajuan Kereta Paling Tinggi: 380km/j

4. Rolls-Royce Sweptail: RM53.47 Juta

kereta mewah
Foto Kredit: Business Insider

Rolls-Royce Sweptail mula diperkenalkan pada Mei 2017 dan merupakan satu lagi kereta one-off dalam senarai kereta paling mahal ini. Model ini one-off  kerana ia dihasilkan khas untuk seorang pemilik yang sangat kaya dan individu ini juga merupakan klien Rolls-Royce yang setia. Proses penghasilan kereta ini telah dibantu oleh pakar kapal layar dan pesawat mewah. Gril hadapan model ini merupakan gril aluminium terbesar yang pernah digunakan dalam Rolls-Royce.

  • Enjin Kereta: 6.75 liter V12
  • Kuasa Kuda: 453 hp
  • Kelajuan Kereta Paling Tinggi: 250 km/j

3. Pagani Zonda HP Barchetta: RM71.01 Juta

kereta termahal di dunia
Foto Kredit: Top Speed

Zonda ini merupakan model kereta yang mempunyai sejarah yang panjang dan dianggap sebagai kereta legendary terutamanya dalam kalangan peminat-peminat kereta. Model Pagani Zonda HP Barchetta ini merupakan kereta yang paling laju yang pernah dihasilkan. Model ini juga tampil dengan rupa yang lebih mengancam dan berbeza daripada model-model sebelum ini, terutamanya roda belakang yang ditutup sebahagiannya, cermin depan yang lebih kecil, dan tanpa bumbung., Zonda merupakan sebuah kenderaan yang sangat istimewa.

  • Enjin Kereta: 7.3 liter V12
  • Kuasa Kuda: 789 hp
  • Kelajuan Kereta Paling Tinggi: 355 km/j

2. Bugatti La Voiture Noire: RM78.11 Juta

kereta paling mahal di dunia
Foto Kredit: Motor Authority

‘La Voiure Noire’ bermaksud ‘kereta hitam’. Model Bugatti ini adalah tafsiran moden untuk model Jean Bugatti Type 57 SC Atlantic. La Voiture Noire ini merupakan sebuah supercar yang dihasilkan secara one-off, bermakna hanya satu unit sahaja yang dihasilkan. Pemilik kereta ini juga dikhabarkan milik pemain bola sepak terkenal Cristiano Ronaldo. La Voiture Noire juga didatangkan dengan tayar khas, enam ekzos dan terdapat tulisan “Bugatti” pada bahagian belakang lampu besar.

  • Enjin Kereta: 8.0 liter W16
  • Kuasa Kuda: 1,500 hp
  • Kelajuan Kereta Paling Tinggi: 420 km/j

1. Rolls-Royce Boat Tail: RM116.97 Juta

kereta rolls royce
Foto Kredit: MotorTrend

Pemenang kereta paling mahal di dunia jatuh kepada Rolls-Royce Boat-Tail. Jenama Rolls-Royce memang tidak asing lagi dan sinonim dengan simbol kemewahan. Kereta ini mempunyai casis dan enjin yang sama seperti model Rolls-Royce Phantom. Bahagian belakang kereta ini berinspirasikan kapal layar. Ini mungkin sedikit pelik tapi model ini juga dilengkapi dengan set pinggan mangkuk yang cantik, gelas champagne dan dua peti sejuk. Kereta pengeluaran terhad ini kini menjadi kereta paling mahal pernah dikeluarkan kerana hanya tiga unit yang dihasilkan. Memang sesuai untuk golongan hartawan dan jutawan yang ingin memiliki limosin mewah.

Kereta Paling Mahal di Dunia: Mana Satu Kereta Idaman Anda?

Mana satu kereta paling mahal yang menjadi pilihan anda? Kereta paling mahal semestinya menjadi idaman setiap orang. Meskipun begitu, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli kereta mewah antaranya kos servis kereta, aspek penyelenggaraan, harga roadtax dan insurans kereta dan banyak lagi. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk merancang perbelanjaan anda dan menilai kewangan anda sebelum beli kereta mewah.

Sekiranya anda sedang mencari insurans kereta murah, layari laman web Qoala untuk nikmati tawaran insurans kereta terbaik di Malaysia. Jangan tunggu lama-lama, jom lindungi kereta anda dengan Qoala sekarang!

Kongsi:
About Writer
Hariz Hafiz
Berpengalaman menulis berita surat khabar serta artikel pemasaran, beliau kini mempunyai misi untuk membantu anda pelajari semua yang perlu anda tahu mengenai kewangan dan insurans.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related by Category
Dimiliki oleh Qoala Technology Sdn Bhd © 2022 Pesan by Qoala Hak Cipta Terpelihara.
Malaysia Country +60